Wednesday, 11 February 2015

Nasihat kawan kepada member yang BARU kahwin



Mungkin pembaca dah familiar dengan tips-tips lepas berkahwin. Tapi izinkan saya untuk berkongsi pengalaman saya sendiri yang baru je masuk tahun ke 3 perkahwinan.

Dahulu telah pun saya berkongsi cerita dan rasa serta tips-tips teknikal dan rohani sebelum perkahwinan. Bila dah beranak 1 ni, saya terpanggil untuk berkongsi hal-hal yang sama selepas berkahwin.

Perlu diingatkan yang bila dah kahwin, bukan bermakna objektif anda sudah tercapai. Yakni, lelaki kacak itu sudah menjadi ketuaku dan aku dapat nafkah. Atau wanita cantik itu sudah dalam genggam dan sudah gua punya.


Ini bukan cerita bola. Habis 90 minit sapa gol banyak dia menang, objektif tercapai.

Perkahwinan adalah satu gerbang kembara hidup berdua. Jika dahulu kita solo (atau forever alone), kini sudah ada si dia yang rapat lagi dapat nama spesel di whatsapp. Nak borak2 18SX? Boleh… Nak kongsi gambar terlarang antara berdua? Boleh…


Ya. Bagi yang hidup penuh kebaikan dan terhindar dari perbuatan maksiat dan langkahan-langkahan zina , ini merupakan pengalaman baru yang membuatkan hormon lelaki anda mengalir laju.
(Tapi kalau masa sebelum kahwin dah buat benda2 yang saya sebut tuh semata-mata menjadi bahan taruhan supaya si dia tak cari lain, Saya tak tau nak cakap apa dan saya berlepas diri. Nak marah dah tak boleh sebab anda dah pun buat. Bertaubatlah selagi nyawa belum sampai kerongkong dik)


Maka perkongsian saya ini saya kan bahagikan kepada 3 artikel ;
Baru kahwin dan semasa isteri awal mengandung
Semasa dah sarat, beranak dan berpantang
Dah bersalin dan menjaga anak sampai umur setahun.


 
Untuk yang pertama ini, biar saya kongsikan insyaAllah yang pertama itu.



 
Baru kahwin dan semasa isteri mengandung

Selesai sahaja tempoh cuti kahwin, anda berdua mula masuk balik ke landasan kehidupan asas dengan penambahan tanggungjawab. Suami perlu menanggung hak isteri, isteri perlu memenuhi hak suami. Tempoh bulan madu? Itu bergantung kepada pasangan masing-masing. Saya tahu je ada yang sampai beranak 3 pun tak habis lagi.. wahaha..

Dikala sudah berkahwin, segala pekung dan kelemahan pasangan masing-masing mula timbul. Tiada lagi lakonan, kontrol macho atau cover ayu. Apa yang anda lihat adalah kebenaran hakiki pasangan anda.

Si dia berdengkur macam gempa bumi?
Si dia pakai bilik air berkecah mcm kena tsunami ?
Si dia tak reti basuh pinggan apatah lagi nak kupas bawang pun terkial-kial ?
Si dia jenis campak tuala atas katil bila dah pakai?
Si dia jenis main tekan je ubat gigi walhal anda jenis tekan dari bawah ?

Terima lah seadanya dik non ooiii. Anda dah sign sijil akad, yang lelaki dah selamat jabat tangan kadi, yang pompuan dah selesai berendam air mata gembira ngan mak dan gambar kahwin pun dah separuh siap. Anda tidak lagi boleh gostan masa, hanya go ahead mengikuti garis masa sampai mati.


Itu antara kelemahan-kelemahan pada pasangan anda yang mungkin wujud. Ia adalah pakej-pakej tersembunyi disebalik muka yang hensem, suara bak buluh perindu dan sikap happy go lucky. Dan biasanya kelemahan-kelemahan yang ada itu yang paling buat anda menyirap bandung sampai boleh bawa bertengkar walhal sekadar isu kecil macam dah pakai bilik air tak reti nak tutup lampu.

Ini belum masuk ekspetasi (baca : expectation) pasangan mengenai fizikal pasangan.

Inginkan ada coklat bar di perut, dapat yang limau barli.
Inginkan dada ketak, dapat yang flat bersemak-samun.
Inginkan yang body kerengga, dapat pulak labu sayong.
Inginkan jari lentik dapat pulak tangan sekasar Roughneck.

Ini juga pakej-pakej rahsia. Yang mana berkahwin dengan niat ikhlas ingin mendirikan rumah tangga, bina masjid, nak besarkan umat, dia pasti akan menerima pakej-pakej ini dengan hati yang terbuka. (ok, in reality saya pasti ada yang sedikit kechiwa.. wahahaha)

Yang mana pilih sebab mukanya bujur sireh, berkulit QuePueTeh, kene selera pula bentuk badan, sila terkejut separuh mati rupa-rupanya ada benda yang tak kena dengan pilihan anda. Dengar sini cik abang adik akak… Bunga tak kembang sampai kiamat. Pokok pisang pun berbuah sekali je tau? Takkan dah dapat madu sepah dibuang? Hang pa ingat kahwin ni boleh main nikah nikah cerai ka..?

Jadi yang mana ingin mendirikan rumah tangga tuh boleh pakat baca tulisan dulu dulu saya. Kes kahwin sebab tutup malu.. Saya tak nak komen apa-apa..


ehem. Baik.


Maka pasti akan ada angin kurang senang semasa berumah tangga pada peringkat awal. Biasa lah, dalam bab berkenalan dengan lebih rapat, memang perlu pun bertikam lidah sikit. Eh iye ke?


Bagi analogi bina otot boleh? Otot yang anda cuba bina itu dipecahkan semasa training dan disusun semula dengan lebih elok semasa rehat. Nah, berlakunya sedikit salah faham atau tidak berpuas hati adalah ruang untuk anda membina komunikasi dengan lebih baik. Cuma jangan pula guna peluang ni untuk test skill backhand ke muka atau kemahiran merejam lesung. Syaiton bertepuk riang nanti.

Saya ingin mengesyorkan kepada pasangan yang baru je kahwin (dah lama kahwin pun boleh) untuk sentiasa buat apa yang hati remaja / muda yang anda pendamkan dahulu akibat keharamannya. Sang isteri mengorat (flirting) dengan suami ke... Suami ajak keluar date memalam ke... Atau sang suami masak dengan pakai apron chomel sambil diperhatikan isteri ke.. Atau sang isteri pakai baju yang menyebabkan suami tanggung dosa bila pakai kat luar rumah ke.. Fantasi masing-masing. Sila kongsikan dengan pasangan anda semasa pillow talk dengannya.

Ingin saya katakan kat sini, layan sesama drama picisan ‘Suamiku encik sotong’ lebih merugikan dan membuang masa dari ajak bini anda cari burger bakar di tengah malam. Kenapa? Spending time watching TV together tidak membina apa-apa pun antara pasangan. Sekadar kenal artis mana yang isteri / suami anda minat. Looll.

Kadang-kala kita terlepas pandang benda-benda kecil yang boleh buat bersama di rumah.  Bila bini tengah terkial-kial masak, yang laki tu pergi la basuh baju… masuk sabun tekan suis je pun.. Tak pun sambil-sambil tunggu bini masak, surfing kat net cari resipi mocktail yang sedap. Start keta pi cari bahan jap, balik tu lauk dah separuh jalan siap. By the time kita siap air kita, lauk pun dah ready. In the end, suami dapat makan lauk air tangan isteri, isteri dapat air suami. (God, this sound sooo wrong…)


Bila kat rumah tu (even outing sesama pun), sila minimumkan waktu bersama anda dengan gadget-gadget pintar anda. Put it away or leave it charging in the corner. Ada post untuk dikongsi sebab hubby bawa dinner kat Chilies? Share or post it tomorrow. FB likes and comments does not help to increase communication between both of you anyway.

Dicadangkan juga untuk anda mengenali, bahasa badan pasangan masing-masing (body language). Supaya kita tahu bila masa that she / he needs a personal space atau seek attention. Tak kurang juga kita tahu yang sebenarnya kita buat something yang kita tak suka bila pasangan hanya memasam muka dan meminimakan perkataan. The main thing is talk with each other ok? Ask if there is something wrong or you done anything wrong. This is the best part. Do apologize sincerely. Yes, it’s the best but hardest thing to do. Takkan nak tunggu raya baru nak minta maaf? Kita perlu sedari kita adalah generasi yang sangat memahalkan perkataan maaf dari mulut dan memurahkan ia di hari raya.


Come to think of it. When is the last time you apologize to your partner?




Isteri mula bunting?







Setelah sekian lama anda / pasangan anda pun mengandung. (termengandung kalau sebenarnya buat planning tapi eksiden, wakakaka). Anda boleh buat muka teruja  atau muka horror bila nampak double blue line itu. Apa jua reaksi anda, sila simpan antara korang berdua je ok?

Berita gumbira ini merupakan langkah pertama daripada hadirnya ahli baru dalam keluarga 9 bulan yang akan datang. Di sini saya ingin berkongsi tips bagi sang suami je sebab tips untuk perempuan mengandung saya belum habis tuntut lagi. Ahahahaha…

Pendek kata untuk Sang Suami, menjaga isteri mengandung adalah bagai menatang sebiji telur dengan sekeping kaca nipis sambil jalan kat titi gantung. It’s a delicate thing to do but possible to manage.


·         Jangan paksa bini anda mengangkat barang atau lakukan kerja berat. Sekadar mengemop, vacum kapet, angkat baju tu boleh lagi tu sebenarnya.  Bini yang aktif ketika mengandung, insyaAllah anak pun aktif dan sihat.
·         Pimpin tangan bini anda bila naik tangga, atau ketika lalu tempat yang agak cerun.
·         Pasang getah anti licin kat bilik air.
·         Sila kenal pasti bau-bau yang menyebabkan bini anda loya. Kalau bau badan anda, sila jangan tidur berjauhan sangat dengan bini. Sedih tak tentu pasal dia nanti.
·         Sila fahami juga kondisi bini anda yang selalu ada morning sickness dan memerlukan masa yang panjang di dalam bilik air.
·         Bini yang banyak mengidam menunjukkan anda pada asalnya tidak memberikan perhatian yang cukup kepadanya.
·         Layankan sahaja idaman bini anda yang mana boleh. Kalau dia minta sup telinga gajah atau gulai rusa tanduk emas, sila tatap muka bini anda dan buat muka ‘are you kidding me?’
·         Sila slow pada jalan yang berlubang-lubang. Lalu bumper dengan berhemah. Ini  juga dapat memanjangkan jangka hayat suspension kereta anda.
·         Saya pasti bini anda belum ada preference untuk bersalin kat memana lagi. Ambil peluang ini untuk suruh dia check (at least sekali) kat klinik kesihatan ibu yang terdekat. Ini untuk dapatkan buku pink tu.
·         Perlu pantau juga apa jenis makanan yang bini anda makan. Elakkan makanan bertin, atau diawet. Bagi dia makanan segar-segar gituh. Buah-buahan, kekacang dan buahan kering macam tamar atau buah teen.
·         Ye saya tahu mahal nak cari, kalau tak dapat, at least beli barang dapur yang biasa-biasa kat pasar kot?
·         Jangan bagi bini anda minum air berkarbonat, lagi besar perutnya nanti. ( ok saya reka je ni )

Ini sedikit sebanyak tips bila bini anda mengandung pada 3 bulan pertama. Oh ye, saya yakin juga yang kadang-kala ‘keinginan’ suami / isteri goes overdrive ketika ini. Maka perlu dingatkan yang lakukannya dengan penuh santun. Mana tau isteri anda jenis rahim tak kuat.

Saya tak masukkan tips-tips islami di sini sebab ingin beri peluang pada blog yang telah pun berkongsi lebih awal. Boleh je cari kat google.

Ini baru cerita awal, bersedialah sang suami di kala isteri anda sarat nanti, cerita lain pula bermula!



Simon Malik