Saturday, 31 January 2015

Karutan demi sebuah dateline

Gambar yang takde kaitan






Jujurnya saya menulis kali ini semata-mata untuk memenuhi salah satu azam yang digariskan sendiri. Pastikan setiap bulan submit 2 artikel ke blog.

Ahahah…

Semestinya sesuatu yang kita ingin buat perlu ada motivasi dan biasanya manusia sentiasa memberikan alasan 'tiada motivasi' apabila malas mula menguasi tulang empat kerat. Lalu kita duduk malas di atas kerusi, tangan kiri scroll down mouse dan tangan kanan sedia meminum air dikala haus.

Di kala ini, saya masih lagi tak tahu nak tulis pasal apa tapi perlu tulis juga untuk memastikan azam baru tidak menjadi hangat dari tahi ayam yang baru keluar dari ayam.

 
Sebagaimana yang kita tahu (atau lebih tepat, dengar2 gitu dan yakin telah tahu), kita sedang dilanda pelbagai cabaran dari segenap sudut. Pandangan serong sebahagian masyarakat dengan agama yang kita anuti, yang secara tidak langsung membawa kepada ketakutan dan ancaman kebebasan bersuara. Dihiasi pula dengan ekonomi yang kurang memberangsangkan akibat harga minyak yang jatuh tersembam dan peningkatan USD. Paling tidak pun, perang-perang dan bunuh-bunuh yang tidak kesusahan di Asia tengah dan sempadan-sempadan Rusia.


Kita sebagai penjana ekonomi negara secara picisan ini mungkin belum merasai lagi kesan peristiwa-peristiwa yang jauh diseberang laut, atau keadaan permainan ekonomi yang rumit bagi sang Mak Cik jual pisang goreng. Kita memang suka ambil benda solid dan mudah. Mudah dihadam dan difahami bak kata orang. Hujung pangkal cerita itu belakang kira. Maka melatahkan kita dengan perkara-perkara picisan yang kita rasa impaknya besar walhal baru sekadar cadangan tidak rasmi oleh menteri.

Kita pun bersuara di dinding-dinding berlogokan burung biru atau berhuruf F. Lega kata mereka dengan apa yang dikeluarkan dari benak hati dan otak.  Takpe, asalkan ada beberapa rakan yang mereka selalu comment atau hubungi baca status itu, itu sudah mencukupi. 10 orang dari 300 orang.  Kurang dari 1 % yang membaca sekilas status anda. Tidak sensasi, tiada like. Selfie angle tak power, takde like tiada komen. Lalu lesu sekejap kerana jadi invisible di mata dunia maya ciptaan manusia.


Baru-baru ini, handphone saya mengalami masalah teknikal yang kecil tapi impaknya agak kronik. Saya terputus hubungan secara total dengan dunia komunikasi. Sebelum ini memang saya dah terputus pun dengan Whatsapp, facebook on mobile, instagram dan twitter. Tapi kali ini adalah totaliti. Message dan call pun tak boleh. Bagi yang rapat dengan swartphone sebagaimana rapatnya Qarin dengan anda, kejadian seperti saya ini pastikan merobek setiap rambut diubun-ubun. Bahkan pastinya bagai satu kehilangan yang besar macam hilang motor yang baru je habis hutang bank.


Eh? Saya buat cerita? Pernah alami kematian bateri telefon dan anda tak bawak charger? Bukan ke masa ini anda sudah mula memikirkan harga power bank untuk mengatasi perkara yang sama berlaku? Atau paling tidak rasa dendam rindu sang ibu jari tidak dapat melurut-lurut skrin handphone anda? Satu kehilangan bukan? Dahulu kita hanya bawak handphone. La ni kita cucuk sekali dengan power bank ke hulu dan ke hilir.


Kebebasan dari penjara alam maya merupakan satu kebebasan yang tidak ramai orang mahukan. Alasan sharing is caring? Zaman tok nek kita lepak je tak sharing secara real time. Maka sebab itu mereka ingati satu-satu peristiwa up to its finest detail. Sebab mereka savour the moment, ingat emosi yang mengulit jiwa, dan semat rapi dalam fikiran. Bila Peah sebelah rumah datang bertandang, lalu berdegang cerita keluar untuk berkongsi cerita yang hujung minggunya makan strawberry di Cameron Highlands. Tiada gambar psoing yang dihulur kerana filemnya belum siap dicuci. Cuma sepinggan buah strawberry yang dibeli utk dijamu jiran yang belum kesempatan.

Tahun ini juga saya ada azam yang jatuh dibawah kategori pelik. Tiada buku yang dibeli sehingga separuh dari jumalh buku yang dimiliki dibaca atau paling kurang dibelek.


Tahun lepas saya menghabiskan sejumlah wang 4 angka membeli sesuatu bernama buku. Berkat azam ini, saya sudah masuk buku yang ketiga untuk tahun ini. Mungkin tulisan classic dari Stephen Hawking yang begitu revelasi. Atau mungkin Ramalan dunia dalam masa 100 tahun lagi begitu sensasi bila diganding dengan ucap tama Obama di Satate of Union baru-baru ini atau dengan pergolakan di sempadan Rusia-Ukraine. Apa pun saya rasa saya terbang lebih tinggi bila tertidur membaca buku dari diulit sekelumit rasa deng pada sahabat yang dapat makan mille-feuille.


Membaca juga boleh dilakukan di facebook, kerana kita membaca status orang?


Tak pe, saya lebih suka dipenjara dengan buku berbanding dengan kata-kata luahan yang dibaca ikut mood sendiri.


Simon Malik


p/s : objektif mengarut tercapai

No comments: