Monday, 10 November 2014

Tamatnya sebuah lagenda









Artikel ini ditulis adalah pendapat dan pandangan umum penulis. Jika anda tersesat kat sini untuk pembacaan ilmiah, ini bukan artikel yang anda cari







Baru-baru ni sebuah komik jepun (manga) terkenal dunia telah melabuhkan tirainya ! Guess what ? After 15 years ! Pergh !! Kire manga ni sama umur cam adik ipar saya yang baru je lepas ambil exam PT3! Manga tersebut tak lain dah tak bukan adalah Manga naruto, hasil seni, peluh jerih dan jalan cerita Masashi Kishimoto
Saya yakin semua orang tahu kewujudan manga ini. At least tau la muka naruto macam mana kan ? Alaaa.. yang selalu keluar dalam iklan Tv tajaan apollo tu! Showtime time maghrib hari jumaat yang membuatkan korang lambat solat maghrib. Yee.. ceritanya sudah habis dong!Opp.. Jangan risau show tu masih lagi diteruskan sebab jarak tayangan cartoon jepun (anime) dengan manga saaangatlah jauh! Lagi-lagi kena alih bahasa lagi. Saya rasa tahun depan pun boleh habis tayang kat Malaysia.

Ada apa dengan Naruto?

Lejennya Naruto ini adalah sama dari segi lejennya Dragon Ball ketika dahulu. Ya, 80 babies memang kenal yang amat sangat watak-watak Dragon Ball sehingga ia tamat pada jilid 43. Manga Naruto ini mula keluar dalam Shonen Jump pada tahun 1999, namun masa itu belum sampai lagi ke Malaysia sehingga majalah remaja Gempak membuat pengenalan kepada pemuda Malaysia. Kalau tak silap, majalah Kreko kot yang mula menyajikan masyarakat Malaysia dengan manga Naruto. Kemudian, bila ia mula ditayangkan di Tv dengan alih bahasa Melayu, maka lebih ramai yang kenal Naruto ini.




Cerita awal Naruto ini menceritakan kisah seorang yatim piatu yang bernama Uzumaki Naruto yang hidupnya dipulaukan oleh masyarakat di Kampung Konoha. Sebab? Dalam badannya telah dikunci seekor raksasa yang pernah menyerang Konoha. Secara tak langsung, diorang tengok naruto ini adalah bayangan raksasa tu la walaupun Naruto hanyalah budak kecil biasa.. Jadi dia sengaja menjadi nakal dan troublemaker Konoha semata-mata untuk perhatian masyarakat.
Tipikal? Let me finish.
Setelah dia berjaya lulus ke academy ninja (dia adalah soerang dropout di sekolah, tapi macam mana dia boleh lepas masuk, saya tak nak bagitau, hehe), maka bermulalah pengembaraan, suka-duka Naruto untuk mengejar cita-cita untuk menjadi ketua Konoha, pangkat tertinggi dan dianggap orang paling hebat peringkat kampung. Tapi Naruto ini dah la drop out, tak pandai belajar, nakal nadunzubillah, semuanya nak pulaukan dia, tak hensem, cakap berdegang-degang dan sebagainya. Camne dia nak jadi Ketua Kampung Konoha (Hokage)? Secara positifnya Naruto ni, dia ada sikap tak putus asa dan tabah, agak lurus bendul dan tak takut tempuh kesusahan. Logiknya betul, sebab dia yatim piatu sejak lahir.
Tak kurang dari itu, pelukis menengahkan alam ninja yang serba modern yang terhad. Tiada pistol dan kenderaan. Ninja tidak lagi berbaju sendat hitam tapi zirah ala body armor, penggunaan kuasa dalaman (chakra) utk hikmat dan sebagainya.  Penulis ini juga banyak menggunakan terma-terma mistik dan lagenda jepun tanpa memasukkan benda-benda yang sedia popular seperti samurai atau sumo. Sedikit sebanyak membuatkan anda google la jugak. Haha..
Inilah antara daya penarik Naruto kepada pembaca. Budaya jepun yang disampaikan secara santai dan mudah difahami masyarakat yang rata-rata allergic dengan sejarah dan budaya. Penulis Naruto agak terkejut dengan penerimaan warga US dengan budaya yang sedia berbeza. Selling point manga ini untuk mendapat peminat setia adalah apabila ia berjaya menarik pembaca untuk sama-sama membesar dan belajar dunia ninja dengan naruto berserta moral-moral kehidupan.


Point-point moral yang diketengahkan begitu padu dan kena dengan target pembaca.  Yang paling ditekan adalah point persahabatan seperti benar-benar memahami hati budi masing-masing.  Selain itu jalan cerita bentuk pengembaraan dan suka-duka dia mendapatkan acknowledgement (dihormati ) dari cikgu-cikgu, dan rakan-rakan sebayanya dalam alam ninja yang kontemporari, eh modern. Jalan cerita mudah, namun ia perlu 15 tahun untuk dihabiskan! Haha.. sebab Naruto continue dengan lagendanya semasa dia meningkat remaja





Secara amnya, manga naruto adalah bacaan ringan walaupun kadang-kala plotnya berskala medium untuk difahami. Ada juga element cintan, tapi sangat sedikit. Penulis sendiri mengaku yang dia tidak mampu deliver element cintan dengan baik, so dia tak tumpu la elemen menceceh ni. Penceritaan awal Naruto ditamatkan dengan natijah perlawanan Naruto-Sasuke (kawan karib tapi lovehate). Bila meningkat remaja, penulis memberi plot yang lebih suram dan banyak menjawab persoalan-persoalan yang ditinggalkan seperti siapakah Naruto sebenarnya, kenapa boleh ada raksasa dalam perut dia, siapa mak bapak dia. Ini bersesuaian dengan pendewasaan watak Naruto dan orang-orang disekelilingnya.  Seperti penceritaan awal, penulis menamatkan ceritanya dengan perlawaan Naruto-Sasuke which is a bit ironic but dramatic.
Naruto merupakan antara manga paling laris dalam sejarah, kerana di jepun sahaja sebanyak 130 juta naskhah terjual dan antara manga paling berpengaruh di Amerika Utara. Penkritik memberi pujian dengan keseimbangan antara komedi dan aksi berlawan serta personaliti watak-watak. Namun Naruto lasih tidak lari dari standard plot shonen manga (komik lawan2 fokus pada pembaca lelaki). Mungkin kerana penulis sendiri terinspirasi dari manga lejen sepanjang zaman, Dragon Ball.

Wikipedia provides an enough story plot summary. Tak usah hangpa pi start baca dari no 1. Hahaha..


Saya dan Naruto 


Saya terjebak dengan Naruto lewat sekolah menengah di TV. Episode ketika dia berlawan dengan pembunuh upahan di sebuah jambatan. Masa tu saya fikir, awat cam banyak sangat darah and violence for young viewer. Pardon my nerdiness masa tuh. Then saya sekali lagi tertengok kat tv. Kali ni semasa Peperiksaan Tahap 2 semasa Naruto di academy, di mana ia berbentuk tournament peringkat negeri. Masa ni saya dah tersangkut dengan artwork, idea dan concept setiap character yang ada. Tapi still tak faham hujung pangkal cerita. Masa nih pun mak saya tersangkut gak tengok haha.. Namun saya tidak menjadi pengikut tegar ye? Sekian.


Sehingga tahun 2007, masa tuh saya melarikan diri dari France ke bandar Bristol, UK. Masa ini zaman muda nak masuk umur 20. Dalam pemikiran, semuanya adalah endless possibilties, tak siapa yang boleh menghalang untuk mencuba. Peh, masa ni  konon menjadi azam baru la bila mendedahkan diri dengan realiti muda-mudi di malam tahun baru. Siap pasang niat nak masuk kelab nak merasa sendiri apa perasaan masuk kelab. (seriyus during this time was my clouded era)

Ingat lagi, it was weekeend, time best untuk pi kelab. Tuan punya bila yang saya tumpang kadi tokan nak bawak saya pergi tapi kena tunggu dia habis keje partt ime di supermarket berdekatan. Dalam saya nak habiskan masa, tetiba fikiran saya ‘hmm.. apa kata baca Naruto dari awal’. Search the net and found a place to read it online.

Natijahnya, member tanya awat tak siap lagi. Saya jawab ‘eh cancel la pi kelab, aku tengah syok baca Naruto!’ My nerdiness and otakuness had saved the day. Kalau tak saya rasa, saya jadi warga yang berbeza semasa zaman belajar saya.

Secara peribadi, saya suka dengan Naruto ini sebab berbanding dengan manga lain dalam senarai Big 4 (Bleach, One Piece, Fairy Tail), komik naruto paling sikit FanService (google sendiri apa nih) dan pembawakan moral kehidupan yang jelas melalui watak-wataknya. Sedikit sebanyak keterjeratan saya dengan manga ni, menyedarkan saya beberapa perkara realiti seperti :


  • Semua sikap manusia bergantung kepada background dan siapa yang menjadi ikutan
  • Setiap tindakan yang kita anggap jahat, keji dari seseorang, pastinya bersebab. Adakah dia empunya sejarah tersendiri yang masih belum kita faham, dsb..
  • Jika anda dikhianati seorang sahabat, jangan sesekali khianati orang lain atau khianatinya kembali. Api lawan api jadi fire storm. eh?
  • Peranan seorang cikgu / pendidik untuk memahami setiap kebolehan dan perangai anak murid / org yg dibimbing.




Pernah juga saya bergenang air mata membaca manga ni. Terutama bab pengorbanan ibu dan ayah, kesedihan dan keinginan ikhlas seorang yatim yang inginkan kasih sayang, sunyinya seorang insan apabila hidupnya tidak difahami, dan kasih sayang seorang abang kepada adik lelakinya tapi tak kesampaian / disalaherti. Heh, manga kot, bukan novel picisan ek? 

Ya, saya tak sangkal manga adalah bacaan rapu. Ia seperti  junk food yang tiada khasiat, tapi sedap dan kita enjoy untuk makan. Bukan saya nak suruh anda habiskan 700 chapter semata-mata nak tau apa betul ke saya cerita ni. Dan saya memang tak dapat sangkal, junk food berlebihan memang membahayakan kesihatan. Ia membuatkan anda gemuk dan malas bergerak.

Habisnya manga Naruto
bukan 1 kehilangan yang besar dalam hidup saya. Sebab saya ada life, ok?


Kacang Pis.

No comments: