Sunday, 2 November 2014

Cerpen : 53KELUM17 (Bahagian 5, akhir)



Mata Aiman terbuka cepat-cepat. Dia masih tidak tahu di mana dia sekarang tapi seluruh badannya sakit-sakit. Fikirannya ligat memikirkan di manakah dia sekarang. Aiman empunya masalah membezakan antara mimpi dan realiti setiap kali bangun dari tidur. Bangkit dari perbaringan, dia terkejut melihat tangan bertepek melekat tiub yang menghubungkan kantung cecair IV disebelahnya. Kaki kanannya tergantung keras disimen bersama beberapa besi yang terpacak keluar. Meraba kepalanya, juga ada lilitan kain bandage.

Aku kemalangan rupanya... monolog Aiman.

Otak dan mata Aiman segera menerima maklumat suasana suram di malam hari di wad hospital kerajaan. Ada yang nyenyak tidur. Ada yang merenung siling tak berkedip. Ada yang mengaduh mengada-mengada. Lampu telah lama dipadamkan. Yang tinggal lampu berdekatan kaunter para jururawat.

Macam mana aku boleh ada kat hospital?

Tangan Aiman memejap-mejap dahinya memikir. Sakitnya mencucuk-cucuk.  Hanya memori kosong sahaja dalam ingatannya. Sekadar tirai gelap tanpa warna dan bunyi. Aiman putus asa lalu kembali baring. Hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang terjadi. Tiba-tiba sebuah kilat tanpa guruh sekilas menerangi ruang kelam wad. Dengan tiba-tiba juga Aiman rasakan kesakitan di otaknya yang sedang diasak dengan memori yang berpusu-pusu masuk.


18 Ogos 2014


Aiman sudah masuk hantu. Fikirannya tidak lagi waras. Apa yang difikirkan adalah untuk mencabut nyawa Aishah. Hati manusia yang merah sudah diselubungi oleh aura hitam pekat akibat dendam, marah dan kekecewaan.  Kereta Forte yang dia bertembung di sebuah stesen minyak berdekatan Setia Alam diekori sehingga Kuala Kubu Bharu. Dari situ, dia menggunakan segala kemahiran IT dan godam untuk mengetahui destinasi akhir kereta terebut.

Kini dia sedang berdiri di celahan rimbunan daun mengadap sebuah banglo rekaan penjajah di Bukit Fraser. Suasana kelam malam menyembunyikan kehadiran Aiman yang sedia berpakaian gelap. Matanya fokus pada banglo tersebut. Hatinya berazam untuk menjatuhkan hukuman terhadap pesalah hatinya.

Are you ready for this?

I’m dead sure, i’m ready for this

They might bring along friends you know.

Tak. Mereka berdua je. Kalau dah kahwin aku tak kisah. Tapi kalau macam diorang, mereka kategori pesalah agama.

Betul cakap kau tu kawan. Bersedudukan sebegitu memang salah disisi agama. Tapi bukan lagi menarik ke kalau kau telefon pejabat agama? Bagi malu mak bapak diorang sekali. Hehe

Tapi diorang akan end up kena nikah depan tok kadi. End result in their favor. Plus, ada ke pejabat agama yang nak naik sampai Bukit Fraser ni? By the time diorang sampai, aksi ranjang diorang dah selesai.

So what’s you plan then?

Masuk dengan senyap. Improvise methode depending on the situation. Jatuhkan hukuman bunuh. Bebaskan mereka dari belenggu nafsu. Hentikan mereka dari melakukan lebih banyak dosa.

Baguss...

Disaat ini angin mula menderu kuat.
Di langit sekali-sekala diterangi kilat dan diselangi guruh. Aiman menggengam erat buku limanya. Nekad. Pada hematnya hukuman ini untuk insan yang dia sayangi. Dia yakin, jika Aishah kekal setia bersamanya, Aishah tidak akan terjebak dengan perbuatan yang memalukan dan mencemarkan maruahnya.

Sebuah kilat pantas menerangi langit diiringi dengan dentuman guruh memekak telinga. Lampu-lampu di dalam banglo tersebut tiba-tiba padam tanda terputus bekalan elektrik.

Lihat, tuhan juga bersetuju dan menolongmu laksanakan hukuman.

Aiman pantas melintas laman banglo lagak ninja melakukan serangan senyap. Terdapat belati kecil tersisip kemas di pinggang. Belati yang bakal digunakan untuk laksanakan hukuman. Tibanya di tingkap dapur dia terus memanjat ke tingkap tandas yang sudah pun terbuka. Dia lalu menyelinap masuk senyap-senyap ke ruang bilik air. Kakinya yang tidak beralas merasai kesejukan lantai. Perlahan-lahan dia menguakkan pintu. Terdengar perbualan mangsa-mangsanya.

‘You.. jangan tinggal I sorang kat sini. Takut…’

‘Tak per, I turun kejap je nak check switch. You tunggu dalam bilik. Kunci tau. Nanti I naik…’

Sebuah lembaga bersama cahaya lampu dari handphone bergerak menuruni tanda. Terdengar pintu bilik yang ditutup lalu dikunci. Peluang untuk melaksanakan hukuman dan berlalu pergi tanpa dikesan polis semakin mengecil. Aiman senyap-senyap mengekori mangsa pertamanya, lelaki yang bersalah mengajak Aishah ke lembah maksiat.

Dia bersembunyi disebalik bayangan langsir. Sedikit pun lelaki tersebut tidak menyedari kehadiran Aiman. Terlihat lelaki itu menyuluh kotak fius utama rumah. Entah kenapa lelaki itu bergerak ke arah dapur lalu mencari-cari sesuatu di dalam almari dan laci. Aiman hanya bersabar menunggu peluang yang terbaik.

‘Sayang, boleh turun bawakkan kunci kereta I tak ? I nak guna untuk bukak kotak fius. Tak screwdriver rumah ni. I kat dapur’ katanya menerusi handphone lalu kembali mencari.

Tiada peluang yang lebih baik lagi! Bertindak sekarang !

Aiman tanpa membuang masa bertindak meluru ke arah lelaki tersebut lalu menghentak kepalanya dengan siku sekuat hati. Terjelempok lalu terkulai pengsan mangsanya. Tidak semena-mena telinga Aiman menangkap langkahan kaki sedang menuruni tangga. Dia segera merapati dindin menunggu mangsa keduanya melangkah.

Sebaik sahaja Aiman melihat kelibat tubuh Aishah masuk, dia meluru tangan dahulu untuk memekup mulutnya lalu dihempas ke dinding. Dalam kelam malam diselangi cahaya kilat, Aiman menyorot ganas Aishah. Cahaya kilat yang menerangi memperlihatkan mata Aiman, Aishah terkejut, menggigil ketakutan  lalu pengsan.

Melihat Aishah pengsan, Aiman terundur-undur. Matanya kaku dan hatinya tidak keruan melihat Aishah yang hanya memakai baju tidur yang tidak cukup kain.

Rezeki! Uiihh… Peha dia.. Apa kata kau perkosa Aishah sebelum kau cabut nyawa dia? Kau biarkan lelaki bangsat kat sebelah tu hidup sambil tinggalkan pisau kat tangan dia. At least kau dapat rasa Aishah. Bila dia mati tak de siapa dapat kahwin dengan dia, dan lelaki ni dapat tuduhan dan dimalukan. Hukuman paling berjaya bukan?

Tatkala ini sebuah petir berdentum berdekatan, mematikan segala bunyi di telinga Aiman selain bunyi berdesing yang amat kuat. Aiman bagai terjaga dari mimpi. Dia terkejut yang dia sedang berhadapan dengan tubuh wantita yang dia kenali. Sebuah lagi tubuh milik seorang lelaki tidak jauh dari dia.

Telinganya masing lagi berdesing. Mindanya keliru. Badannya menggigil ketakutan. Dia terundur lagi. Tiada suara yang berkata-kata dalam mindanya Yang tinggal hanya bisikan perlahan dari sanubarinya yang berkata, lari jauh-jauh. Dia bergegas keluar tanpa menoleh ke belakang. Hujan mula turun dengan lebat. Aiman berlari menempuh segala rintik hujan, semak dan dahan sehinga dia tiba ke motosikalnya. Tanpa berlengah walau sesaat dia terus menunggang ke jalan besar untuk turun dari Bukit Fraser.

***

‘Abang kemalangan sebenarnya. Kena hempap pokok masa ribut beberapa hari lepas. Nasib baik ada orang lalu kat jalan Bukit Fraser tu masa tengah hujan…’

Katil Aiman dikelilingi pelawat. Ibunya dan Wawa sekeluarga datang melawat serentak. Raut masing-masing mempamerkan kerisauan dan kasihan akan nasib yang menimpa Aiman.

‘Doktor kata abang bernasib baik walau banyak hilang darah masa sampai kat hospital,’sambung Wawa lagi.

‘Alhamdulillah, nyawa masih dipanjangkan.’ Aiman membalas sambil mengulit senyuman nipis.

‘Abang… Wawa kesian tengok Abang Aiman ni. Wawa… Wawa.. Wawa nak jaga Abang Aiman.’

Tiada reaksi terkejut dari Wak Tukiman mahupun Cik Mah. Ibunya juga tidak terkejut. Semestinya mereka telah berbincang terlebih dahulu mengenai hal ini. Hanya perlukan jawapan dari Aiman sahaja.

‘Wawa.. Wawa baru saja habis SPM kan? Wawa masih belum terdedah dengan masyarakat. Perspektif dan pilihan masih belum luas. Abang tak mahu Wawa ambil keputusan melulu. Wawa masih belum jumpa dengan semua orang…’

‘Tapi Wawa tengok Abang sebenarnya sunyi. Wawa rela temankan abang seumur hidup. Wawa rela korbankan masa depan Wawa demi abang. Wawa kerja suri rumah sahaja lepas SPM pun Wawa tak kisah. Asalkan dapat penuhkan kesunyian abang dan abang kembali sihat.’

‘Wawa.. Tolong jangan buat macam ni kat diri Wawa. Jangan korbankan masa depan Wawa demi abang. Abang.. Abang sebenarnya… ada rahsia besar… Kalau Wawa sekeluarga tahu, tentu tak terima abang…’

‘Kami tahu!’

Aiman tersentak. Matanya terbeliak diikuti dengan hati yang tiba-tiba cemas. Apakah telah diketahui apa yang berlaku tempoh hari? Bagaimana boleh mereka tahu? Adakah mereka menjumpai sesuatu pada badanku semasa aku dihantar ke hospital? Atau aku ada tertinggal bukti di banglo tersebut tempoh hari?

‘Kami tahu yang abang ada suara kedua!’

Aiman melopong tidak bersuara. Dia sendiri tidak percaya apa yang dia dengar.

‘Maksud.. Jap.. Apa yang Wawa cakap ni ?’

‘Kami tahu kewujudan suara kedua Aiman. Ma pernah dengar kamu cakap sorang-sorang di rumah. Yang paling kerap masa tidur. Ma ingatkan Aiman mengigau… Pernah juga kawan Aiman beritahu mak yang semasa di rig, Aiman bercakap sorang-sorang semasa bekerja. Dua suara berbeza. Satu suara Aiman. Satu lagi suara garau. Macam berbual…’ terang Ibu Aiman panjang lebar.

‘Mak cik dan Wawa juga pernah tengok Aiman bercakap macam tu. Ingat tak masa Aiman datang bungkus bahulu dulu. Terkejut kami tengok Aiman mula cakap sorang-sorang. Takut juga mak cik, mana tahu kamu kena sampuk jin masa panjat bukit. Tapi bila Wawa tegur Aiman, elok pula lepas tu...’ kali ini Cik Ma pula bercerita.

Aiman tidak dapat berkata apa-apa. Matanya mula bergenang air mata.

‘Ma..’ suara Aiman mula serak basah. Tangannya erat memnggengam gigi selimut. Dia sendiri tidak sedar yang selama ini dia bukan bermonolog. Bercakap dengan entah siapa. Apakah dia telah dirasuk jin ? Atau lebih teruk, dia sudah menghidap masalah mental akibat masalah depresi yang kronik?
Aiman terus memekup muka lalu menangis semahu-mahunya. Dia sudah tidak yakin dengan dirinya lagi, apatah lagi mempercayai dirinya. Dia hampir sahaja melakukan pembunuhan akibat mengikuti nasihat suara keduanya. Sudah tentu dia akan hidup dalam isolasi di hospital bahagia.

Aiman dipeluk ibunya. Wawa juga hendak memeluk lelaki yang dia cintainya, tapi dia sedar akan keterbatasan halal haram.

‘Jangan bersedih nak.. Kami semua sayang Aiman walau apa yang terjadi kat Aiman.’

****

‘Abang menung jauh tu menung apa?’

Aiman terasa dipeluk dari belakang. Aroma yang sangat dia kenali menyapa lembut rongga hidung. Kemudian terasa lagaan bibir kecil di pipinya.

‘Tak ada apa sayang. Teringat kisah lama tadi. ‘

Tangannya membalas pelukan dengan memegang lembut lengan yang memeluknya. Jelas kelihatan pada jari manis lengan tersebut sebentuk cincin. Sudah genap 2 bulan sejak dia keluar dari hospital. Namun kakinya masih belum lagi sembuh. Aiman terpaksa hidup di atas kerusi roda. Akan tetapi dia ada seorang isteri yang menjaga dirinya.

‘Nanti bila abang dah boleh jalan, abang kerja kat sini la ye? Tak perlu ke laut lagi..’

‘Kenapa?’

‘Nanti Wawa sunyi nanti tak dapat layan abang…’

Aiman mengukir senyuman lalu menoleh menghadap wajah isterinya yang sedia rapat. Suasana petang yang nyaman di Sungai besar benar-benar menenangkan jiwa. Akan tetapi lebih tenang jika jiwa yang sedia kosong diisi dengan jiwa yang ikhlas untuk menemani seumur hidup. Ibunya dan keluarga Wak Tukiman mengambil langkah  untuk tidak merujuk ke pusat mental. Mereka percaya yang Aiman perlukan sokongan dan juga sokongan dan perhatian untuk pulih.

‘Abang pun ada fikir macam tu… Abang pun rasa macam dah penat nak ke laut. Duk kampung buat kerepek pun ok gak.’

‘Macam tu la… Wawa kat belakang ye tolong mak masak’ lalu diberi kucupan pendek ke pipi dan beredar.

‘Oh ye sayang, masa hari abang accident itu hari. Ada keluar berita orang mati or cerita pelik di Bukit Fraser?’

‘Erm.. tak de rasanya. Yang ada kes ribut kuat je seingat sayang. Oh ye, ada satu kes pecah rumah. Banglo untuk homestay, tapi takde orang kat banglo tu dan takde benda hilang. Kenapa?’

‘Tak de apa-apa. Cuma curious.’

Tamat

No comments: