Tuesday, 21 October 2014

Cerpen : 53KELUM17 (Bahagian 3)







Aiman mendapati dirinya di sebuah koridor lagi. Kali ini koridor putih yang suram warnanya. Dihujungnya terdapat sebuah pintu biasa. Tiada corak dan tiada rekaan. Langkahnya bagai melayang merapati pintu tersebut lalu dibukanya. Terdapat susuk badan berwarna hitam disebalik pintu tersebut. Hati Aiman kuat mengatakan yang dia mengenali lembaga tanpa wajah itu. Dia menunggu di balik pintu untuk menjemput Aiman ke tempat yang jauh. Dihempasnya pintu sekuat-kuatnya kerana ketakutan.

Hatinya berbisik, 'Aku belum bersedia...'

Aiman membuka matanya. Dirinya masih lagi berbaringan di atas katil. Jantungnya berdegup pantas. Dirinya kaku dalam ketakutan. Ini lebih menakutkan dari mimpi ngeri bertemu hantu raya. Di mulut kita mungin berani untuk berkata kita tidak takut mati namun roh mana yang tidak menggeletar bila berhadapan dengan malaikatul maut.

Jam berhampiran menunjukkan pukul 530 pagi. Sebentar lagi akan tamat waktu solat subuh di laut Sabah. Aiman kini berada di salah sebuah kamar tidur dalam Star Fortuna, sebuah rig pengorek minyak. Syifnya sebagai seorang Mud Logger akan bermula pada pukul 7 pagi kelak. Dia perlu bersiap sebelum mula mencari rezeki yang halal.

***

Mati tu seronok kan?

Kenapa?

Sebab kat situ semua benda berhenti. Dah tak de benda yang kita akan fikir. Stop. Fin. Habis cerita. Wayang habis.

Im still not getting your point.

Setiap manusia diberi tempoh masa. Setiap seorang punya tempoh masing-masing. Dalam tempoh mereka hidup sudah tentu ada pelbagai rintangan kehidupan, kesakitan, kesusahan, keperitan yang mereka lalui. Bukan nyawa berhenti tuh menandakan kau bebas dari semua tu?

Kau mengarut !

Kau ok tak ni, macam ada benda tak kena je ? Rahim, supervisor yang bertugas menegur. Aiman kelihatan melompat seperti baru dikejutkan dari tidur.  Aiman yang mengangguk da meneruskan kerja-kerja quality control dengan log yang hasilkan.

Kau ada saudara yang terlibat dalam kapal terbang semalam? tanya Rahim lagi secara serkap jarang. Bekerja di laut sememangnya perlu berkongsi. Saban hari bangun dalam keadaan laut terbentang kosong sedikit sebanyak menghakis kewarasan manusia.

Eh tak de. Kasihankan diorang yang terlibat tuh. Tak pasal-pasal jadi pelanduk antara dua gajah.. Percubaan untk mengalih tumpuan. Rahim yang tampak hidp lebih lama menghidu perbuatan Aiman.

Awal pagi tadi sebuah pesawat MAS ditembak jatuh di sempadan timur Ukraine-Rusia. Malapetaka kedua yang melibatkan penerbangan dalam tahun yang sama. Secara tak langsung tahun ini menaikkan risiko kehilangan nyawa jika memilih kapal terbang sabagai mod pengangkutan. Namun ia tidak cukup memintas kematian di jalan raya. Ironically, masyarakat masih memilih untuk berkereta. Mungkin lumrah manusia yang lebih selesa kaki menjejak tanah.

Aku mimpi pelik malam tadi, spontan mulut Aiman berkata-kata. Terangkat kening Rahim mendengar lalu berada dalam posisi yang sedia mendengar. Langkah yang jarang mana-mana supervisor akan ambil. Biasanya sudah dibentak atau diberi kata-kata pemati luahan perasaan, Itu mainan mimpi

Demyuh

Aiman menceritakan mimpinya semalam secara ringkas. Tidak pula di ceritakan mimpi-mimpinya yang lain sebelum ini.

Ok, kau kena jujur dengan aku. Kau ada rasa nak bunuh diri ke? Paling tidak pun perasaan sedih dan derita tahap rasa nak terjun laut ? Soalan Rahim tepat mengenai Aiman. Aiman tidak segan silu membuka segalanya apa yang terpendam di hati. Bercerita dengan stranger sememangnya lebih sampai objektif meluahkan perasaan. Hanya perlukan telinga mendengar. Tiada kritikan mahupun colateral damage perhubungan antara rakan-rakan.

Oh great, kau ceritakan semua pulak

Ada juga dia kontek aku masa aku belajar dulu. Tapi masa tuh aku ego tak nak layan dia sangat. Konon dah move on and found something better yakni my ownself and the true purpose of life. Tapi sebenarnya aku tipu diri aku sendiri. Aku still sayang kat dia tapi aku takut nak hadapi realiti. Aku takut nak mengadap dia dan hadapi rejection. Aku cuba juga dulu nak berkawan masa aku baru balik mengajar, time aku menganggur dulu. Invisible terus kat mata dia.
Rahim mendengus luahan Aiman dari lubuk hati yang paling dalam. Suasana dalam unit operasi yang diubahsuai dari kontena kembali sunyi. Hanya ada bunyi kipas-kipas penyejuk komputer-komputer server

Kau tak pernah cuba kontek dia sekali lagi untuk dapatkan ultimatum dari dia?
Dia tukar nombor. Aku ada email dia. Tapi takde jawapan…’
Kau tak pernah cuba untuk move on?
Pernah. Sebelum aku masuk kompeni ni lagi. Tapi entah macam mana celaka, perasaan ni datang balik!
Mulut Aiman menyumpah. Ternyata dia begitu bencikan keadaannya sekarang. Dia sedar tapi tidak mampu buat apa-apa. Hatinya mahukan satu keputusan yang solid, bukan satu keadaan yang tergantung.

Hah, mesti lepas nih dia cakap, takkan pasal perempuan kau nak putuskan nyawa!

Aiman, putus cinta memang sakit. Kalau ada ubat sakit putus cinta, aku rasa kedai tuh paling laku. Tapi itulah kehidupan bro. Ini adalah pengalaman hidup yang perlu kau lalui. Tahap kesakitan kau tuh, aku yakin tuhan je yang tahu bagaimana. Tapi dia bagi kau pada tahap yang kau masih lagi boleh tahan dan tempuhi. Yakin lah, ada je manusia yang tak merasa macam kau sebab dia tak sekuat kau. Dan ada je manusia yang kena lebih teruk daripada kau sebab dia lebih kuat semangat dari kau. I hope you, one day insyaAllah, get rid of this matter and move on. Living in the past, holds the future hostage

Suara dalam otak Aiman salah sangka. Mini ceramah pula yang diberi. Aiman menelan kata-kata supervisornya dengan pahit sekali. Dia sememang cuba untuk tidak berlegar-legar dalam silam bagai roh yang tidak jumpa jalan yang pulang. Namun cerita putus cinta Aiman begitu membekas dalam dirinya sehingga jiwanya tersungkur dan menolak untuk bangkit.

Aku dah kata dah dulu. Siapa suruh kau ikut cakap senior yang kau tak kenali dulu. Ada dia datang jumpa kau tanya khabar ? Ada dia offer diri untuk consult hati kau yang berkecai ? Itu lah diorang bro ! Pembunuh lahiriah manusia !

Hati manusia. Bila tenggelam dalam kekecewaan, maka menyalalah kemarahan di atas bahan bakar bernama ego. Manusia sememangnya kejadian yang kompleks. Mereka memang susah difahami. Tentunya, satu per satu kesalahan dan kejadian yang tidak diingin itu akan mereka cari puncanya membolehkan sebatang jari dituding. Kerana kepala manusia sememangnya keras. Lebih keras dari batu dalam perut bumi.

Aku tak pasti kenapa tapi masa empunya kuasa untuk menawar hati yang terluka. Overtime, aku yakin kau dapat hadapi semua ini dan move on. Tak perlu sampai terasa nak bunuh diri. Kalau terasa, kau boleh cepat-cepat tepon aku, tak perlu dengar suara dalam otak kau, kalau ada la.. If you got one, you should handle him first.

Rahim menggeliat sambil menarik urat belakang dan menerik otot tangan. Lengan coverall Rahim tersingsing ke bawah menampak parut-parut di pergelangan tangan. Aiman pernah mendengar desas-desus yang Rahim pernah mengalami masalah kekeliruan jantina. Jika benar, Aiman terpaksa mengakui yang Rahim mempunyai semangat besi dan hati waja memilih bidang kerja yang rata-ratanya semua lelaki.



******


Aiman berada di sebuah rumah yang agak mewah. Nafasnya kencang dan matanya melilau mencari-mencari. Bagai sang pemangsa memburu si mangsa. Matanya menangkap kelibat disebelah penjuru kiri lalu dikejarnya. Dia mengejar dengan penuh tekad sehingga mangsanya tersungkur jatuh. Aiman tidak teragak-agak untuk menikam dada seorang lelaki yang tidak dia kenali. Geram dan marah menggengam. Puas dendam dilunas.

Seorang lagi getis hatinya. Mangsa utama. Dia tidak perlu mencarinya di mana kerana nalurinya tahu di mana. Bagai pemangsa yang tahu di mana letaknya habuannya setiap hari. Dia menuju ke dapur. Mangsanya kali ini seorang perempuan. Perempuan tersebut terkejut besar melihat Aiman meluru laju ke arahnya. Baru sahaja mahu meminta tolong mulutnya telah diserkup erat oleh Aiman.. Aiman seterusnya menghempas perempuan tersebut ke dinding sambil mengemaskan lagi genggamannya.

Mata mangsanya terjegil ketakutan sehingga tidak berdaya untuk melawan balik. Aiman sedang mabuk dengan amarah. Tangan kanannya sudah terhunus belati kecil yang sedikit  melengkung ke dalam. Mana dapat dia sendiri tidak tahu. Apa yang penting adalah mangsa dihadapannya. Tiada diskusi. Tiada tolak ansur. Dendam perlu dilunas. Pesalah dan pengkhianat hatinya perlu dihukum. Hukuman setimpal adalah bunuh. Belati ditangannya tidak teragak-agak singgah dan merodok ke batang leher mangsanya yang ditutupi tudung. Darah wanita yang pernah dia cintai memercik ke muka.

****

Aiman membuka matanya cepat-cepat. Terkejut. Mukanya lencun dengan peluh dingin. Telinganya jelas menangkap degupan kencang jantungnya. Matanya bergerak rawak mencari-mencari siling yang hanya ada lampu kalimantang dan kipas siling. Aiman bingkas bangun lalu meraut wajahnya dari peluh.

Astagfirullah…’

Kebiasaannya dia bermimpi berlegar di koridor-koridor. Tapi mimpi mencabut nyawa dikiranya adalah ekstrim. Ada yang tak kena dengan dirinya.

No comments: