Sunday, 19 October 2014

Cerpen : 53KELUM17 (Bahagian 2 )







'Yes, and for that I really hate my father,' luah Aiman kepada Aishah. Di sekolah Aiman tidak pernah berkongsi apa-apa mengenai hal keluarga dengan rakan-rakan. Aishah adalah pelajar di sekolah berdekatan. Perhubungan mereka bermula di pusat tuisyen. Perhubungan trend zaman bermula sebagai rakan study bertukar mesra selepas tamat SPM.

Bagi Aishah, Aiman adalah tempat dia bergantung segala permasalahan kerana kesemua adik beradiknya adalah perempuan. Aiman pula perlukan tempat untuk berkongsi masalah dan perasaan yang terbuku di hati sejak dari kecil. Walaupun tidak selalu, biasanya Aiman akan berkongsi perasaan pada Aishah.

Aiman menghirup sedikit ice blended coffeenya. Sejuk sehingga menggigit gusi. Tapi hatinya masih lagi panas meluap-luap selepas bercakap mengenai ayahnya.

'Sayang, tak baik cakap macam tu.. Sabar ye..?' kata Aishah dengan penuh lemah-lembut. Walaupun kebiasaannya, perempuan memerlukan telinga sang jejaka untuk meluahkan perasaan namun jika berlaku sebaliknya, makhluk bernama lelaki benar2 berterima kasih.

Aishah memanjangkan tangan lalu memegang tangan Aiman di atas meja. Digenggamnya erat lalu berkata, ' Walau apa jua yang kita fikirkan, apa jua latar belakang family kita, kita kena terima. Yang buruk kita tinggalkan. Always remember, anything happens, he is still your dad. Nothing can ever change that.' Ibu jarinya mengusap-usap buku lima Aiman, cuba menenangkan jiwa Aiman. Aiman hampir sahaja berjurai air mata meluahkan perasaan. Lelaki seperti Aiman tidak banyak kerana kaum lelaki sememangnya ego untuk menangis. Namun bukan pada Aiman. Dari mata Aishah, Aiman berjiwa lembut dan sensitif. Membesar penuh dibawah penjagaan ibunya mungkin menjadi faktor dia jadi sebegitu.

'We too one day will become a parent to our own child. Sayang akan jadi bapa juga kan? I harap you jadi ayah yang lebih baik. In the mean time, berbaik la dengan your dad. Nanti anak kita buat perangai lagi teruk dari you baru tahu.' Sambung aishah lagi memujuk. Perhubungan mereka sememangnya serius walaupun baru setahun jagung. Keputusan SPM juga belum diumumkan lagi. Jika tidak kerana halangan budaya masyarakat yang memandang serong bahkan menimbulkan spekulasi tidak manis jika berkahwin sejurus tamat spm, sudah tentu mereka boleh diijabkabulkan.

Nasihat dari buah hatinya ada benarnya.  Dia tidak boleh membesar dan menjadi dewasa dengan membiarkan kesumat dalam dirnya terbuku dan menanah. Dia perlu berlapang dada dan berdoa mengharapkan ayahnya berubah.  Dan dia juga bakal menjadi seorang ayah kepada anaknya. Pujukan Aishah berkesan. Dia perlu memaafkan ayahnya. Tiada guna bermusuh dengan keluarga sendiri.

Hoo? Let see for how long

Aiman memekakkan telinga dengan suara di dalam otak lalu menguntumkan senyuman yang nipis. Pujukan seorang wanita sememangkan melembutkan hati lelaki. Aishah melepaskan tangan Aiman lalu tersenyum juga. Senyuman paling manis yang Aiman pernah lihat. Dia menanam azam untuk menjadi suami kepada Aishah kelak.


Oh, dont forget to tell that youre going oversea. She gonna be thrilled!


'Oh ye. I nak bagitau yang i dapat offer pergi France. Bertolak bulan depan...'

*****

Fikirannya kembali ke alam realiti dengan bunyi pesanan Whatsapp. Sedar-sedar dirinya sudah berbaringan mengadap langit biru dengan awan berarak.

'Abang jadi datang hari ini?'

Aiman pantas membalas dengan menaip 'Alamak lupa pula.. Boleh panjat bukit pula hari ini.. Esok masih ada kat rumah kan?'

Terlupa sungguh yang dia perlu ke Sungai Besar hari ini. Aiman menerima bahana terlalu tenggelam dengan peristiwa lalu. Langsung terlupa akan janjinya.

'Esok masih ada kat rumah lagi. Bukit yang mana panjat?'

Belum sempat di balas, masuk mesej seterusnya

'Mak tanya nak datang pukul berapa?'

Perlahan-lahan dia taip. Aiman ini menanam ingatannya akan janjinya ini.

'Esok pagi sebelum pukul 10 pagi, insyaAllah'

*****************

April 2009

'Jadi begitulah aku nak cerita dengan korang. Kita mesti jadikan diri kita sebagai muslim tanpa keterikatan yg lain. Lagi lagi benda yang sememangnya Allah tak suka.'

6 orang yang kena ceramah free menundukkan kepala. Termasuk juga Aiman. Mereka dikumpulkan di sebuah rumah yang tak berapa jauh dari pusat bandar Marseille. Yang memberi nasihat dan ceramah adalah seorang senior dari jauh. Baru hari ini mereka bersemuka dan mengenalinya

'Korang sebagai pelajar yang dipilih dan diberi rezeki untuk merasa nikmat belajar di luar negara. Suatu hari nanti korang akan pulang dan memimpin masyarakat. Kerana korang adalah contoh tauladan untuk mereka. Jika korang masih lagi ada sikap, sifat perangai yang yang tidak elok, masakan kamu hendak menjadi contoh?

Aiman mengangkat sedikit kepalanya. Rakannya yang lain masih lagi tertunduk. Ada yang menongkat dahi. Ada juga yang berair mata dan menarik-narik hidung seperti selsema. Mata Aiman bertemu dengan si pemberi ceramah. Wajahnya tenang sekali. Tiada sifat bengis. Tiada unsur-unsur manipulasi demi kepentingan. Yang ada hanya nasihat-nasihat yang ikhlas dari seorang senior yang berpengalaman dan menyayangi mereka. Pernah juga dia terfikir, mengapa dia boleh datang ke sini yang begitu sekali jauhnya tanpa minta apa apa dari kami? Siap bagi makan nasi arab di hujung jalan lagi malam semalam.

Manusia bukan maksum kawan Ada je agenda diorang sendiri Cuba kau play along and see what happens

'Oleh itu, saya nak kamu tuliskan segala sikap, sifat dan perbuatan yang kamu rasakan ia adalah satu kebodohan silam yang tidak sepatutnya ada. Simpan dan jangan tunjukkan pada saya. Di akhir sesi nanti, saya akan bagi gunting untuk kamu. Potong kecil2 dan buang jauh2. Simbol kebebasan kamu dari kebodohan silam.'

Selesai abang itu berkata, bilik itu bertukar hening sekali. Yang hanya kedengaran adalah pergerakan badan yang membetulkan tempat duduk di atas sofa. Tanda sudah panas punggung dan tak selesa. Abang ini dijemput oleh seorang rakan dari bandar sebelah, Toulon. Rakan ini selalu juga datang melawat kami dan kami amat menghormatinya kerana ilmu agamanya yang begitu banyak. Tak padan dengan umur dan latar belakang pembelajaran di sini.Sehelai kertas A4 yang telah dibahagi empat dihulur. Begitu juga sebatang pena biru. Rakan2 disebelah sudah giat menulis. Merokok. Main game. Penting diri. Isolasi. Pornografi. Couple...

Alhamdulillah aku dah break lama.. Kalau tak mesti susah aku nak buang…’ Getis hati kecil Aiman. Akan tetapi, tangan kidal Aiman menulis perkataan atau lebih tepat nama Aishah di atasnya. Kemudian dia melipat kertas tersebut kemas-kemas.

There you go
Something that should be forgotten had arised today. Are you sure to shread it? I have a better idea.


Esoknya Aiman menuju ke sebuah anak sungai, 3 km dari rumahnya. Berbasikal mengambil udara usai kelas IT di fakulti. Kertas semalam masih disimpan. Rakan lain sudah pun menggunting kertas masing-masing, simbolik kebebasan dari kejahilan yang mahu ditimggalkan. Dia memberi alasan ingin menghapuskan kebodohan silamnya dengan lebih simbolik dan dramatik.

Iklim eropah ketika musim bunga begitu ideal sekali. Aktiviti bersiar-siar di dalam denai denai kekal mula popular kembali. Begitu banyak sekali hutan dan rekreasi di France dan rata-ratanya dijaga dengan baik sekali oleh rakyatnya. Mereka sememangnya suka akan aktiviti bersiar-siar di dalam hutan, atau dipanggil rondone. Aiman sudah biasa ke sini. Sejak tahun pertama lagi di berani masuk ke denai dan hutan berseorangan. Denai di sini telah dianggap seperti laman belakang rumah.

Aiman berjalan sehingga sampai ke sebuah sungai lalu merapati ke gigi air. Bunyi air mengalir begitu tenang sekali. Sesekali silauan mentari di muka air menyinari muka. Aiman mengeluar kertasnya semalam lalu membuka lipatan yang kemas. Tertera nama Aishah di tengah-tengah. Aiman mengukir kecil senyuman di bibir. Memang benar mereka bukan lagi couple. Mereka tiada lagi apa-apa perhubungan. Akan tetapi Aiman empunya satu habit keji selepas itu. Dia akan selalu stalk profil Aishah seperti mahukan maklumat dari diri Aishah. Dia bagaikan mengharap ada sekelumit petanda yang Aishah akan berhubung dengannya semula sebagai kawan dan akhirnya menjernihkan perhubungan mereka semula. Akan tetapi hanya kedinginan dan kehampaan yang Aiman dapat. Aiman selalu bersangka baik dengan Aishah memikirkan tugas pelajar di universiti tempatan jauh lebih sukar berbanding dirinya diluar negara.

Aiman melipat semula kertas tersebut. Kali ini dia jadikan ia sebagai satu origami berbentuk kapal kecil.  Aiman lalu merendahkan dirinya ke tanah dengan menongkat lutut kirinya.
'Bismillah..' Aiman menghanyutkan kapal tersebut. Simbolik membuang jauh-jauh kebodohannya.

Bro! Dah macam buang hantu la bro! 

Aiman hanya senyum tawar.

********
 

'Abang'

 Aiman tersedar dari mengelamun.

'Abang tak jawab soalan semalam. Semalam bukit mana yang Abang panjat?'

Sepasang mata milik seorang gadis sedang memandang tepat pada Aiman. Dia seolah-olah menunggu jawapan dari Aiman. Selagi Aiman tidak menjawab, selagi itu matanya merenung Aiman.

'Er... Bukit Tabur'

'Bukit Tabur tu kat mana?' Kali ini soalan dari Salmah, atau nama mesranya Cik Mah, ibu kepada gadis tersebut. Dia juga merenung tepat pada Aiman.

'Err.. Dekat Klang Gate sana.. Kenapa macam kenal soal siasat ni' suara Aiman sedikit kecil bila menghabiskan ayat. Sedikit tertunduk lalu menyambung mengisi kuih-kuih bahulu ke dalam sebuah beg plastik lutsinar.

'Haha.. .Bukannya Cik Mah tak kenal kamu Aiman.. Kamu tu kan selalu terperuk je kat rumah bila cuti? Terkejut juga la Cik Mah dengar kamu tiba-tiba panjat bukit.' terang Cik Mah sambil tangannya ligat menyambung kerja-kerja membungkus rapat beg-beg plastik berisi bahulu.

Suasana di kilang kecil milik Wak Tukiman kembali kendur. Kilang ini mengeluarkan pelbagai kerepek kering dan juga bahulu. Pekerjanya tidak ramai. Tempatnya juga agak terceruk di Sungai Besar, Selangor. Namun semasa Aiman melakukan kerja sambilan di UPM, dia mengetahui akan kewujudan kilang ini. Itu pun kerana mesin rekaan di UPM cuba untuk diguna pakai di kilang ini. Walaupun sekarang Aiman telah mendapat kerja tetap, dia masih lagi ke sini. Tujuannya untuk memborong kerepek untuk dijual di sekitar Shah Alam sebagai pendapatan sampingan. Cuma dia kerap membantu Cik Mah kerana kasihan memandangkan dia tidak menang tangan dengan pesanan kerepek dari pembeli.


Gadis yang merenungnya tadi menyambung kerjanya, mengisi plastik lutsinar dengan bahulu. Mukanya bagai menahan pelbagai lagi persoalan namun disembunyikan di sebalik wajah yang hampir bujur sireh. Rautnya tipikal seorang wanita nusantara, berkulit sawo matang, mata yang sedikit sepet, hidung yang sedikit kemek namun masih manis untuk dipandang. Anak perempuan bongsu Cik Mah dan Wak Tukiman baru sahaja tamat SPM. Sementara menunggu keputusan pada bulan April, dia membantu kerja-kerja di kilang kecil ini.

'Wawa plan nak masuk U mana lepas nih?' Aiman cuba beralih dari ketegangan yang muncul tadi.

'InsyaAllah Wawa plan nak masuk UKM. Nak pilih Food and Process. Nak tolong mak reka mesin buat kerepek. Maju sikit perniagaan kat sini' kata Hawa bersungguh, atau nama manjanya Wawa sambil tersenyum. Manis senyuman unik dan tersendiri. Entah mengapa senyuman yang yang terukir di bibir Wawa begitu menenangkan sekali. Bahkan ia seperti sebuah sauh yang mengikat kaki aiman supaya berpijak di bumi nyata, bukannya terbang songsang di awangan masa silam.

'Wawa rasa boleh score SPM tak? ' Aiman menduga.

'Kalau Wawa tak dapat keputusan yang elok, Cik Mah kahwinkan dia je! Celah Cik Mah yang sebenarnya dari awal lagi mahu mencelah.

Wawa tertunduk malu. Tersipu-sipu. Tidak pula dia membantah. Biasanya perempuan generasi kini akan melenting tidak mahu berkahwin awal. Ingin mengejar cita-cita sehingga mendapat segulung ijazah dan kadang-kala doktor falsafah. Mungkin mereka merasakan kahwin awal dan menjadi suri rumah adalah aras kehidupan paling rendah seorang perempuan. Gagal dalam hidup dalam bahasa kasar. Mungkin.

'Aiman akan ke laut balik bila?' Tanya Cik Mah beralih subjek.

'2 minggu lagi.'

'Abang kat sana kerja apa? Tanya wawa pula.

'Obviuosly bukan tukang masak,' Aiman berseloroh menyembunyikan jawapan

'Ye ke tak pandai masak? Habis tu dulu kenapa nak resipi bahulu mak?'

Aiman yang tersenyum melihat semangat tidak mahu kalah Wawa

Untung lah siapa dapat kahwin dengan abang, kan mak kan?'

Kahwin? Subjek yang dia rasakan kelat untuk difikirkan dan pahit untuk dijawab.


bersambung

No comments: