Thursday, 18 September 2014

Revelasi di Laut pada hari Malaysia


Please excuse this guy ya? hehe..





Tema skema.


 16 september 1963, Sarawak dan Sabah bersatu dengan Tanah Melayu. Tepuk2..!


Benda besar ketika itu. Sebuah semenanjung yang menganjur ke selatan dari benua asia, bergabung dengan 2 negeri di dalam pualau borneo dan membentuk satu negara hingga sekarang.
Alhamdulillah… Sehingga sekarang tiada pmeberontakan untuk menjadi negara sendiri sehingga kini. Kalau tanya saya kenapa nak gabung? Saya akan kata tak tahu. Jujur. Walaupun mungkin masa SPM, benda alah inii telah diberitahu, tapi memang tak masuk otak saya.

Tahun berlalu, negeri-negeri Malaysia berusaha meningkatkan KPDNKK Malaysia dengan pelbagai bisnes. Sektor pelancongan borneo memang takde saingan oleh semenanjung. Borneo ni sejak zaman pelita minyak tanah lagi, sudah dikunjungi oleh orang luar. Kenal Darwin yang buat teori evolusi? Ada satu lagi mamat bernama Alfred Wallace yang sedikit sebanyak membantu dalam pembentukan teori of natural selection dan bantu spark idea untuk Darwin tulis buku popularnya The Origin of Species. Nak tahu dia dapat kat mana? Di Borneo dan Malay Archipelego. Siap bagi satu law nama Law of Sarawak dalam kajian. (Sila google kalau nak tahu)

Aside with the boleh-pening-kalau-diskus; dan kembali ke Malaysia.


Selain dari kita menyambut 31 Ogos 1957, kita juga sambut hari Malaysia (quiet recently) pada 16 September.  But all means, this is good. Kita empunya variety of language, culture and bloodlines. Some writers said that, here (in south east asia), takde satu pun yang bebetul2 pure orang situ (or bahasa kasarnya orang asal). Alasannya? Bila duduk kat trade route, pedagang, pelayar, pengembara akan pasti singgah. Pernah dengan citer ‘pedagang tunggu di Melaka sehingga peralihan monsoon? Atau pedagang kahwin dengan orang tempatan?’ Haaa… Here in this region dah lama jadi trade route, bukan bermula ketika Melaka naik. Maka sudah lama wujud perkahwinan campur di sini.  Jadi there’s a high posibilites yang kita sendiri empunya pertalian dari tempat2 yang kita tak pernah dengar. Bukan sekadar dari India atau Tanah Besar China. Tak percaya, pi kat jabatan pendaftaran negara / pusat kajian darah, buat survey berapa peratus yang empunya rare blood disease yang kire susah nak jumpa dikalangan orang asia.


Baik, memandangkan saya menyambutnya di tengah Laut China Selatan di bawah kawasan perairan Sabah. Saya teringin nak berkongsi sesuatu yang mungkin (saya harap tak) menimbulkan provokasi.
Sejauh mana kita (orang semenanjung) sambut merdeka / Hari Malaysia dengan orang Sarawak atau Sabah?  Kut ye, mungkin di KL ada member Sarawak mari turun KL untuk kursus pada 15hb September atau vice versa.

Kita (orang semenanjung), mungkin sudah familiar dengan slang, utara, kelantan, Ganu, melaka, nogori, perak dan jawa (ermm…) Familiar dengan iban? Kadazan dusun? Murut? Sabahan? Orang Sarawak dan Sabahan je yang familiar. Bila orang semenanjung yang jenis rasis tak bertempat, diorang rasa Sarawak ini penuh dengan warga malaysia berbangsa cina walhal mereka adalah orang iban. Siapa suruh duduk dalam kelompok tempurung sendiri?


Jika anda mendengar orang sabahan cakap, for sure anda kata ini orang indon. Haaa… tak caya? Pi cari orang sabah sekarang. Sebab saya dah pernah terkena.. haha..  the ‘bah’ might give away the sabahan slang. Tapi kalau takde ‘bah’, memang korang rasa macam slang indon. (ke saya je?)

Baru-baru ini, saya ditunjukkan satu benda yang saya rasa mencairkan hati melihat. Keterujaan pun ada. Di rig ayang sayang sedang kerja sekarang, bercampurnya orang sarawak, sabah, ganu dan kelantan (warga2 yang banyak dalam bidang offshore). Lebih mengujakan adalah, orang sarawak boleh switch slang ke ganu dan juga vice versa. Keterujaan melampao kot! Satu revelasi dari langit! (amik hiperbola disitu)

Allahurabbi… begitu lembutnya lidah rakyat Malaysia yang kau ciptakan mampu untuk bercakap apa jua bahasa tanpa cacat cela. Sebab itu bila kita baca alquran, mahraj dan sebutan kita takde masalah. Bila kita luar negara (UK contohnya), walau 4 hari je,  dah cakap english slang brit. Atau lebih
canggih, saya boleh cakap french tanpa slang asia. (eh?)

Saya tak fikir yang kita dapat adapt, slang itu dan terbawa2 masa balik itu satu perbuatan menunjuk dan bongkak. Dah lidah kita, malaysians, begitu adaptable sekali. Dan saya berani mengatakan , dengan skill seperti  ini, masyarakat yang tinggal di sini dahulu juga mampu adapt dengan apa jua bahasa yang mereka dengari. Mudahnya pengambilan bahasa lain, memudahkan penambahan kosa kata. Sebagai contoh savon dan ananas dalam french adalah sabun dan nenas. Maka jadilah ia bahasa lingua franca, bahasa yang digunakan secra meluas ketika era kegemilangan melaka.  Ini juga satu provokasi.


Saya berani mengatakan yang kita telah ditanam dengan semangat kenegerian seara tanpa sedar. Yes, ini juga berkaitan dengan sifat dan psikologi manusia demi survival diri. Tapi dengan alat-alat penimbul fitnah kini, semangat ini telah menjadi satu bahana besar walaupun berkongsi nama bangsa dan agama..Dan sekarang kita seronok hidup dengan geng sebulu dan memperovok geng yang lain ? Eh hello? Bendera? Sempadan? Atas map je kot. Anda tetap berdarah merah, menyedut oksigen apabila anda melintas sempadan negeri. Itu pun tahu sebab ada papan tanda, kalau tak, tak tahu pun…

(Soalan cepu emas : kalau kita dari KL nak pi Perlis lalu PLUS, kita sedar tak kita lalu kedah-penang-kedah ?)

Salah kita juga kita yang tidak pernah terfikir untuk buat ‘Transfer student program ‘ antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Walaupun ada penjimatan kos ada disitu tapi dihantar jauh2 seperti Jepun, UK Australia dan US. Bunyi macam tak glamor je transfer student dalam negara tapi bukan over the sea bukan? Mengapa kita perlu berkongsi budaya dengan orang luar, walhal budaya antara kita sendiri pun tidak tak habis khatam lagi. Jujur, saya terejut besar yang masyarakat Sarawak dan Sabah empunya kaum dan suku yang begitu banyak sekali. Bahasa mereka juga berlainan.  Sememangnya satu kerugian jika kita tidak kenal dengan ‘keluarga’ di bawah satu bendera kita sendiri.

16hb, jatuh pada hari selasa lepas, dan jika ada perayaan, rig biasanya akan memberi juadah super special  gempak tak ingat!


Lobster bai.. masing2 tunggu

Smile with da camera!!!

Mari potong cake..!



Ye, di sini rakyat malaysia berbilang kaum (dan beberapa rakyat luar) meraikan hari malaysia. Operasi korek minyak 24 jam. So takde significant yang lebih besar dari memotong cake yang mengambil masa beberapa saat itu.

Part yang paling best adalah, crew yang masak juadah kami kebanyakkan dari sarawak. Suka borak dengan diorg nih! Tapi kekadang left out jugak la bila diorang start cakap iban. hehe.. but still, aku rasa bersyukur dapat berkenalan dengan orang.

thanx galley crew!

Lobster percuma baaiii... ok nak makan!


Kami disatukan kerana tugass dan pemikiran budaya kerja dengan selamat. Namun bila sesudah ke darat, kami mungkin tak sebulu dah dengan haluan masing2. Jika manusia boleh disatukan sebegini, saya yakin manusia sebenarnya boleh disatukan di bawah satu pemahaman yang lebih besar, hatta apa jua latar belakang. asalkan tiada unsur manipulasi dan kepentingan.

wallahualam.
Simon Malik

No comments: