Saturday, 13 September 2014

Melankoli semalam





Saya bukanlah seorang yang pandai untuk menterjemah perasaan kepada kata-kata. Biasanya mesej tak sampai. Tapi saya minat menulis. Terapi bak kata seorang sahabat saya yang popular dalam bidang penulisan.

Hari ini saya ada banyak perkara untuk saya luahkan. Tiga hari terpendam.  Jadi hati ini saya cutikan diri saya dari lari2 keliling helipad dengan duduk berseorangan disini, ditemani lampu-lampu hijau di helipad, bulan yang sedang naik di ufuk timur, bunyi engin dari rig dan bau asap dari flare berdekatan.

Hari ini adalah satu hari yang melankolik bagi diri saya. Tiga hari penuh perasaan yang berbeza akhirnya membawa kepada satu mood malas, cepat melenting dan sakit pada bahu. Nak cerita dengan orang, pemikiran mereka berbeza. Tak sama frequensi. Jadi saya luahkan di sini.

Genap hari ke 10 saya berada di offshore. Di laut sabah. Hanya 3 hari sahaja saya nampak susuk kinabalu. Selebihnya adalah awan2 yang berarak. Saya diizinkanNya untuk ke Sabah akhirnya, selepas 26 tahun hidup di dunia.  Bila tahu tiket turun ke KK excited bukan main. Walau tidak empunya masa untuk melancong, tapi saya tetap bersyukur sampai ke sini. Saya pernah bergurau yang jika saya melarikan diri, saya akan melarikan diri ke Sabah. Ahaha...

Mungkin ada kaitan dengan perasaan kecewa dan merajuk yang saya simpan selama ini. Saya ingin lari jauh tapi takde duit nak pi jauh pula. Kenapa saya boleh kecewa dan merajuk? Cerita lama. Sudah saya lupakan dulu tetapi kembali menghantui. Saya cuba hidup tanpa musuh dan seteru. Tapi entah bagaimana ia tidak boleh diselesaikan. Berpatah arang, terbelah rotan. Saya cuba berbaik tapi disalah sangka. Aaah.. Ini memang cerita lama. Saya bahkan melakukan post mortem bagaimana boleh berlaku. Maka datanglah kembali perasaan perasaan dan emosi lama. Senyap tanpa komunikasi diberikan. Jadi saya honour keputusan itu dengan berpatah arang juga.

Akan tetapi saya masih tidak faham. Mengapa sampai sebegini? Saya jadi marah dan geram. Sehingga bila angin deru kencang mendatang di rig, saya katakan bawalah kekecewaan dsn kemarahan  ini padanya sehingga akhir waktu.. Gila? Saya tahu... Drama? Saya setuju... Saya seorang yang pemarah dan sensitif. Saya pernah marahkan seorang kenalan sehingga 4 tahun. Ini kelemahan besar saya. Ini kalau saya tiba-tiba bersemuka dengannya kembali, mahu juga saya menempelak
sampai puas hati. Berperang mulut dan bertegang urat. Kalau tak puas naik tangan pula.

Tapi ini seriyuss tak boleh.. Saya seorang muslim.. Saya tak boleh menyerah diri dengan amarah... Amarah itu api.. dan saya seperti kamu dijadikan dari tanah.. Api dengan tanah mana ngam maa..?

Ada hikmahnya allah hantar saya bekerja di sini. Dia pujuk saya dengan tunjukkan beberapa fenomena yang tak ramai yang dapat lihat. Dia pujuk saya sebagaimana pada tujuh tahun lalu. Pujukkan yang membawa saya padaNya.

Allahurabbi. Hanya kau sahaja yang mengenali aku, kerana kau menciptakanku.

Tahun demi tahun berlalu. Oleh sebab orang disekeliling saya tidak mahu dan tidak menghargai apa yang saya minat. Ia terpendam. Siapa yang mahu berbincang mengenai cosmology, human evolution, genome, astrofizik, animal behavior dan sebagainya? Lama-lama saya lupakan akan pujukan ini sehingga saya hampir mengabaikan siapa pemujuk saya. Dia tidak pernah lupa. bulan lepas dia pujuk saya lagi. Tersenyum saya.

Beberapa hari lepas juga saya berasa stress yang amat sangat. Walaupun makan disini dikatakan mewah, seperti ais krin magnum yang free for all, tetapi happiness dari makanan ini singkat. Ini tidak membantu anda dengan masalah. Allah tiupkan ilham untuk berlari 2 dikeliling di helipad seusai maghrib. Tak pernah saya buat sepanjang saya hidup offshore. Berlari pula dengan di temani lagu Diams, l'enfant du dessert (Dessert Child) memang kena dengan tema. Kita berlari-lari mengejar harta dan kefamousan, tapi kita lupa kita ni siapa disisiNya dan kita ni sebenarnya tiada apa apa di bumi.

Puas hati. Selepas lari memang hilang stress.

Dan hari ini, pada hari entri ini ditulis, Allah uji dengan kesedihan. Allah uji juga keimanan saya dengan qada dan qadar. Allah uji sejauh mana saya hidup ke hadapan dan bukannya hidup dalam bayangan silam, mengenang keputusan dan pilihan yang telah dilakukan.

Saya juga seorang yang kerap mengenang masa silam. Saya susah nak ingat nama, muka dan surah-surah. Tapi saya boleh ingat event dengan detail. Terutama yang diulit dengan emosi. Hari ini ibu saya berangkat untuk berjihad melakukan ibadah haji. Ini kali keduanya. Kali pertama adalah pada tahun 2006. Terkilan juga tidak dapat menghantarnya ke Kelana Jaya. Namun apa yang mengusik hati saya adalah perbandingan keadaan saya dahulu dan sekarang di hari bonda berangkat pergi mengerjakan ibadah haji.

Dahulu 2006, baru sahaja habis spm. Baru nak hidup merasa itu dan ini. Merancang hidup dan memikih bidang belajar. Macam mana dah habis belajar untuk bekerja dan sebagainya. Siap berangan nak kawen lagi dengan wanita idaman masa tu. 8 tahun berlalu. Sekarang, sudah ke laut. Empunya ijazah yang tak ramai faham. Pernah hidup menganggur. Pernah hidup mengadun tepung untuk kuih. Wanita idaman juga terlepas. Segala-galanya lari dengan apa yang dirancang dahulu. Bila difikirkan, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sesuai untuk kita akhirnya. Mungkin Allah makbulkan doa saya yang saya minta pada ibu saya untuk doakan masa pergi haji 2006; ketemukan saya isteri yang solehah dan terbaik untuk saya.

Senyum.

Tatkala ini bulan sudah naik tinggi. Nampak juga nelayan2 gigih mencari rezeki di bawah sinaran bulan. Api flare masih lagi garang membakar tak kunjung putus. Operasi rig masih lagi belum berhenti bagi memuaskan hati manusia yang inginkan minyak. Saya pernah rasakan yang masalah
yang saya hadapi adalah masalah paling besar dalam dunia. Tapi bila direnung balik di tengah lautan ni, sebenarnya masalah saya memang kecil. Deniable. Mampu diabaikan. Beras melukut. Negliable. Besar lagi apa yang berada dihadapan. Besar lagi misteri alam yang belum terungkap. Besar lagi kehidupan yang penuh cabaran yang mampu utk kita tempuhi.

Saya benar benar titipkan rasa syukur ini padaMu yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang



No comments: