Friday, 22 August 2014

Kepulangan







Mereka telah pulang.

Setelah lebih sebulan menghadapi segala protokol dan proses pengecaman,

Ya, mereka pulang.

Pemergian mereka ramai dah tahu kenapa,

MH17 yang mereka naiki dari Schipol Airport di tembak jatuh di wilayah bergolak Ukraine-Russia.

Hari yang ketahui hal ini , saya masih di laut, bekerja di atas rig,

yang penuh dengan warga Belanda yang beria-ria untuk pulang beberapa hari selepas itu.

Melihat upacara yang diadakan,

Hati ini tidak putus-putus kata,

Untunglah mereka, untunglah mereka.

Mereka yang paling mudah untuk dikenal pasti

Mereka yang paling mudah untuk dihantar pulang ke sini.

Mereka disambut dengan penuh istiadat ketenteraan,

Walaupun mereka adalah orang awam.

Mungkin beberapa saat sebelum peluru mengenai mereka,

Mereka sedang beramal di tengah malam,

Membaca al quran,

Solat malam walau duduk,

Memenuhi tugas seikhlas mungkin demi rezeki yang halal,

Memikul tugas setulus mungkin untuk memastikan penumpang tiba di destinasi,

Atau mungkin sedang nyenyak tidur,

usai memaafkan dunia dari kesalahan mereka terhadapnya,

usai menamatkan konflik perhubungan yang berlaku,

usai menyatakan cinta antara suami isteri.

Ahh.. Memang mereka beruntung..

Mati tatkala saat pengakhiran hidup yang paling baik.

Aku selalu menaik kapal terbang ke sana sini.

Aku tahu apa yang berlaku adalah sekelip mata.

Tidak dapat dicapai dek akal,

Pasti mati mereka tidak sakit!

Pemergian mereka memang kita ratapi,

Konflik dua negara,  kita menjadi mangsa keadaan

Namun ini adalah takdir dan ketentuan,

Takziah kepada waris mangsa MH17,

Bersemangatlah, sesungguhnya kami warga Malaysia dibelakang kamu semua.




No comments: