Thursday, 7 August 2014

Jangan diambil BigMacku itu!

Post ini ditulis dari sudut pandang seorang marhein di tengah kota yang gajinya bergantung pada syarikat, bil-bilnya perlu dibayar dan anak bininya perlu ditanggung.




Boikot McD dan apa pendirian saya terhadapnya? Sebelum saya jawab, izinkan saya ampai baju dulu memberi sedikit komen peribadi mengenai McD di Malaysia. Saya jemput anda baca sehingga habis.


Ulang taip.... Baca sampai habis sebelum anda melakukan apa-apa reaksi luar kawal seperti membaling laptop, menarik rambut atau sumpah seranah...




Dare you to resist us!





Saya sendiri tak ingat bila saya first time makan McD tapi yang sahihnya sejak kecil lagi. Saya kurang gemar dengan maskot mereka kerana saya fobia badut. Tapi apakan daya.. dikuatkan semangat, diusirkan segala ketakutan, dan dengan lafaz bismillah, gigi saya dibenamkan ke atas roti Fillet-o-Fish yang gebu itu dan serta-merta rasa sos tartar dan sos cili menerpa masuk seiringan dengan rasa lazat filet ikan itu. Tarian rasa itu dilengkapkan dengan rasa lemak-masin keju cair ketika dikunyah. Perrghhh... !!!


(Sila lap air liur anda...)


Kecik-kecik saya tak makan sangat burger lain, tapi fillet-o-fish tu memang wajib.


Ya, sebagai pemakan McD, saya akui dan pasti semua para pemboikot, penchenta dan yang tak suka McD juga akui yang burger McD memang sedap...



ulang taip.



....S.E.D.A.A.A.A.A.P....




Saya tidak mahu lah menceritakan bagaimana harmoninya rasa burger-burger mereka yang lain. Bila dah besar, mulut pun dah besar, BigMac, dan QuarterPounder memang menjadi kegilaan. Ho yeah!! Saya akan memastikan perut anda akan berkeroncong cha-cha-cha diakhir artikel, lagi-lagi yang berpuasa enam. Saya tahu ego anda cukup besar sehingga mengatakan apa la sedap sangat burger McD itu... Jangan tipu.. Anda pernah makan McD dan anda tahu burgernya sedap lagi mengenyangkan perut.


Saya boleh dituduh seorang penipu jika saya berkata saya tidak gemar makan McD. Dah benda tu sedap bagi lidah saya, nak buat macam mana? Lepas tuh, Fries dia memang tip top, just nice of its crispiness and saltiness. Fast Food yang lain memang tak boleh chelen Fries McD ketika panas. Kena pula dengan air koka-kola yang sejuk dan segar tu...Lagi-lagi VanillaCoke.. Rasa vanilla cukup harmoni dan indah dengan rasa manis caramel.... Chap-chap dan slurp-slurp saya minum... Oh tak lupa juga dia punya Apple Pie dan Sundae Chocolate ituu!!! Choclate yang panas itu dituangkan ke atas ais-cream vanilla yang sedap, putih dan gebu itu.. membuatkan anda berasa melayang-layang hingga ke langit tatkala lidah dipejat ke lelangit mulut untuk menyaluti lidah dengan penuh rasa Choc-Vanilla itu.. Persetankan kalori yang saya ambil, tak pengalaman menghabiskan makanan dari McD adalah satu kepuasan!


I know chu like me! I know chu wan me! *joget*





tik... tik... tik.... eh macm ada bunyi air menitik!


Ok, cukup rasanya sesi penyeksaan jiwa melalui imaginasi.



Sepanjang saya kecil, McD merupakan one-solution answer bagi familly saya. Saya yakin begitu juga dengan anda. Sampai di Shopping complex yang tak pernah pergi atau bersiar-siar di kota asing yang tak pernah visit, teragak-agak untuk mencuba makanan disitu, dan jika ada kedai McD, saya yakin 80% akan memilih McD. Kenapa?

  • Kita yakin (tanpa sedar) setiap kedai McD, rasanya semua standard.. Takde yang terlebih gula atau hangus.
  • Kita yakin (tanpa sedar) setiap premis itu bersih (dapat gred A lagi) dan tandasnya membolehkan anda selera untuk membuang.
  • Kalau pergi premis yang berlot, tempat parkingnya banyak dan tak perlu rebut-rebut.
  • Jumlah meja yang cukup, servis yang cepat. Tak de isu salah kira, lambat ambil order mahupun dapat salah order.
  • Kalau yang ada anak, suasana kedai yang membolehkan anak anda rasa nak makan dan lepas itu boleh bermain-main dan menjerit-jerit tanpa mengganggu orang lain.
  • Budaya (tanpa sedar) masyarakat kita apabila keluar bersiar-siar, melancong ke tempat baru kita akan PASTI memilih untuk makan di kedai yang luar biasa (selain kedai lauk pauk). Dikatakan untuk beralih angin, sekali-sekala dan meraikan perancangan kita untuk lari dari rutin harian biasa...

Nah, ini realiti setiap antara kita. Tak kisah la anda pemboikot, tidak boikot, penchenta, atau yang kurang gemar. Setiap point yang saya berikan di atas itu valid bukan?


Sebab itu lah, biasanya McD ini sentiasa ada orang.. even pada bulan puasa.. tempat memenuhkan perut anak-anak yang merengek lapar ketika bershopping raya... ooppsss... kedai makan lain kan tutup? hehehe..


Selain dari point-point yang saya beri, perniagaan McD di Malaysia berjaya menambat hati masyarakatnya tak kira tua muda dah bekerja dan masih bersekolah kerana strategi perniagaan yang cukup baik. Tak percaya? Meh saya roll satu-satu..

  • Setiap Premis McD diletakkan pada kedudukan yang strategik dan sesak
    • Suatu ketika dahulu, McD pasti akan muncul seiring dengan KFC dan PIZZA HUT di mana-mana shopping complex. Tanya sahaja pada Gen-X (80s babies). Dahulu, masih tiada lambakan fast-food dan western cooking. Bila sekarang siap ada middle east cusinie dan kimchi-kimchi, McD ubah strategi...... Berada di lokasi strategi yang high traffic.
    • Ya, literally high traffic... Jalan kat Taman Sri Andalas tuh... Bulatan Seksyen 7 Shah Alam... Jalan nak keluar ke tol Ayer Keroh sebelah Taman Buaya... Di Stesyen minyak MRR2... di LCCT suatu ketika dahulu..
    • Dengan berada di tempat2 ini.. McD cukup yakin dengan 6 point yang saya kupas di atas. Maka, singgahlah kita di premis McD itu untuk menikmati Buger BigMac ataupun pandu lalu sahaja kerana DoubleCheese Burger dapat dinikmati dengan sebelah tangan sahaja.
  • Mereka tak perlu iklan yang berulang seperti krim pencerah muka atau shampoo rambut serta mendakwa terlajak laris
    • Saya tipu? tidak... Jika ditanya kepada Gen-X, bagaimanakah iklan McD di tv dulu? Yang selalu keluar adalah versi Happy Meal bukan? Setiap kali ada movie karton keluar, mesti ada Happy Meal yang baru kan?
    • Sekarang? Iklannya versi remaja. Remaja berambut style naik skateboard, awek cun pakai headset BEAT sama-sama layan McD. Atau iklan couple mahupun warga kerja yang layan menikmati McChicken.
    • Ya... Iklannya adalah ANDA. McD telah mensasarkan anda sebagai iklan mereka. Dahulu Gen-X masih kecil, mereka akan mengajak parents mereka makan McD. Apabila meningkat remaja, ia merupakan satu lifestyle bergaya untuk makan bersama-sama rakan-rakan. Di bawa juga anak saudara jiran tetangga tatkala mendapat gaji pertama untuk dibelanja. And the cycle repeats on Gen-Y... Gen-Z... sheramm neyh!
  • Mereka empunya evently meal, dan anda terkinja-kinja menunggu selain dari set breakfast yang menggigurkan.
    • Dulu mana ada fast food chain yang buat breakfast? Sebab mereka buka kedai nak dekat tengah hari. McD berjaya memecahkan budaya bernasi lemak, berkaripap dengan set Breakfast. Teruja bukan kepalang saya kalau dapat makan Big Breakfast! Siap free flow of coffee / tea kot? Kalau yang jenis tak sempat breakfast, McMuffin boleh di makan sebelah tangan semasa menunggu LRT sampai ke destinasi bukan?
    • Typical moment bila sampai akhir tahun / CNY , mesti Prosperity Burger keluar.. Evently meal yang lain seperti GCB, Chicken Fold-over , Mc Fizz dan sebagainya.. membuatkan anda teruja macam dapat Raya atau sambut birthday setahun sekali! Ok bunyi macam ekzegeret tapi saya yakin, ini dipersetujui oleh penchenta McD.
  •  Ini adalah tempat untuk para lepasan SPM merasa gaji sendiri dan tempat yang terpinggir mendapat sesuap rezeki
    • Pergi je mana-mana McD yang ada, para pekerjanya pasti terdiri dari lepasan SPM, Sang penunggu kerja, Si Graduan Menganggur, Geng Rempiterz dan Para Pencari Rezeki yang halal. Ya, McD adalah tempat untuk berpeluh, menggerakkan tulang empat kerat para pemuda untuk mencari pengalaman serta tercebur dalam dunia realiti yang penuh dengan palitan-palitan pahit. Kalau dulu saya jenis yang tak boikot, dah lama saya pi kerja kat McD belakang rumah..
    • Ini adalah killer point saya... McD hire warga terpinggir seperti golongan cacat dan masalah mental.. Saya ingat lagi suatu ketika dahulu semasa makan bersama bonda, cleaner di situ menyapa bonda. Rupa-rupanya anak murid bonda dan bonda adalah guru kepada pelajar-pelajar masalah pembelajaran (down syndrome.. autustic.. you name it). Saya dapat tahu yang Starbucks juga hire mereka seperti ini.
  • McD adalah tempat family-friendly terutama yang ada anak kecil
    • Tempat berair-cond... check! Tempat ada baby-chair.... check! Tempat ada clean toilet.... check! Tempat yang ada kids meal..... check! Tempat yang ada mini playground... check!
    • Kalau ada baby kecik yang baru nak makan, McD lah tempat persinggahan untuk mendapatkan Bubur Ayam McD! Untunglah pada mereka yang ada laki / bini yang rajin buat bubur untuk anak mereka.. Kalau yang jenis tak sempat, on call, out station sampai 2 hari je dapur berasap, memang McD adalah solusi pengenyang perut baby kecil 6 bulan itu...

Eh, saya terdengar sorakan gembira... hehehe..


Baik, saya kembali pada persoalan di awal post tadi. Boikot McD dan apakah pendirian saya terhadapnya.


Ini jawapan saya sebagai seorang yang minat makan McD.


 Saya seorang muslim dan saya jujur mengatakan yang saya memang minat makan McD. Tak kisahlah kalau nak dikatakan McD itu tidak sihat untuk dimakan namun saya tanya balik, sihat atau tidak rendang, kuah kacang dan dodol itu? Makan sekali sekala takpe kan? Maka saya cakap, makan McD itu ok...


Cuma..


Saya tegas dengan pendirian untuk BOIKOT McD. (Jatuh kerusi)


Kenapa saya macam lidah bercabang? Tidak.. Saya jujur memberi pandangan peribadi mengenai McD. Saya jujur mengatakan McD adalah satu francais fast food yang convenient dan empunya strategi perniagaan yang baik dan terancang. Namun dengan akal saya yang sihat ini saya berpendirian tegas untuk boikot tak makan McD.


Ulang... Saya memang boikot McD. Kalau nak diikutkan sejak tahun 2008.. Sejak saya tahu ke mana keuntungan McD ini pergi..








Mana bukti yang McD Malaysia sumbang dana untuk beli peluru? Mana check and balance nye?


Ada.. bagi yang ego tak puas hati boleh, hang pa kan ada google? Paling tidak pun pi browse facebook NGO-NGO yang kempen boikot barangan Israel seperti Aqsa Syarif dan Viva Palestina Malaysia


Saya sudah melakukan siasatan saya sendiri semasa tahun 2008, dan saya rasa terkilan yang selama ini imej McD yang happy dan senang hati itu penyumbang kepada derita dan sengsara orang lain.. Bentuk M besar yang macam ala-ala mata gembira macam ini ---> ^^ ; memberi dana kepada Penjenayah Perang dan secara tidak langsung berlakunya pembunuhan dan penyeksaan jiwa kanak-kanak di Palestin.


Jujur dan fakta peribadi, McD itu sedap tapi kalau saya imagine saya makan sekarang saya tidak lalu.. Cananglah bagaimana enaknya burger-burger McD, tapi mulut saya hanya rasa seperti kapas tawar..


Orang cakap, takde pun bukti-bukti jelas, tanda-tanda atau trail yang dana McD digunakan beli senjata. Memang sekarang dah takde. Kerana dipadamkan buktinya...


Akhlak ketika memboikot (expanded post)


Ketika saya mula memboikot dulu, family saya masih belum sedar akan pendiriran saya. Ada sekali tu, saya pulang dan bonda beli McD kerana tak sempat masak.. Alahai.. takkan lah saya nak amik BigMac itu campak dalam tong sampah depan mata dia.. tak pun ambil semua McD meals itu dan bakar sambil gelak puas wakakaka?


Untuk menjaga hati ibu, saya habiskan juga BigMac, fries dan coke itu.. Namun selepas itu, apabila bonda bertanya opsyen McD ketika dia tak dapat masak, saya berikan alasan kesihatan terlebih dahulu.. Lama-kelamaan saya memberitahu yang pendirian saya yang boikot McD sehingga sekarang. Bonda dan family lain (rasanya) masih singgah ke McD namun bila saya pulang ke rumah, McD tidak menjadi pilihan. Mereka respek pendirian saya dan saya respek pendirian mereka yang tidak boikot itu.


Begitu juga ketika saya bekerja berlayar ke laut... Makanan kami bergantung dengan apa yang diberi. Di ruang buat air (kalau kat ofis panggil Pantry, di laut panggil Coffee Shop), yang ada hanyalah Kopi cap Nescafe, air koko cap Milo, dan teh cap Boh.


Itu belum termasuk Coke, Sprite yang ber-tray-tray yang disusun bertingkek-tingkek, dan maggi perisa ayam & kari yang berkotak-kotak itu.


Tidakkah engkau mahukan diriku?



Rig yang mewah sket... Ada air yogurt Bliss.. tak pun yogurt yang pelbagai perisa itu.. Sos cili dan tomato di setiap meja bercap Maggi juga.. wadduuuuhh....


Semuanya free of charge, accessible 24/7... tu dia habaq hang.. FREE!


Saya tahu, suasana ini begitu menyeksa jiwa dan mampu membuat saya menarik-narik rambut sambil berlari-lari di atas helideck..


Tapi alhamdulillah Allah jadikan saya seorang yang overweight. (eh?) Untuk jaga berat badan, saya perlu makan ikut waktu dan tidak boleh sesuka hati bantai makanan free. Dengan itu, berjauhan la saya dengan barang makanan tersebut. Ketika waktu makan di laut, ada lauk-pauk biasa dan saya akan pastikan saya kenyang makan. Maka, tidak la saya selalu singgah ke coffee shop untuk sepeket Megi dan secawan neskopi. Tapi kalau ada indo mee susah sket.. selalu saya turun bantai.. ahahahaha!!


Saya hendak tekankan disini yang aktiviti memboikot ini adalah satu tindakan untuk menunjukkan kebersamaan kita dengan mereka yang ditindas dengan kezaliman. Ini juga satu tindakan yang bersandarkan pada hak pengguna. Boleh sahaja anda memboikot beli McD kerana ragu-ragu dengan daging burgernya walau dicap halal. Boleh sahaja anda memboikot McD kerana makanannya tidak menyehatkan dan lagi murah makan burger tempatan.


Namun sebarang tindakan tambahan (yang kununnya level expert), seperti merosakkan harta benda awam, meludah, memaki hamun, melabel haram dan melemparkan tomahan yang tidak berasas adalah satu perbuatan yang tidak berakhlak, jauh sekali perbuatan seorang muslim. Anda perlu tahu yang pengusaha francais McD itu telah pun melabur berhutang RM 1 juta, kerana untuk bukak satu kedai McD, perlukan modal 1 juta untuk siapkan semua dari A-Z. Dilabel penyokong Israel dan pembunuh boleh menyebabkan otak tauke kedai jem dan memudaratkan. Dia tahu dia sudah buat silap, namun hutang RM 1 juta perlu dibayar...


Saya tahu anda marah dan benci akan kejahatan dan kebaculan Zionist-Israel yang membunuh saudara-mara kita kerana saya juga berasa demikian.


Biarlah semangat anti-kezaliman itu disalurkan ke tempat yang betul seperti memboikot juga produk yang lain macam Wayang, Tv-Series, rokok... Mula juga untuk menyelak buku-buku mengenai konflik Palestin-Is(not)rael, belajar mengawal emosi dan tetap pendirian apabila diuji.. Dan pastikan semangat itu tidak luntur agar boikot ini tidak bermusim.. Doakan juga mereka yang terjebak dalam permainan Zionist ini agar sedar, kembali ke pangkala jalan dan diberikan pengganti yang lebih baik..


Belajar juga mencontohi warga gaza yang tabah dengan kehidupan di penjara terbuka. Ketahui apa yang sebab mereka boleh menjadi seperti itu.



Kesimpulan :

Hormati orang yang boikot dan hormati juga mereka yang rasa tak perlu boikot. Jika ditanya kenapa boikot, jawablah dengan baik. Jika diuji untuk ditinggalkan boikot, tetapkanlah pendirian dengan beri penegasan.


Bagi kita sebagai pengguna, masih ada lagi pilihan-pilihan yang lain seakan McD seperti Ramly dan Radix. Ia adalah local dan ia juga mampu menjana ekonomi negera jika anda sokong. Mereka juga perlu mencontohi cara pengurusan dan strategi McD bagi mencapai standard yang baik untuk kita para pengguna.


Untuk McD, hentikanlah dari menyokong dan memberi bantuan secara tidak direct kepada penjenayah perang! Jangan diambil BigMacKu itu!





Yang suka Big Mac,
Simon Malik



p/s : Penulis tidak bertanggungjawab dengan sebagai pendirian lalang selepas membaca post ini
p/s p/s : Penulis terpaksa memecutkan lompatan saraf otaknya ketika menulis bahagian seksaan imaginasi.

No comments: