Friday, 18 July 2014

Suara pendek untuk kesan yang panjang..


17 July adalah satu tarikh yang penuh tragedi.


Zionist-Israel memberanikan diri untuk mencuba kehebatan serangan darat mereka ke atas penduduk yang Gaza yang sedia penuh dan sesak dengan manusia itu. Kamu semua familiar dengan Favela kan? (Kawasan setinggan di Rio) hah, lebih kurang la sesaknya macam tu


Dan sebuah pesawat awam telah ditembak jatuh di ruang udara sempadan Ukraine-Russia.. Pesawat MAS kedua dalam tahun ini yang menerima musibah.


Allahu rabbi...


Mungkin ini adalah ketukan pada diri kita yang sedang tidur di dalam alam mimpi dan berfantasi. Berfantasi yang akan ada superhero super hebat menyelesaikan keadaan. Bermimpi yang semua ini adalah rentetan wayang gambar harian dan akan berlalu pergi mengikut masa...


Perkara yang berlaku tanggal 17 July adalah satu realiti. Nyawa itu realiti. Kematian itu realiti. Namun untuk hidup, itu satu perjuangan bagi mereka yang berani. Hanya penakut dan pemimpi sahaja memerlukan dadah-dadah penenang jiwa seperti keseronokan, hiburan melampau dan ketawa-ketawa kosong. Mereka juga suara yang paling lantang mempertahankan fantasi mereka yang mereka sangkakan realiti.


Hidup dalam realiti itu satu perjuangan. Bukan angan-angan dan dibuat dengan mata dan hati yang mengantuk

Hidup berjuangan perlu kesungguhan. Bukan lemah semangat dan tertunduk melihat halangan tinggi menggunung.

Hidup bersungguh diuliti perngorbanan. Bukan ketakutan dan genggaman kuat dengan apa yang dicintakan.


Kita bukan redho dengan apa yang berlaku. Bukan sekali-kali. Sang penjahat pasti terhukum. Sang pesalah pasti diadili. Si dizalimi pasti tersenyum bilq kebenaran dan keadilan tertegak.


Cuma tangan kita terlalu kecil untuk menghayunkan angin perubahan dan ombak keadilan. Hanya kecil untuk berdoa, dan mengubah apa yang disekeliling.


Moga nyawa yang terkorban dirahmati Allah dan diampuni dosa mereka and may their soul rest in peace.. Pada ahli keluarga mangsa MH17, dan juga saudara-saudaraku seislam, tabahkan hati dan semangat kita. Ini adalah ujian buat kita melihat sejauh mana hati kita sebagai HambaNya...


Hasbunallah wa ni'mal wakil, ni'mal maula wa ni'mal nasir



suara di tengah lautan


p/s : tidak boleh menulis panjang kerana bertugas di laut 12 jam sehari setiap hari tanpa cuti...

No comments: