Friday, 4 July 2014

Jangan berkonfrantasi, biar bersolusi.



Assalamualaikum wbt







Hangat diperkatakan di laman sosial. Facebook terutamanya. Bergendang-gendang share kenyataan dari Ku Nan yang mahu sekadar bersihkan Lot 10 dan 2km disekelilingnya dari Soup Kitchens.


Soup Kitchen adalah terma yang dierikan pada tempat yang meberikan makan percuma kepada mereja yang hidup gelandangan. Isu pengemis, homeless adalah isu seantero dunia dan sentiasa wujud di negara-negara maju (aku tak pasti di tokyo atau Seoul macam mane)


Siapa yang panas punggung, gatal jari untuk kondem balik kenyataan dari Ku Nan itu. Sehingga keluar pernyataan, 'anda akan disama jika menderma'. Mungkin dia sedang berfikir dengan perut kosong agaknya ketika itu.


A nolbe gesture atau satu tindakan yang mulia dari NGO Dapur Jalanan yang terdiri dari anak muda Malaysia yang sentiasa mendirikan spot atau lokasi pengagihan makanan percuma sepanjang tahun pada setiap hari minggu. Alhamdulillah.. ada juga anak muda yang masih teringatkan orang susah di negara kita dan tak sibuk keluar tengok wayang, dating ataupun clubbing.


Tak boleh sangkal juga, tindakan dari Ku Nan itu betul apabila dia diasak oleh datuk-datuk, orang-orang kaya yang empunya kedai berdekatan Bukit Bintang apabila beratus-ratus message masuk 'Why there are so much homeless people  around my shop?? They are ruining KL! Get rid off them'.


Hah, untuk menjaga nama baik dan kredibiliti datuk bandar KL yang melaksanakan tugas, perlulah dia lakukan sesuatu yang drastik bukan? drastik tapi dangkal. Solusi tergesa-gesa bak menunggu waktu berbuka yang tidak kesampaian.


Saya yakin, pelbagai idea telah dilontarkan oleh rakyat malaysia yang prihatin, (yang mungkin sebelum nih tak pernah dengar pun Dapur Jalanan) dan juga kritikan pedas ala jalapeano dari rakyat Malaysia. Tidak kurang juga, perkaitan melulu dengan parti politik popular Malaysia.


Jadi, ini solusi dari saya yang mungkin tak de sapa pun baca; (peluh)

  • Dapur Jalanan berganding bahu dengan KL City hall dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan :
    • Dapur Jalanan mendapat tempat / lokasi tetap untuk food distribuition dan shaltering. (weird enough homeless know where to run during flash floods)
    • Menempatkan beberapa pegawai JKM di situ untuk membuat rekod asas (nama, umur, keturunan) pada setiap gelandangan yang datang.
      • Mengapa? Sebab saya yakin, yang datang amik makanan itu bukanlah 100% semua gelandangan. Ada je Con Artis yang pakai baju buruk2 untuk dapatkan makanan percuma...
    • Rekod diberikan pada Jabatan Pendaftaran Negara dan Pihak Polis untuk buat background check. Yang mana ada family, dinasihatkan untuk dituntun sebelum diserahkan pada JKM apabila tak sanggup.  Yang mana PATI boleh hantar balik. Yang mana Con Artis, pihak polis dan badan berwajib boleh sita dan strip harta diorg supaya mereka betul-betul jadi pengemis.
      • Jika buat cara nih, takde sapa datang, itu tanda yang datang selama ini bukan gelandangan.... Biar bantuan itu sampai pada orang sepatutnya, bukan seperti subsidi RON 95.
    • KL City Hall dan Dapur Jalanan boleh sediakan tabung-tabung yang tidak bertuan di tempat-tempat utama (boh belon ngan maskot pun boleh) untuk disalurkan terus ke Dapur Jalanan dan NGO kemanusiaan yang turut serta bagi menampung kos operasi.
      • Bila dah ada macam ni, baru boleh saman orang yang bagi derma kat diorang nih...
    • Dapur Jalanan mungkin boleh offer kerja pada gelandangan yang berminat ada untuk jadi permenant worker dengan diorang. 'Teach them how to fish
    • City Hall boleh saman Dapur Jalanan selepas semua cadangan atas dilaksanakan apabila mendapati operasi mereka tidak bersih dan mendatangkan tikus seperti yang di dakwa.

Ke arah negara yang lebih berjiwa dan bertanggungjawab pada jelata.

No comments: