Saturday, 12 July 2014

Israel tidak bersalah; cuma....



Ok, pernyataan tak lengkap yang begitu 'mencari nahas'. Benarkah mereka tak bersalah? Sebelum kita kupas lebih lanjut, kita tengok dulu apa yang berlaku sebenarnya.

*Amaran : ini..ini... sangat ringkas!


Macam mana boleh mula konflik Israel-Palestin?
  • Orang yahudi dulu takde negara. Setelah berjaya memutar belit kuasa-kuasa besar dan bergerak secara satu, mereka berjaya demand tanah di Palestin.
  • Setelah dapat, mereka tamak dan serang kawasan-kawasan sekitar untuk jajah-takluk. Hari Nakbah (Hari Pengusiran Beramai2) adalah titik hitam. Rumah2 dan tanah yang dikosongkan dianggap milik mereka
  • Dah dapat dah ,still tamak lagi Israel-zionist nih. Dirobohkan rumah-rumah milik orang Palestin dan dibina penempatan mereka. Dah puas hati, pacak plak tembok besar.
  • Mereka buat macam nih sebab mengatakan mereka adalah bangsa terpilih dan tanah palestin adalah 'tanah yang dijanjikan' dan hak milik mereka dari zaman datuk nenek mereka lagi (merujuk kepada zaman2 Nabi Musa lagi ). Dah dalam kitab diorang.. nak buat macam mana..




Mengapa macam Gaza je yang kena belasah bukan kat Tebing barat?

  • Dahulu Gaza merupakan tempat jajahan Israel jugak namun pada era Yasser Arafat, PLO dapat govern kawasan ini dengan syarat laut, udara dan darat (kecuali bersempadankan dengan Egypt dikawal oleh Israel.
  • Pada September 2005, IDF (Israel Defensive Forces) berundur dari Gaza di bawah Pelan Pengunduran Unilateral (Unilateral Disengagement Plan). Ini termasuk rakyat-rakyat Israel di dalam kawasan Gaza.
  • Tahun berikutnya ada pilihanraya, PLO (Fatah) kalah teruk kerana korupsi. Hamas dipilih oleh rakyat Gaza untuk memerintah Gaza.
  • Setelah menang, Hamas diapproach oleh Quartet (US, UN, EU, RUS) dan memberi beberapa syarat utk memerintah. Salah satu syaratnya adalah 'Mengiktiraf Israel sebagai satu negara' di mana mati 3-4 kali, kubur dilangkah berkali-kali pun Hamas tak mao. Maka Diorang membatalkan segala bentuk bantuan antarabangsa ke Gaza dan mengizinkan Israel mengenakan sekatan ekonomi ke Gaza. 
  • Israel pula tak puas hati walaupun Hamas dipilih secara sah oleh rakyat. So diorang sekat habis-habisan Gaza dan menuduh Hamas adalah organisasi terror yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan rakayat Israel.  
  • Tuduhan tersebut dibuat mengenangkan Intifada Kedua yang berlaku pada tahun 2000 dahulu, di mana banyak serangan roket dan bom berani mati dilancarkan dari Gaza.

Siapa HAMAS ni dan Siapa pula Briged Al-Qassam?

  • HAMAS bukan sejenis Humus yang anda makan di Saba' Cyberjaya tetapi Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah yang ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yassin pada 1987, figura popular berkerusi roda yang telah pun syahid dibunuh oleh Israel dengan Apache.
  • Hamas adalah perupakan parti politik yang wujud di Palestin yang mengutamakan tarbiyyah islam dalam masyarakat dan memperjuangkan kembali tanah palestin yang dirampas.



  •  Briged Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Hamas yang tertubuh secara rasmi pada tahun 1992. Setelah Gaza diberi mandat kepada Hamas, Al-Qassam adalah tentera yang mempertahankan gaza dari serangan Israel dan juga memastikan 'Israel-on-the-leashed' dan dan bertindak apabila ada perjanjian berat sebelah termeterai (eg : Perjanjian Oslo)
  • Semasa Intifada, briged ini banyak melakukan serangan balas ke atas Israel setelah IOF sesuka hati serang Gaza atau tidak mematuhi Gencatan senjata
  • Bunyi macam pekasam tapi briged ini yang dinamakan bersempena seorang sheikh bernama Izzudin Al-Qassam ini dilabel terrorist oleh US, UN, Australia, EU dan UK. (Sheikh ini mengetuai pembebasan Palestin dari British dulu)
  • Persenjataan yang dapat dikenal pasti adalah : AK47, Rocket-Propelled Grenade (RPG), Bom buatan sendiri, Roket jarak jauh buatan sendiri.

Adakah Hamas hanya parti politik bergendang-gendang bercakap dan tidak mahukan perbincangan tanpa senjata dan Briged Al-Qassam ini adalah perkumpulan orang muda yang suka main perang-perang dengan senjata betul?

  • Tidak, Hamas adalah parti politik yang jauh lebih hebat, telus dan jujur berbanding mana-mana dacing dan buruh. Penekanan terhadap pemerintahan yang mengikut sepenuhnya al-quran dan sunnah menarik perhatian masyarakat Gaza untuk memberi mandat kepada mereka, walaupun mereka 'dihadiahkan' bom, sulfur dan roket dari Israel.
  • Hamas bukan tidak mahu berbincang, tapi segala bentuk Peace Talk, Hamas menggariskan perkara-perkara berikut untuk dibincangkan bagi gencatan senjata berpanjangan. :
    • Kedudukan Baitulmuqaddis
    • Nasib perlarian rakyat Palestin yg berjuta-juta itu
    • Penempatan Haram Israel
    • Pengunduran Israel ke kedudukan sebelum Perang 1967
    • (dan biasa orang lupa) - PRINSIP TIDAK MENGIKTIRAF ISRAEL SEBAGAI NEGARA
  • Al-Qassam bukan sebarang kumpulan militan picisan yang kita pernah dengar atau nampak dalam tv. Mereka juga bukan perkumpulan bersenjata yang menggila membunuh orang yang tidak bersalah.
  • Mereka antaranya perlu sentiasa mempelajari tafsir alquran, wajib habis 1 juz satu hari, wajib hafal hadis arbain, dan istiqamah berpuasa sunat dan solat tahajjud. Sebab itu syarat pertama nak join adalah solat jemaah 5 kali sehari di masjid secara berterusan; bukan kesanggupan berkongsi berus gigi secara beramai-ramai.
  • Kalau dah begini, sah-sah mereka bukan calang-calang. Rata-rata semuanya terpelajar kerana perjuangan tidak boleh dianggotai oleh orang yang cetek ilmu. Ternyata mereka bukan angka-angka kosong seperti kita... 
  • Kecintaan mereka untuk syahid di jalan Allah menjadi inspirasi terhadap generasi-generasi muda Palestin untuk menjadi seperti mereka. Mereka bukan diberi pencen pun...




Bagaimana boleh tetiba memuncak ketegangan dan Israel melancarkan Operation Protective Edge?

  • Israel menuduh kejadian penculikan dan pembunuhan 3 orang remaja Israel didalangi oleh Hamas. Masyarakat Israel bengang dan melakukan pula penculikan mereka sendiri dan membunuh kejam seorang remaja Palestin disamping bertindak secara Hate-Violence.
  • Ini adalah satu tindakan kurang siuman Israel, lalu Gaza membalas dengan serangan roket mereka ke arah Israel.
  • Lalu Israrel, dibawah Benjamin Nentanyahu (tak kisah betul ke tak eja), menyerang balas ke arah Gaza menyasarkan lokasi-lokasi penting Hamas yang mana kesemuanya adalah civilian target.

Apakah persenjataan Israel Offensive Force (IOF) dan IDF ?
  •  Iron Dome : Bukan kubah besi ala tudung saji versi gergasi tetapi Jaringan Pertahanan Udara yang dilengkapi dengan radar dan peluru berpandu mudah alih. IDF claims yang sistem ini mampu menembak jatuh roket-roket yang dilancar dari Gaza. 
    • Kelemahan : Ada je Roket dari Gaza yang selamat mengenai Israel. Indah khabar dari rupa?
  • F-16i 'Sufa' : Jet pejuang penggempur yang bertanggungjawab melakukan kebanyakkan pengeboman di Gaza. Walaupun F-16 ini adalah common (Indonesia, Singapura dan Thailand pun pakai); tapi Israel mendakwa yang pelbagai modifikasi telah dilakukan bagi memenuhi kehendak dan kelancaran operasi. Biasanya digunakan utk 'Surgical Strike' (Serangan tepat) ke arah sasaran
    • Kelemahan : Perlukan lapangan terbang; tidak kebal macam pakai taming sari dan tak de la tepat pada sasaran pun.. Kebanyakan sasaran kena rumah orang dan orang awam seperti kanak-kanak. Lubangkan sahaja landasan tak susah nak take off or mendarat.. Jet pejuang Israel akan terbang tinggi sebab takut kena tembak walaupun tahu Gaza tidak mempunyai persenjataan seperti Misil Darat ke Udara... Ayam..
  • Merkava IV : Kereta kebal utama Israel yg direka bentuk untuk menutup segala permasalahan dan kelemahan biasa sesebuah kereta kebal. Dianggap kuda perang utama dan kereta kebal terbaik dunia. Dilengkapi ole 'Trophy' dan 'Iron fist' sistem yg menembak jatuh sebarang roket atau RPG yg disasarkan ke atasnya. 4 man crew per tank (driver, gunman, turret dan loader) , bukan auto-reload dan seberat 60 tan.
    • Kelemahan : Walaupun ada dua pintu (atas dan belakang), tapi biasanya disitulah lapisan yang paling nipis. Sapo larat nak bukak pintu berat2 dik non ooii !!
    • Berengin depan : so tak payah la serang dari depan sebab kat situ armour the thickest.
    • Rantai di bahagian kepala belakang tuh nak elak roket kena kat situ. Kalau cam tuh, panjat pasang bom je la kat situ.
    • Perlukan 'Shotgun Unit', yakni iringan dari Infantry kalau solo. Err... Israeli Soldiers ada beran ke duk luar? Heard rumours that you wear diapers... Lol !
    • Kalau ramai-ramai masuk? Err... Jalan kat Gaza tuh sempit, sebab korang pi kurung orang Gaza. Redah bangunan la kalau berani kena timbus derr!
    • Kalau jalan atas jalan yang dapat tampung 10 tan je, agak2 tenggelam tak?

I could list a lot more; tapi mesti tak sanggup dengar.


  • IOF Soldiers : Yup, menjadi kebanggaan warga Israel untuk menjadi tentera kerana dapat membunuh orang awam, kanak-kanak, orang tua, wanita dan orang yang tak bersalah. Untuk operasi ini, 40 ribu askar simpanan dikerahkan.
    • Kelemahan : Diorang sanggup ke berdepan dengan askar yang mendambakan syahid, elit, berdisplin tinggi, dan licik walau mereka hanya ada AK-47?
    • Memerlukan penambahan stock sekurang-kurangnya 40 000 lagi lampin orang dewasa (lol).

Mampukah Israel menang jika memulakan serangan darat nanti?

  • Sudah tentu tidak! Baru-baru ini, IDF terketaq lutut mengetahui kewujudan Skuad Amphibia. Pendedahan ini disengajakan kerana dilakukan pada waktu terang benderang dan ini memberi satu message jelas 'We have alot under our sleeve and we could be at your front door anytime. So don't mess with us!'
  • Serangan roket dari Gaza jelas menyebabkan rakyat Israel bertempiaran ketakutan walaupun mereka mempunyai Tudung Saji Rotan   eh... Iron Dome. Not so faithful on your defence.
  • Walaupun hanya sebesar 360km², dikepung disekat secara ekonomi dan sebagainya tetapi Briged Al-Qassam berjaya membuat persenjataan secara DIY dan ini serius satu pencapaian luar biasa!
  • Jika serangan ini gagal, Israel terdedah dengan serangan balas dari Gaza dan juga dari Syria. Bodohnya Israel mengenai kes penculikan 3 remajanya tidak mengambil kira ia mungkin dirancang oleh ISIS yang mahukan keadaan 'Menang arang Kalah abu' di Palestin sebelum masuk ke sana.. Nama je orang pandai tapi otak sana lutut letak..

Jadi... adakah Israel bersalah? Bukankah ini juga satu tindakan mempertahankan diri?

  • Dari segi sudut pandang Barat  penyokong kuat syarikat yang menaja kewangan tentera Israel, dan masyarakat yang berdiam diri, mereka tidak bersalah. Mereka cuma menjalankan tanggungjawab sebagai villain dunia (watak jahat) yang pastinya akan dikalahkan oleh kuasa kebenaran suatu hari nanti.
  • Mereka patut diusir dari dari negara Palestin dan dihukum dengan jenayah perang yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin!
  • Satu analogi yang sesuai adalah seperti watak buli di sekolah dimana;
    • Israel sebagai budak gemuk, hodoh, mengjengkelkan tapi kaya dan pakai lampin suka membuli seorang budak miskin dan kurus (Palestin)
    • Tiada tindakan displin dikenakan ke atas budak gemuk ini kerana, Guru Displin (UN) dan Pengetua (USA) begitu kamcheng sekali dengan parents budak nih. Namun, jika budak kurus yg dibuli ini bertindak, dia dikenakan hukuman pula
    • Lebih menyedihkan kawan sekelas budak kurus ini hanya menjadi penonton, hanya sekadar membantu merawat luka yang mana pastinya dia akan dibuli lagi. Tiada seorang pun (kita warga dunia) yang sanggup berdiri ditengah-tengah mehalang budak gemuk ini!
    • Anda yang pernah merasa dibuli disekolah tanpa apa-apa tindakan yang dilakukan pasti merasa ini adalah satu ketidakadilan yang super besar! Budak gemuk tersebut harus dipijak di muka dan dimalukan dikhalayak ramai!



 Apakah tindakan yang kita boleh lakukan untuk membantu rakyat Palestin dan menjahanamkan Israel?

  • Oleh sebab kita bakal ditangkap dan dipenjara kerana meninggalkan masa depan dan mengangkat senjata untuk mereka, tiada apa yang kita boleh buat kecuali :
    • Menderma melalui  saluran yang betul. Hubungi mereka juga jika mahu menghantar pakaian, barangan dan kemahiran ke sana. Contoh ke :

    • Menembak Israel dengan doa-doa seperti Doa Qunut Nazilah kerana kita tahu doa merupakan senjata orang mukmin. Biarkan Israel-Zionist dilemparkan ketakutan ke dalam hati mereka sehingga berlutut, biarkan Israel-Zionist diranapkan dengan senjata mereka sendiri, biarkan Israel-Zionist terperangkap dalam perancangan dan muslihat mereka!
    •  Bertindak untuk memboikot sebarang produk dan barangan yang menyalurkan dana ke Israel hatta ia merupakan syarikat tempatan / islam. List  di sini : http://www.inminds.com/boycott-leaflet.html

    • Bersatu hati dan berterusan dalam menyokong perjuangan membebaskan Palestin dan menyedarkan lebih ramai orang bahawa ini bukan pemenuh waktu berita, ini adalah masalah sejagat!

Nah, terjawab persoalan ini.

Anda masih ingin berdiam diri dan membutakan hati?

Atau bertindak dan melakukan sesuatu terhadap saudara kamu?

3 comments:

wan azmi said...

baikkkk artikel ni

paket wisata bromo said...

Jadi macam tu kisahnya,, baru faham,, tapi marilah kita bersatu untuk saudara kita.. go peaceful ..

Anonymous said...

Post yang ni memang terbaik la bro..keep it up