Monday, 2 June 2014

Zero to (semi) Pro ; a rubbish story




Assalamualaikum wbt




Pejam celik sudah seminggu berlalu selepas aku menghadiri sebuah bengkel photography. Jujur, aku memang suka ambil gambar. Gambar aku sendiri tak banyak akibat dari hobi ini. Bukan sebab muka ini terlalu hensem dan tak main cameraman picisan tepi jalan, akan tetapi bila orang ambil gambar aku terus jadi tak cantik / tak center / tak kena citarasa


(eh, valid ke alasan nih? hehe)


Dan setelah sekian lama aku berkecimpung dalam bidang ini secara syok sendiri (baca buku, cuba jaya dengan sendirinya), aku menebalkan muka untuk akhirnya menuntut secara berguru.


Tiba pada hari pertama kursus, kami perlu submit beberapa keping gambar yang kira paling top meletop dalam koleksi gambar kami. Diorg nak lima je.

Punya lama nak pilih sebab masa tu rasa banyak je gambar-gambar cantik dan wow! Siap yakin boleh dapat markah tinggi untuk first impression dan boleh masuk band mid-advance untuk bengkel ini.

Tapi apa yang diharapkan hanya tinggal angan-angan kosong. Ia dimusnahkan dengan sebuah komen yang tulus ikhlas dari hati si pengkritik yakni kami. Sebuah komen yang dimaterikan dengan mulut dengan nada sesejuk air sirap limau gelas besar...




Sampah





Tertusuk hati, terobeknya jiwa. Tembok ego masa tu bergegar kerana mahukan pengjelasan mengapa gambar yang aku rasa sudah cukup power siap ada wow-faktor itu dikelaskan sebagai... sampah.. ???



Setelah mendengar.. baru lah aku sedar yang selama ni aku syok sendiri ambil gambar. Pengalaman sejak tahun 2007 menggunakan digital camera dan 2010 dengan DSLR itu puah macam tuh je. Amat pilu dan keciwanya hati seorang insan bergelar manusia melihat hasil gigih titik peluhnya diturunkan sehingga ke tahap sampah yang tidak berharga...


Aku tak boleh terima, tapi itu adalah hakikatnya kerana aku syok sendiri. Lalu diterbayangkan sesuatu..




Begitu la dengan amal kita..





Aku terbayangkan tika waktu  mahsyar di mana amal kita dibentang dan dinilai. Dan tika saat itu ia dikategorikan sebagai sampah, itulah sebaik-baik penyesalan. Penyesalan yang tak terperi pedihnya mengenang amal yang dilakukan sepanjang umur yang diberikan itu adalah....



Sampah



Tiada lagi pujuk rayu mahupun ego yang boleh mempersoal keputusan dan penilaian yang Maha Adil. Maka terseretlah mukaku di tanah ditarik pada ubun-ubun lalu dihumban di neraka...


(bulu roma meremang..)


Simon Malik

No comments: