Wednesday, 11 June 2014

Debat akademik antara Cik Ibab dan Puan Yam

Assalamualaikum wbt



Pada suatu tengahari, di kala Cik Ibab berjalan-jalan menikmati udara petang di tepi jalan kampung di Bukit Pelanduk, handphone berbunyi menanda masuknya 1 notification dari facebook. Salah seorang pengguna facebook telah share satu video!


Lalu dia pun berhenti dan menonton video tersebut.








Setelah habis menonton, dia termenung seketika mengenang dirinya yang melarikan diri dari ladang kerana tahu akan nasib dirinya apabila cukup kilogram.


'Menung apa tu, babi??'


Terkejut Cik Ibab sehingga terduduk. Dia masih tidak dapat menerima walaupun hakikatnya orang sekadar memanggil dirinya bukan memakinya..


'Kut ye pun Puan Yam, panggil la nama yang cute sket.. Ibab ke.. Vavi ke... Nak international sket panggil Cabbi.. kroohh kroohh' seloroh tapi jujur mahukan perubahan dari Cik Ibab.


'Kokokokok, tak sangka ko terasa.. koookk... Menung apa sampai nampak macam kerinduan bagai menunggu bulan jatuh ke riba? kokokewwaakkk (ewah)...


'Begini.. krooh... Aku tak sangka yang badan aku ni manusia guna sampai habis.. Tak membazir langsung! kroohh krrohh.. Ko ada ke Yam?



'Tak de plak.. kokokok... Sedara aku belah bapak punya mak mertua punya akak punya kawan merpati cakap, biasanya kepala bulu bagai yang dibuang.. kokoko... Itu kat pasar la.. Kalau kat super market.. Lagi banyak diorg buang.. jantung.. pedu.. limpa... kokoko... manusia sini nak yang sedap je kokoko... Yang tak pakai tuh buang terus'



'Itu la Yam.. Aku pelik la.. Kenapa manusia kat sini tak perabiskan guna ko ye? Krooh.. Krooh.. Kawan aku nama Bang Lembu cakap, zaman Moyang dia dulu orang kampung perabis pakai! krooh.. krooh.. Tu yang ada sup perut... Kulit lembu goreng.. Sup lidah... Sup torpedo.... kroooohh!! Paling tidak pun, kulit perut jadi rebana.. krroohhh!! Oink! ' Cerita Cik Ibab dengan bersungguh-sungguh!

'Sekarang nih, semua benda diorang buang. Kalau harga lembu tuh RM1000 untuk 100 kg.. berapa la sangat yang manusia sini dapat kalau setakat nak daging je. Kan dah membazir tuh! kroooh.. krooh..." Tambah Cik Ibab yang secara tak sengaja menaikkan sikit hidungnya yang kemek itu untuk berbangga.



'Betul jugak tuh Ibab..Tapi kan manusia sini banyak tempat belajar hebat2! Sampai ada 5 Research universiti! Kawan aku punya bapak punya kakak punya jiran sebelah punya mak yang duduk kat Serdang cakap, kat situ ada universiti pertanian yang tergolong dalam Research Universiti!!! kokokookkk!! Banyak betul kajian diorang!! kokokoook' balas Puan Ayam yang jelas tidak mahu mengalah.


'Aku dengar diorg nak try test urat ke salur darah kambing jantan untuk perubatan. Untuk Heart bypass ke amenda tah kookk! kata Puan Ayam sambil mengibas-ngibaskan kepak. Bulunya ada sedikit kembang kerana tak mahu mengalah dalam perbualannya dengan seekor babi.


' Oink? Itu cerita kambing.. Cerita kau ada tak ayam?' Soal Cik Ibab menyengih.


'kooooooook.... Putih telur aku biasanya orang yang buat kuih dan pastry tak pakai sangat. Kok! Diorg jadikan sebagai binding agent dalam builidng material! kokokokok...' Kali ni terlompat-lompat pula Puan Yam mengenangkan ada juga perkara berkaitan dirinya digunakan dalam bidang selain pemakanan.


'Balik pada persoalan manusia yang dalam video nih cakap. Dia kata kesemua bahagian aku nih dipakai dalam pelbagai industri termasuk pembuatan senjata! kroohh khroohh!! Bangga betul aku dengan sedara aku kat Europah.. habis ye manusia pakai kami.. oooiinnk!!' Cik Ibab mengenyitkan mata pada Puan Yam.


Cik Ibab cuba mengalihkan perbualan dengan ayam yang rasanya tiada penghujung. Ingin mematikan fakta yang walaupun haram dimakan tetapi sebenarnya dirinya ada guna. Walaupun manusia di sini tak pernah menghormatinya tetapi dia akur sebagai makhluk ciptaan Allah. Kalau tak, masakan Allah ciptakan dirinya? Pernah juga dia meluahkan perasaannya ke Inche Gabbana baru-baru ni...


'Elok la tuh.. koookk... Habis tak senang duduk orang melayu mengenangkan ko dimana-mana! Mula-mula dalam coklat kegemaran diorg! kookk...! ' lalu Puan Yam terbang menghinggap belakang Cik Ibab dengan niat untuk merendahkan Cik Ibab..


'Sekarang nih dah terbongkar dah rahsia kau dengan manusia... Padan muk... kookokookok!!! Kioookk!!! kiookkk!! Elak babbbb ada loriiiiii!!!!!! '  kalut Puan Yam terbang meninggalkan kawannya itu sehingga tertanggal berberapa bulu dikepaknya!


Terkedek-kedek tapi pantas Cik ibab mengelak sebuah lori tangki yang hampir terbabas di selekoh tempat perbualan mereka. Lori berkenaan dapat dikawal lalu meneruskan perjalanannya bagai tiada apa yang berlaku walhal boleh sahaja berlaku kemalangan dua jiwa.


'koookkk..! B**i punya lori!' maki Puan Ayam sambil mengembangkan bulunya sambil mengibas-ngibas keras kepaknya.


'Kau tau mana lori tu pergi Yam? Hari tu aku ada watsapp dengan Mat Gagak dari Shah Alam. Dia kata lori tangki diesel yang selalu lau kat kawasan nih bwak diesel seludup.. kroooh... Diorg dapat bagi rasuah seorang pegawai melayu kerajaan nih kau tau? Kroohh... Lori tuh akan supply diesel untuk lori yang bawak arak kat Shah Alam tuh! krooh..! Yang aku pelik, nak plak pegawai ngan pemandu lori tuh buat kerja haram nih? krooohh.. kroohh..." bersungguh lagi Cik Ibab memberi keterangan.


'Jap, haritu diorg bising kat facebook pasal gelatin yang diperbuatan dari ko. Apa keputusannya Ibab? kokoko" tanya Puan Yam tiba-tiba


'Entah.. Kalau aku dipanggang-golekkan, itu memang sah haram. Isu gelatin... entah.. Meh aku share link.. Keputusan ada di cakar ko..' Lalu Cik Ibab berkongsi dua link.


http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1032-polemik-dna-babi-dalam-makanan-a-istihalah-transformasi.html


http://drmaza.com/home/?p=2716


'Koookk... Kalau la manusia kat sini gunakan aku sebaik-baiknya.. Banyak je lemak sedara-mara aku kat pasar tuh..koookkk... masuk tong sampah je....Kan elok kalau dikumpulkan dan dijadikan gelatin yang menggantikan gelatin babi... waste to wealth orang panggil..kookkk...' keluh Puan Yam

'Jangan risau Yam.. Ada la tuh nanti langkah permulaan.. Oink! Meh, kita berselfie sikit kroohh?? ' pujuk Cik Ibab.

'Aah.. kau kan dah sepopular pasangan panda yang baru sampai kat sini..kokokokekeke..'




ke--cheettt!! (bunyi selfie classic)



Simon Malik

No comments: