Wednesday, 18 June 2014

BLDUAMM : Not the first


Assalamualaikum wbt



Aku empunya penyakit.


Tapi demi melawan penyakit tersebut, aku mendengar nasihat dari orang rumah.


Penyakit tersebut adalah....


'Bila-masak-resipi-sedap-tak-boleh-buat-lagi-sebab-lupa'


(wakakakaka...)


Dipercayai muncul pada sekian lama tetapi dikenalpasti pada tahun 2006.


Jadi tempat ini bakal menjadi ubatnya.


Bismillah....






Resipi :

Takola Grilled Chicken with Kra-Isthmus sauce, served with Miss Mato & Mr Wedge, fresh cucumber and 'Tenggek Burung'



p/s : Nama resipi diberi secara random kerana resipi ini dicipta sendiri.
p/s : Cara masak jugak dibuat secara along the way.. ahaha..



Takola Grilled Chicken :


Dada Ayam x 2
Bawang Putih x 4 ulas sederhana
Cili padi 2, 3 batang
Cili Kering 2 batang
Minyak Zaitun (agak2 utk cukup salut ayam)
Limau Kasturi Separuh.
Garam

>> Sediakan peraman : Hiris halus bawang putih dan cili padi. Cili kering dipotong 3-5 bahagian. Masukkan bahan tadi dalam minyak zaitun. Perahkan limau dan masukkan garam.
>> Gaul ayam dengan peraman lepas tuh simpan dalam peti. Tunggu laki/bini anda lagi 2 jam nak balik baru keluarkan. Tunggu ayam tak sejuk sangat.
>>Panggang ayam dengan peraman dalam pan. Kalau dapat bertutup lagi bagus.
>> Balik-balikkan ikut citarasa. Angkat bila dah masak. Asingkan Cili kering.


Kra-Isthmus Sauce

Bawang Merah
Asam Keping
Serai x 2 batang
Limau Kasturi Separuh
Daun Limau x 2 helai
Kiub Ayam
Tepung jagung
Air

>> Hiris serai halus2. Kemudian tumbuk dengan bawang sampai lumat. Goreng bahan di sampai naik bau.
>> Masukkan air. Masukkan daun limau, asam keping dan kiub ayam. Perahkan limau sehabis mungkin. Dah perah campakkan dalam periuk jugak.
>> Tunggu mendidih. Masukkan garam kalau tak cukup masin. Bancuh tepung jagung ikut kepekatan yang disukai.
>> Jadi Kuah khas untuk Takola Grilled Chicken.


Miss Mato & Mr Wedge

Tomato x 2 biji
Lada hitam Kasar
Garam
Gula
Daun basil (kalau dapat yg fresh lagi bagus)
Keju keping
Kentang yg siap direbus dan dipotong.
Serbuk lada hitam
Oregano
Cili Kering yang dah dipanggang/goreng kering (amik dari Takola Chicken tadi utk elak pembaziran)
serbuk cili ( 1 sudu kecik)

>> Grind guna lesung lada hitam kasar, garam gula, daun basil sampai halus.
>> Belah dua tomato dari sisi. Tempekkan bahan yg digring tadi di permukaan yang baru dibelah.
>> Panggung di atas pan (kalau guna pan yg masak Takola td lg bagus) tomato tadi bermula dengan permukaan yg ditepek rempah dengan api besar.
>> Lps 5-7 minit balikkan tomato. Letakkan keju keping atas tomato tadi (ikut saiz), tutup pan  dan padam api.
>> Angkat bila nk makan.

>> Tumbuk cili kering sampai jd ala-ala flakes. Gaulkan dengan kentang bersama garam, oregano, dan serbuk cili.
>> Goreng secara deep fry.


Timun dan Tenggek Burung

>> Beli kat pasar


Selamat menchoba~ ^^ v

(Kalau tak sedap jangan carik, lololol)

p/s : BLDUAMM = Bila-Laki-Duk-Umah-Ada-Mood-Masak

No comments: