Saturday, 28 June 2014

Cerpen : Hadiah



‘Aik ? Mana pergi ?’

Katanya seorang diri sambil termangu sekejap  di hadapan. Adakah  Bau aroma biskut Famous Amos menyengat perutnya yang sedia lapar akan tetapi perisa yang di mahu telah kehabisan? 

Dia tercegat lagi lalu dikeluarkannya telefon mudah alihnya. 

Salam wbt. Kau selalu datang Alamandakan. Surau dia dah pindah ek?

Ibu jarinya menekan butang send. Hatinya mengharapkan balasan yang cepat. Kakinya melangkah tanpa hala tuju dan fikirannya terbayang surau yang dia gelarkan, ‘sebesar-besar Alamanda tapi sekecil-kecil surau’. 

Pekerja kedai biskut melihat dia berlalu pergi. Dia kesian mengenangkan lelaki tersebut terperangkap dalam ego seorang lelaki. Tidak bertanya terus bertanya lalu sesat jalan.

***

‘Wei, korang tengok apa yang aku ada ?’

Dua pasang mata terus fokus ke hujung tangan Fida. Jelas tiga keping kertas yang agak keras bersama dengan tulisan berwarna keemasan tertulis ‘free admission’

‘Oh my god, Fidaa!!!! Kat mana kau dapat tiket free nih??!’  

Suara Wati yang agak tinggi kelangsingannya memenuhi ruang legar TGV Alamanda menyebabkan beberapa orang disitu teralih pandangan mereka.

‘You alls tau la I kan. Kaki wayang kot. Mesti la boleh dapat tiket free tengok wayang, kan Sarah kan ?’
Sarah yang juga teruja dengan tiket percuma Fida hanya mendiamkan diri. Matanya yang sedia bulat itu lebih bulat melihat tiket-tiket tersebut. 

‘Weii..! Dapat lah Kita tengok movie Transformer dengan free wei..!’ Fida tidak menunggu Sarah untuk menjawab. Walaupun Sarah boleh dikatakan kaki wayang, akan tetapi dia hanyalah warga marhein biasa. Masyarakat sederhana. Masyarakat yang hidup biasa-biasa tanpa sebarang kenalan orang-orang kaya atau terkenal. 

‘But you know Sarah, this Sunday it will be your birthday right? Let just say, this is your birthday gift from me?’ Fida mengukir senyuman. Ikhlas tanpa sebarang niat memperlekeh. Inilah yang Sarah suka. Seorang kawan yang tidak melihat pada darjat tapi sangat menghargai kawan-kawan.

‘Eiii..!! Thanks Fida.. Aku tak tau ma…’

Kata-kata Sarah dipotong dengan nada lagu ‘ #Selfie ‘ yang rancak. Dilihatnya skrin dan terpampang ‘Mama’

‘Jap ek girls, i need to take this’

Sarah melangkah keluar dari ruang legar TGV lalu berjalan-jalan perlahan ke arah kolam air berdekatan. Sebenarnya dia tidak sedar pun ke mana dia pergi. Dia lebih tertumpu untuk melayan panggilan ibunya.

‘Ye Mama… Tak de la, Sarah kat Alamanda nih nak tengok wayang dengan Fida and Wati… Wayang start kejap lagi pukul 445.. Habis dah assignment.. Esok lecture canceled. Tak balik kot malam ni.. Erm.. Sarah akan cuba balik esok boleh?… Ok… No worries Mama.. no guys around here because I’m too hot to handle, hehehe.. bye bye Ma..!’

Sebaik sahaja Sarah mematikan talian, mata dan fikirannya bertapak kembali ke kawasan kolam air dihadapan. Matanya tertumpu pada seorang lelaki yang lebih kurang sama umur, berpakaian kemeja hitam, dan bersandal. Lelaki tersebut merenung tepat ke arah bangunan yang bertentangan dengan Alamanda. Lebih tepat pada tingkat tiga bangunan tersebut. Kedua-dua tangannya memegang kemas telefon mudah alihnya.

Sarah, another random guy with a back pack with a brand I bet from China. Getis hati Sarah.

Belum sempat Sarah berkalih, lelaki tersebut sudah mengalih pandangan dan sedar akan Sarah memerhati.
‘Assalamualaikum! Err.. tau tak surau kat mana? Kawan saya kata kat bangunan belakang nih kat tingkat 3 tapi saya pergi tak de pun...’

Tepat. Telus.  Soalan yang tiada unsur mengorat. Hati kecil Sarah cuba menenangkan. 

‘Oh surau… kat wing yang ada kedai Nikon tuh. Nanti ada excalator bawak naik gi surau.’ Sarah agak kaget sehingga terlupa menjawab salam mengenangkan dia tak terfikir pun nak pergi solat. Dia akhiri jawapan dengan senyuman. My goodness, you are cute.

Oh ok. Thank you Miss!’ lelaki itu senyum nipis dan berlalu pergi tanpa menoleh.

Wasn’t it suppose to be, I’ll need your number in case I got lost? Sarah pula yang tiba-tiba tidak berpuas hati.  Fikiran dan semangat seorang yang berumur awal 20an amat kuat. Merasakan dunia tanpa batas. Setiap ruang perlu ada berkebebasan bersuara dan bernafas. Setiap insan ada peluang untuk bercinta, putus cinta dan bercinta semula!

Sarah masuk semula ke ruang legar TGV untuk bertemu semula dengan Fida dan Wati. Dia sedikit terkeliru kerana kebiasaannya kalau di kolej, ada sahaja lelaki yang berminat untuk berkenalan. Pelbagai cara dan muslihat telah dia rasai semata-mata untuk mendapatkan 10 angka keramat untuk berhubung dengan Sarah!

But all failed miserablely.

‘Hey, Sarah! Wayang dah buka dah wei!’ laung Wati dengan berhati-hati tanpa meretakkan mana-mana kaca. Tangannya melambai-lambai memanggil Sarah.

Sambil membetulkan lilitan tudungnya, dia berjalan agak tertunduk dan berkata dengan nada rendah ‘Wati, why must u be so embrassing?’

***

‘The script is a total lame. The storyline was a so-so but predictable, good guys always win. But it took like nearly 3 freaking hours!! Panggung Sabtu is better than this! Don’t you feel tired after watching it?’

Fida masih meneruskan ngomelannya terhadap wayang yang baru sahaja ditonton mereka tadi.

‘Look, Fida. Micheal Bay couldn’t just be making good movies in a row okay?’

Sarah cuba menenangkan Fida yang mula menunjukkan belang apabila mengkritik filem. Sebagai kaki wayang, apa yang dikatakannya itu betul. Sarah dan Wati berkali-kali melihat jam tangan mereka di dalam wayang sehingga ke tahap mereka terfikir, apa yang mereka lakukan sekarang ini?!

‘Girls, lets cool off a little ok? I know a place. Dia jual ala-ala macam bubble tea tuh’ Sarah memberi cadangan setelah mereka masuk ke bahagian tengah Alamanda. 

Pusat Beli Belah Alamanda terletak di Putrajaya merupakan tempat kunjungan penduduk setempat dan dari bandar di sekitar. Bahkan dari jauh pun datang ke mari selepas melawat pusat pemerintahan Malaysia ini yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

‘Aah haus la kan? Yang kat depan surau tu kan?’

Surau. Entah kenapa dalam pernyataan Wati tadi, perkataan surau lebih menyerlah berbanding dengan perkataan lain. Adakah sebab suaranya yang sedia langsing? Atau disebabkan…

Yeah, it was the surau that a cute guy asked about. Bisik kata hati Sarah.

Tanpa sedar, dia melihat sekilas jam tangannya. Jarum panjang pada angka dua dan jarum pendek melebihi sedikit angka lapan.

‘Eh, aku nak pergi mahrib jap. ‘ Pernyataan menusuk jiwa bagi mereka yang tidak mengangkat tanggungjawab seorang muslim ini.

Fida mengangkat kedua-dua keningnya dan matanya melilau ke kanan sambil menggerakkan bibir yang jika bersuara berbunyi ‘cuti’. Wati pula mengangguk-angguk pendek tapi cepat sambil menarik nafas tatkala terlihat reaksi Fida. Isyarat yang dia juga sama sedang uzur.

‘Kalau macam tuh, korang orderkan aku mango ice tea la. Nanti jumpa kat kedai tuh’ lalu Sarah berlalu pergi. Dalam hatinya mengomel mengapa lama sangat wayang tadi sehingga dia terlepas waktu Asar.

‘Wati, memandangkan hari ahad ni Sarah punya birthday, apa kata kita buat suprise kat dia alang-alang dia tengah tak ada ni.’ Cadang Fida yang sedikit bernada nakal.

‘Aku baru je nak cadangkan. And i know how’ balas Wati. Masing-masing ketawa kecil mengenangkan apa yang akan berlaku.

***

‘Ye cik, diorang dah pergi dah. Ini air yang cik pesan dengan diorang’

Itulah jawapan dari pekerja kedai air tadi sejurus dia bertanya ke manakah rakan-rakannya. Kakinya melangkah tanpa arah tuju sambil menaip-naip telefon pintarnya;

Wei, kenapa tak tunggu aku? Korang kat mana sekarang? 

Sarah menambah emoticon smiley yang mengeluh.

Baru sahaja dia duduk di bangku berdekatan yang tidak berpenghuni, teks whatsappnya berbalas.

Memandangkan hari Ahad ni adalah birthday you and you also the smartest girl in kolej, you have to find us. If you able to find us, we’ll give you a birthday present. 

Ayat yang diakhiri dengan emoticon bertanduk.

Ewah, mengada-ngada punya dua orang makcik nih? Geram Sarah. Akan tetapi dia pantang dicabar.

Ok, whats the clue then?

Teks sudah dihantar. Sarah terus menyedut minuman segar yang dibeli beliau tadi. Otaknya sudah mula ligat berfikir. Tiada yang merugikan. Kalau dia tak jumpa mereka pun, dia boleh pulang sendiri dengan keretanya. Kalau jumpa dapat hadiah lagi.

Just like Apo bondo Nih. 3 letters.  

Diakhiri dengan logo cermin mata dan sebuah buku.

This is so easy. Sarah tersenyum berseorangan kerana apabila perkara berkaitan dengan IQ dan pengetahuan, dia tiada pesaing.

***

Sarah kepenatan mencari. Hampir 30 minit dia berjalan ke hulu ke hilir mencari mereka. Soalan pertama mudah sahaja. Tetapi soalan kedua lebih memecahkan kepala. 2 perkataaan. Pertama 6 huruf dan kedua 7 huruf. Yang lebih menyakitkan hati serta mencabar sel-sel otak Sarah adalah petunjuk yang diberikan.

4 logo. Topeng tengu jepun. Mahkota raja. Kad Joker. Orang Salji.

Apakah maksud logo ini?? Mahu sahaja dia menjerit hendak menghilang perasaan yang jengkel dan tidak puas hati. Mengapa pelik sangat petunjuknya??? Kakinya melangkah tanpa matlamat. Sarah melilau-lilau melihat dari satu kedai ke satu kedai mengharapkan dia boleh terlihat kelibat rakan-rakannya yang sedang bergurau bermain sorok-sorok.

Dalam pada dia melintas sebuah kedai ais krim, dia terpampan melihat seorang lelaki yang dia kenali sedang duduk berseorangan memakan ais krim. Lelaki yang meminta arah ke surau daripadanya petang tadi. Sarah mematikan langkah dan merenung teliti wajah lelaki tersebut. Sah, dia sedang tenggelam memakan ais krim dengan penuh perasaan sehingga dia tidak sedar yang dia diperhatikan selama dua minit.

‘Well, Sarah this is your chance. You’ve got nothing to lose. Paling tidak pun kau tau nama dia bukan? Zaman-zaman generasi-Y ni, perigi cari timba bukan satu yang nak dimalukan! You going to be 22 you know? 

Sorak hati Sarah penuh memberi semangat.

Cabaran dari dua orang rakannya diketepikan. Objektif terbaru, berkenalan dengan lelaki itu!

***

‘Assalamualaikum, jumpa ke suraunya tadi?’ Sarah memulakan bicara setelah mendekatinya. Tangan kanannya memegang mangkuk ais krim yang baru dibelinya.

‘Waalaikumsalam.. Oh jumpa dah tadi. Terima kasih.’ Lelaki itu sebenarnya agak terkejut disapa oleh Sarah kerana begitu asyik makan ais krim.

‘Erm…  Ada orang duduk kat sini?’ jari telunjuk Sarah menuding ke arah kerusi yang bertentangan dengan beg galas lelaki tersebut.

Lelaki tersebut yang tersenyum ringkas tanda setuju sebelum kembali menikmati ais krimnya. Entah mengapa dia begitu fokus sekali menikmatinya!

Setelah tepat 2 minit mereka mendiamkan diri, Sarah kembali bersuara.

‘Actually I need you help. Boleh tak?’

‘Ok… I’ll try’

Lelaki itu sudah menoleh dan fokus kepada Sarah. Sarah terpaksa mengakui sendiri, ini adalah antara perbuatan paling berani yang dia pernah buat.

‘Actually, kawan saya sedang nak kenakan saya sempena hari jadi saya Ahad ni. Diorang suruh saya cari diorang dalam Alamanda ni. Tapi diorang ada bagi clue. Pernah main ‘Apo bondo eh ni ? ‘? Saya dapat jawab yang pertama tapi diorang tak ada kat situ. Soalan kedua ni yang buat saya pecah otak..’ panjang lebar Sarah merungut.

‘Oh.. boleh saya tau pada pertunjuknya?’ tanya lelaki itu seolah-olah berminat.

‘Two words and four logos. A tengu mask, a crown, a joker card and a snowman... Do you have any idea about it?’

Lelaki tersebut mengangkat kedua-dua keningnya kagum. Reaksi normal bagi mereka yang merasakan soalan ini adalah mengarut. Dia kembali menyuap satu sudu ais krimnya tapi kali ini seolah-olah berfikir.

‘I’m having cookies and cream. What your are having?’ tiba-tiba lelaki menoleh perlahan kembali ke arah Sarah dan bertanya. Jelas dia mempunyai muka tipikal orang tempatan. Cuma keningnya agak tebal, kulit wajahnya ada sedikit cerah dan sedikit berjanggut. Rambutnya dipotong kemas dan tiada tanda-tanda meniru gaya orang Korea yang kini dianggap a la mode.

‘Chocolate mint and caramel vanilla..’ menjenguk sebentar mangkuk asi krimnya.  Jujurnya Sarah tidak ingat pun apa yang dipesannya tadi asalkan dia dapat satu alasan untuk duduk berdekatan.

‘Awak dah sampai kat destinasi. Jawablah kat kawan awak tu. Tapi saya yakin diorang takde kat sini bukan?’ 

Eh? Kenapa lelaki ini tukar topik terus bagi jawapan?

Sarah pantas membalas teks dengan jawapan Baskin Robbins. Dia juga menambah ‘takde pun korang kat sini’ di hujung ayat.

Ingatkan kau dah merajuk sampai balik rumah dah. Haha.. jawapan yang betul!

‘Macam mana awak tau?’ beralih Sarah yang cukup curiga terhadap lelaki tersebut setelah teksnya dibalas.

‘The snowman gave it away…’ jawab lelaki berkenaan dengan ringkas.

‘Saya ingatkan kat kedai baju yang jual baju sejuk untuk pergi oversea tu…’ rungut Sarah dengan nada rendah. Benar. Dia sudah berkali-kali menghantar jawapan berkaitan dengan itu. Semuanya salah belaka.

Melihat lelaki itu menyambung semula suapan ais krim ke mulutnya dan mangkuknya hanya tinggal beberapa sudu lagi, Sarah memulakan langkah.


Awak tak tunggu girlfriend awak?’ 

Ambil soalan padu aku ni. Dapat juga aku tau kau dah berpunya ke belum.

Lelaki itu menelan keras ais krimnya kerana itulah soalan paling akhir untuk dia dengari dari mulut seorang yang tidak dikenalinya langsung. Lalu dia pun ketawa sehingga menunjukkan giginya yang tersusun rapat.

‘Tak.. Saya datang seorang je kat sini. Hajat mencari barang. Saya singgah kat kedai ais krim ni sebab nak reward diri saya.’ Terangnya secara ringkas kepada Sarah yang sudahpun menongkat dagunya dengan lengan kanan.

‘Saya percaya juga yang cik nih datang Alamanda ni untuk dikenakan rakan-rakan bukan ?’ Lelaki itu sudah mula memberi tindak balas positif.

 Yes ! Satu perbualan normal ! Lonjak hati Sarah.

‘Aah… Kawan-kawan saya ajak datang tengok wayang. Alang-alang Ahad ni dah puasa, kenalah tengok hari ni takut nanti tak sempat. Sebab setiap hari ada kelas whole day.’ Terang Sarah

Now, come on. Ask me where i study…

‘Sure time flies kan? Kejap je kita dah sambut Ramadhan.’ 

Jawapan yang lari dari sangkaan Sarah.

‘Aah..’ jawabnya agak tersipu.

‘Awak dah prepare nak sambut Ramadhan?’ Kali ini giliran Sarah pula menerima soalan menusuk kalbu.

‘Tak sangat..’ Jawapan pendek dari Sarah.

Eh ? Bukan patutnya kau jawab dah ke Sarah ?

‘Tak apa, esok masih ada. Bulan Ramadhan ini bukan sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga… Ambil peluang ya?

Aduh, sekali kena ceramah pula dengan dia… Tapi kenapa ambil peluang?

Lelaki itu tersenyum seolah-olah mendengar apa yang dilintaskan di dalam hatinya tadi.

‘Sungguh beruntung hari jadi awak jatuh pada tarikh yang sama umat islam berpuasa. Hari lahir kita mengingatkan kita bahawa tempoh masa diberikan Allah keepada kita telah berkurang setahun. Manakala bulan Ramadhan pula, adalah benda yang datang setahun sekali, macam hari lahir, yang diberikan Allah untuk kita memperbaiki diri. Di tambah dengan usaha kita itu, Allah melipatkan kadar pahala untuk setiap amal ibadat kita. Sebab itu ada orang menggelarkan bulan Ramadhan ini bulan Tarbiyyah. Untung awak dapat sambut sekali dengan hari lahir awak. So ambillah peluang.’

Sarah hanya mengangguk-angguk mendengar. Dah banyak kali dia dengar ceramah bertemakan bulan ramadhan. Akan tetapi sekali dengan hari lahir adalah satu benda yang baru.

Telefon Sarah berbunyi memberi isyarat yang terddapat teks yang baru sahaja masuk.

Kau tak balik lagi kan? Hehe.. Lupa nak bagi kau clue.

Sarah menaip-naip sesuatu pada handphonenya lalu kembali bersuara.

‘Kawan saya hantar lagi clue. Tengok ni’

Sarah memberikan telefonnya pada lelaki yang baru sahaja memberikan ceramah percuma padanya tadi untuk dilihat.

Mata lelaki tersebut melihat 3 buah logo. Speghetti, Peha ayam goreng dan sebuah pinggan. 2 buah perkataan bersama-sama 4 huruf dan 5 huruf masing-masing. Namun apa yang lebih menumpukan perhati adalah apa yang tertulis di ruang balas teks.

Sarah -- > 0111001100 do call me later *wink*

Alang-alang terjumpa yang cukup pakej, hensem lagi beriman, kena la dapatkan nombor telefonnya. Lelaki mana yang menolak nombor telefon perempuan macam aku nih. Aku bertudung kire dah pass  la kan nak ngorat orang macam ni?

 Hati kecil Sarah cuba menyedapkan langkah dari Sarah.

Lelaki tersebut mengambil telefon Sarah lalu menaip-naip.

‘Senang je nih. Cuba awak cari kat Food Court. Tapi saya cadangkan awak terus pergi kepada meraka.’ Kata lelaki itu sambil menaip laju.

Lelaki itu terus menaip tanpa henti. 

Yes ! Bagi nombor telefon terus dapat surat cinta !

‘Memandangkan hari Ahad ini hari lahir awak, mereka mungkin sedang membeli kek yang agak custom made. Jadi mereka akan sentiasa bagi clue ke tempat-tempat yang berjauhan dari mereka. Saya agak mereka di Secret Recipe.’ Tambahnya lagi sebelum memulangkan semula telefon Sarah.

Sarah teruja mendengar jawapan dari lelaki tersebut. Lebih teruja lagi untuk dia mengetahui apa yang telah ditulis pada telefon.

Baru sahaja dia hendak melihat, tidak semena-mena lelaki itu bangun seraya meminta izin untuk mengundur diri.

‘Jap, you said you came here to reward yourself ? Why?’ Sarah cuba melengahkan dia.

‘Oh, saya sebenarnya minat Transformer dari kecil. Lepas saya cari barang tadi saya macam nak pergi tengok tapi saya berjaya batalkan niat saya tuh. Jadi saya belanja diri saya makan ais krim.’

Dia senyum lagi.

‘Untuk apa tak jadi tengok?
Tengok je la bila ada peluang?’ soal Sarah kehairanan.

‘ Untuk persediaan bulan Ramadhan..Selamat menyambut Ramadhan. Assalamualaikum..’

Lelaki itu berlalu meninggalkan Sarah yang agak terpinga-pinga . Mangkuk ais krim lelaki berkenaan yang telah kosong juga dibawanya pergi untuk dibuang ke tong sampah berdekatan . 

He is sure one of a kind guy..

Sarah mula membaca apa yang ditulis lelaki tersebut sehingga ke noktah terakhir. Tidak dia sedari dia telah termenung lama setelah itu sehingga ke semua ais krimnya cair.

***


‘Aallaaaaa.. Kenapa kau tau kitaorang ada kat sini?’ rengek Wati setelah melihat Sarah masuk ke dalam kedai yang mereka berada.

 ‘Tak surprise la you nak tengok kek yang kitorang order ni.’ Fida pula menyampuk.Sarah tersenyum lemah. Sepatutnya dia mencubit-cubit rakan-rakannya kerana menyusahkan dirinya berjalan ke hulu dan ke hilir seperti orang gila. Akan tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia seolah-olah.. masih lagi terkejut.

' Sarah, we plan untuk sambut birthday you awal. Kita buat malam ini ok?’ Fida mencadangkan sebaik sahaja  selesai membelek telefon bimbitnya

‘Aah. Buat malam ni kat taman area PICC tu. Tak ada orang sangat. Lagipun Fida dah ajak crush dengan scandal kau tuh !’ sampuk Wati

‘Hey, that was your idea. Not mine. ‘ Fida tidak mengaku tapi yakin Sarah pasti suka.

‘Nanti boleh la kita nyanyi lagu 22 kesukaan kau tu ! ‘ sambung Wati yang kemudiannya ketawa kecil.

’22 tahun kot. Macam-macam nak cuba kan? Umur kita masih muda. Sementara belum masuk bulan…’

‘Sorry girls, but i think i’d pass..’ potong Sarah yang mematikan ayat Fida.

‘Sah kau merajuk dengan kitorang. But I promise dear, you going to be fine when u eat the cake’ pujuk pula Fida yang merasakan rancangan mereka tidak berjaya.

‘I’ll stay for the cake. But I’m sorry dear I’m kind of tired already.. Your birthday ok?’ Sarah memberi jawapan balas terhadap pujukan Fida. Sarah betul-betul mahu pulang. Hatinya sudah ketiadaan mood untuk sebarang hiburan. Walaupun agak mementingkan diri dan menamatkan usaha Fida dan Wati untuk memberi kejutan kek, namun dia rasa dia perlu pulang.

***

Salam Mama.. Sarah balik malam ni la. Jumpa kat rumah

Butang hantar ditekan lalu dipadamkan skrin telefon bimbitnya.

Sarah di dalam keretanya dan masih lagi dalam ruang parkir Alamanda. Tangannya mencapai semula telefonnya dan mula membuka aplikasi nota. Dia ingin membaca kembali apa diterimanya dari seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah kedai ais krim.

‘Terima kasih kerana berkongsi nombor telefon cik tapi saya mengambil keputusan untuk tidak menyimpannya demi menjaga hak peribadi cik dan hak masa depan cik.  Namun saya mengharapkan cik tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu-gugat diri cik dan keluarga cik. 

Saya tahu saya seorang asing untuk memberi nasihat kepada cik namun saya faham perasaan orang muda yang berumur 20an. Kerana saya juga salah seorang daripadanya. Dikala ini, kita merasakan dunia ini penuh dengan keseronokan. Kita merasakan kita sudah dewasa tetapi boleh membuat kesilapan kerana kita masih muda. Kita bebas membuat keputusan dan tiada siapa yang boleh menggugat apa yang kita pegang dan percaya. Saya faham semua itu dan apalah saya untuk menghalang cik. Saya juga tiada hadiah untuk hari jadi cik melainkan doa saya kepada cik. 

Saya mendoakan cik supaya hidup dalam keberkatan, rezeki yang dihalalkan, dan dilindungi dari segala tipu helah akhir zaman dan kejahatan. Saya doakan agar cik menjalani kehidupan muslimah menjadi wanita solehah dan menjadi penyejuk mata ibu bapa cik. Saya mendoakan supaya diampuni dosa-dosa cik masa lalu, kini dan akan datang dan dapat memanfaat waktu muda cik. Demi keberkatan Maha Pencipta, saya mendoakan cik mendapat sepenuhnya rahmat bulan Ramadhan dan berjaya memperbaiki amal dan diri sendiri.  Ya Allah, perkenankanlah doa orang asing ini terhadap wanita yang tidak kukenali ini. Amin..

Selamat hari lahir dan selamat menyambut Ramadhan. – Ikhwan.’