Thursday, 29 May 2014

Isu Babi, Cadbury dan Tiger Beer





Assalamualaikum wbt


Korg suka makan coklat? Siapa yang tak suka kan?

Rasa koko yang kaya ditambah dengan keenakan susu dan cream, cair di dalam mulut lalu memberikan sensasi yang tidak terkata. Diulit dengan rasa kacang hazel yang dipanggang, rasanya begitu harmoni sehingga menaikkan perasaan yang baru sebentar kelam akibat hujan.


Sila lap air liur anda sekarang... ^^"


Lupakan apa yang aku gambarkan tadi jika anda penggemar coklat berjenama Cadbury. Kenapa? Telah hangat diperkata dalam media massa yang pengeluar coklat tersebut telah mencampurkan unsur dari sumber yang haram iaitu babi dalam resipi mereka.


So siapa yang kata tak pernah makan babi sila jangan angkat tangan. lolol


Babi adalah spesis yang paling malang dalam nusantara ini. Ia haiwan yang begitu dihina sehingga dia berjalan terpaksa menundukkan mukanya seumur hidup. Dia juga terpaksa menahan derita malu memberitahu rakan-rakan, siapakan maknya..


Maka babi adalah taboo besar dalam alam melayu. Sampai nak maki orang pun guna nama dia. Betul, dia adalah haiwan yang haram dimakan. Namun, betapa Maha Bijaksana dan Maha Mengetahuinya Allah, Dia mengharamkan babi untuk umatnya sehingga kiamat. Walhal, babi bukannya binatang yang asal usulnya dari padang pasir tanah arab. Sebab itu pengharama babi adalah mudah berbanding pengharaman arak yang perlu berperingkat.


Jika kita belek, buku-buku  dan hasil kajian sejarah mengenai orang-orang yang pernah hidup di tanah melayu(300 A.D - 1300 A.D), babi adalah makanan ruji (lauk wajib) masyarakat dulu.


So siapa yang rasa keturunan dia tak pernah makan babi, sila angkat tangan.


Kembali pada isu Cadbury. -  Kita dah seronok makan berpapan-papan dah. Coklat Zip.. Eclairs.. dan pelbagai lagi makanan ringan berunsurkan coklat yang kita sebat dari hingusan sehingga isu ini timbul. kita telah makan makan yang bercampur haram!!!


Islam agama yang mudah dan untuk semua orang. Jika agama ini hanya memilih orang-orang tertentu yang mempunyai darah paling suci, sudah tentu aku dan kau tidak memeluk islam. Yang dah lepas tuh, terlepas dah. Adalah tanggungjawab kita untuk lebih berhati-hati.


So bagaimana nak samak darah kalau kita dah makan babi?


Jawapannya : Tak de... Ulang suara.. Tak de..


Allahurabbi... guane macam nih.. Tak dapat solat dan beribadat la macam ni...



No worries..Aturan alam yang Allah susun begitu cantik.  Begitu juga badan kita ini. Andakah anda tahu yang badan kita sentiasa menggantikan sel-sel lama dengan sel-sel baru? Ini termauk dengan hemoblobin (sel darah merah) dan juga plasma darah. Kita juga ada sel-sel buangan yang memang kita buang setiap hari jumaat seperti rambut, bulu dan kuku yang asalnya adalah sel-sel buangan


Begitu indahnya kejadian ini, sumber yang kita TERMAKAN haram itu yang telah masuk ke dalam badan kita tersingkir secara alam semula jadi. TAK PERLU buat blood transfusion. Sebab kalau perlu buat dah lama orang arab yang masuk baru islam selepas pengharaman arak perlu buang darah 1 liter seminggu.


Ini sangat-sangat logik dengan keharusan kita memakan babi dalam keadaan darurat. Sebab itu bila darurat, makan untuk hidup, bukan bedal sampai ke tulang... (Contoh paling dekat adalah pada tahun 90an di mana Malaysia dilanda penyakit dari Virus nipah yang ada dalam babi. Ubatnya perlu diambil dari babi. So what now brown cow?)

Cumanya kita harapkan yang setelah kita TERMAKAN benda haram (eg babi), perlulah kita bertaubat untuk tidak melakukannya lagi dan mendoakan yang darah daging yang tumbuh dari sumber itu terus ke bahagian kuku, rambut atau tidak diserap langsung.  Bahagian penyerapan nutrien adalah kuasa Allah dan manusia sendiri masih belum dapat mengawalnya. Kita doakan agar sumber itu tidak digunakan untuk sel hati, jantung, mata, telinga, atau mana-mana anggota yang penting..



Jadi, aku sangat menghormati masyarakat yang mengambil jalan wara' dan begitu menjaga kesucian iman mereka. Mereka ini adalah masyarakat yang tidak mengambil enteng mengenai kesejahteraan akidah mereka dan kesahihan ibadat mereka. Moga Allah memberikan ganjaran ke atas usaha mereka.


So boleh makan babi ke?


Jawapan : Haram deerrr.. Kenapa haram makan? Aku akan jawab, saya seorang muslim yang memeluk islam dan saya beriman kepada Allah. Allah memerintah menerusi kalamNya (Al quran) mengharamkan babi dan arak. Maka aku taat. Fulsetop.



Kita sebagai seorang individu yang telah pun memeluk islam perlu menjaga juga makan minum dan sumber pendapatan kita dari unsur yang haram. Terpalitnya duit RM50 dengan hingus babi, masih tidak mengharamkan nilai RM50 itu yang kita perolehi dari recycle suratkahbar lama. Yang kita risaukan adalah RM100 yang bersih dan suci dari segala kekotoran tapi diperolehi dari menjual Tiger Beer atau Diesel seludup.




wallahualam.



No comments: