Friday, 23 May 2014

A write off

Assalamualaikum wbt



 Weengg... weenngg.. weengg..


Bunyi kipass dinidng dalam bilik no 16 di salah sebuah hotel murah di bandar melaka.


Aku menginap dalam bilik yang sama 2 tahun lepas. ketika itu aku sikit pun tak fikir yang aku bakal melengkapkan iman pada tahun yang sama.


alhamdulillah dimudahkan...



Aku seorang yang suka menjejak laluan sendiri yang ditinggalkan. Penyakit nostalgik yang kronik agaknya. Orang kata, jangan hidup dengan perasaan semalam kelak akan tenggelam dalam kekesalan dan kecelaruan masa depan. Semalam adalah semalam, laluan masa depan terhampar dihadapan. Mengapa perlu mengundur? Hang nak cari buah kundur ka? eh..


Secara tak sengaja, aku sedar yang aku adalah seorang yang sangat cheerish memory. Terutama memory yang berperasaan. Lengkap dengan penyakit nostalgik ini, maka ia merupakan combo 1+1. Aku pasti akan kembali ke sesuatu lokasi jika ia pernah meninggalkan kesan terhadap diriku.


Kalau sesuatu kejadian yang mengguris lagi menghiris hatiku nipis bagai bawang, pasti aku akan bawa sampai mati. Luka yang kecil tapi dalam dan rapat amat suka diubati. Tak boleh jahit. Bergantung pada tuan punya kudrat badan untuk sembuh atau tidak.


Maka dengan kesedaran aku mengenai penyakit ini, aku bertanya pada diri. 'Tidak mahu kah kau menjadi sebagaimana kau dahulu? The time where i'm in my prime..?'


Jujur...

Aku mahu

Tapi diri aku yang sekarang kata,

Itu dulu, suasana, diri, umur tak sama.

Tapi... aku masih menghirup oksigen bukan?

Darah aku merah bukan?




Dapatkah aku menulis lagi bagi menampakkan apa yang wujud di balik kekabutan?

No comments: