Tuesday, 29 April 2014

'HARTA' SEBENAR DISEBALIK PULAU NANGKA

Assalamualaikum wbt

Terpanggil untuk keluar dari hiatus lama dari area penulisan semenjak terdengar pasal Pulau nangka dalam bilik wad tadi.


Jadi terpanggil sebab sejak awal tahun, aku banyak membaca mengenai sejarah Kesultanan Melaka, cara hidup masyarakat melaka, cross-culture and philosophy dan sebagainya.  Itu pun cuma dapat 'quotes' je dari Sejarah Melayu, Suma Oriental dan sebagainya. Niat untuk mencari kekalahan sebenarnya Kesultanan Melaka kepada Portugis kerana aku yakin bukan sebab Portugis ada senapang dan meriam manakala kita hanya ada keris.




A place with high traffic off people, also means high traffic of sharing information sharing, stories, and even technologies and philosophical exchange.Zaman dulu takde facebook, twitter nak gossip2 or berkongsi cerita dan status. Nak tau perkembangan berita, berita dari luar adalah di pasar-pasar, tempat2 lepak minum untuk mendapat cerita dan info. (off coz ada tokok tambah, sebab itu ada sifat manusia bukan? Boasting when possible kan perangai orang melayu...). So sapa lepak kat rumah je tu memang layak dapat gelaran katak bawah tempurung!


Melaka sebagai pusat perdagangan, aku yakin sudah pasti mendapat tempias 'belerang'(gun powder) dari Timur. Tahun 1400an adalah tahun di dalam era meriam yang boleh dipegang dgn sebelah tangan (ala2 pistol mcm Jack Sparrow tuh). Takkan la, diorg jenis tak kisah pasal military enforcement langsung untuk kukuhkan pertahanan melaka.? 'Pakai senapan, bukan pakai pedan!' bak kata bapak ahmad albab..


Secara ringkas, Melaka kira macam satu pusat yang serba best untuk trading. On maps, selain dari Queda (kedah) dan Muar, Melaka/Malacca antara yang pasti tidak ditinggalkan dari dalam mana2 peta yang dibuat oleh pembuat peta eropah.  (Sorry, singapura tak femes masa tuh.. kehkehkeh). Maka sudah pasti mesti diorg ada (at least) satu ketumbukan pasukan yang menggunakan senajata api...


Meriam? Oh itu sudah pasti... Dikatakan dalam jurnal anak alfonso alburqueque,  diorg temui lebih dari 2 angka meriam pelbagai jenis dan 1 meriam super besar dan cantik (Cantik? kire kerajaan melaka guna sebagai perhiasan depan pintu kah?). Portugis datang dengan 18 buah kapal. Sudah pasti bukan semuanya penuh dengan askar, at least 2 untuk supply makanan dan senjata, 1 kapal untuk para cendiakawan seperti jurutera, para bahasa, pakar bina dan sebagainya. Untuk apa diorg nih? Diorg dapata untuk pecahkan monopoli trading, tak kisah pun kalau tak dapat conquer keseluruhan melaka, dapat buat kubu pun jadi la... At least sampai sekadar pintu gerbang kubu ni jadi ikon melaka, bukan?..


15 kapal je kot... bukannya diorg boleh main bombard je melaka.. peluru kena saving.. askar kena ada moral.. Portugal jauh kot. Kena lalu Cape of Hope lagi... Nak harapkan supply dari Goa, anytime boleh kne intercept dengan Kerajaan Acheh sebab diorg di bawah satu panji Islam dengan Melaka... Tapi still diorg boleh menang..


Adakah sebab org portugis pakai baju perisai besi kena tikam keris tak lut dan askar melaka tak pakai sebab takde kontraktor untung buat baju besi sebab tanah melayu beriklim tropika?

mungkin...


Dari berita tadi, tak sampai 24 jam rahsia harta Pulau nangka ini akan terbongkar. So anda rasa, ada ke harta yang benilai tinggi itu? Apa yang nilai tinggi? Pinggan, barang alatan diraja yang bernilai tinggi untuk dibeli oleh pengumpul barangan lama dunia? Atau syiling/jongkong emas yang boleh dilebur untuk membayar hutang yang ada?


Namun pada hemat saya, kalau benar adanya harta2 sebegitu di dalam Pulau Nangka, harta sebenar yang dijumpai adalah :

  1. Harta simpanan kerajaan Melaka, bukan dari Sultan Mahmud sahaja. Kira Pulau Nangka tu ala2 'bank' atau bilik kebal diraja la.. Argument : Masa portugis serang melaka, diorg ada kepung pelabuhan melaka satu bulan sebelum memecah kebuntuan dengan mengkonker jambatan. Memang respek la tukang bawak lari harta sultan nak buat bilik, ukir batu tanda dan segala jadah dalam pada masih berperang dengan Portugis.. Lebih logik kalau dibawa lari ke Pahang atau Johor. Gunung Ledang dah mainstream sgt masa tu sebab dah kena plot dalam peta dah. Lebih respek lagi Sultan melaka masa tu (kalau betul harta Sultan Mahmud punya semua) ternyata baginda lebih sayang harta dari sayang Melaka dan segala isinya sendiri. Pikir la cara nak counter kepungan Portugis.. ini bawak lari harta..
  2. Harta sejarah Tanah Melayu dari segi cultural dan teknologi. Sehingga sekarang, rujukan yang paling tua adalah Sejarah Melayu (itu pun di tulis semasa kerajaan johor). Yang paling rapat dengan kegemilangan melaka adalah dari Tomé Pires... itupun ditulis dan diceloteh setahun selepas Melaka dijajah (Surprisingly, dia describe Melaka sebagai tempat yang penuh dengan kegemilangan dari segi harta, budaya dan kemasyhuran.. walaupun terlebih dan kena ransack pada bulan julai/ogos 1511 oleh Alfonso.) Argument : Amik je pembuatan syiling tahun 1400an. kebanyakan syiling diorg adalah kepingan perak/emas yang dicanai kemudian dicop dgn mohor diorg (syiling mcm dalam World's end Pirate of Caribbean). Kalau syiling yang dijumpai itu canteque je bulatnye, sah ada teknologi' 'casting' (acuan)  dan smelting (perleburan).  Kalau ada smelting, sudah tentu adanya metalworks (kerja besi) utk baju besi, persenjataan dan perisai!
  3. Bergantung dengan apa yang dijumpai, segala yang gua tersebut empunya nilai fakta sejarah tersendiri yang mampu mengubah banyak sejarah dunia! Argument : Mana tau tetiba jumpa kimono dalam tu, ini satu perjumpaan besar sebab jepun mengamalkan dasar tertutup dengan dunia sehingga datangnya kapal hitam dari barat!
  4. Aku agak skeptikal sikit dengan 'emas' dalam tuh. Aku lebih yakin benda2 dalam tuh tembaga yang bersadur emas. Sebab tembaga lebih senang dibentuk dan tak perlu suhu yang sgt tinggi untuk smelting. Sekadar besi campur kuprum je. Pinggan.. Baju... batu permata... kerongsang... Alat muik istana... Keris... ala, the usual suspects barang kebesaran diraja... (!) Kalau betul emas, maka tunggulah konklusi aku di bawah(!)
  5. Aku mengharapkan ada manuskrip lama dalam tuh. itu harta yang aku rasa paling bernilai dari emas dan perak. Sebab habis manuskrip kita dilarikan warga asing dan disimpan dalam perpustakaan dan museum di London dan Paris... Kita pulak, boleh duk biar je diorg pegang dan takde tolo nk argue mintak diorg pulangkan balik macam org korea buat kat peranchis. Ini sibuk dengan 'emas' kat belakang rumah..
  6. Aku mengharapakn jugak, 100% harta dalam tuh jadi milik masyarakat, untuk masyarakat dan buat tatapan masyarakat untuk pedoman masyarakat khususnya bahagian sejarah lama.. takde yang songlap sikit buat koleksi peribadi... ada 8 tengkolok jual 3 kat koleksi barang lama atas alasan ada lebih dan masih teringin nak bawak ferari... syiling emas 10 peti, tinggalkan 1 peti je untuk museum sebab lagi 9 tuh dileburkan untuk suntik kewangan terutamanya bab hutang....dan ye, ada zakat harta yang dijumpai. sila tunaikan yang wajib dengan kadar segera..


    KALAU PERKARA-PERKARA DIATAS BERLAKU, AKU HARAP TENGGELAM JE PULAU NANGKA TU SEBELUM SEMPAT PINTU TERBUKAK..dasar peribadi betul ekskavasi macam ni..Mana la islam nak maju kalau ada peribadi yang pentingkan perut dulu..??!!
  7. Kesimpulan : kalau emas berbentuk dijumpai, dan syiling emas cantik bulatnya, maka sah ada heavy metalworks kat melaka, bukan sekadar buat keris je. Ini juga bermaksud, Kerajaan Melaka empunya kekuatan penuh dan setanding dengan Portugis semasa diserang pada 1511. Kekalahan Kerajaan Melaka bukanlah sebab perbezaan teknologi, tapi lebih disebabkan pentadbiran yang lemah, tiada semangat jihad, tercemar dgn penyakit wahan. Jika empunya pentadbiran yang gah dan mahsyur sehingga mampu mencekik Venice, namun inti iman kosong, penuh hiburan, harta dan kemunafikan, maka pasti gagal sesebuah pentadbiran itu..  Biar kita ambil ikhtibar dari 1511..

    wallahualam


 Kesimpulan : Jika ada perancangan musuh islam disebalik mana2 celah sekalipun, aku yakin, Allah itu sebaik-baik perancang dan kemegahan dan kekuatan yang meraka ada itu hanya sementara...

No comments: