Monday, 10 November 2014

Tamatnya sebuah lagenda









Artikel ini ditulis adalah pendapat dan pandangan umum penulis. Jika anda tersesat kat sini untuk pembacaan ilmiah, ini bukan artikel yang anda cari







Baru-baru ni sebuah komik jepun (manga) terkenal dunia telah melabuhkan tirainya ! Guess what ? After 15 years ! Pergh !! Kire manga ni sama umur cam adik ipar saya yang baru je lepas ambil exam PT3! Manga tersebut tak lain dah tak bukan adalah Manga naruto, hasil seni, peluh jerih dan jalan cerita Masashi Kishimoto
Saya yakin semua orang tahu kewujudan manga ini. At least tau la muka naruto macam mana kan ? Alaaa.. yang selalu keluar dalam iklan Tv tajaan apollo tu! Showtime time maghrib hari jumaat yang membuatkan korang lambat solat maghrib. Yee.. ceritanya sudah habis dong!Opp.. Jangan risau show tu masih lagi diteruskan sebab jarak tayangan cartoon jepun (anime) dengan manga saaangatlah jauh! Lagi-lagi kena alih bahasa lagi. Saya rasa tahun depan pun boleh habis tayang kat Malaysia.

Ada apa dengan Naruto?

Lejennya Naruto ini adalah sama dari segi lejennya Dragon Ball ketika dahulu. Ya, 80 babies memang kenal yang amat sangat watak-watak Dragon Ball sehingga ia tamat pada jilid 43. Manga Naruto ini mula keluar dalam Shonen Jump pada tahun 1999, namun masa itu belum sampai lagi ke Malaysia sehingga majalah remaja Gempak membuat pengenalan kepada pemuda Malaysia. Kalau tak silap, majalah Kreko kot yang mula menyajikan masyarakat Malaysia dengan manga Naruto. Kemudian, bila ia mula ditayangkan di Tv dengan alih bahasa Melayu, maka lebih ramai yang kenal Naruto ini.




Cerita awal Naruto ini menceritakan kisah seorang yatim piatu yang bernama Uzumaki Naruto yang hidupnya dipulaukan oleh masyarakat di Kampung Konoha. Sebab? Dalam badannya telah dikunci seekor raksasa yang pernah menyerang Konoha. Secara tak langsung, diorang tengok naruto ini adalah bayangan raksasa tu la walaupun Naruto hanyalah budak kecil biasa.. Jadi dia sengaja menjadi nakal dan troublemaker Konoha semata-mata untuk perhatian masyarakat.
Tipikal? Let me finish.
Setelah dia berjaya lulus ke academy ninja (dia adalah soerang dropout di sekolah, tapi macam mana dia boleh lepas masuk, saya tak nak bagitau, hehe), maka bermulalah pengembaraan, suka-duka Naruto untuk mengejar cita-cita untuk menjadi ketua Konoha, pangkat tertinggi dan dianggap orang paling hebat peringkat kampung. Tapi Naruto ini dah la drop out, tak pandai belajar, nakal nadunzubillah, semuanya nak pulaukan dia, tak hensem, cakap berdegang-degang dan sebagainya. Camne dia nak jadi Ketua Kampung Konoha (Hokage)? Secara positifnya Naruto ni, dia ada sikap tak putus asa dan tabah, agak lurus bendul dan tak takut tempuh kesusahan. Logiknya betul, sebab dia yatim piatu sejak lahir.
Tak kurang dari itu, pelukis menengahkan alam ninja yang serba modern yang terhad. Tiada pistol dan kenderaan. Ninja tidak lagi berbaju sendat hitam tapi zirah ala body armor, penggunaan kuasa dalaman (chakra) utk hikmat dan sebagainya.  Penulis ini juga banyak menggunakan terma-terma mistik dan lagenda jepun tanpa memasukkan benda-benda yang sedia popular seperti samurai atau sumo. Sedikit sebanyak membuatkan anda google la jugak. Haha..
Inilah antara daya penarik Naruto kepada pembaca. Budaya jepun yang disampaikan secara santai dan mudah difahami masyarakat yang rata-rata allergic dengan sejarah dan budaya. Penulis Naruto agak terkejut dengan penerimaan warga US dengan budaya yang sedia berbeza. Selling point manga ini untuk mendapat peminat setia adalah apabila ia berjaya menarik pembaca untuk sama-sama membesar dan belajar dunia ninja dengan naruto berserta moral-moral kehidupan.


Point-point moral yang diketengahkan begitu padu dan kena dengan target pembaca.  Yang paling ditekan adalah point persahabatan seperti benar-benar memahami hati budi masing-masing.  Selain itu jalan cerita bentuk pengembaraan dan suka-duka dia mendapatkan acknowledgement (dihormati ) dari cikgu-cikgu, dan rakan-rakan sebayanya dalam alam ninja yang kontemporari, eh modern. Jalan cerita mudah, namun ia perlu 15 tahun untuk dihabiskan! Haha.. sebab Naruto continue dengan lagendanya semasa dia meningkat remaja





Secara amnya, manga naruto adalah bacaan ringan walaupun kadang-kala plotnya berskala medium untuk difahami. Ada juga element cintan, tapi sangat sedikit. Penulis sendiri mengaku yang dia tidak mampu deliver element cintan dengan baik, so dia tak tumpu la elemen menceceh ni. Penceritaan awal Naruto ditamatkan dengan natijah perlawanan Naruto-Sasuke (kawan karib tapi lovehate). Bila meningkat remaja, penulis memberi plot yang lebih suram dan banyak menjawab persoalan-persoalan yang ditinggalkan seperti siapakah Naruto sebenarnya, kenapa boleh ada raksasa dalam perut dia, siapa mak bapak dia. Ini bersesuaian dengan pendewasaan watak Naruto dan orang-orang disekelilingnya.  Seperti penceritaan awal, penulis menamatkan ceritanya dengan perlawaan Naruto-Sasuke which is a bit ironic but dramatic.
Naruto merupakan antara manga paling laris dalam sejarah, kerana di jepun sahaja sebanyak 130 juta naskhah terjual dan antara manga paling berpengaruh di Amerika Utara. Penkritik memberi pujian dengan keseimbangan antara komedi dan aksi berlawan serta personaliti watak-watak. Namun Naruto lasih tidak lari dari standard plot shonen manga (komik lawan2 fokus pada pembaca lelaki). Mungkin kerana penulis sendiri terinspirasi dari manga lejen sepanjang zaman, Dragon Ball.

Wikipedia provides an enough story plot summary. Tak usah hangpa pi start baca dari no 1. Hahaha..


Saya dan Naruto 


Saya terjebak dengan Naruto lewat sekolah menengah di TV. Episode ketika dia berlawan dengan pembunuh upahan di sebuah jambatan. Masa tu saya fikir, awat cam banyak sangat darah and violence for young viewer. Pardon my nerdiness masa tuh. Then saya sekali lagi tertengok kat tv. Kali ni semasa Peperiksaan Tahap 2 semasa Naruto di academy, di mana ia berbentuk tournament peringkat negeri. Masa ni saya dah tersangkut dengan artwork, idea dan concept setiap character yang ada. Tapi still tak faham hujung pangkal cerita. Masa nih pun mak saya tersangkut gak tengok haha.. Namun saya tidak menjadi pengikut tegar ye? Sekian.


Sehingga tahun 2007, masa tuh saya melarikan diri dari France ke bandar Bristol, UK. Masa ini zaman muda nak masuk umur 20. Dalam pemikiran, semuanya adalah endless possibilties, tak siapa yang boleh menghalang untuk mencuba. Peh, masa ni  konon menjadi azam baru la bila mendedahkan diri dengan realiti muda-mudi di malam tahun baru. Siap pasang niat nak masuk kelab nak merasa sendiri apa perasaan masuk kelab. (seriyus during this time was my clouded era)

Ingat lagi, it was weekeend, time best untuk pi kelab. Tuan punya bila yang saya tumpang kadi tokan nak bawak saya pergi tapi kena tunggu dia habis keje partt ime di supermarket berdekatan. Dalam saya nak habiskan masa, tetiba fikiran saya ‘hmm.. apa kata baca Naruto dari awal’. Search the net and found a place to read it online.

Natijahnya, member tanya awat tak siap lagi. Saya jawab ‘eh cancel la pi kelab, aku tengah syok baca Naruto!’ My nerdiness and otakuness had saved the day. Kalau tak saya rasa, saya jadi warga yang berbeza semasa zaman belajar saya.

Secara peribadi, saya suka dengan Naruto ini sebab berbanding dengan manga lain dalam senarai Big 4 (Bleach, One Piece, Fairy Tail), komik naruto paling sikit FanService (google sendiri apa nih) dan pembawakan moral kehidupan yang jelas melalui watak-wataknya. Sedikit sebanyak keterjeratan saya dengan manga ni, menyedarkan saya beberapa perkara realiti seperti :


  • Semua sikap manusia bergantung kepada background dan siapa yang menjadi ikutan
  • Setiap tindakan yang kita anggap jahat, keji dari seseorang, pastinya bersebab. Adakah dia empunya sejarah tersendiri yang masih belum kita faham, dsb..
  • Jika anda dikhianati seorang sahabat, jangan sesekali khianati orang lain atau khianatinya kembali. Api lawan api jadi fire storm. eh?
  • Peranan seorang cikgu / pendidik untuk memahami setiap kebolehan dan perangai anak murid / org yg dibimbing.




Pernah juga saya bergenang air mata membaca manga ni. Terutama bab pengorbanan ibu dan ayah, kesedihan dan keinginan ikhlas seorang yatim yang inginkan kasih sayang, sunyinya seorang insan apabila hidupnya tidak difahami, dan kasih sayang seorang abang kepada adik lelakinya tapi tak kesampaian / disalaherti. Heh, manga kot, bukan novel picisan ek? 

Ya, saya tak sangkal manga adalah bacaan rapu. Ia seperti  junk food yang tiada khasiat, tapi sedap dan kita enjoy untuk makan. Bukan saya nak suruh anda habiskan 700 chapter semata-mata nak tau apa betul ke saya cerita ni. Dan saya memang tak dapat sangkal, junk food berlebihan memang membahayakan kesihatan. Ia membuatkan anda gemuk dan malas bergerak.

Habisnya manga Naruto
bukan 1 kehilangan yang besar dalam hidup saya. Sebab saya ada life, ok?


Kacang Pis.

Sunday, 2 November 2014

Cerpen : 53KELUM17 (Bahagian 5, akhir)



Mata Aiman terbuka cepat-cepat. Dia masih tidak tahu di mana dia sekarang tapi seluruh badannya sakit-sakit. Fikirannya ligat memikirkan di manakah dia sekarang. Aiman empunya masalah membezakan antara mimpi dan realiti setiap kali bangun dari tidur. Bangkit dari perbaringan, dia terkejut melihat tangan bertepek melekat tiub yang menghubungkan kantung cecair IV disebelahnya. Kaki kanannya tergantung keras disimen bersama beberapa besi yang terpacak keluar. Meraba kepalanya, juga ada lilitan kain bandage.

Aku kemalangan rupanya... monolog Aiman.

Otak dan mata Aiman segera menerima maklumat suasana suram di malam hari di wad hospital kerajaan. Ada yang nyenyak tidur. Ada yang merenung siling tak berkedip. Ada yang mengaduh mengada-mengada. Lampu telah lama dipadamkan. Yang tinggal lampu berdekatan kaunter para jururawat.

Macam mana aku boleh ada kat hospital?

Tangan Aiman memejap-mejap dahinya memikir. Sakitnya mencucuk-cucuk.  Hanya memori kosong sahaja dalam ingatannya. Sekadar tirai gelap tanpa warna dan bunyi. Aiman putus asa lalu kembali baring. Hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang terjadi. Tiba-tiba sebuah kilat tanpa guruh sekilas menerangi ruang kelam wad. Dengan tiba-tiba juga Aiman rasakan kesakitan di otaknya yang sedang diasak dengan memori yang berpusu-pusu masuk.


18 Ogos 2014


Aiman sudah masuk hantu. Fikirannya tidak lagi waras. Apa yang difikirkan adalah untuk mencabut nyawa Aishah. Hati manusia yang merah sudah diselubungi oleh aura hitam pekat akibat dendam, marah dan kekecewaan.  Kereta Forte yang dia bertembung di sebuah stesen minyak berdekatan Setia Alam diekori sehingga Kuala Kubu Bharu. Dari situ, dia menggunakan segala kemahiran IT dan godam untuk mengetahui destinasi akhir kereta terebut.

Kini dia sedang berdiri di celahan rimbunan daun mengadap sebuah banglo rekaan penjajah di Bukit Fraser. Suasana kelam malam menyembunyikan kehadiran Aiman yang sedia berpakaian gelap. Matanya fokus pada banglo tersebut. Hatinya berazam untuk menjatuhkan hukuman terhadap pesalah hatinya.

Are you ready for this?

I’m dead sure, i’m ready for this

They might bring along friends you know.

Tak. Mereka berdua je. Kalau dah kahwin aku tak kisah. Tapi kalau macam diorang, mereka kategori pesalah agama.

Betul cakap kau tu kawan. Bersedudukan sebegitu memang salah disisi agama. Tapi bukan lagi menarik ke kalau kau telefon pejabat agama? Bagi malu mak bapak diorang sekali. Hehe

Tapi diorang akan end up kena nikah depan tok kadi. End result in their favor. Plus, ada ke pejabat agama yang nak naik sampai Bukit Fraser ni? By the time diorang sampai, aksi ranjang diorang dah selesai.

So what’s you plan then?

Masuk dengan senyap. Improvise methode depending on the situation. Jatuhkan hukuman bunuh. Bebaskan mereka dari belenggu nafsu. Hentikan mereka dari melakukan lebih banyak dosa.

Baguss...

Disaat ini angin mula menderu kuat.
Di langit sekali-sekala diterangi kilat dan diselangi guruh. Aiman menggengam erat buku limanya. Nekad. Pada hematnya hukuman ini untuk insan yang dia sayangi. Dia yakin, jika Aishah kekal setia bersamanya, Aishah tidak akan terjebak dengan perbuatan yang memalukan dan mencemarkan maruahnya.

Sebuah kilat pantas menerangi langit diiringi dengan dentuman guruh memekak telinga. Lampu-lampu di dalam banglo tersebut tiba-tiba padam tanda terputus bekalan elektrik.

Lihat, tuhan juga bersetuju dan menolongmu laksanakan hukuman.

Aiman pantas melintas laman banglo lagak ninja melakukan serangan senyap. Terdapat belati kecil tersisip kemas di pinggang. Belati yang bakal digunakan untuk laksanakan hukuman. Tibanya di tingkap dapur dia terus memanjat ke tingkap tandas yang sudah pun terbuka. Dia lalu menyelinap masuk senyap-senyap ke ruang bilik air. Kakinya yang tidak beralas merasai kesejukan lantai. Perlahan-lahan dia menguakkan pintu. Terdengar perbualan mangsa-mangsanya.

‘You.. jangan tinggal I sorang kat sini. Takut…’

‘Tak per, I turun kejap je nak check switch. You tunggu dalam bilik. Kunci tau. Nanti I naik…’

Sebuah lembaga bersama cahaya lampu dari handphone bergerak menuruni tanda. Terdengar pintu bilik yang ditutup lalu dikunci. Peluang untuk melaksanakan hukuman dan berlalu pergi tanpa dikesan polis semakin mengecil. Aiman senyap-senyap mengekori mangsa pertamanya, lelaki yang bersalah mengajak Aishah ke lembah maksiat.

Dia bersembunyi disebalik bayangan langsir. Sedikit pun lelaki tersebut tidak menyedari kehadiran Aiman. Terlihat lelaki itu menyuluh kotak fius utama rumah. Entah kenapa lelaki itu bergerak ke arah dapur lalu mencari-cari sesuatu di dalam almari dan laci. Aiman hanya bersabar menunggu peluang yang terbaik.

‘Sayang, boleh turun bawakkan kunci kereta I tak ? I nak guna untuk bukak kotak fius. Tak screwdriver rumah ni. I kat dapur’ katanya menerusi handphone lalu kembali mencari.

Tiada peluang yang lebih baik lagi! Bertindak sekarang !

Aiman tanpa membuang masa bertindak meluru ke arah lelaki tersebut lalu menghentak kepalanya dengan siku sekuat hati. Terjelempok lalu terkulai pengsan mangsanya. Tidak semena-mena telinga Aiman menangkap langkahan kaki sedang menuruni tangga. Dia segera merapati dindin menunggu mangsa keduanya melangkah.

Sebaik sahaja Aiman melihat kelibat tubuh Aishah masuk, dia meluru tangan dahulu untuk memekup mulutnya lalu dihempas ke dinding. Dalam kelam malam diselangi cahaya kilat, Aiman menyorot ganas Aishah. Cahaya kilat yang menerangi memperlihatkan mata Aiman, Aishah terkejut, menggigil ketakutan  lalu pengsan.

Melihat Aishah pengsan, Aiman terundur-undur. Matanya kaku dan hatinya tidak keruan melihat Aishah yang hanya memakai baju tidur yang tidak cukup kain.

Rezeki! Uiihh… Peha dia.. Apa kata kau perkosa Aishah sebelum kau cabut nyawa dia? Kau biarkan lelaki bangsat kat sebelah tu hidup sambil tinggalkan pisau kat tangan dia. At least kau dapat rasa Aishah. Bila dia mati tak de siapa dapat kahwin dengan dia, dan lelaki ni dapat tuduhan dan dimalukan. Hukuman paling berjaya bukan?

Tatkala ini sebuah petir berdentum berdekatan, mematikan segala bunyi di telinga Aiman selain bunyi berdesing yang amat kuat. Aiman bagai terjaga dari mimpi. Dia terkejut yang dia sedang berhadapan dengan tubuh wantita yang dia kenali. Sebuah lagi tubuh milik seorang lelaki tidak jauh dari dia.

Telinganya masing lagi berdesing. Mindanya keliru. Badannya menggigil ketakutan. Dia terundur lagi. Tiada suara yang berkata-kata dalam mindanya Yang tinggal hanya bisikan perlahan dari sanubarinya yang berkata, lari jauh-jauh. Dia bergegas keluar tanpa menoleh ke belakang. Hujan mula turun dengan lebat. Aiman berlari menempuh segala rintik hujan, semak dan dahan sehinga dia tiba ke motosikalnya. Tanpa berlengah walau sesaat dia terus menunggang ke jalan besar untuk turun dari Bukit Fraser.

***

‘Abang kemalangan sebenarnya. Kena hempap pokok masa ribut beberapa hari lepas. Nasib baik ada orang lalu kat jalan Bukit Fraser tu masa tengah hujan…’

Katil Aiman dikelilingi pelawat. Ibunya dan Wawa sekeluarga datang melawat serentak. Raut masing-masing mempamerkan kerisauan dan kasihan akan nasib yang menimpa Aiman.

‘Doktor kata abang bernasib baik walau banyak hilang darah masa sampai kat hospital,’sambung Wawa lagi.

‘Alhamdulillah, nyawa masih dipanjangkan.’ Aiman membalas sambil mengulit senyuman nipis.

‘Abang… Wawa kesian tengok Abang Aiman ni. Wawa… Wawa.. Wawa nak jaga Abang Aiman.’

Tiada reaksi terkejut dari Wak Tukiman mahupun Cik Mah. Ibunya juga tidak terkejut. Semestinya mereka telah berbincang terlebih dahulu mengenai hal ini. Hanya perlukan jawapan dari Aiman sahaja.

‘Wawa.. Wawa baru saja habis SPM kan? Wawa masih belum terdedah dengan masyarakat. Perspektif dan pilihan masih belum luas. Abang tak mahu Wawa ambil keputusan melulu. Wawa masih belum jumpa dengan semua orang…’

‘Tapi Wawa tengok Abang sebenarnya sunyi. Wawa rela temankan abang seumur hidup. Wawa rela korbankan masa depan Wawa demi abang. Wawa kerja suri rumah sahaja lepas SPM pun Wawa tak kisah. Asalkan dapat penuhkan kesunyian abang dan abang kembali sihat.’

‘Wawa.. Tolong jangan buat macam ni kat diri Wawa. Jangan korbankan masa depan Wawa demi abang. Abang.. Abang sebenarnya… ada rahsia besar… Kalau Wawa sekeluarga tahu, tentu tak terima abang…’

‘Kami tahu!’

Aiman tersentak. Matanya terbeliak diikuti dengan hati yang tiba-tiba cemas. Apakah telah diketahui apa yang berlaku tempoh hari? Bagaimana boleh mereka tahu? Adakah mereka menjumpai sesuatu pada badanku semasa aku dihantar ke hospital? Atau aku ada tertinggal bukti di banglo tersebut tempoh hari?

‘Kami tahu yang abang ada suara kedua!’

Aiman melopong tidak bersuara. Dia sendiri tidak percaya apa yang dia dengar.

‘Maksud.. Jap.. Apa yang Wawa cakap ni ?’

‘Kami tahu kewujudan suara kedua Aiman. Ma pernah dengar kamu cakap sorang-sorang di rumah. Yang paling kerap masa tidur. Ma ingatkan Aiman mengigau… Pernah juga kawan Aiman beritahu mak yang semasa di rig, Aiman bercakap sorang-sorang semasa bekerja. Dua suara berbeza. Satu suara Aiman. Satu lagi suara garau. Macam berbual…’ terang Ibu Aiman panjang lebar.

‘Mak cik dan Wawa juga pernah tengok Aiman bercakap macam tu. Ingat tak masa Aiman datang bungkus bahulu dulu. Terkejut kami tengok Aiman mula cakap sorang-sorang. Takut juga mak cik, mana tahu kamu kena sampuk jin masa panjat bukit. Tapi bila Wawa tegur Aiman, elok pula lepas tu...’ kali ini Cik Ma pula bercerita.

Aiman tidak dapat berkata apa-apa. Matanya mula bergenang air mata.

‘Ma..’ suara Aiman mula serak basah. Tangannya erat memnggengam gigi selimut. Dia sendiri tidak sedar yang selama ini dia bukan bermonolog. Bercakap dengan entah siapa. Apakah dia telah dirasuk jin ? Atau lebih teruk, dia sudah menghidap masalah mental akibat masalah depresi yang kronik?
Aiman terus memekup muka lalu menangis semahu-mahunya. Dia sudah tidak yakin dengan dirinya lagi, apatah lagi mempercayai dirinya. Dia hampir sahaja melakukan pembunuhan akibat mengikuti nasihat suara keduanya. Sudah tentu dia akan hidup dalam isolasi di hospital bahagia.

Aiman dipeluk ibunya. Wawa juga hendak memeluk lelaki yang dia cintainya, tapi dia sedar akan keterbatasan halal haram.

‘Jangan bersedih nak.. Kami semua sayang Aiman walau apa yang terjadi kat Aiman.’

****

‘Abang menung jauh tu menung apa?’

Aiman terasa dipeluk dari belakang. Aroma yang sangat dia kenali menyapa lembut rongga hidung. Kemudian terasa lagaan bibir kecil di pipinya.

‘Tak ada apa sayang. Teringat kisah lama tadi. ‘

Tangannya membalas pelukan dengan memegang lembut lengan yang memeluknya. Jelas kelihatan pada jari manis lengan tersebut sebentuk cincin. Sudah genap 2 bulan sejak dia keluar dari hospital. Namun kakinya masih belum lagi sembuh. Aiman terpaksa hidup di atas kerusi roda. Akan tetapi dia ada seorang isteri yang menjaga dirinya.

‘Nanti bila abang dah boleh jalan, abang kerja kat sini la ye? Tak perlu ke laut lagi..’

‘Kenapa?’

‘Nanti Wawa sunyi nanti tak dapat layan abang…’

Aiman mengukir senyuman lalu menoleh menghadap wajah isterinya yang sedia rapat. Suasana petang yang nyaman di Sungai besar benar-benar menenangkan jiwa. Akan tetapi lebih tenang jika jiwa yang sedia kosong diisi dengan jiwa yang ikhlas untuk menemani seumur hidup. Ibunya dan keluarga Wak Tukiman mengambil langkah  untuk tidak merujuk ke pusat mental. Mereka percaya yang Aiman perlukan sokongan dan juga sokongan dan perhatian untuk pulih.

‘Abang pun ada fikir macam tu… Abang pun rasa macam dah penat nak ke laut. Duk kampung buat kerepek pun ok gak.’

‘Macam tu la… Wawa kat belakang ye tolong mak masak’ lalu diberi kucupan pendek ke pipi dan beredar.

‘Oh ye sayang, masa hari abang accident itu hari. Ada keluar berita orang mati or cerita pelik di Bukit Fraser?’

‘Erm.. tak de rasanya. Yang ada kes ribut kuat je seingat sayang. Oh ye, ada satu kes pecah rumah. Banglo untuk homestay, tapi takde orang kat banglo tu dan takde benda hilang. Kenapa?’

‘Tak de apa-apa. Cuma curious.’

Tamat

Saturday, 25 October 2014

Cerpen : 53KELUM17 (Bahagian 4)






Ma, bila ayah balik?

Wanmuna menoleh. Mata terjegil tidak percaya.

Dah lama Aiman tak tanya soalan ni. Aiman tau kan ayah kat mana sekarang?
Benar. Aiman tidak pernah bertanya mana pergi ayahnya dari dahulu lagi. Pernah juga dia melawat ayahnya sewaktu belajar dahulu. Itupun selepas dipelawa.  Lebih menghairankan adalah soalan Aiman iitu. Seolah-olah dia lupa yang ayahnya selalu pulang ke rumah pada bila-bila masa.

Wanmuna duduk merapati Aiman yang sedang menghirup secawan air coklat bancuh. Anaknya juga jarang bertandang menjenguknya sejak menjadi warga laut. Kalau boleh dia mahukan anaknya bekerja seperti orang lain dari Isnin hingga Jumaat dan hari minggunya bercuti. Mudah. Jadual sudah teratur.

Aiman ok ke tak ni?

Ok Cuma..

Aiman tidak menghabiskan ayatnya. Dia kembali menghirup minuman dan meneguknya bagai meneguk pasir.

Ma, Ma menyesal tak kahwin dengan ayah? Bukan apa Ma Ma dulu pernah cerita yang Ma ada juga orang lain. Cuma masa tu ayah yang approach dulu...

Soalan maut kepada seorang ibu yang mendapat title ibu tunggal tidak rasmi. Jika soalan ini dari anaknya yang belum baligh, mahu juga dia menemplak. Tetapi soalan ini dari anaknya yang sudah makan garam sepertinya. Wanmuna hanya mendiamkan diri. Dia tahu yang anaknya mahu membincangkan sesuatu yang bermain di fikirannya. Cuma gaya approach yang agak unorthodox.

Ma tak menyesal.
Betul?
Betul Aiman…’
Tapi dia buat kita macam ni Ma. And yang minat Ma dulu tak datang tunjuk muka ke Tok masa tempoh bagi jawapan ?
Dia masa tu takde keje tetap Rasa tak semenggah nak mengadap Tok.
Ma rasa dia menyesal tak sebab tak at least cuba?

Wanmuna terdiam sekali lagi. Entahlah adalah jawapan dari mulutnya. Akan tetapi secara jujurnya, dia ada sedikit kecewa dengan takdir. Jika manusia empunya kuasa melihat masa depan, sudah tentu dia akan bermati-matian untuk tidak berkahwin dengan lelaki yang sentiasa menghilang tiada khabar berita. Apakan daya, hanya cerita fantasi sahaja yang wujud keadaan sebegitu. Jikalau wujud juga, maka Aiman yang dia sayangi dengan sepenuh hatinya tidak akan wujud.

Dalam fikiran Aiman pula berlainan. Dia lebih memahami perasaan orang yang tidak datang tampil menyatakan cintanya pada Ma kepada Tok, ayah ibunya. Mentaliti masyarakat walau fasih mengucap dua kalimah syahadah, tapi tuhan mereka tetap pada agung. Sejenis kertas pelbagai warna yang bercetak nombor dan jejaka orang bertengkolok. Agung ini menjadi kayu ukur asas untuk penentuan kasta dalam masyarakat, walhal hakikatnya darah dan jantung manusia berwarna merah. Cuma intipati hati sahaja yang membezakan.

Aiman, dengar sini Ma nak cakap. Hidup ini memang kita boleh rancang tapi perancangan kita hanya perancangan di atas kertas sahaja. Bukan kita yang kawal. Boleh jadi realiti yang kita hadapi sekarang ni, adalah satu keadaan yang kita tak suka. Kalau dah jadii macam tu, sabar dan kita mesti terus hidup, ok?

Realiti. Sememangnya mudah untuk berkata kita perlu pijak di bumi yang nyata. Akan tetapi keraskah bumi itu untuk kaki membentuk kuda-kuda menanggung derita duniawi dan tanggungjawab tanpa muka ini tersembam gagal? Dalam alam realiti, Aiman terpaksa mengharung arus segala perkara yang tidak dirancang. Dia pulang dengan ijazah namun menganggur akibat sijilnya tidak laku. Bahana menjadi bahan eksperimen pendidikan.

Aiman hanya diam. Diam tanda setuju hanya valid untuk perempuan kerana lelaki memang tak banyak cakap.

****

Sejurus bersalaman dengan ibunya, Aiman bertolak dengan motor kapcainya ke Sungai Besar. Bakul motornya terisi tali getah untuk mengikat. Selalu sahaja dia pulang ke Shah Alam dengan gaya seorang singh bawa tong susu berikat di belakang motor. Cuma ia berganti dengan kerepek berguni-guni.

But bro, the past made you. You cant look away from the past. Dah jadi macam kacang lupakan kulit

Benar. Aku setuju. Tapi aku perlu hidup dalam realiti

Tapi ada 2 wayang lama yang perlu kau selesaikan kan?Kau lupa cerita masa kau balik 17 Ogos dulu?Kau tak bengang yang selama nih tergantung? Macam-macam bahana kau rasa masa kau menganggur, baru sekarang nak offer balik?




Oh ye satu lagi Wayang perdana kau yang sampai la ni tergantung.. hehe.

***

26 June 2011

Aiman tidak dapat tidur malam. Fikiran runsing tidak tentu hala. Dia sendiri tidak tahu apa puncanya. Pasal kerja? Tidak mungkin. Dia antara pekerja sementara yang clean sheet setiap minggu. Semuanya selesai sebelum punch pulang.


Lama juga dia berteleku di hujung katil merunduk kepala menongkat dahi. Otaknya ligat mencari-cari punca kerunsingan dan kegundahan hati. Sunyi malam dan orkestra cengkerik sedikit pun tidka membantu.

Its about your ghost. Your love. You need the ultimatum. Your stalking addicton seems have won you over tonight.

Aiman membuka laptopnya lalu menulis sebuah email peminta kata putus pada Aishah.


Bismillahhirahmanirahim

Assalamualaikum wbt


The reason I’m writing to you is to apologize and, if possible, to get the opportunity to have an open discussion about us. From my humble heart, please do take your time to digest through this email, it is rather long.

I choose to confront again into this matter because I felt responsible with the promises that we made during our time in the past. Forgive of my egoistic behavior in the past for turning away upon this matter. I know I’m rather a little too late for this, but somehow, I feel I still have a chance, at least, to clear up things that are left unsaid.

Along these years, I’ve been thinking the reason why I can’t move on like anybody else. The reason was the most precious thing that you thought me, to have a human heart.

Yeah, I know, It sound like I made it up all this time, but trust me, I do have a problem with my heart before we met up.Do you still remember that I didn’t have a good term with my dad before? Thanks to you, right now I could appreciate the presence of my dad in the family.

A couple of weeks ago, I met up with our Math teacher. I don’t know how the conversation ended up with her asking about me and you. And somehow she told me that you had always liked me during our SPM time She could tell it by only looking at you during her tuition class. She also added (and I believe that she exaggerated),  that you came to tuition only because of me.

Well, she did say that I need to speed things up and confess my feelings to you. Clearly she didn’t know what happen after SPM…

I did ask her about did she observe us during last years raya open house. She did saw us talking with cold manner. Then she suddenly said that maybe, your perspective and choices only limited to the person around you, and changed when we are off from high school. So most likely, you had found someone better than me after all these years. (ouch..)

Come to think of it, her words maybe true…

Is it the reason why you asked me to let you go in the first place? If it is true, I’m truly glad. I’ve agreed with your decision because I don’t want to be your batu penghalang to see the world and the people around you. Plus, I’m not yet your husband on that moment. So who am I to stop you… Even though it was a painful decision, but I know it was the best for you. That’s why, I vowed to win back your heart fair and square with other guys around you.

Sadly, I didn’t do a great job on it… I have only a few weeks holiday each during my studies abroad, and only a few days that I could only see you and entertain you due to your classes. Not that I’m complaining, but that the reality that I faced.

I did ask around our friends about the main reason that you decide to have a break. Everyone didn’t give a clear answer.I do look back during our time, during our long distance relationship, trying to figure out the mistake that I have done.

I did give you the full attention that you need… I still remember the day that you crying badly, claiming that you misplaced your contacts and forget whether it was still in your eyes or not. It was August… I remembered it because I moved to a new place to the same day and I was panicking searching for public phones to call you.

I still remember that I took up the decision, asking you not to SMS or call me due to expensive rate to contact a person from oversea. Yeah, you were only at matrix and still a student back then. I can’t ask you much since you did not have any allowance.

Oh yes.. you are the type that scared to use public transport alone right? I also remember that you told me during one night that a friend of yours from matrix Melaka accompanied you back home by komuter.

At least, my girl is save in a good hand, so I was ok to let you do it each time you journeyed back home from Gopeng.But then it seems those to decision somehow self-destruct. Months after that, I felt abandoned… I felt our relationship became one –sided…

It was April the following year, things get crucial for both of us, either love or education.

I still remembered that I made a stupid and desperate action to gain back your attention.  Well, I was assuming that you think I wasn’t sincere to love you.

So I made a false confession.

I confessed that a lot of things that I do for you is to made to tied-up with me, so you couldn’t runway from me.

And I still remembered, you said thanks for being sincere.

On may 2006, I felt more abandoned... I waited for your effort to call or a short sms wishing me my birthday. My heart sank. But I still have patience even though I became passive during my class and berendam air mata on the evening. Guess I have a soft side after all.

Things getting uglier on early June.. I still remembered that you ask me for a call. During the call, you cried upon you best friend (a guy friend) of yours who were going for his navy days. I know, I should support you and comfort you. But the feeling of being push aside and neglected overwhelmed me.

I instantly felt betrayed.

During that summer holidays, I vowed to clears thing up for the sake of our promised future.

But then, when you asked me to let you go and start all over again on early august 2007. Again I felt betrayed. I assumed that you have someone else other than me.

I was thinking of running away from this matter, but I decide to confront you on the fated day of 17th August 2007.

Surprised that I remembered all?

Yes, Aishah, I remembered every single thing about us during our time… the day that we brought together my favourite hat…  the day that you dozed and fell off you bed duirng midnight calls. The day I surprised you with a locket… the day I surprised you with a cheap ring with our theme song ‘magically’ played in the complex?

Yeah.. those wonderful days..

Sad it was years ago and didn’t continue till now.

I know that I’m, somehow, obsess with you even after we broke up…

I do keep on stalking when we are on Friendster. Whenever I missed you, I watch at ur testimony..Trying to know whats happening around you and who is your (possible) new boyfriend and stuff… Sometimes, for certain shout outs you made, I presumed it was for me.

Creepy.. I know… and surprisingly, I kept on doing on Facebook era too. Forgive me of doing this. That’s why I’ve decided to unfriend you on facebook. To stop myself from doing this. I hope you understand.

Sentiasa ada hikmah dengan apa yang berlaku. The event of we broke up was fated. But my love to you didn’t stop there.

I don’t know whether there was a 2nd reason… You told me that a relationship dirtied by holding hands aren’t last long. Is it that you found out that actually couple is something forbidden in islam?

If that also the reason, I’m very glad that you found it out first, and you made the decision to save us both.

It is because, months later after we broke off, I found out that couple is forbidden. I didn’t know what would happen if we were still in a relationship back then. Maybe I’ll be in the state of denial, didn’t have a strong heart to make a harsh yet wise decision to save us both, even though I know about the truth.

Yes Aisha’, Allah heard our pray. Remember the favourite line of yours of the poem that I gave you?

Dear god, hear our pray
Bless us both, and heaven we stay’

Maybe Allah really taking care of us both, didn’t want any maksiat between us..

You know, during my time at France, I’ve learned a lot of things concerning heart and faith. It is something that I really want to share with you. Because it is a way to have a wonderful blessed life as a Muslim.

Yes, I was hoping that, if we had a jodoh, I want to bring out the best from you as a muslimah. I know it sound rather typical from a guy, but it is not a joke.

An individu muslim is a person who practices the teaching of god and the prophet’s sunnah in his/her daily lives. Eventually, they’ll get married and create a baitul muslim, where love between them is for God.

The wife knows that her husband will be responsible, caring, does not cheat because he fear of God

And the husband knows that his wife will be a loving person, understanding, and supportive because she does it in the name of God. They surely meet up again in heaven, living as a happy couple forever..

It worries me to see you changing every single day. The environment and the world really hit hard on you. Somehow you are different from the person I knew at KL central walking towards the bus to Gopeng…

And I felt the responsibility to guide you back… if you give me the chance.
                                                                                            
Last year, I did ask your best friend whether you have or not a slightest hint of still loving me. If there was, I’ve prepared myself to meet up your parents. But she said, it might not present… So it seems I’m facing a closed door.

I’m sorry for any wrong doings that I have done to you. Could you forgive me Aishah’?

All I want is a direct answer from you, whether or not I could fulfill my promised made to you before. I’m serious about our relationship. And I’m ready for an open discussion for a definite answer from you

Thank you for having the time to read this email. Looking forward for your response.

Always sincerely loving you,

Aiman

***

Mata Aiman bergenang namun dibiarkan sahaja. Tangannya masih pejap memegang handle minyak kapchainya untuk ke Sungai Besar. Dia yakin visor helmetnya yang tinted ala kadar itu dapat menutup wajah buruk seorang lelaki yang sedang menahan sedih. Dia mengaku dia mempunyai masalah menghafal apa juga teks. Akan tetapi email yang dia tulisnya dahulu tersemat jelas dalam bank memori otaknya.

Fikirannya kembali bercelaru memikirkan hal lama. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah stesen minyak yang tak berapa jauh dari kompleks beli-belah Setia Alam. Jam baru menunjukkan pukul sepuluh pagi. Hatinya terlintas untuk melaksanakan solat sunat dhuha.

Baru sahaja dia mematikan engin, matanya menangkap raut wajah yang amat dia kenali keluar dari pintu kedai serbaneka. Fikirannya terus kosong, perutnya melonjak dan hatinya bergetar magnitud 8!


bersambung