Friday, 30 August 2013

Puisi : Kita Merdeka



Kita merdeka
Saat laungan bergema rakyat bersorak
Kita merdeka
Cerita lama rakyat masih berborak
Kita merdeka

Augustus datang lagi
Kibarkan empat warna cantik berseri
Kaset lama diputar kembali
Rakyat melaung kita merdeka
Hanya di tangan jiwa terpenjara

Anak muda hilang jati
Salahkan mak bapa, tuding pada diri
Cinta nafsu agung nasab diputus
Biar cuci tangan asal hilang haus

Tangan di bahu, mata ke atas
Ditanya tak tahu, lulusnya atas kertas
Biar tak pandai asal kulitnya mulus
Asal bergaya biar saku tidak berfulus

Kita merdeka
Pantang kontrak berganda
Usah bersaing asal agungnya ada
Haram hina itu tidak mengapa
Biar kenyang nanti Wa tutup cerita

Kita merdeka
Sepak mula perlu ditonton
Wanita anggun perlu disantun
Konsert gempak hadiri pasti
Jualan mega hutang cerita nanti
Biar Happy, Biar Savvy,
Jiwa merdeka biar tidak mengerti

Kita merdeka
Kotak kaca berkata lagi
Semuanya ok! Semuanya ok!
Masih murah tiket ke KK!
Wayang berbenang tidak serumpun
Adegan ranjang ayuh kita kerumun

Halusinasi, berfantasi
Hidup modern gembira minum Pepsi
Sambil melihat sambil meluat
Saudara sendiri dikunyah Barat
  
Realiti, Mentaliti
Cerita hantu hiburan sensasi
Jumpa bomoh bila mula berdengki
Ops... itu cerita lapuk
Keris terbang cerita atuk
1k melayang musuh terlentok

Kita merdeka
Doa kita panjangkan syukur
Dengar Sparta-kook habis semua tersungkur
Mahukan cepat masanya singkat
Makan anai-anai asal niatnya dapat

Kita merdeka
Semangat laungan para pemuda
Merdeka !
Jiwa singa menjadi rusa
Merdeka !
Tak ubah bagai tong bersuara
Kita merdeka…
Kita merdeka…
Kita merdeka?


Laut China Selatan; 30/8/13
-Puisi ini juga di share di Kapasitor di bawah penulis Penglipur

*Lama tak tulis Rhyme.. karat dah...*

Thursday, 29 August 2013

Bila dah takde baru nak cari

Assalamualaikum wbt






Sikap dan lumrah manusia. Bila dah takde baru tercari-cari. Tipu lah kalau korang tak pernah menghadapi situasi sedemikian yang boleh menyebabkan anda stress tak tentu hala seperti

  • Eh ? lama tak tengok gambar-gambar masa study. Eh mana aku letak album tuh?
  • Lama aku tak jumpa si fulan tuh. Apa jadi kat dia? La.. takde rupanya no tepon die!!
  • Mak.. Mana botol susu adik ? Rindu la ngan botol susu tuh adik tuh. Dah 20 tahun terpisah.

Contoh-contoh ini berlaku pada tahap individu. 
Berlaku. 
Tidak tipu. 
Pada manusia seperti kamu.


Bagaimana pula kehilangan sesuatu yang masyarakat tak amik pot sehingga tetiba takde ?
  • Boleh tahan kurang cerdik ye surat khabar zamn sekarang. Mana pergi penulis2 berkaliber yang ada? Kena tahan penjara ke?
  • Awat la generasi zaman sekarang nih sengal-sengal. Dulu-dulu bijak sahaja. Takde pun masalah gejala sosial nih..
  • Mana plak imam surau nih? Biasanya ada... Kan tak pasal-pasal masing-masing main tolak-tolak TAK NAK jadi imam.
  • Ngerinya zaman sekarang... Main tembak-tembak dah... Tak main lagi dah keris terbang! eh..

Kehilangan sesuatu itu memang pasti akan berlaku pada kita.
Barang kepunyaan
Rakan taulan
Bahkan jiwa dan perasaan

Maka, sedialah ia dengan perasaan bersedia untuk menghadapi kehilangan. Kerana segala yang datang itu dari Allah dan kepadaNya ia akan kembali...

 Tapi aku berani jamin yang korang sungguh2 terlebih dahulu mencari barang yang korang hilang tuh. Kalau boleh sampai nak geledah dunia korang cari bukan?  Ia ia satu yang sangat berharga dahulu dah lebih berharga bila dijumpai.(ekspesiali kalau berkaitan dengan barang yang bini bagi. lol..)

Bila dah korg tak jumpa wujud lah perasaan putus asa dan harapan yang korang ubati dengan perasaan redha atas kehilangan itu.


Perlu kita ingat... ada kehilangan yang boleh kita redhai... dan ada kehilangan yang perlu kita cari bahkan sampai mati.

Iaitu keimanan, kebenaran, dan keamanan.


wallahualam..