Tuesday, 4 June 2013

Ubah!! Ubah!!

Assalamualaikum wbt


Tahniah kerana berjaya ke mari untuk menjentik otak serta jiwa anda!


Ubah. Change. Changer

Secara skemanya, ubah itu bermaksud menukar sesuatu / keadaan dari satu kondisi kepada satu kondisi yang lain. Ubah Negara. Ubah Pendirian. Ubah kedudukan perabut. Ubah selera.


Ubah Masalah ? Itu lari dari masalah! Hehe..

Ubah.

Memerlukan satu faktor, tenaga, agen, yang mampu menggerakkan sesuatu yang tersedia pegun.

 
Ubah.

Perlukan juga satu faktor, atau keadaan yang cukup kuat untuk menarik seseorang atau sesuatu dari satu-satu kedudukan dan juga pendirian.

 
Ubah.

Penulis, sila ubah gaya penulisan anda. Ekekeke..


Saya percaya setiap ruh di dunia ini telah mengalami perubahan walau sekelumit zarah. Meningkatnya umur bermaknanya berubahnya dari muda ke umur yang kurang muda. (sengaja tak pakai tua). Begitu juga dari aspek kehidupan, kita juga mahukan perubahan. Terutamanya dari segi jumah gaji bulanan, pendapatan isi rumah serta kedudukan dalam masyarakat. Ini kerana, kita secara tanpa sedar, kita mahukan kestabilan dan keyakinan untuk membeli sebarang keinginan tanpa memikirkan hutang bank yang bakal ditambah.


Betul tak?
Hatta, dunia yang kita duduk sekarang nih, yang kita imani bentuk muka buminya, sebenarnya berlainan ketika dulu. Sabah dahulunya di China, Semanjung Malaysia masih lagi terbelah dua, benua india masih lagi di hujung Africa dan para dinasor tidak kenal apa itu Laut Atlantic. Maha Suci Allah, yang berkuasa mengizinkan perubahan bentuk muka bumi kepada apa yang kita tahu sekarang lalu menyediakan setiap tempat, khazanah dan galian bumi mereka yang tersendiri. Maka, jika anda kata gunung itu tidak pernah berubah, maaf itu adalah tidak benar. Gunung itu asalnya mungkin dari sebuah tanah lapang!
Tidak saya nafikan juga, ramai juga yang ingin melakukan perubahan diri. Rambut belah tepi kepada rambut style artis korea. Mata yang sedia sepet mahu dibesarkan agar nampak chumel-chumel gituh.


Tapi bagaimana pula dengan perubahan dalaman anda?


Sikap?

Sifat?

Pe’el? (baca : Perangai)

Hati?

 
Diibaratkan hati manusia ini seperti batu apabila dia tidak menerima sepatah pun apa yang kita nasihatkan. Belum masuk lagi sikap berkepala batu yang begitu degil nak dengar pendapat orang lain. Batu yang Allah jadikan keras itu kita simbolikkan sebagai satu benda yang tak mau berubah. Namun benarkah?


Sebagaimana yang saya kupas pada awal entri, sebarang perubahan itu memerlukan faktor luar. Ini fitrah (kejadian alam). Inche Newton merumuskan dalam salah satu dari 3 teorinya, satu objek pegun akan kekal pegun selagi tiada daya luar yang dikenakan ke atasnya. Secara cakap² akademik (bersedia untuk berpinar mata), teorinya hanya betul sehingga pada satu-satu tahap. Kemudian, Teori Kuantum (Quantum Theory) pula yang ambil alih. @_@


Ok, kembali ke topik asal...
Maka, batu yang kita kata keras itu, mampu berubah kerana faktor-faktor luar macam angin, air, tenaga manusia atau mekanikal dan juga kuasa perubahan kimia. (Ahh sudah… penulis sudah menyerlahkan keskemaannya!)

Pasir ditepi pantai yang indah, yang anda duduk berkelah sebenarnya berasal dari sebuah gunung yang besar.

Gunung everest yang kita kata paling tinggi itu, sebenarnya lebih tinggi kalau tidak kerana angin.

Mudah kita untuk ke utara, kalau tidak kalahnya batu dengan tangan-tangan besi dan kuasa mekanik memotong bukit dan lereng.

Wahai.. Batu yang keras itu kalah dengan faktor-faktor luar. Namun apakah hati kita ini sekeras batu? Atau lebih keras lagi?

Sesungguhnya, Allah mengabadikan kerasnya batu dan hati manusia di dalam surah. (2:74)

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.



Allah membandingkan hati kaum yahudi yang begitu degil itu, dengan batu yang boleh dipecahkan, dilekukkan dengan air. Hatta walau dengan titisan sahaja. Asalkan istiqamah arus dan titikan perubahan itu.
Awat macam cliché je nih?
Batu yang dibentuk air



Namun saya ingin bertanya pada sang batu. Batu yang lebih lama hidup dari umur mana-mana manusia, lebih lama menjadi saksi apa yang berlaku di dalam dunia, adakah dia akan kekal tercogoh di satu tempat jika tiada faktor lain yang menggerakkannya?
Saya faham bahasa batu, dia kat ya. (lol~)
Allah jadikan batu tanpa kaki. Ditambahkan dalam dunia sains, batu dikira bukan benda hidup kerana tidak makan, tidak beranak, tidak berjalan.

Maka batu itu memerlukan faktor-faktor luar untuk datang, bagi salam, bagi ayam golek sikit, untuk mengubahnya, walau seinci.

Wahai.. adakah kita membatu seperti batu walau kita tahu kita hendakkan perubahan dalam diri kita? Tercegat bersendirian dihadapan laptop, sambil2 stalk satu per satu rakan-rakan fesbuk anda yang berjaya mengubah diri mereka untuk jadi lebih dari seorang islam biasa. Lebih teruk lagi, mengasingkan diri dari mereka, kerana mereka bukan lagi seperti dahulu. Mereka telah berubah

Kemudian, kita dengan penuh bergaya menggunakan alasan basi yang Mak Cik Hidayah tak jumpa pintu hati anda untuk diketuk. Menuding jari kepada satu-satu kumpulan yang dia tidak disantuni sebaiknya, lalu di kembali menjadi diri yang dia cuba hindari.

Hati manusia berbeza dengan batu, kerana ia lebih keras dari batu! Namun, ia sebenarnya mampu berubah sendiri tanpa pembolehubah yang dimanipulasi! (tu dia bahasa makmal keluar)

Allah SWT sendiri mengatakan kita tidak boleh mengubah keadaan atau nasib kita sehingga kita mengubah diri kita sendiri. (taip capital sket, DIRI KITA SENDIRI) (13:11)

Jika anda mahukan perubahan, anda bersungguh-sungguh untuk merubah diri anda,insyaAllah akan terubah juga diri anda. Walau terpaksa mengharungi arus budaya yang songsang, walau terpaksa menaiki bas atau LRT demi mencapai perubahan yang anda mahukan itu.

Tidak saya nafikan, banyak lagi kelemahan dan fitnah mereka yang menjadi agen perubahan diri manusia. Tapi terus terang saya kata, once you determine to change yourself, not even the everest peak could stop you.

Because it’s all begin with you.
 

 
Dan segala kebenaran itu hanya diketahuiNya

No comments: