Sunday, 2 June 2013

Jom Pecah Otak! Siri 10

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah! Setelah setahun tak bagi teka-teki, kini siri ini telah kembali!



Ok, mengenai Siri 9 punya jawapan, saya sendiri pun tak ingat sebab saya reka sendiri teka-teki tuh! hehehehe.. So tak pernah la ek? =p


Baik, untuk siri kali ini, saya begi dalam versi cerita boleh?


Jeng jeng jeng...


----




Tempat : Sebuah Pusat Tahanan.

Lokasi tempat : Bilik Soal Siasat.





Seorang pegawai yang bermuka serius masuk ke soal siasat. Perlahan-lahan Genew mengangkat kepalanya menyerlahkan muka lemah tak makan beberapa hari.


'Anda telah ditahan kerana menyebabkan masyarakat runsing dan mengalami muntah-muntah yang serius kerana teka-teki anda,' kata Pegawai Soal memulakan bicara.


Lalu dia mula duduk dihadapan Genew dengan muka tanpa perasaan. Diletakkan fail maklumat Genew di atas meja di hadapan Genew. Direnungnya selama seminit tepat pada Genew. Genew membalas renungan tanpa berkedip. Serius.



'Namun kami ada tawaran untuk anda'


Pendek. Tidak melalut macam Penulis wotpog.


'Jika anda berjaya menjawab 3 teka-teki saya berturut-turut tanpa salah. Anda boleh kembali ke masyarakat untuk porak perandakan minda mereka'


'Namun...' Soal itu berhenti sebentar lalu membongkok ke depan dan menongkak dagunya dengan kedua lengannya.


'Jika anda gagal. Anda terpaksa bekerja dengan kami untuk porak-perandakan minda masyarakat.' Dia tersenyum sinis kerana telah memulakan permainannya terhadap Genew


Genew mengangkat kening kirinya tanda sedikit pelik dan terkejut. Kemudian dia juga tersenyum sinis.


'I work alone'


Ringkas jawapannya.


'Good. Then let me begin.' kata Pegawai itu kembali menyandar dan berpeluk tubuh.


'Saya ada peti tanpa kunci dan penutup. Namun saya empunya harta keemasan. Apakah saya?'



'_________'


Tak sampai 3 saat Genew memberi jawapan.



Soal tersenyum. Dia tahu Genew mampu memberikan jawapan tepat.


'Indeed the lagendary riddle master' puji Soal

Kemudian dia mengeluarkan 2 biji telur. 1 dari poket kirinya dan 1 lagi dari poket kanan. Diletakkannya di atas meja. Kemudian dia bangun lalu bergerak ke arah belakang Genew. Dibukanya gari Genew. Lalu memulakan teka-teki kedua.



' 2 biji telur... 1 yang telah direbus dan satunya mentah. Beritahu saya yang mana yang telah direbus. Tapi dengan syarat... Telur2 ini tidak boleh meninggalkan meja atau pecah.'




Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan teka-teki... hihihi..





Kemudian Genew __________ telur kiri.


'Yang kanan yang telah direbus'


Terkejut beruk Soal! Dia mula memasamkan muka lalu perlahan-lahan dia ke arah pintu keluar. Dibukanya pintu tersebut lalu berdiri seperti ala penyambut tetamu di hotel mewah. Dia kemudian memberi Genew teka-teki terakhir,


'Di dalam dunia 2D, jika berlaku kebakaran, beritahu saya siapa yang pasti terselamat namun dia juga bernasib malang. Beritahu saya juga sebabnya'



Genew bangun perlahan-lahan dari kerusi tahanannya lalu melangkah yakin ke arah pintu keluar. Selang 2 langkah dia menjawab sambil berjalan,


'___________________'



Panjang sedikit jawapannya. Dia tidak berhenti melangkah. Perlahan tapi yakin.

Soal tersebut memegang bahu kanan Genew memberhentikan langkahnya untuk keluar.


'We'll see you soon' kata Pegawai itu. Ternyata mengalah dengan permainannya.

'Sooner than you think'


Genew meneruskan langkah keluar ke alam pembebasan.


------------------




Haaaa... Thrill tak baca? ekekeke...


So, rakan-rakan pembaca, beri jawapan anda untuk ketiga-tiga jawapan Genew di dalam ruang komen atau di twitter saya!



Jika anda berjaya menyelesaikan semuanya, anda berjaya dapat point x2, dimana anda berpeluang untuk gandakan hadiah yang bakal saya bagi untuk Siri 11 nnti insyaAllah! (paham2 la sendiri apa habuannya. Psst.; nak dekat raya kan? hehehe)




Mari Pecah otak anda!





3 comments:

Anonymous said...

susah la.... @_@

Anonymous said...

member aku dpt offer jadi roughneck kat satu company Malaysia ni.gaji basic rm1800++.pastu die kata xde elaun..mkn gaji tu je.OT pun x byr.rotation 3 bulan keje 1 bulan cuti.Logik ke ni?

Simon Malik said...

macam tak logik.

kalau dari segi basic, aku tak rasa tu roughneck. mungkin sekadar roustabout je.

Elaun bergantung pada kompeni yang keje.

Bab rotation mmg tak logik. Petronas limit 28 days offshore with at least 2 weeks onshore. Kalau rotation sampai 3 bulan 1.. itu macam rotation luar negara tuh..

kompeni baru kah?