Wednesday, 12 June 2013

Arena Minyak & Gas : Mari berkenalan dengan si tukang cari!

Assalamualaikum wbt




Antara perspektif pemikiran masyarakt marhein dengan industri minyak dan gas adalah ; para pekerjanya duit berkepok bagai tumbuh di setiap pelipat badan dan platform itu adalah tempat gerudi minyak. Dan apabila disebut bekerja dalam industri ini apabila ditanya apa pekerjaannya, sudah pasti mereka kata ‘ bekerja dengan [nama client ; yang biasanya titik minyak berwarna hijau atau cengkerang kuning]. *peluh*

Industri yang serba kompetitif ini biasanya mempunyai pekerja yang tidak ramai yang suka menulis. Kalau ada pun, diorang busy macam tiadanya hari esok kerana mereka bekerja dengan industri yang sentiasa beroperasi 24 jam sehari selama seminggu tanpa hari minggu mahupun cuti awam. Ini adalah realiti tau para bapak-bapak, ibuk-ibuk yang datang bersanggah ke laman sesawang nih!

Saya telah pun berkecimpung dengan industri ini selama setahun, dan sepanjang setahun itu persepsi duit berkepok atau bekerja sebagai client itu sentiasa saya dapat.Apatah lagi keadaan dan suasana saya bekerja, susah mereka hendak bayangkan. Mana taknya, sudah didoktorin dengan gambar2 megah dan hebat platform sahaja, tukang koreknya dah tak kenal dah. Suasana kehidupan di laut apatah lagi? Terjagakah solat jumaat kami? Halal kah makanan kami? Berjemaahkah solat kami? Ada internetkah kami? Terlindungkah kami dari anasir-anasir lain? Bagi tidak merugikan bakat picisan saya yang boleh tahan suka menulis, apa kata saya perkenalkan sedikti sebagai Realiti Industri Minyak dan Gas? ^^

Alamat nak korek dan Armada

Peta Block Malaysia


Ok, anda semua pernah tengok peta ukur tanah? Paling tidak pun peta Asia tengah yang sempadan yang serba straight line macam dilukis dengan pembaris? Itu lah bentuknya dengan ‘Block’ minyak. Sebagaimana yang kita pelajari dan ketahui, negara kita empunya minyak dalam perut buminya. Alhamdulillah, berkat bumi yang ada rakyatnya yang sentiasa berdoa pada ilahi. Jadi secara amnya, kawasan yang sah ada minyak, dia dibahagikan mengikut blok. Macam ala-ala Daerah yang lebih kurang..


Kemudian setiap block ini ada alamat kecil atau lokasi kawasan. Biasanya diberi nama yang pelik / chumel macam Penyu, Kurma Manis, Tangga Barat, etc etc.. Kiranya kalau sebuah Daerah itu, ada kawasan mukim / taman perumahan la.
Baik, memandangkan negara kita  ni kecil dan untung Tokan Minyaknya selalu diambil oleh [censored] , maka kita tidak empunya armada /tenaga yang cukup untuk membolot semua blok yang kita ada , lalu korek sendiri dan keluarkan sendiri. Maka blok – blok ini disewakan kepada pengeluar minyak lain untuk dieksplotasi minyaknya. Of course sebelum disewakan itu, Tuan Asal Block sudah buat kajian secara am dengan kaedah seismic dan juga drilling untuk mengira potensi dan lokasi minyak dalam blok tersebut. Takkan kita nak jadi bodoh, beli tanah / kawasan yang kata ada emas kat dalam tapi takde bukti kan? Kalau ada, sudah tentu tuan milik tanah tak nak jual in the first place betul tak?
Namun biasanya Tuan Asal Blok buat untung dengan berkongsi keuntungan dengan Pengeluar Minyak yang mengambil risiko untuk menyewa blok tersebut. 80%-20% ke sebagai contoh.. Tapi perlu ingat, segala kos operasi dan segala hapak haruk yang dilalui untuk keluarkan minyak perlu ditanggung oleh Pengeluar Minyak yang menyewa. Bila dah keluar minyak, Tuan Asal Block dapat untung 20% atas angin gituh je. Haa.. tak ke pandai di situ?
Jadi setelah, surat hitam putih ditandatangani, maka Pengeluar Minyak ini menjadi Tuan Baru Block atau Client.
(Saya tak pasti kalau diorg open tender untuk kawasan ke tak, meaning satu blok, ada beberapa Client yang meneroka)
So katakan Client A adalah tuan baru di Block ZXX 678. Di dalamnya ada beberapa kawasan berpotensi yang bernama Payon, Izlude, dan Aldebaran. Maka setiap kawasan empunya kempennya tersendiri (bukan kempen pilihanraya!)  Wujudlah Payon Campaign etc etc.. Dan dalam satu kawasan dipecahkan lagi, timur barat utara selatannya, cetek dalamnya sekali. Hasilnya adalah nama seperti East-Izlude-deep atau EID)
Untuk sedutan maksima satu-satu kawasan (kerana kadang kala telaga mintak dalam tanah dalam bentuk group of patches, maka dinomborkan punya bagi setiap lubang dikorek. Akhirnya nama adalah seperti EID-07 jika ia adalah telaga/lubang ketujuh…


Nama dah beri, maka tinggal korek la kan?


But wait!
Client biasanya hanya tau minyak perlu atas permukaan untuk dieksplotasi. Mereka juga tidak empunya armada tersendiri. Maka Client akan cari Drilling Contractor seperti Seadrill, Ensco, Nabors, UMW, Transocean (just naming fews) untuk drilling team mereka. Biasanya drilling contractor yang akan provide Rig / Kapal korek untuk operasi korek.
Ok, rakan – rakan pembaca, terdapat perbezaan langit dan bumi antara rig dan platform. Platform adalah tempat sedut minyak dan dan bungkus untuk diproses. Rig pula adalah tempat untuk cari dan korek minyak. Ada juga yang jenis Hybrid namun biasanya utk Kempen jangka masa panjang tp nak korek kat satu lokasi sahaja.

Biasanya drilling contractors ini empunya armada mereka tersendri. Nama-nama diorg pun begitu... pergh!! dan rasa macho sekali! Ada yang guna nombor sahaja seperti Ensco. Dan dalam armada tersebut ada pelbagai jenis rig. Biasanya ada 3 jenis dan setiap jenis digunakan bergantung pada kedalaman dasar laut.



Bergantung pada kedalaman dasar laut, setiap rig ada characteristic tersendiri.


Jom kita tengok gambar-gambar rig yang ada untuk gambaran lebih dekat lagi!


Topaz Driller : Rig jenis Jackup; empunya kaki ala tripod untuk stabililty. Rakan armada yang lain seperti Aquamarine Driller. Baru 2 kali merasa Jack-Up rig.



Dhirubai KG2 : Rig jenis Drill Ship. Untuk Deep Water exploration. Saiz gabak untuk tampung logistik sepanjang operasi. Tak merasa lagi naik, tapi dengar citer lebih mencabar fizikal dan keimanan!

West Alliance : Rig jenis Tender Assisted. Ala tongkang je untuk bantu small platform. Biasanya untuk well developement. Yang saya naik dulu adalah Triumph 101.

Songa Eclipse : Submersible type rig. Untuk exploration. Ada balast tank kat bawah untuk apungan. Rakan fleet lain macam Songa Venus yang pernah saya naik dulu. Selalu dpt naik jenis yg ini.
Land Rig : Pernah kerja jenis rig darat masa kat Sarawak tahun lepas. Biasanya kurang popular sikit di Malaysia. hehe


Walaupun dah ada drilling team, tapi sebenarnya masih belum cukup lagi bro..

InsyaAllah, entri-entri yang akan datang (saya tak janji the next one la tapi) saya kan terangkan secara ringkas, siapa yang actually bekerja kat atas rig nih. Secara tak langsung, tugas-tugas dan job position yang wujud di dalam arena korek minyak.


Nantikan..~



1 comment:

fiezal said...

waa..nice one..i like! bagus2..kalao boleh hg cerita lagi la sbb nk bagi pendedahan kat student aku dlm bidang ni..susah kalao nk cerita kalao x kerja Oil n Gas..hehe