Thursday, 20 June 2013

Arena Minyak dan Gas : Hieraki (Updated & edited)

Assalamualaikum wbt

Hakuryu- 5



Entri sebelum ini berhenti ketika Client baru sahaja menukar tanda tangan dengan Drilling Contractor. Belum boleh start drilling lagi, sedara... perlu cari man power lagi kerana Drilling Contractor sekadar bagi drill vessel and a few of its crew macam driller etc etc. Selebihnya, client perlu cari lagi. Mereka ini adalah syarikat-syarikat Service Contractors.


Secara tidak langsung di atas rig ada 3 lapis punya teh, eh. Struktur iaitu

  • Client
  • Drilling Operator
  • Service Contractor
 Bagi mengelakkan dari entri ini mendatar dan tawar tanpa garam dan rencah, saya akan senaraikan setiap posisi kerja yang wujud di atas satu rig bagi setiap kategori dari start operation sehingga habis insyaAllah. Cumanya saya akan bunyikannya dalam bahasa melayu dengan translate secara direct.. hehehe..

  • Client :
    • Orang syarikat (Company man)
    • Orang Material (Materials man)
    • Jurutera Korek (Drilling Engineer)
    • Ahli Nujum (Geologist)
  • Drilling Contractor & Manpower
    • Tukang Korek (Driller)
    • Penolong Tukang Korek (Asst Driller)
    • Penolak Alat (Toolpusher)
    • Oh-Ai-Em (OIM)
    • Kapten Tongkang (Barge Capten)
    • Penolong Kapten Tongkang (Asst Bqrge Capten)
    • Pegawai Selamat (Safety Officer)
    • Pegawai Medik (Medical Officer)
    • JuruMekanik (Mechanics)
    • JuruElektrik (Electrician)
    • Jaga Stor (Storekeeper)
    • Operator Kren (Crane Operator)
    • Leher Kasar (Roughnecks)
    • Tangan Lantai (Floorman)
      • Orang Goncang (Shakerman)
      • Orang Pam(Pumpman)
    • Rustabut (Roustabout)
    • Pengimpal (Welder)
    • Pengecat (Painter)
    • Boss Khemah (Camp Boss)
    • Tukang Masak (Cook)
    • Tangan Dewan Makan (Galley Hand)
    • Budak Bilik (Room Boy)

Driller bersama drilling console. Antara yang termoden. Kalau tak moden, takde kerusi

Roughneck sedang nak bukak Bottom Hole Assembly


  • Service Contractors (atau dikenali sebagai 3rd party)
    • Jurutera Laut-selam (sub-sea Eng)
    • Jurutera Kepala Telaga (Wellhead Eng)
    • Penentu Arah Korek(Directional Driller)
    • Em-Dabelyu-Dee (MWD)
    • Jurutera Lumpur (Mud Eng)
    • Peng-log Lumpur (Mud Logger) ----This is me!
    • Jurutera Data (Data Eng)
    • Penangkap Sampel (Sample Catcher)
    • Garis Wayar (Wireline)
    • Krew Bekas (Casing Crew)
    • Tukang Simen (Cementer)
    • Pengawal Pejal (Solid Control)
    • Garis Licin (Slickline)
    • Penyiap Telaga (Well Completion)


Pemandangan Shaker House. Ni consider buruk la..

Fishing Tools. Utk fish-out stuck pipes.

Measure-While-Drilling (MWD) tools.

Antara jenis² mata drill (dipanggil bit) yang ada

  • Spe-sia-lis (diperlukan untuk satu-satu situasi tertentu sahaja.)
    • Pemancing (Fisherman)
    • Tarik-Putar Belakang(Backreamer)
    • Lumpur Bunuh (Kill Mud)
    • Jurutera Tekanan Pora ( Pore Pressure Eng)
    •  
    •  
    •  Ada banyak lagi rasanya

Antara syarikat service contractors yang femes adalah SlamberJer (Schlumberger), CuacaFord (WeatherFord), Scomi, Halliburton. Syarikat-syarikat nih tak tawarkan satu service sahaja, macam-macam diorang offer pada client. Sudah tentu syarikat yang mempunyai perkhidmatan yang pelbagai, orang senang nak pergi cari. Macam Pejabat Pos. Bukan sekadar pos barang. eheh..

(Kes terkecuali adalah Scomi yang offer bahan untuk buat lumpur dan Jurutera Lumpur). 

Itulah dia jumlah yang bekerja di atas kapal korek bernama rig. Biasanya sebuah rig mampu menampung dalam 100 ke 130 orang dalam satu-satu masa. Namun perlu diingat, setiap jawatan yang saya sebut itu perlu sekurang2nya dua orang kerana terdapat 2 shift dalam satu hari. Satu shift adalah 12 jam. Maka sudah termaktub yang operasi kami yang 24 jam 7 hari seminggu..





Maka apabila Client sudah mendapat setiap perkhidmatan yang diperlukan sepanjang operasi, maka boleh lah start gali!


Next, adalah penerangan secara ringkas operasi korek minyak!

p/s : sebarang pertanyaan mengenai posisi kerja, apa tanggungjawab diorang dan sebagainya, boleh bagi dalam bahagian komen ye? Nak cerita, nanti berjela-jela pula entri ni. ^^

4 comments:

Anonymous said...

fuh tgk mate gerudi 2.. tiba2 rase perut kna korek. adoi! camne bumi rasa. tp Allah dh ciptakn bumi utk manusia ek. haii sedarlah manusia, betapa kite ni beruntung.

math is fun, isn't it ? said...

Kalau geologist kerja dye mcm mana ya ??
sesuai ke kalau perempuan jadi geologist ?
sy minat dlm bidang oil and gas ni (petroleum).

Simon Malik said...

Geologist ada 2 team :
- project team
- wellsite team

Project team geologist = si tukang cari minyak guna data2 yg ada (well terdekat, seismic, etc..). Biasanya project team nih dah experienced lama jd wellsite geologist

Wellsite geologist : yg oversea penggerudian dari segi lithology yg diteka oleh project team, sama tak kedalaman sekian2 batu yg diorg cadangkan tu. In short, geologist yg relay info seperti lithology (jenis batu) yg kuar masa korek dan tukang konpem 'dapat minyak' ke pada project team

ermm.. biasanya kalau jadi geologist, awk akan kerja dalam compeni client (petronas, shell, etc)

Sooo.. biasanya tak kene kacau la, bcoz u r a mini boss.

But in reality, biasanya geologist pompuan pi offshore time bujang, dah kawen tak pegi dah.

U r welcome to enter in this industry ^^

Rey Izuan said...

please inform me cmpany yg salu supply roughneck or roustaboat pliss