Thursday, 20 June 2013

Arena Minyak dan Gas : Hieraki (Updated & edited)

Assalamualaikum wbt

Hakuryu- 5



Entri sebelum ini berhenti ketika Client baru sahaja menukar tanda tangan dengan Drilling Contractor. Belum boleh start drilling lagi, sedara... perlu cari man power lagi kerana Drilling Contractor sekadar bagi drill vessel and a few of its crew macam driller etc etc. Selebihnya, client perlu cari lagi. Mereka ini adalah syarikat-syarikat Service Contractors.


Secara tidak langsung di atas rig ada 3 lapis punya teh, eh. Struktur iaitu

  • Client
  • Drilling Operator
  • Service Contractor
 Bagi mengelakkan dari entri ini mendatar dan tawar tanpa garam dan rencah, saya akan senaraikan setiap posisi kerja yang wujud di atas satu rig bagi setiap kategori dari start operation sehingga habis insyaAllah. Cumanya saya akan bunyikannya dalam bahasa melayu dengan translate secara direct.. hehehe..

  • Client :
    • Orang syarikat (Company man)
    • Orang Material (Materials man)
    • Jurutera Korek (Drilling Engineer)
    • Ahli Nujum (Geologist)
  • Drilling Contractor & Manpower
    • Tukang Korek (Driller)
    • Penolong Tukang Korek (Asst Driller)
    • Penolak Alat (Toolpusher)
    • Oh-Ai-Em (OIM)
    • Kapten Tongkang (Barge Capten)
    • Penolong Kapten Tongkang (Asst Bqrge Capten)
    • Pegawai Selamat (Safety Officer)
    • Pegawai Medik (Medical Officer)
    • JuruMekanik (Mechanics)
    • JuruElektrik (Electrician)
    • Jaga Stor (Storekeeper)
    • Operator Kren (Crane Operator)
    • Leher Kasar (Roughnecks)
    • Tangan Lantai (Floorman)
      • Orang Goncang (Shakerman)
      • Orang Pam(Pumpman)
    • Rustabut (Roustabout)
    • Pengimpal (Welder)
    • Pengecat (Painter)
    • Boss Khemah (Camp Boss)
    • Tukang Masak (Cook)
    • Tangan Dewan Makan (Galley Hand)
    • Budak Bilik (Room Boy)

Driller bersama drilling console. Antara yang termoden. Kalau tak moden, takde kerusi

Roughneck sedang nak bukak Bottom Hole Assembly


  • Service Contractors (atau dikenali sebagai 3rd party)
    • Jurutera Laut-selam (sub-sea Eng)
    • Jurutera Kepala Telaga (Wellhead Eng)
    • Penentu Arah Korek(Directional Driller)
    • Em-Dabelyu-Dee (MWD)
    • Jurutera Lumpur (Mud Eng)
    • Peng-log Lumpur (Mud Logger) ----This is me!
    • Jurutera Data (Data Eng)
    • Penangkap Sampel (Sample Catcher)
    • Garis Wayar (Wireline)
    • Krew Bekas (Casing Crew)
    • Tukang Simen (Cementer)
    • Pengawal Pejal (Solid Control)
    • Garis Licin (Slickline)
    • Penyiap Telaga (Well Completion)


Pemandangan Shaker House. Ni consider buruk la..

Fishing Tools. Utk fish-out stuck pipes.

Measure-While-Drilling (MWD) tools.

Antara jenis² mata drill (dipanggil bit) yang ada

  • Spe-sia-lis (diperlukan untuk satu-satu situasi tertentu sahaja.)
    • Pemancing (Fisherman)
    • Tarik-Putar Belakang(Backreamer)
    • Lumpur Bunuh (Kill Mud)
    • Jurutera Tekanan Pora ( Pore Pressure Eng)
    •  
    •  
    •  Ada banyak lagi rasanya

Antara syarikat service contractors yang femes adalah SlamberJer (Schlumberger), CuacaFord (WeatherFord), Scomi, Halliburton. Syarikat-syarikat nih tak tawarkan satu service sahaja, macam-macam diorang offer pada client. Sudah tentu syarikat yang mempunyai perkhidmatan yang pelbagai, orang senang nak pergi cari. Macam Pejabat Pos. Bukan sekadar pos barang. eheh..

(Kes terkecuali adalah Scomi yang offer bahan untuk buat lumpur dan Jurutera Lumpur). 

Itulah dia jumlah yang bekerja di atas kapal korek bernama rig. Biasanya sebuah rig mampu menampung dalam 100 ke 130 orang dalam satu-satu masa. Namun perlu diingat, setiap jawatan yang saya sebut itu perlu sekurang2nya dua orang kerana terdapat 2 shift dalam satu hari. Satu shift adalah 12 jam. Maka sudah termaktub yang operasi kami yang 24 jam 7 hari seminggu..





Maka apabila Client sudah mendapat setiap perkhidmatan yang diperlukan sepanjang operasi, maka boleh lah start gali!


Next, adalah penerangan secara ringkas operasi korek minyak!

p/s : sebarang pertanyaan mengenai posisi kerja, apa tanggungjawab diorang dan sebagainya, boleh bagi dalam bahagian komen ye? Nak cerita, nanti berjela-jela pula entri ni. ^^

Saturday, 15 June 2013

Singing Saturday : Meniti Titian Usang

Assalamualaikum wbt


Setiap kali saya mendengar lagu ini, saya membayangkan diri saya yang mencari kebenaran dan menuju ke arahnya. Namun saya lemah dan jatuh di sebuah titian tua yang penuh perangkap.

Lagu ini bahkan seperti teriakkan kepada teman-teman lain supaya membantu saya yang telah jatuh terjelempok dan sedang berpaut di tepian genting sebuah jurang kegelapan.

Walau nampak situasi bahaya, namun minda saya tidak menafsir keadaan yang sebenarnya. Tautan saya tidaklah kukuh kerana minda saya lalai dan 'senang' dengan situasi saya ketika itu.


Namun harapan saya yang lebih baik dari apa yang dimimpi itu menyebabkan saya berteriak meminta tangan saya disambut kerana saya tidak mahu terlepas jatuh ke dalam jurang dan senasib dengan mereka yang gagal melepasi titian ini..



Err.. bila dah play tengok lirik kat bawah. Lagunya tak sync ngan video. ^^

--------

Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku

Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi

Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku
Apakah dapat ku ke seberang

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang
DIA sedang menunggu
Untuk memimpinku
Di seberang sana
Adanya cahaya


Lirik adalah hak milik terpelihara Luncai Emas Edn Bhd.


------


Wednesday, 12 June 2013

Arena Minyak & Gas : Mari berkenalan dengan si tukang cari!

Assalamualaikum wbt




Antara perspektif pemikiran masyarakt marhein dengan industri minyak dan gas adalah ; para pekerjanya duit berkepok bagai tumbuh di setiap pelipat badan dan platform itu adalah tempat gerudi minyak. Dan apabila disebut bekerja dalam industri ini apabila ditanya apa pekerjaannya, sudah pasti mereka kata ‘ bekerja dengan [nama client ; yang biasanya titik minyak berwarna hijau atau cengkerang kuning]. *peluh*

Industri yang serba kompetitif ini biasanya mempunyai pekerja yang tidak ramai yang suka menulis. Kalau ada pun, diorang busy macam tiadanya hari esok kerana mereka bekerja dengan industri yang sentiasa beroperasi 24 jam sehari selama seminggu tanpa hari minggu mahupun cuti awam. Ini adalah realiti tau para bapak-bapak, ibuk-ibuk yang datang bersanggah ke laman sesawang nih!

Saya telah pun berkecimpung dengan industri ini selama setahun, dan sepanjang setahun itu persepsi duit berkepok atau bekerja sebagai client itu sentiasa saya dapat.Apatah lagi keadaan dan suasana saya bekerja, susah mereka hendak bayangkan. Mana taknya, sudah didoktorin dengan gambar2 megah dan hebat platform sahaja, tukang koreknya dah tak kenal dah. Suasana kehidupan di laut apatah lagi? Terjagakah solat jumaat kami? Halal kah makanan kami? Berjemaahkah solat kami? Ada internetkah kami? Terlindungkah kami dari anasir-anasir lain? Bagi tidak merugikan bakat picisan saya yang boleh tahan suka menulis, apa kata saya perkenalkan sedikti sebagai Realiti Industri Minyak dan Gas? ^^

Alamat nak korek dan Armada

Peta Block Malaysia


Ok, anda semua pernah tengok peta ukur tanah? Paling tidak pun peta Asia tengah yang sempadan yang serba straight line macam dilukis dengan pembaris? Itu lah bentuknya dengan ‘Block’ minyak. Sebagaimana yang kita pelajari dan ketahui, negara kita empunya minyak dalam perut buminya. Alhamdulillah, berkat bumi yang ada rakyatnya yang sentiasa berdoa pada ilahi. Jadi secara amnya, kawasan yang sah ada minyak, dia dibahagikan mengikut blok. Macam ala-ala Daerah yang lebih kurang..


Kemudian setiap block ini ada alamat kecil atau lokasi kawasan. Biasanya diberi nama yang pelik / chumel macam Penyu, Kurma Manis, Tangga Barat, etc etc.. Kiranya kalau sebuah Daerah itu, ada kawasan mukim / taman perumahan la.
Baik, memandangkan negara kita  ni kecil dan untung Tokan Minyaknya selalu diambil oleh [censored] , maka kita tidak empunya armada /tenaga yang cukup untuk membolot semua blok yang kita ada , lalu korek sendiri dan keluarkan sendiri. Maka blok – blok ini disewakan kepada pengeluar minyak lain untuk dieksplotasi minyaknya. Of course sebelum disewakan itu, Tuan Asal Block sudah buat kajian secara am dengan kaedah seismic dan juga drilling untuk mengira potensi dan lokasi minyak dalam blok tersebut. Takkan kita nak jadi bodoh, beli tanah / kawasan yang kata ada emas kat dalam tapi takde bukti kan? Kalau ada, sudah tentu tuan milik tanah tak nak jual in the first place betul tak?
Namun biasanya Tuan Asal Blok buat untung dengan berkongsi keuntungan dengan Pengeluar Minyak yang mengambil risiko untuk menyewa blok tersebut. 80%-20% ke sebagai contoh.. Tapi perlu ingat, segala kos operasi dan segala hapak haruk yang dilalui untuk keluarkan minyak perlu ditanggung oleh Pengeluar Minyak yang menyewa. Bila dah keluar minyak, Tuan Asal Block dapat untung 20% atas angin gituh je. Haa.. tak ke pandai di situ?
Jadi setelah, surat hitam putih ditandatangani, maka Pengeluar Minyak ini menjadi Tuan Baru Block atau Client.
(Saya tak pasti kalau diorg open tender untuk kawasan ke tak, meaning satu blok, ada beberapa Client yang meneroka)
So katakan Client A adalah tuan baru di Block ZXX 678. Di dalamnya ada beberapa kawasan berpotensi yang bernama Payon, Izlude, dan Aldebaran. Maka setiap kawasan empunya kempennya tersendiri (bukan kempen pilihanraya!)  Wujudlah Payon Campaign etc etc.. Dan dalam satu kawasan dipecahkan lagi, timur barat utara selatannya, cetek dalamnya sekali. Hasilnya adalah nama seperti East-Izlude-deep atau EID)
Untuk sedutan maksima satu-satu kawasan (kerana kadang kala telaga mintak dalam tanah dalam bentuk group of patches, maka dinomborkan punya bagi setiap lubang dikorek. Akhirnya nama adalah seperti EID-07 jika ia adalah telaga/lubang ketujuh…


Nama dah beri, maka tinggal korek la kan?


But wait!
Client biasanya hanya tau minyak perlu atas permukaan untuk dieksplotasi. Mereka juga tidak empunya armada tersendiri. Maka Client akan cari Drilling Contractor seperti Seadrill, Ensco, Nabors, UMW, Transocean (just naming fews) untuk drilling team mereka. Biasanya drilling contractor yang akan provide Rig / Kapal korek untuk operasi korek.
Ok, rakan – rakan pembaca, terdapat perbezaan langit dan bumi antara rig dan platform. Platform adalah tempat sedut minyak dan dan bungkus untuk diproses. Rig pula adalah tempat untuk cari dan korek minyak. Ada juga yang jenis Hybrid namun biasanya utk Kempen jangka masa panjang tp nak korek kat satu lokasi sahaja.

Biasanya drilling contractors ini empunya armada mereka tersendri. Nama-nama diorg pun begitu... pergh!! dan rasa macho sekali! Ada yang guna nombor sahaja seperti Ensco. Dan dalam armada tersebut ada pelbagai jenis rig. Biasanya ada 3 jenis dan setiap jenis digunakan bergantung pada kedalaman dasar laut.



Bergantung pada kedalaman dasar laut, setiap rig ada characteristic tersendiri.


Jom kita tengok gambar-gambar rig yang ada untuk gambaran lebih dekat lagi!


Topaz Driller : Rig jenis Jackup; empunya kaki ala tripod untuk stabililty. Rakan armada yang lain seperti Aquamarine Driller. Baru 2 kali merasa Jack-Up rig.



Dhirubai KG2 : Rig jenis Drill Ship. Untuk Deep Water exploration. Saiz gabak untuk tampung logistik sepanjang operasi. Tak merasa lagi naik, tapi dengar citer lebih mencabar fizikal dan keimanan!

West Alliance : Rig jenis Tender Assisted. Ala tongkang je untuk bantu small platform. Biasanya untuk well developement. Yang saya naik dulu adalah Triumph 101.

Songa Eclipse : Submersible type rig. Untuk exploration. Ada balast tank kat bawah untuk apungan. Rakan fleet lain macam Songa Venus yang pernah saya naik dulu. Selalu dpt naik jenis yg ini.
Land Rig : Pernah kerja jenis rig darat masa kat Sarawak tahun lepas. Biasanya kurang popular sikit di Malaysia. hehe


Walaupun dah ada drilling team, tapi sebenarnya masih belum cukup lagi bro..

InsyaAllah, entri-entri yang akan datang (saya tak janji the next one la tapi) saya kan terangkan secara ringkas, siapa yang actually bekerja kat atas rig nih. Secara tak langsung, tugas-tugas dan job position yang wujud di dalam arena korek minyak.


Nantikan..~



Tuesday, 4 June 2013

Ubah!! Ubah!!

Assalamualaikum wbt


Tahniah kerana berjaya ke mari untuk menjentik otak serta jiwa anda!


Ubah. Change. Changer

Secara skemanya, ubah itu bermaksud menukar sesuatu / keadaan dari satu kondisi kepada satu kondisi yang lain. Ubah Negara. Ubah Pendirian. Ubah kedudukan perabut. Ubah selera.


Ubah Masalah ? Itu lari dari masalah! Hehe..

Ubah.

Memerlukan satu faktor, tenaga, agen, yang mampu menggerakkan sesuatu yang tersedia pegun.

 
Ubah.

Perlukan juga satu faktor, atau keadaan yang cukup kuat untuk menarik seseorang atau sesuatu dari satu-satu kedudukan dan juga pendirian.

 
Ubah.

Penulis, sila ubah gaya penulisan anda. Ekekeke..


Saya percaya setiap ruh di dunia ini telah mengalami perubahan walau sekelumit zarah. Meningkatnya umur bermaknanya berubahnya dari muda ke umur yang kurang muda. (sengaja tak pakai tua). Begitu juga dari aspek kehidupan, kita juga mahukan perubahan. Terutamanya dari segi jumah gaji bulanan, pendapatan isi rumah serta kedudukan dalam masyarakat. Ini kerana, kita secara tanpa sedar, kita mahukan kestabilan dan keyakinan untuk membeli sebarang keinginan tanpa memikirkan hutang bank yang bakal ditambah.


Betul tak?
Hatta, dunia yang kita duduk sekarang nih, yang kita imani bentuk muka buminya, sebenarnya berlainan ketika dulu. Sabah dahulunya di China, Semanjung Malaysia masih lagi terbelah dua, benua india masih lagi di hujung Africa dan para dinasor tidak kenal apa itu Laut Atlantic. Maha Suci Allah, yang berkuasa mengizinkan perubahan bentuk muka bumi kepada apa yang kita tahu sekarang lalu menyediakan setiap tempat, khazanah dan galian bumi mereka yang tersendiri. Maka, jika anda kata gunung itu tidak pernah berubah, maaf itu adalah tidak benar. Gunung itu asalnya mungkin dari sebuah tanah lapang!
Tidak saya nafikan juga, ramai juga yang ingin melakukan perubahan diri. Rambut belah tepi kepada rambut style artis korea. Mata yang sedia sepet mahu dibesarkan agar nampak chumel-chumel gituh.


Tapi bagaimana pula dengan perubahan dalaman anda?


Sikap?

Sifat?

Pe’el? (baca : Perangai)

Hati?

 
Diibaratkan hati manusia ini seperti batu apabila dia tidak menerima sepatah pun apa yang kita nasihatkan. Belum masuk lagi sikap berkepala batu yang begitu degil nak dengar pendapat orang lain. Batu yang Allah jadikan keras itu kita simbolikkan sebagai satu benda yang tak mau berubah. Namun benarkah?


Sebagaimana yang saya kupas pada awal entri, sebarang perubahan itu memerlukan faktor luar. Ini fitrah (kejadian alam). Inche Newton merumuskan dalam salah satu dari 3 teorinya, satu objek pegun akan kekal pegun selagi tiada daya luar yang dikenakan ke atasnya. Secara cakap² akademik (bersedia untuk berpinar mata), teorinya hanya betul sehingga pada satu-satu tahap. Kemudian, Teori Kuantum (Quantum Theory) pula yang ambil alih. @_@


Ok, kembali ke topik asal...
Maka, batu yang kita kata keras itu, mampu berubah kerana faktor-faktor luar macam angin, air, tenaga manusia atau mekanikal dan juga kuasa perubahan kimia. (Ahh sudah… penulis sudah menyerlahkan keskemaannya!)

Pasir ditepi pantai yang indah, yang anda duduk berkelah sebenarnya berasal dari sebuah gunung yang besar.

Gunung everest yang kita kata paling tinggi itu, sebenarnya lebih tinggi kalau tidak kerana angin.

Mudah kita untuk ke utara, kalau tidak kalahnya batu dengan tangan-tangan besi dan kuasa mekanik memotong bukit dan lereng.

Wahai.. Batu yang keras itu kalah dengan faktor-faktor luar. Namun apakah hati kita ini sekeras batu? Atau lebih keras lagi?

Sesungguhnya, Allah mengabadikan kerasnya batu dan hati manusia di dalam surah. (2:74)

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.



Allah membandingkan hati kaum yahudi yang begitu degil itu, dengan batu yang boleh dipecahkan, dilekukkan dengan air. Hatta walau dengan titisan sahaja. Asalkan istiqamah arus dan titikan perubahan itu.
Awat macam cliché je nih?
Batu yang dibentuk air



Namun saya ingin bertanya pada sang batu. Batu yang lebih lama hidup dari umur mana-mana manusia, lebih lama menjadi saksi apa yang berlaku di dalam dunia, adakah dia akan kekal tercogoh di satu tempat jika tiada faktor lain yang menggerakkannya?
Saya faham bahasa batu, dia kat ya. (lol~)
Allah jadikan batu tanpa kaki. Ditambahkan dalam dunia sains, batu dikira bukan benda hidup kerana tidak makan, tidak beranak, tidak berjalan.

Maka batu itu memerlukan faktor-faktor luar untuk datang, bagi salam, bagi ayam golek sikit, untuk mengubahnya, walau seinci.

Wahai.. adakah kita membatu seperti batu walau kita tahu kita hendakkan perubahan dalam diri kita? Tercegat bersendirian dihadapan laptop, sambil2 stalk satu per satu rakan-rakan fesbuk anda yang berjaya mengubah diri mereka untuk jadi lebih dari seorang islam biasa. Lebih teruk lagi, mengasingkan diri dari mereka, kerana mereka bukan lagi seperti dahulu. Mereka telah berubah

Kemudian, kita dengan penuh bergaya menggunakan alasan basi yang Mak Cik Hidayah tak jumpa pintu hati anda untuk diketuk. Menuding jari kepada satu-satu kumpulan yang dia tidak disantuni sebaiknya, lalu di kembali menjadi diri yang dia cuba hindari.

Hati manusia berbeza dengan batu, kerana ia lebih keras dari batu! Namun, ia sebenarnya mampu berubah sendiri tanpa pembolehubah yang dimanipulasi! (tu dia bahasa makmal keluar)

Allah SWT sendiri mengatakan kita tidak boleh mengubah keadaan atau nasib kita sehingga kita mengubah diri kita sendiri. (taip capital sket, DIRI KITA SENDIRI) (13:11)

Jika anda mahukan perubahan, anda bersungguh-sungguh untuk merubah diri anda,insyaAllah akan terubah juga diri anda. Walau terpaksa mengharungi arus budaya yang songsang, walau terpaksa menaiki bas atau LRT demi mencapai perubahan yang anda mahukan itu.

Tidak saya nafikan, banyak lagi kelemahan dan fitnah mereka yang menjadi agen perubahan diri manusia. Tapi terus terang saya kata, once you determine to change yourself, not even the everest peak could stop you.

Because it’s all begin with you.
 

 
Dan segala kebenaran itu hanya diketahuiNya

Sunday, 2 June 2013

Jom Pecah Otak! Siri 10

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah! Setelah setahun tak bagi teka-teki, kini siri ini telah kembali!



Ok, mengenai Siri 9 punya jawapan, saya sendiri pun tak ingat sebab saya reka sendiri teka-teki tuh! hehehehe.. So tak pernah la ek? =p


Baik, untuk siri kali ini, saya begi dalam versi cerita boleh?


Jeng jeng jeng...


----




Tempat : Sebuah Pusat Tahanan.

Lokasi tempat : Bilik Soal Siasat.





Seorang pegawai yang bermuka serius masuk ke soal siasat. Perlahan-lahan Genew mengangkat kepalanya menyerlahkan muka lemah tak makan beberapa hari.


'Anda telah ditahan kerana menyebabkan masyarakat runsing dan mengalami muntah-muntah yang serius kerana teka-teki anda,' kata Pegawai Soal memulakan bicara.


Lalu dia mula duduk dihadapan Genew dengan muka tanpa perasaan. Diletakkan fail maklumat Genew di atas meja di hadapan Genew. Direnungnya selama seminit tepat pada Genew. Genew membalas renungan tanpa berkedip. Serius.



'Namun kami ada tawaran untuk anda'


Pendek. Tidak melalut macam Penulis wotpog.


'Jika anda berjaya menjawab 3 teka-teki saya berturut-turut tanpa salah. Anda boleh kembali ke masyarakat untuk porak perandakan minda mereka'


'Namun...' Soal itu berhenti sebentar lalu membongkok ke depan dan menongkak dagunya dengan kedua lengannya.


'Jika anda gagal. Anda terpaksa bekerja dengan kami untuk porak-perandakan minda masyarakat.' Dia tersenyum sinis kerana telah memulakan permainannya terhadap Genew


Genew mengangkat kening kirinya tanda sedikit pelik dan terkejut. Kemudian dia juga tersenyum sinis.


'I work alone'


Ringkas jawapannya.


'Good. Then let me begin.' kata Pegawai itu kembali menyandar dan berpeluk tubuh.


'Saya ada peti tanpa kunci dan penutup. Namun saya empunya harta keemasan. Apakah saya?'



'_________'


Tak sampai 3 saat Genew memberi jawapan.



Soal tersenyum. Dia tahu Genew mampu memberikan jawapan tepat.


'Indeed the lagendary riddle master' puji Soal

Kemudian dia mengeluarkan 2 biji telur. 1 dari poket kirinya dan 1 lagi dari poket kanan. Diletakkannya di atas meja. Kemudian dia bangun lalu bergerak ke arah belakang Genew. Dibukanya gari Genew. Lalu memulakan teka-teki kedua.



' 2 biji telur... 1 yang telah direbus dan satunya mentah. Beritahu saya yang mana yang telah direbus. Tapi dengan syarat... Telur2 ini tidak boleh meninggalkan meja atau pecah.'




Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan teka-teki... hihihi..





Kemudian Genew __________ telur kiri.


'Yang kanan yang telah direbus'


Terkejut beruk Soal! Dia mula memasamkan muka lalu perlahan-lahan dia ke arah pintu keluar. Dibukanya pintu tersebut lalu berdiri seperti ala penyambut tetamu di hotel mewah. Dia kemudian memberi Genew teka-teki terakhir,


'Di dalam dunia 2D, jika berlaku kebakaran, beritahu saya siapa yang pasti terselamat namun dia juga bernasib malang. Beritahu saya juga sebabnya'



Genew bangun perlahan-lahan dari kerusi tahanannya lalu melangkah yakin ke arah pintu keluar. Selang 2 langkah dia menjawab sambil berjalan,


'___________________'



Panjang sedikit jawapannya. Dia tidak berhenti melangkah. Perlahan tapi yakin.

Soal tersebut memegang bahu kanan Genew memberhentikan langkahnya untuk keluar.


'We'll see you soon' kata Pegawai itu. Ternyata mengalah dengan permainannya.

'Sooner than you think'


Genew meneruskan langkah keluar ke alam pembebasan.


------------------




Haaaa... Thrill tak baca? ekekeke...


So, rakan-rakan pembaca, beri jawapan anda untuk ketiga-tiga jawapan Genew di dalam ruang komen atau di twitter saya!



Jika anda berjaya menyelesaikan semuanya, anda berjaya dapat point x2, dimana anda berpeluang untuk gandakan hadiah yang bakal saya bagi untuk Siri 11 nnti insyaAllah! (paham2 la sendiri apa habuannya. Psst.; nak dekat raya kan? hehehe)




Mari Pecah otak anda!