Thursday, 2 May 2013

Season Six

Assalamualaikum wbt



Typical.


Seseorang yang sudah digelar tegar, pasti akan mencarinya suatu yang dia tagih pada masa akan datang.


Saya tidak pasti berapa banyak pembaca yang sudah pun kechiwa sekechiwa2 mungkin (agaknya) bila saya ambil keputusan untuk berhenti menulis.


Yup.


Berhenti menulis. Noktah. Lepas tuh dah tak nak menulis.


Seperti yang saya katakan pada awalnya, pasti saya akan datang merangkak balik untuk menulis. Hollow laugh..


Saya mengambil keputusan untuk menulis semula setelah beberapa perkara telah menyebabkan jiwa raga saya tersentap macam tali. Badan kaku sementara, mata terbeliak, dan mulut terlopong sedikit. Itu yang berlaku jika saya tersentap.


Ok ok,  saya memang tak tipu saya kata saya nak berhenti menulis. Saya sekadar tak nak tulis lagi kat Blog dan nak fokus pada penulis kat word dalam laptop. Boleh terima tak alasan saya? *Muka Chumils*


Namun, janji tinggal janji~ Janji itu dicapatikan seenak mungkin.


Mungkin ia merupakan tempoh untuk saya berehat sebentar dan kick back and relax.


Ya, rehat sambil baca buku yang bertimbun2 beli dan masih belum buka plastik wrappingnya!


Kemudian terdapat dua buah buku yang menjentik kembali hati saya agar menghidupkan lompatan-lompatan elektrik dalam otot kepala saya lalu menggerakkan gear-gear tangan untuk kembali menulis. Dua buah buku yang saya maksudkan itu adalah


  • Pandangan hidup Muslim : Abuya Hamka
  • Propagandis Zaman : Subky Abdul Latif

Dua2 nih saya tak habiskan pun. Buat muka tak bersalah lalu berkata 'tak sempat habiskanlah..'


Buku Abuya yang paling kuat sekali mempengaruhi saya untuk menulis. Dan sebuah ayat dari tulisan Pak Subky menyebabkan saya melompat tak tentu hala. Hati tak sabar2 untuk menghidupkan balik bakat yang dikuburkan beberapa bulan lalu. Terus saya tak continue buku yang dipinjam dari anak bongsu beliau dan berniat untuk mencari 'Anak Apak' sambil2 meneruskan menulis


Namun sekali lagi,

Janji tinggal janji~~ Janji kali ini dicapatikan dengan mentaga malas beralaskan daun pisang.


Saya still tak tulis2... Sehingga beberapa hari lalu saya menghadapi incident yang (mungkin, minta2 tak dapat) bakal merenggut kebolehan saraf saya berfungsi dalam beberapa taun lagi.

Di sebalik sujud solat saya, terdetik rasa insaf kerana hampir-hampir sahaja saya mendapat tanah percuma seluas 3 kaki lebar, 7 kaki panjang dan 7 kaki dalam jika tidak kerana rezeki dan detikan yang Allah bagi untuk larikan diri. Namun tempiasnya tetap kena.


Ah.. alangkah ruginya tangan dan kaki ini jika tidak dipulangkan balik dalam keadaan berjasa membawa tuannya ke syurga.

Ish.. ruginya bakat jika ia sekadar wasted away tidak menghidupkan bakat yang sama dalam diri orang lain.

Maka, terkamburlah kuburan wotpog  dan saya akan kembali menulis


insyaAllah, berkat dari doa para pembaca yang masih setia dengan wotpog, saya tidak lagi berjalan. Saya akan berlari

Kerana ini adalah larian terakhir saya sehingga saya dijemput tuhan, insyaAllah.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


wotpog diberi nafas baru dengan bernama wotpog


huh?


W0o.. Tuh Pikiran 0rang Genius!


No comments: