Wednesday, 29 May 2013

Nasihat kawan bagi member yang nak kahwin - part 3 (bahagian kewangan dan teknikal)

Assalamualaikum wbt



Kini sudah pun masuk bahagian terakhir tips yang saya share pada anda semua. Alhamdulillah, selesai juga.


Baik, bahagian terakhir ini lebih kepada isu kewangan dan teknikal. Sejujurnya, saya bukanlah orang yang layak berkongsi dalam hal ini sebab saya dikategorikan sebagai orang kedekut! Lol~ tak caya sila tanya kawan2 saya. Ngehehe..


Gambo Hiasan.


Antara isu yang selalu dibangkitkan bagi pihak lelaki adalah tidak empunya wang yang cukup untuk masuk meminang wanita yang mereka ingin bina masjid bersama. Banyak jer pulak maklum balas seperti, wanita yang rendah maharnya lebih baik, lebih baik spend sikit-sikit, meriah sangat bazir. Syaitan suka... Ok para lelaki yang nak kahwin, saya cabar anda! Semasa perbincangan mengenai perbelanjaan, awal2 anda isytiharkan berapa banyak yang anda mampu. Jika mereka tak setuju, anda walk out with head held up high. Wah, drama disitu!


Baik baik.. sebenarnya isu ini boleh diatasi dari awal lagi. Sebelum saya kongsikan bagaimana, biar saya bagitau nilai dalam realiti yang serba materialistik ini (bergantung pada kedudukan anda dan kedudukan bakal pasangan anda)



At least RM20 000 untuk majlis bahagian perempuan termasuk wang hantaran, hadiah, dan mas kahwin. (nilai warga marhean macam penulis. Mungkin ada yang lebih rendah atau sebaliknya!)


Kalau buat majlis lelaki, sediakan lagi RM15 000. Tapi insyaAllah, ada sahaja bantuan dari keluarga. Namun jangan berharap sangat. Sediakan juga. Yang lebih tuh boleh digunakan untuk pasca perkahwinan.
So total kat sini RM35 000. Sure korang dah, garu kepala, rasa down dan dah hilang semangat. Mana lah nak cekau (cari) RM35 000? Bukan family kita kerja printing duit kan atau ada pokok yang tumbuh duit? Rileks.. Cool... chill... Lap dulu batuk darah atas meja tuh. Setiap masalah sentiasa ada solusi, bukan?


Allah swt dan RasulNya tidak pernah membebankan umatnya. Hatta bab perkahwinan pun. Namun jika kita compare apple to apple (sebijik jibik), amat lah tidak logik sekali. Zaman yang kita hidup ini, ditambah pula dengan budaya biar papa asal bergaya dalam masyarakat, kita tidak dapat merasai kemudahan yang Islam berikan 100%. Mungkin ketika perbincangan taaruf (perkenalan), telah pun dipersetujui nilai yang bakal diberi dan diterima. Akan tetapi percaya wahai saudara saudari, tiba pada hari sebenar perbincangan, nilai yang dipersetujui itu bagai telah disapu bawah kapet. Hilang je akibat faktor-faktor berlaku seperti ini saya tak mahu sebut, tapi biasanya akan berlaku.


Maka, harap hangpa bersabaq ya kalau berlaku perkara ini. Ini realiti yang tidak dapat dielak.
Menangis berlagu haru biru.. T^T


So bagaimana nak dapatkan nilai RM35 000 ini?


Caranya adalah, belajar rajin2 sampai dapat gi luar negara lepas SPM. Wahaha.. kapitalisnya saya di kala ini! =p


Ye, memang tidak dapat dinafikan mereka yang belajar diluar negara empunya kelebihan untuk menyimpan duit. Tapi bagaimana pula dalam negara? InsyaAllah tips yang saya berikan ini valid untuk kedua-dua kes termasuk juga lelaki dan perempuan.


  • Simpan dan jangan sentuh langsung minimum 20% dari elaun belajar yang anda dapat setiap bulan. Katakan anda dapat RM700. So anda simpan RM140.
  • Simpan di dalam akaun simpanan yang memberikan dividen yang dijamin halal seperti Tabung Haji. Keberkatan beb. Kalau tak berkat, memang akan jadi susah proses nak menikah nanti.
  • Menongkah arus budaya remaja. Anda tak / kurang spend kat entertainment, fashion dan benda-benda rapu repek. Mungkin anda dilihat boy scout/girls guide, skema maksima, extremist bahkan dituduh warga Bulatan Gembira. Tapi chill.. berikat perut demi masa depan. Nak sempurnakan iman. Hangpa ingat senang? Syaitan dah janji nak kacau kiri kanan depan belakang apa? (7:17)
  • Tahu dan kenal yang mana satu keperluan dan yang mana satu keinginan. Yang perlu, anda boleh mati, jatuh sakit, malu, dianggap gila kalau takde. Yang ingin, kalau tak dapat, anda masih tidak disolatkan dan ditalkinkan.
  • Jika anda empunya hajat-dari-kecil yang anda rasa tak tahan untuk miliki sebab dah ada duit, hang beli ja kalau dah tak tahan sangat. Selagi tahan selagi tuh tak yah beli. (Ex : zaman2 dulu saya terliur tengok robot gundam dan mengidam sampai abis SPM, bila dah start dapat duit sendiri baru beli. Hehe.. saya lahir dari family yang kurang mampu…alhamdulillah. Tapi beli je, sekarang benda tuh tersimpan dalam kotak. Keinginan rapu repek bukan? *blush*
  • Kalau sudah biasa jual mee segera, ubat gigi, tuala wanita (?), vico 3in1 masa duduk di asrama, gunakan kelebihan ini dengan berniaga kecil-kecilan di zaman Universiti. Untuk extra income.
  • JANGAN KEDEKUT utk SEDEKAH dan INFAQ (pemberian duit untuk jalan Allah). Aik? Awat, counter-resolve nih? Yakin dan imanilah. Keberkatan pemberian ikhlas anda itu pasti Allah akan balas dari jalan-jalan yang anda tidak sangka.

So dengan jumlah saving tadi, (katakan anda menyimpan selama 4 tahun belajar) anda dapat dah RM8175.90; dengan 8% dividen setiap tahun. Tapi kalau anda study luar negara, nilai dia lain sikit dik.

Katakan Euro ek?
140€ x 12 bulan x 4 tahun belajar = 6720€
1€ = RM4 ; Maka 6720€ x 4 = RM26880!!!

Hehe.. buta-buta je dah boleh angkat bini lepas belajar… So jangan terkejut kalau rakan-rakan luar negara kita kahwin muda ye?

 
OK. Kembali ke alam realiti. Setelah kita berhempas pulas untuk mendapatkan segulung sijil bernama degree, anda pun keluar cari kerja. Biasanya disaat ini, warga lelaki akan lebih tertekan sebab sudah mula terdetik nak kahwin la..  perlu jaga family la... Maka warga lelaki yang tak dapat-dapat kerja atau income empunya sifat-sifat sensitif yang medium kronik. Lagi-lagi kalau geng2 dia yang lain dapat kerja steady. Hehe..


Isu kerja, mungkin saya akan ceritakan di entri yang lain. Maka, kita anggap anda dapat solid job yang menerima gaji bulanan RM3500. Tolak EPF, anda dapat RM3000. So cara seterusnya adalah,

  • Kekalkan simpanan minimum sebanyak 20%. KWSP tuh belakang kira. So dengan RM3000 tuh anda Simpan RM600 sebulan. Baki RM2400 tuh cukup sangat nak hidup sebulan untuk seorang.
  • Elakkan dari start pinjam bank. Kalau perlu, sekadar minima je. Motor seringkasnya, kereta se-simple nyer. Ingat! Simpanan mininum, yang lebih tuh adalah bonus masa depan!
  • Elakkan terjebak dalam budaya mewah. Makan nak Resipi Rahsia, atau Nondos adalah budaya yang perlu diminimakan. Boleh je sekali sekala. Tapi bukanlah setiap hari / minggu!
  • Mula buat rekod perbelanjaan keluar masuk. Senang nak manage duit. Kalau tak reti, boleh minta perkhidmatan saya. Lol~
  • Anda mula sudah melihat baju-baju yang agak branded seperti Unta, Teka, Mangga, Kucci dan Romano. Terpegun dengar perkataan ‘sales’. Well, tak salah nak beli. Banyak kot RM2400 tuh. Tapi belanjalah sewajarnya. Kalau tak si tanduk berekor sentiasa jadi teman rapat anda.
  • Kedekut biar kena tempat. Memang wujud member yang suka ‘pow’. Cara nak elak adalah bawa duit secukupnya sahaja. Kad ATM tinggal kat rumah. Lol.
  • Yang mana merokok tuh, inilah masanya untuk cut-down kadar hisapan anda. Nak lebih baik, say good-bye, sayonara, astalavista teruih!
  • Sekali lagi, JANGAN KEDEKUT SEDEKAH dan INFAQ. Kalau nak start wakaf ke, derma bina masjid, bantu anak yatim, dan qurban amat-amat digalakkkan. Reasonnya? Balasan dan rahmat Allah pasti ada. ^^


Dengan jumlah saving ini, dalam masa 3 tahun, anda sudah pun dapat RM35000! Kejap je 3 tahun tuh. Kalau anda stick kat satu kerja, anda dah dapat 3 tahun pengalaman dah dan mungkin telah pun dinaikkan pangkat! ^^
Apa? Lama sangat 3 tahun? Dah tak tahan dah nak kahwin?


Sebagaimana Rasullullah gariskan, cubalah berpuasa. 3 tahun itu sebenarnya cukup untuk kita buat persediaan hati dan mental untuk menjadi suami, laki orang, imam dan ketua rumah. (Saya yakin wanita lebih tabah dan power dalam bab tahan untuk kahwin). Belum masuk lagi bab menjadi ayah dan pada masa yang sama maintain menjadi anak yang soleh. 3 tahun tuh lebih dari cukup untuk kita at least hadam dan tahu buat ibadah2 asas seperti solat, wuduk dan sebagainya..


hah? Dah tau?


Ok tambah, doa dan zikir panjang sikit, solat jenazah, sembelih ayam, azan,  surah-surah lazim.



3 tahun itu juga lebih dari cukup untuk kumpul ilmu-ilmu kefahaman dan of course didikan jiwa. Buku-buku ilmiah mengenai islam dah banyak di pasaran tak macam dulu. Bahkan internet pun dah banyak, kuliah dari para ustat dan ustazah juga dah ada kat telebisen. Maka anda juga perlu berguru. Pilihlah sorang sahabat yang ana percaya yang mampu membimbing anda, atau cari ustat/uztazah yang ada percayai mampu membentuk anda untuk menjadi lebih baik.


Percayalah~ 3 tahun tuh kejap je insyaAllah…

Eh ? buat apa nak simpan kalau tak gatal sangat nak kahwin ?


Jika anda rasa boleh lambat-lambat kahwin, saya tak halang pun. Namun  jangan sampai bila dah terasa nak kahwin, anda terpaksa tunggu lagi 3 tahun baru boleh kahwin sebab tak simpan duit! Katakan umur 27 baru muncul rasa, dah 30 baru kahwin! Anggaplah cara simpan duit ini salah satu cara untuk anda saving for the rainy days. Mana tau, awal2 rasa tak nak kahwin lepas tetiba datang seru nak kahwin. Kan dah tak pikir sangat isu duit disitu?

Gambo Hiasan


Masuk pula bahagian teknikal. Saya tidak akan sentuh bahagian borang dan kursus kahwin. Setiap negeri ada empunya procedurnya. So better anda penuh masa anda ke kursus pra-perkahwinan walaupun kadang kala agak repek-rapu. 1 tips, perlu salin setiap info penting mengenai hal borang itu ye.

teknikal yang maksudkan adalah seperti berikut:

  • Pemilihan tarikh : kalau boleh biarlah kena pada hari yang semua orang boleh hadir ke majlis anda (kecuali anda mmg nak restrict jumlah guest sebab tak cukup duit, hawhawhaw). So maksudnya sudah tentu pada hari minggu musim cuti sekolah buat pilihan umum. Maka, sebelum perbincangan antara family berlaku, bincang dulu dengan family tarikh nikah dan majlis.  Boleh lah plan bila mau amik cuti.
  • Kalau anda bertunang, rahsiakanlah serahsia-rahsia mungkin. Sehingga sebulan 2 bulan nak kahwin baru buat sidang media ye? Lol~ (saya cari hadis pasal tunang perlu rahsia, tapi tak jumpa, rasa mcm ada) lain la kalau family nk diri khemah, pasang bunga manggar bagai. So kalu ini kesnya, angkat sebelah kening lalu katakan ‘nak buat meriah, tolong bayarkan semua belanja tunang, cheq ada duit cukup majlis kawen ja’. Pergh, drama sekali lagi disitu!
  • Ini masanya untuk mengetahui sejarah medikal (medical history)  mengenai keluarga terdekat anda dan juga diri anda. Saya galakkan supaya anda buat full medical checkup supaya anda tahu sejauh mana anda telah ‘pakai’ diri anda ketika bujang. Ini untuk pasangan anda juga. Mana tau anda dah tipis2 nk kena kencing manis, bini anda pulak masak guna 1kg gula seminggu. Kan dah naya dah?
     
  •  Sudah tau anda nak campakkan diri anda dan bakal anda di mana, yakni rumah anda berdua. Awal2 mgkn selesa utk menumpang rumah keluarga lelaki. Tapi amatlah sesuai kalau dah dapat cari rumah sewa yang sementara. Ini untuk tujuan mewujudkan suasana yang anda sudah menjadi laki bini, tak boleh berpayungkan rumah parent lagi.
     
  • Bila bab nak beli cincin, hang hantar mak hang pi pilih cincin bersama bakal. Tak ramai lelaki yang appreacite ice and blings (diamonds and golds ) sebab lelaki haram pakai. Better tak perlu ada sekali masa nak beli. Jangan lupa bagitau budget barang kemas anda pada pihak wanita. Lebih budget tambah sendri. Lol~
  • Oh ya, bab cincin juga. Perlu ingat dalam emas putih ada kandungan emas jugak eventhough tak nampak warna emas. Untuk lelaki beli silver, tembaga atau stainless steel. Hahaha…!!
  • Bab baju, tema dan etc etc… erm.. biasanya dalam family anda pasti akan tetiba muncul seorang ‘wedding planner’. Lagi-lagi kalau anda berjaya untuk sekalikan majlis dengan pihak wanita.   Hehe.. Namun begitu, perlu jugak anda intervene jika ada yang tak mengikut citarasa anda, sebab itu adalah majlis anda. Anda demand baju yang tak ketat, anda demand tak mau kena tabur beras or kne renjis. Namun, jika yang tukang bayar majlis anda adalah pihak lain yang ingin tabur beras or renjis anda, maka anda tak empunya suara disitu. Maka simpanlah duit secukupnya supaya tak kena tabur beras macam bagi ayam makan. KuurrKurr.. Hehe..
  • Jika anda ambil Catering, jangan over dalam jumlah tetamu yang bakal datang. Make a detail list of guest. Kalau tak, duit yang anda bayar untuk makanan akhirnya ke longkang dan syaitan yang bertenggek berdekatan sedang bertepuk riang.
  • Saya cukup anti dengan khurafat ‘darah manis’. Segala takdir itu ditangan tuhan. Kalau ada yang kata jangan keluar pi masjid ka, cari halaqah ka sebab darah manis. Buat dek ja ok? Guna alasan darah manis utk tak pi lepak mamak malam2 buta tuh boleh kot. Hahaha..
     
  •  2 bulan lebih kurang, anda sudah boleh mula jaga badan sikit. Yang lelaki for sure tak mau nampak buncit dalam gambar kahwin. Seksa tau nak tarik2 perut setiap kali orang ambil gambar. Dah la masa majlis entah berapa ratus gambar orang amik gambar!
  • Cuba kenali apa itu pencuci muka, dental floss, shampoo rambut, sikat serta minyak wangi. Anda kena start belajar melaram untuk bini anda. Bukan bini anda saje ek?

  • Mandi wap / sauna untuk tanggalkan daki2 yang mungkin anda simpan sejak spm lagi. Berurut jika perlu.
  • 2-3 hari sebelum tarikh akad nikah, elakkan dari makan benda2 yang merepek2 seperti lauk yang hampir2 nak basi. (ini adalah rahsia kenapa nasi kandar sedap, eh? Yeke?)
     
  •  Anda mungkin nak buat bachelors night mcm dalam tv, 2  3 hari sebelum tarikh nikah. Tapi saya cadangkan anda beruzlah (mengasingkan diri) untuk satu hari di masjid atau mana2 tempat untuk anda flash back diri bagaimana anda habiskan diri anda masa bujang dulu. Bangun solat malam seperti solat taubat. Bagi bersih macam bayi masa nk akad nanti insyaAllah

  • Keep calm, and say your akad clearly.
     
  • Pada hari majlis, sesungguhnya ia hari yang paling anda rasa bahagia. Dan juga hari paling streeessss!! The crowd. The Heat. The Attention. The Camera Flash. The Uncomfortable clothes. The feeling want to attend the guest but unable to do it because the title ‘Raja Sehari’. The rush to take wedding photo. And the list goes on. Just keep a cool head and smile to the camera!
  • Jika mampu, asingkan tempat makan lelaki dan perempuan seperti di pantai timur. Lebih manis dipandang orang. Jika di Abu Dhabi, hanya pengantin lelaki sahaja yang boleh masuk rumah yang dijadikan tempat makan wanita.

  • Hand over your phone to someone you trust and able to pick up any calls (and even take pictures of u using ur phone!). Kire anda perlu hire a Personal Assistant to help you on that day. Do charge your HP ya?
  • Layan sungguh2 member-member anda yang sanggup datang jauh², ambil cuti pulak. Lagi2 yang datang masa time akad nikah. Sahabat asli sukar dicari tuh! Greet them and sit with them for at least 5 min. Kira diorg dapat layan vip dari vvip tuh! hehe..
  • Do help the house keeping whenever possible ok? Title raja sehari anda biasanya tamat pada pukul 4 ptg.
     
  •  Kalau masuk bab honeymoon.. terpulang pada masing2. Nak oneshot grand holiday boleh. Nak sikit2 and budget holiday tapi tiap2 bulan boleh. Yang penting, it’s a memorable experience together. *wink*
     
  • Lastly, buckle up,  ladies and gentlemen for the ride of your life where the road is not always smooth and subtle till you dying day~!
Gambo Hiasan
 

 Maka, berakhirlah 3 bahagian nasihat saya kepada rakan-rakan pembaca yang ingin dan bakal mendirikan rumah tangga. Sekadar berkongsi apa yang saya lalui insyaAllah. Mungkin ada tips yang saya terlepas pandang atau tidak sesuai dengan pembaca, mohon kemaafan dipinta (yeah~ ayat raya sudah mari!)


Akhir sekali, Saya doakan kepada mereka yang bakal mendirikan masjid, sepenuh kerahmatan dan keberkatan dari Allah SWT dan semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dari awal dan akhir majlis akad nikah dan perkahwinan anda. Saya berdoa juga yang anda dianugerahkan waris-waris yang membawa kepada generasi ulung umat Islam, yang soleh, yang tidak memutuskan pahala anda, dan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anda berdua, insyaAllah. Ya Allah, perkenankanlah doa hambamu ini..

Ameen..



1 comment:

Nur Syahirah Hainan said...

Good share☺️☺️☺️