Tuesday, 21 May 2013

Nasihat kawan bagi member yang nak kahwin - Part 2 (bahagian Mental)

Assalamualaikum wbt


Entri yang terdahulu sudah pun menyentuh bahagian hati. Sememangnya perlu kita niatkan pada hati-hati kita dengan penuh hati-hati. Bukan sebarang niat semestinya. Sememangnya niat adalah permulaan ibadah.


Bahagian kedua ini insyaAllah saya akan sentuh mengenai persediaan mental. More towards mind setting actually. Eh ? Entri dulu kata mind set ni lain. Hoho.. selepas niat, perlu juga kita bersedia dengan minda kita. Of course! Selama ini kita hidup secara individu di bawah payungan Mak Apak atau secara individu di bawah payungan baju hujan sendiri. Selepas mendirikan rumah tangga kita sudah pun hidup berkongsi yakni berdua. Kau kau aku aku dah tak boleh dah, kiter kiter ajeerr! ^^


Sebelum saya membuatkan anda mula menukar tab atau belog-belog yang lebih menarik, biar saya celoteh dulu perbezaan antara lelaki dan perempuan.

huh?

Obvious kot siapa lelaki dan siapa perempuan… Awat perlu tau lagi..? Yang mana masuk tandas lelaki tuh lelaki, yang mana masuk tandas perempuan tuh perempuan. Belum jumpa lagi tandas untuk mereka yang berada di ’tengah-tengah’…


Kalau kita seorang lelaki, adakah kita tahu cara pemikiran seorang wanita? Kalau kita seorang wanita, adakah kita sedar corak pemikiran seorang jejaka?

Ada yang (mungkin) kata ya. Ye la, sebab environment yang kita dibesarkan sedikit sebanyak membolehkan kita membaca pemikiran mereka. Namun kita hanya tahu secara amnya, bukan secara individu. Corak pemikiran ini secara lazimnya membawa kepada personaliti masing-masing. Personaliti setiap manusia macam sebuah rojak penuh dengan macam-macam bahan yang akhirnya membentuk dirinya. Tak pun, seperti satu lukisan abstrak yang menerima perlbagai jenis warna yang dimana akhirnya membentuk satu masterpiece yang tersendiri.





Gambo Hiasan



Baik.. penerimaan ‘orang baru’ dalam hidup kita adakalanya mudah dan adakalanya susah. Saat kita benar-benar menerima seadanya pasangan kita amat sukar kita temui sempadannya sebagaimana berubahnya malam ke siang. Kita tidak tahu di mana sempadan malam di mana sempadan siang. 


Bagi golongan lelaki, biasanya kami mahukan wanita yang sekian-sekian dan sekian-sekian. (masing-masing ada citarasa okkeyy?)

Begitu juga golongan wanita, yang juga empunya citarasa sendiri.

Namun, kita tidak sebenar-benarnya ketahui 100% personaliti dan pemikiran masing-masing sehingga kita hidup serumah walaupun pada zahirnya tampak anggun menawan lagi hensem bergaya.


Bila hang dah kahwin nanti hang rasalah… Tapi inilah permainan risiko yang kita sepatutnya tunggu-tunggu. Kedambaan pada yang sempurna hanya menawarkan hati sendiri. Kekurangan yang kita temui patutnya kita rasa excited kerana ia adalah salah satu sikap dan sifat pasangan kita kahwini itu. Things that made he/she himself/herself. So adalah tidak patut sesuatu kekurangan kecil pada pasangan, boleh menggoyangkan tangga rumah anda. Eh? Menggegarkan rumahtangga. When you found imperfection, you’ll eventually find perfection within! (eh, dah wujud belum peribahasa nii? Kalau belum, saya nak buat trademark. Lol)


Sebab tuh, pentingnya saya tekankan bahagian niat sebelum ini. Niat akan mengambil alih perasaan memberontak dan ‘menyesal’ jika terdapatnya kekurangan yang tidak kita sedari atau sangkakan dalam pasangan kita. Niat kerana Allah akan meredhakan dan men’cool’kan hati jika timbulnya isu-isu ini.


Seperti peribahasa Ikan di laut Asam di Darat dalam periuk bertemu jua; ternyata sudah pun berbeza suasana dan perspektif Pari yang hidup dalam laut berbanding dengan Asam yang duduk di alam tinggi berjuntai di atas pokok.


Namun apabila bersama, wujudlah satu masakan menjilat jari yakni, Ikan pari masak asam pedas. Eh lapar la plak…


Yang ingin saya katakan di sini adalah keupayaan masing-masing dalam membentuk satu sinergi dan kerjasama.



Dengan pengalaman hidup yang tak seberapa ini… Saya ingin kongsi tips bersama anda. Maka apabila kita hendak / ingin berkahwin perlu kita empunya persediaan minda seperti berikut :

-       Sentiasa terbuka untuk sebarang komunikasi.
Bukan bermaksud menggunakan talipon paling canggih dan plan pascabayar paling untung. Tapi sedia memberi nasihat dan komen; secara berhikmah; dan bersedia untuk mendengar sebarang nasihat dan komen dari pasangan kita. Komunikasi ini memang sangat mencabar untuk kita bina kerana ia ada bersangkut paut dengan kepercayaan dan toleransi pasangan kita. Biarlah ia terbina sedikit demi sedikit. Oh ya, elakkan sebarang dzhan yakni sangkaan atau lebih mesra dengan perkataan assumption. Well, saya dalam bidang Oil and Gas ini meletakkan assumption adalah mother of all disaster!


 
Perlu ada sikap untuk mendengar apa jua yang pasangan kita celotehkan.

Kadang-kala dia mahu seseorang untuk dengar apa yang mereka ceritakan. Tapi biasanya kita lelaki, akan sentiasa mengambil seriyus apa yang dicelotehkan walhal perkara itu sekadar luahat harian pasangan anda dan perkara itu sudah lama selesai. Apa yang saya nak cakap kat sini adalah, kita sebagai seorang lelaki perlu lebih byk mendengar. Namun pada masa yang sama, wanita juga perlu memberi ruang mendengar pada suami. Ini dituju khas pada mereka yang berkahwin dengan jejaka-jejaka yang boleh tahan sikap mengomel dan berceloteh. Berbeza tau luahan perasaan dan luahan masalah. Luahan masalah perlukan solusi dan buah padangan pendengar, manakala luahan perasaan hanya memerlukan telinga untuk mendengar dan perasaan memahami apa yang diluahkan itu.



Menerima kekurangan kecil pada pasangan dan cuba untuk menasihatinya.

Siapa yang biasa campak aje baju kotor kat mana celah2 pintu atau dah pakai tuala letak je atas katil, boleh senyum menyengih selama 3 jam. Ataupun siapa yang suka menimbunkan pinggan di sinki atau keluar bilik selalu lupa tutup lampu boleh minum segelen air. Haaa.. inilah antara kekurangan-kekurangan kecil yang mungkin ada pada pasangan kita. Kena pulak kalau kita yang menyirap sepekat air sirap kalau kita tak suka, memang ada yang menarik muka. Well… mungkin pada awal 3 bulan perkahwinan, semuanya indah-indah belaka. Sentiasa ‘Takper Sayang’ atau ‘Its ok honey’. Lepas tuh gerenti ada yang ‘Awat hang tak reti sidai tuala hang?’ atau ‘Makan tak reti nak basuh ke cik abang?’ Benda-benda ini bukan sepatutnya menjadi satu isu yang boleh buat perang dingin yang lama atau bahan ungkitan. Asam garam rumahtangga bak kata orang tua-tua. Tegur dengan berhikmah, kemudian plan of action and solution bersama.  Dalam perkara ini, kedua-dua belah pihak memainkan peranan.



Perlu ingat yang kita sudah hidup berdua dan Fahami apa yang mereka inginkan.

Perkara ini juga agak subtle untuk kita sentuh. Secara am, kita agak apa yang masing-masing perlukan. Tapi inilah yang agak bahaya, kita buat assumptions sahaja. Seorang isteri biasanya mahu rasa diperlukan. Seorang suami biasanya mahu rasa memerlukan. Nampak harmonis, tapi sangat susah dicapai. Kadang kala kita tak faham bila waktunya pasangan kita perlukan masa untuk diri sendiri.
Ada juga yang sentiasa mahukan masa untuk diri sendiri sehingga tiada masa bersama pasangan. Kan dah bertekak (slang selatan untuk bertengkar) tak tentu pasal ? Di era penuh penting diri ini, majoriti antara kita sudah menjadi individualistik tanpa kita sedari. Sikap individualistik ini biasanya akan membawa kepada salah faham. Sebab itu bahagian komunikasi diletakkan bahagian paling atas.


Gambo Hiasan



Untuk penutup entri ini, saya nak bagi tips khas kepada jejaka-jejaka yang bakal kahwin, insyaAllah. Sekadar perkongsian dari pacal yang tak seberapa nih ^^

  • Bersedia untuk menjadi imam, ketua, kawan dan suami kepada pasangan anda. Tanggungjawab beb. Kita sudah mengambil alih posisi ayahnya kan?
  • Bersedia untuk memayung isteri anda dan anak-anak anda sampai mati. Maksudnya, gaji yang anda dapat, kemungkinan besar anda tak merasa langsung untuk diri sendiri. Kut ye pun mungkin sikit je. Tapi takper beb, pahala tuh! Nasib la siapa yang kapel duk payung gila-gila. Hangus tak dapat pahala pong!

  • Being her guide till the end. Jadi juga imam solat pasangan anda bila berkesempatan. Jadi tukang betul bacaan qurannya. Isteri mana yang rasa tak best bila dapat suami yang soleh ? Bacaan sedap tuh bonus ye dik? Bukan semua lelaki empunya suara sedap
  • Help her around. Amatlah sadis jika isteri anda sedang terkontang kanting basuh kain, in the same time goreng ikan, sambil2 dukung anak tapi anda sedang syok layan 9gag.
  • Know her limits, weakness and fear. Anda kan dah jadi Hero paling hensem dalam kehidupan isteri anda? Siapa lagi nak selamatkan dia kan? trololol
  • Tahu bila untuk mengalah dan stop argument. Agak payah sikit sebab kita lelaki nih biasanya empunya ego yang tinggi. Mengalah bukan bermaksud kita sengaja biar di Kawal-Pemaisuri. Tegas dalam kelembutan orang panggil.
  • Jangan terlalu push or pressure. Wanita memang makhluk berahsia, manja dan mengada. Sila empunya sabar yang berkualiti sebab anda pilih dia untuk jadi bini.
  • Stop anything that we do and start listening tentively bila sang isteri menyatakan masalah atau luahan hati. Tak payah la nak buat multitasking sangat, dengar sambil baca email dalam phone.
  • Jadilah sepurfek gentleman yang mungkin walaupun anda tau anda tak gentleman langsung. Sang isteri pasti teruja melihat effort anda untuk jadi gentleman. Lol
  • Know her clothes and shoe size. Her likes and dislikes. Her trusted brand and products. Sebab tuh kena gak follow her shopping bila perlu. Tang fulus tuh hang tanggung, sebab hang kawen ngan dia. Tapi berpada-pada ye dik oi? Kamu tak tumbuh duit di ketiak atau kepala kami. lol
  • Bagi dia attention dan pujian. Kadang kala kita tak sedar apa jenis tudung or baju si isteri kita ada. So pay attention-lah. Kalau dia tiba-tiba tanya ‘cantik tak?’ tuh tanda dia baru beli. Hehehe…
  • Melaram sikit bila keluar dengan isteri. Tahu la kita masa bujang dulu selébét dengan jersi, selipar dan jeans lusuh. Bila dah berbini kena Up-sikit style, supaya isteri sanggup mengaku bini.
  • Surprise her whenever possible. Ini tidak termasuk dengan cara berkelubung putih lalu menyergah isteri di sebalik dinding.  Nanti ada yang naik ambulans nanti.
  • Date your wife whenever possible. Masa beli barang dapur ke. Masa keluar pasar malam ke. Siapa yang dah awal2 kapel mmg tak merasa the total sweetness of dating after kahwin.
  • Let her experience something that she never had. Tak pernah dapat bunga sekuntum? Bagi bunga… Tak pernah nak bot? bawak naik bot kat putrajaya… Tak pernah naik helikopter? Err.. err.. helikopter kechik kat funfair boleh?
  • Experience new things together. Biasanya kalau pi jenjalan cari makan atau melancong dalam negara. Holiday means money. So plan out together-lah?
  • Kalau anda spesis keluang atau kelawar peminum teh mamak, perlu kurangkan dah. Banyak perkara yang memerlukan kudrat lelaki di rumah sebenarnya. Perbuatan anda sikit sebanyak membuatkan isteri anda terkilan dan kecil hati, tambah2 kalau sudah ada anak. (Suami yg jadi Superhero Kebenaran yang keluar menyelamat dunia dikecualikan. Harap faham ye dik?)
  • Kalau mmg gak nak keluar malam, bawak isteri anda sekali. Tapi sebelum pi mamak or burger bakar, pi masjid / surau memana dengar kuliah sesama dan isyak bersama.
  • Jika isteri anda rindukan familynya, balik kampung bersama ke kampungnya. Mungkin pada peringkat awal agak frequent. Tapi insyaAllah, over time sang isteri memahami kekangan waktu kita setiap weekend. Itu penting komunikasi
  • Kalau boleh, bagi dia satu benda yang kita tak boleh buat tapi dia boleh buat. Paling basic is bab masak la. Tapi kalau semua anda boleh, perlu ingat ada satu lagi anda tak boleh... Beranak!  



Gambo Hiasan



Tips-tips
ini sebenarnya evergreen dan sangat-sangat penting bagi mereka yang berkahwin dengan pasangan yang mereka yang tak kenal sangat. Sebab ada perkara-perkara kecil yang lelaki terlepas pandang walhal sang isteri dambakan. Mungkin bila dah lama, anak pun dah 3, 8… cabaran dan dugaan sudah berlainan. Maka tipsnya pun berlainan. Saya tak merasa lagi, so belum layak lagi.Hehe..



Apa yang saya kongsikan disini insyaAllah syariah compliance. Boleh juga rujuk ke blog sahabat kita ni untuk dapatkan hadis-hadis dan ayat quran yang bersangkut-paut mengenai hal ini dan bacaan tambahan.

InsyaAllah, untuk bahagian akhir, saya akan sentuh mengenai Ekonomi dan urusan teknikal.



Semoga bermanfaat untuk semua. Peace~ ^^



Dan segala kebenaran itu hanya diketahuiNya


Simon Malik

1 comment:

Nadiah Insyirah said...

subhanallah. I really like your writing bro. santai & relax but then dpt m'buka minda sy tntg prsediaan sblum brkhwin dr sudut yg berbeza. malahan, menepati saranan agama. Alhamdulillah. terima kasih ats perkongsian ni. amat berguna buat sy. :)