Sunday, 19 May 2013

Nasihat kawan bagi member yang nak kahwin (Bahagian Hati)

Assalamualaikum wbt




 Tahniah kerana berjaya ke mari untuk menjentik otak serta jiwa anda!







Entri ini ditulis untuk rakan-rakan di luar sana yang bakal membina masjid lalu beribadat di dalamnya. Eh, bukan masjid Besi Berani atau Masjid Putera. Tapi masjid yang dibina oleh seorang lelaki dan seorang perempuan atas dasar takwa dan keimanan. Pergh! keskemaan disitu!


Saya antara member-member yang agak awal mendirikan masjid ; atau dalam bahasa melayunya, mendirikan rumahtangga. Setelah sekian lama berkahwin, saya terdetik hendak berkongsi sedikit sebanyak tips dan nasihat. Mungkin lebih untuk sang lelaki, tapi saya cuba untuk tidak seksis dalam memberi nasihat ini.Untuk hidangan pembuka selera, saya ceritakan sedikit pengalaman saya sendiri. Pada tahun yang saya berkahwin, saya sedikit pun tidak pernah terlintas untuk berkahwin pada awal tahun tersebut.


..Beeetuuulll..!


Masa itu saya di dalam Masjid UKM ingin menunaikan solat jumaat bersama-sama pelajar2 lain. Ketika itu sudah pun masuk ke Semester 2 pengajian Masters saya. Saya masih ingat lagi ada pengumuman mengenai kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan untuk pelajar dan warga UKM. Semestinya untuk pelajar harga yuran pendaftarannya lebih murah. Teringin juga nak hadiri memandangkan murah. Tapi saya berkata dengan diri saya balik, ‘Ah, bukan kau nak kahwin tahun ini’. Mati terus niat asal saya. Pejam celik, akhir tahun tuh Allah izinkan saya mendirikan rumah tangga.


Magis bukan? HAha.. tiada magis dalam hal ini. Cuma ketentuan ilahi.


Tipulah kalau saya tak minat perempuan. Walaupun pernah dilabel gay sewaktu ketika dahulu, tapi saya lelaki straight okkeeyy?? Saya tak main double standard. Pada masa kejadian di masjid tersebut, saya pada masa yang sama memang terminat dengan seorang gadis ini yang baru saya kenal masa awal pengajian. Tapi masa tuh keazaman utuh untuk menghabiskan pengajian Masters menghalang saya melarikan diri dari tempat pengajian. Eh. Menghalang saya dari meneruskan niat saya untuk approach gadis ini. Ye la, dari duk ganggu keimanan, baik terus approach betul tak?


Maka, saya juga berniat, jika saya tiba-tiba mendapat pekerjaan, pasti akan saya sempurnakan iman ini.


Sebulan lepas tuh, dapat interview kerja yang saya tak pernah pun apply.


tup tup dapat.


Tup tup, terus saya tanya gadis ini (yang sekarang ini menjadi isteriku… ^^), bila boleh jumpa parents?


Alih-alih selesai dah.. alhamdulillah..



 

(Gambar Hiasan)



Maka hendak saya katakan di sini, Never underestimate the power of Niat, bak kata seorang Ustaz yang saya selalu ketemui dulu. Hadis mengenai Niat ini rata-rata menjadi hadis pertama dalam mana-mana kumpulan hadis.  Ternyata ia adalah pintu utama bagi sebarang perkara atau ibadat yang anda hendak buat.


InsyaAllah, niat anda semua untuk berkahwin rata-rata kerana Allah.


Benarkah?


Apakah kamu kata kamu sudah beriman sebelum kamu diuji. Aik? Macam pernah dengar kan? *grin*



Ya tuan-tuan dan puan-puan, encik, abang adik kakak..Dugaan pra-perkahwinan, ketika bersanding, pasca perkahwinan dan pasca-pasca perkahwinan adalah angin lintang yang biasanya datang berhembus tanpa ramal. Siapa yang tak tahan pasti akan melentuk, menyembah bumi akibat akar kesungguhan tercabut. Jika sebab akar atau root cause, or simply Niat, anda tidak seutuh mana, maka siap sedia untuk bergoyang-goyang kiri dan kanan dek taufan bernama masalah rumahtangga!


Eh, awat hang seriyus sangat nih?


Chill... Chill… Saya hendak katakan disini perkahwinan bukan perkara semudah menghirup ABC Pak Seman, atau merestart komputer anda bila hang.. Pernikahan adalah satu ibadah yang indah dilakukan bersama-sama, ibadah yang membina modal awal anda ke syurga dan ibadah yang penuh getir namun best takde tolok bandingnya.


It All goes to Niat, obviously...



Berbeza dengan mindset. Mindset tidak dapat menerima spontaneous matter. Mindset menolak unpredictable event. Mindset berserabut dengan misinterpreted assumptions. Di sini Niat bagaikan satu patung span lembut, yang menerima segala pukulan dan tekanan selagi mana ia bertunjangkan keimanan dan ketakwaan. Maka timbulnya sabar dan positif. Kedua-dua susah nak timbul bila niat ada berbaur material dan duniawi.


Tak caya?


Habis tuh, cuba hang pa explain ngan cheq, apa sebab depa boleh kawin orang yang depa tak betui2 kenai?


For sure korang cakap,


Eh, macam mana kau pasti kau serasi dengan dia? Tak de class you. Kenalah kapel2. Kenal2..

Gilerrlah broo..! Ko tak takut dia ada penyakit gila ke, sawan ke... Tak pun pernah ditebuk ke? Tak nak aku amik risiko macam ko, bro. Warespeksamaluu!!

Aku tengok dia macam panas baran je. Mau-mau kau asyik kena sepak teranjang

You. You tak takut ke asyik kena tinggal sorang aje ? I tengok die selalu keluar malam pergi sitting la. Pergi mengeteh la. Entah2, pergi untuk menggatal.




First of all, kalau korang orang islam yang benar-benar berserah diri pada Allah, maka sangkaan-sangkaan tadi hanyalah tiupan-tiupan kegagalan bagi anda.  Jika berlaku rintangan (seperti contoh di atas) yang mendatang, pasti anda akan redha terlebih dahulu, lalu meneruskan solutionnya bersama.


Ia bagaikan satu risiko di mana anda perjudikan kehidupan anda yang serba stagnant dan provincial semasa bujang. Risiko yang kemudiannya anda berasa puas dengan hasil yang mendatang. Ia berbeza dengan cara anda ingin menikmati kuih karipap tersohor di tempat anda. Habis setiap satu kedai anda cuba. Lalu dinyatakan natijahnya yang sekian2 itu sedap. Atau anda inginkan pakaian yang paling matching dalam hidup anda. Setiap tingkat dan lorong kedai disinggah. Lalu dibelinya sehelai baju yang dicarinya itu.


Habis tuh, apakah penulis bermaksud tangkap muat adalah lebih baik?


Buat rakan-rakan, harap korang jangan konfius dengan buta tuli dengan bijak pandai. Jika bayangan anda adalah, pergi ke satu tempat, dikumpulkan semua teruna/dara yang ada, lalu dipilih satu. Itu buta tuli yang diulit nafsu wahai kawan…Memilih pasangan bukan macam anda ke Bazar Ramadhan mencari juadah berbuka puasa atau mencari kuih tunjuk. Kerana sebelum memilih itu, perlu ditepuk iman anda, mengapa anda hendak berkahwin? Apakah Ikut trend batch kelahiran anda? Jeng jeng jeng…


Proses pemilihan bukan satu lesen penuh untuk anda berkapel. Anda hanya dapat lesen penuh bila sah akad nikah korang. Banyak je cara lain. Cara yang paling mudah adalah mendapat infonya sendiri dari Mak Apaknya, rakan-rakan karibnya atau dari orang yang anda percayai. Ala macam korg tak biasa buat bila korang pi sesuatu tempat. Mesti korang tanya rakan² yang pernah ke situ untuk cari tempat makan best bukan? Tak pun Google. Kan macam cari maklumat tuh? *Senyum*
Tidak saya sangkal kita perlu memilih. Kerana pilihan itu apa yang kita mahu. Yang begini begitu. Yang macam ini macam itu. Namun perlu ingat wahai kawan, tak semua orang sempurna. Nobodispurfek. Maka kekurangan-kekurangan yang muncul kemudian pasti anda redhai dan terima dengan adanya Niat asal yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan. 


Sememangnya selepas itu perlu ada langkah penyelesaian, kalau tak ada yang duk tarik rambut setiap hari. Disamping itu, hati perlu disejuk dengan kedinginan wuduk pemadam amarah. Fikiran itu perlu tenang di alunkan dengan ayat-ayat Allah. Niat yang betul itu biasanya menjadi sauh jiwa dan akal agar tidak hanyut jauh. InsyaAllah mudahlah penyelesaian masalah tersebut.


Dan of course, apabila niat kerana Allah itu, maka pasti akan sentiasa ada pertolongan dari Allah swt. Pertolongan macam mana? Sudah tentu pertolongan yang tidak disangka2!

Bunyi macam senang je kan? "Sahaja aku nikah kerana Allah taala..."     =.=  

Hang penah dengaq Parrot habaq benda sama??



Jadi, perbaharui niat anda yang sudah semestinya baik kepada yang lebih mulia disisi Allah. Di kala ambang perkahwinan ini, jangan lupa juga give and take dengan Allah. Ayat-ayatnya perlu dibaca selalu demi menguatkan jiwa. Solatnya juga perlu tip top as that’s the only time we officially contact Allah. Kerana Ibadah-ibadah ini yang bakal membantu jiwa dan akal anda di kala meharungi perkahwinan. Bahagian jiwa dan akal akan saya postkan entri nya akan datang, insyaAllah…


Bagi yang dah pun berjabat tangan, bergambar sakan, belum lagi terlewat kawan! Masih lagi ada waktu untuk perbaharui niat selagi nyawa belum sampai kerongkong atau mahkamah syariah agung. (saje tmbh agung utk rhyme, lol)


Dan Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya..



p/s : Selamat mendirikan rumah tangga buat para teman yang bakal mendirikan rumah tangga. Bagi yang sudah. Selamat Pengantin baru~! Moga ikatan kamu berdua dirahmati dan diberkati Allah. ^^
 





Simon Malik

2 comments:

Damang said...

waaah, bukan main lagi adam, nasihat dari orang yang berpengalaman, hehehe. ^^

Nur Syahirah Hainan said...

Sgt bguna✌­čĆ╝️✌­čĆ╝✌­čĆ╝