Wednesday, 29 May 2013

Nasihat kawan bagi member yang nak kahwin - part 3 (bahagian kewangan dan teknikal)

Assalamualaikum wbt



Kini sudah pun masuk bahagian terakhir tips yang saya share pada anda semua. Alhamdulillah, selesai juga.


Baik, bahagian terakhir ini lebih kepada isu kewangan dan teknikal. Sejujurnya, saya bukanlah orang yang layak berkongsi dalam hal ini sebab saya dikategorikan sebagai orang kedekut! Lol~ tak caya sila tanya kawan2 saya. Ngehehe..


Gambo Hiasan.


Antara isu yang selalu dibangkitkan bagi pihak lelaki adalah tidak empunya wang yang cukup untuk masuk meminang wanita yang mereka ingin bina masjid bersama. Banyak jer pulak maklum balas seperti, wanita yang rendah maharnya lebih baik, lebih baik spend sikit-sikit, meriah sangat bazir. Syaitan suka... Ok para lelaki yang nak kahwin, saya cabar anda! Semasa perbincangan mengenai perbelanjaan, awal2 anda isytiharkan berapa banyak yang anda mampu. Jika mereka tak setuju, anda walk out with head held up high. Wah, drama disitu!


Baik baik.. sebenarnya isu ini boleh diatasi dari awal lagi. Sebelum saya kongsikan bagaimana, biar saya bagitau nilai dalam realiti yang serba materialistik ini (bergantung pada kedudukan anda dan kedudukan bakal pasangan anda)



At least RM20 000 untuk majlis bahagian perempuan termasuk wang hantaran, hadiah, dan mas kahwin. (nilai warga marhean macam penulis. Mungkin ada yang lebih rendah atau sebaliknya!)


Kalau buat majlis lelaki, sediakan lagi RM15 000. Tapi insyaAllah, ada sahaja bantuan dari keluarga. Namun jangan berharap sangat. Sediakan juga. Yang lebih tuh boleh digunakan untuk pasca perkahwinan.
So total kat sini RM35 000. Sure korang dah, garu kepala, rasa down dan dah hilang semangat. Mana lah nak cekau (cari) RM35 000? Bukan family kita kerja printing duit kan atau ada pokok yang tumbuh duit? Rileks.. Cool... chill... Lap dulu batuk darah atas meja tuh. Setiap masalah sentiasa ada solusi, bukan?


Allah swt dan RasulNya tidak pernah membebankan umatnya. Hatta bab perkahwinan pun. Namun jika kita compare apple to apple (sebijik jibik), amat lah tidak logik sekali. Zaman yang kita hidup ini, ditambah pula dengan budaya biar papa asal bergaya dalam masyarakat, kita tidak dapat merasai kemudahan yang Islam berikan 100%. Mungkin ketika perbincangan taaruf (perkenalan), telah pun dipersetujui nilai yang bakal diberi dan diterima. Akan tetapi percaya wahai saudara saudari, tiba pada hari sebenar perbincangan, nilai yang dipersetujui itu bagai telah disapu bawah kapet. Hilang je akibat faktor-faktor berlaku seperti ini saya tak mahu sebut, tapi biasanya akan berlaku.


Maka, harap hangpa bersabaq ya kalau berlaku perkara ini. Ini realiti yang tidak dapat dielak.
Menangis berlagu haru biru.. T^T


So bagaimana nak dapatkan nilai RM35 000 ini?


Caranya adalah, belajar rajin2 sampai dapat gi luar negara lepas SPM. Wahaha.. kapitalisnya saya di kala ini! =p


Ye, memang tidak dapat dinafikan mereka yang belajar diluar negara empunya kelebihan untuk menyimpan duit. Tapi bagaimana pula dalam negara? InsyaAllah tips yang saya berikan ini valid untuk kedua-dua kes termasuk juga lelaki dan perempuan.


  • Simpan dan jangan sentuh langsung minimum 20% dari elaun belajar yang anda dapat setiap bulan. Katakan anda dapat RM700. So anda simpan RM140.
  • Simpan di dalam akaun simpanan yang memberikan dividen yang dijamin halal seperti Tabung Haji. Keberkatan beb. Kalau tak berkat, memang akan jadi susah proses nak menikah nanti.
  • Menongkah arus budaya remaja. Anda tak / kurang spend kat entertainment, fashion dan benda-benda rapu repek. Mungkin anda dilihat boy scout/girls guide, skema maksima, extremist bahkan dituduh warga Bulatan Gembira. Tapi chill.. berikat perut demi masa depan. Nak sempurnakan iman. Hangpa ingat senang? Syaitan dah janji nak kacau kiri kanan depan belakang apa? (7:17)
  • Tahu dan kenal yang mana satu keperluan dan yang mana satu keinginan. Yang perlu, anda boleh mati, jatuh sakit, malu, dianggap gila kalau takde. Yang ingin, kalau tak dapat, anda masih tidak disolatkan dan ditalkinkan.
  • Jika anda empunya hajat-dari-kecil yang anda rasa tak tahan untuk miliki sebab dah ada duit, hang beli ja kalau dah tak tahan sangat. Selagi tahan selagi tuh tak yah beli. (Ex : zaman2 dulu saya terliur tengok robot gundam dan mengidam sampai abis SPM, bila dah start dapat duit sendiri baru beli. Hehe.. saya lahir dari family yang kurang mampu…alhamdulillah. Tapi beli je, sekarang benda tuh tersimpan dalam kotak. Keinginan rapu repek bukan? *blush*
  • Kalau sudah biasa jual mee segera, ubat gigi, tuala wanita (?), vico 3in1 masa duduk di asrama, gunakan kelebihan ini dengan berniaga kecil-kecilan di zaman Universiti. Untuk extra income.
  • JANGAN KEDEKUT utk SEDEKAH dan INFAQ (pemberian duit untuk jalan Allah). Aik? Awat, counter-resolve nih? Yakin dan imanilah. Keberkatan pemberian ikhlas anda itu pasti Allah akan balas dari jalan-jalan yang anda tidak sangka.

So dengan jumlah saving tadi, (katakan anda menyimpan selama 4 tahun belajar) anda dapat dah RM8175.90; dengan 8% dividen setiap tahun. Tapi kalau anda study luar negara, nilai dia lain sikit dik.

Katakan Euro ek?
140€ x 12 bulan x 4 tahun belajar = 6720€
1€ = RM4 ; Maka 6720€ x 4 = RM26880!!!

Hehe.. buta-buta je dah boleh angkat bini lepas belajar… So jangan terkejut kalau rakan-rakan luar negara kita kahwin muda ye?

 
OK. Kembali ke alam realiti. Setelah kita berhempas pulas untuk mendapatkan segulung sijil bernama degree, anda pun keluar cari kerja. Biasanya disaat ini, warga lelaki akan lebih tertekan sebab sudah mula terdetik nak kahwin la..  perlu jaga family la... Maka warga lelaki yang tak dapat-dapat kerja atau income empunya sifat-sifat sensitif yang medium kronik. Lagi-lagi kalau geng2 dia yang lain dapat kerja steady. Hehe..


Isu kerja, mungkin saya akan ceritakan di entri yang lain. Maka, kita anggap anda dapat solid job yang menerima gaji bulanan RM3500. Tolak EPF, anda dapat RM3000. So cara seterusnya adalah,

  • Kekalkan simpanan minimum sebanyak 20%. KWSP tuh belakang kira. So dengan RM3000 tuh anda Simpan RM600 sebulan. Baki RM2400 tuh cukup sangat nak hidup sebulan untuk seorang.
  • Elakkan dari start pinjam bank. Kalau perlu, sekadar minima je. Motor seringkasnya, kereta se-simple nyer. Ingat! Simpanan mininum, yang lebih tuh adalah bonus masa depan!
  • Elakkan terjebak dalam budaya mewah. Makan nak Resipi Rahsia, atau Nondos adalah budaya yang perlu diminimakan. Boleh je sekali sekala. Tapi bukanlah setiap hari / minggu!
  • Mula buat rekod perbelanjaan keluar masuk. Senang nak manage duit. Kalau tak reti, boleh minta perkhidmatan saya. Lol~
  • Anda mula sudah melihat baju-baju yang agak branded seperti Unta, Teka, Mangga, Kucci dan Romano. Terpegun dengar perkataan ‘sales’. Well, tak salah nak beli. Banyak kot RM2400 tuh. Tapi belanjalah sewajarnya. Kalau tak si tanduk berekor sentiasa jadi teman rapat anda.
  • Kedekut biar kena tempat. Memang wujud member yang suka ‘pow’. Cara nak elak adalah bawa duit secukupnya sahaja. Kad ATM tinggal kat rumah. Lol.
  • Yang mana merokok tuh, inilah masanya untuk cut-down kadar hisapan anda. Nak lebih baik, say good-bye, sayonara, astalavista teruih!
  • Sekali lagi, JANGAN KEDEKUT SEDEKAH dan INFAQ. Kalau nak start wakaf ke, derma bina masjid, bantu anak yatim, dan qurban amat-amat digalakkkan. Reasonnya? Balasan dan rahmat Allah pasti ada. ^^


Dengan jumlah saving ini, dalam masa 3 tahun, anda sudah pun dapat RM35000! Kejap je 3 tahun tuh. Kalau anda stick kat satu kerja, anda dah dapat 3 tahun pengalaman dah dan mungkin telah pun dinaikkan pangkat! ^^
Apa? Lama sangat 3 tahun? Dah tak tahan dah nak kahwin?


Sebagaimana Rasullullah gariskan, cubalah berpuasa. 3 tahun itu sebenarnya cukup untuk kita buat persediaan hati dan mental untuk menjadi suami, laki orang, imam dan ketua rumah. (Saya yakin wanita lebih tabah dan power dalam bab tahan untuk kahwin). Belum masuk lagi bab menjadi ayah dan pada masa yang sama maintain menjadi anak yang soleh. 3 tahun tuh lebih dari cukup untuk kita at least hadam dan tahu buat ibadah2 asas seperti solat, wuduk dan sebagainya..


hah? Dah tau?


Ok tambah, doa dan zikir panjang sikit, solat jenazah, sembelih ayam, azan,  surah-surah lazim.



3 tahun itu juga lebih dari cukup untuk kumpul ilmu-ilmu kefahaman dan of course didikan jiwa. Buku-buku ilmiah mengenai islam dah banyak di pasaran tak macam dulu. Bahkan internet pun dah banyak, kuliah dari para ustat dan ustazah juga dah ada kat telebisen. Maka anda juga perlu berguru. Pilihlah sorang sahabat yang ana percaya yang mampu membimbing anda, atau cari ustat/uztazah yang ada percayai mampu membentuk anda untuk menjadi lebih baik.


Percayalah~ 3 tahun tuh kejap je insyaAllah…

Eh ? buat apa nak simpan kalau tak gatal sangat nak kahwin ?


Jika anda rasa boleh lambat-lambat kahwin, saya tak halang pun. Namun  jangan sampai bila dah terasa nak kahwin, anda terpaksa tunggu lagi 3 tahun baru boleh kahwin sebab tak simpan duit! Katakan umur 27 baru muncul rasa, dah 30 baru kahwin! Anggaplah cara simpan duit ini salah satu cara untuk anda saving for the rainy days. Mana tau, awal2 rasa tak nak kahwin lepas tetiba datang seru nak kahwin. Kan dah tak pikir sangat isu duit disitu?

Gambo Hiasan


Masuk pula bahagian teknikal. Saya tidak akan sentuh bahagian borang dan kursus kahwin. Setiap negeri ada empunya procedurnya. So better anda penuh masa anda ke kursus pra-perkahwinan walaupun kadang kala agak repek-rapu. 1 tips, perlu salin setiap info penting mengenai hal borang itu ye.

teknikal yang maksudkan adalah seperti berikut:

  • Pemilihan tarikh : kalau boleh biarlah kena pada hari yang semua orang boleh hadir ke majlis anda (kecuali anda mmg nak restrict jumlah guest sebab tak cukup duit, hawhawhaw). So maksudnya sudah tentu pada hari minggu musim cuti sekolah buat pilihan umum. Maka, sebelum perbincangan antara family berlaku, bincang dulu dengan family tarikh nikah dan majlis.  Boleh lah plan bila mau amik cuti.
  • Kalau anda bertunang, rahsiakanlah serahsia-rahsia mungkin. Sehingga sebulan 2 bulan nak kahwin baru buat sidang media ye? Lol~ (saya cari hadis pasal tunang perlu rahsia, tapi tak jumpa, rasa mcm ada) lain la kalau family nk diri khemah, pasang bunga manggar bagai. So kalu ini kesnya, angkat sebelah kening lalu katakan ‘nak buat meriah, tolong bayarkan semua belanja tunang, cheq ada duit cukup majlis kawen ja’. Pergh, drama sekali lagi disitu!
  • Ini masanya untuk mengetahui sejarah medikal (medical history)  mengenai keluarga terdekat anda dan juga diri anda. Saya galakkan supaya anda buat full medical checkup supaya anda tahu sejauh mana anda telah ‘pakai’ diri anda ketika bujang. Ini untuk pasangan anda juga. Mana tau anda dah tipis2 nk kena kencing manis, bini anda pulak masak guna 1kg gula seminggu. Kan dah naya dah?
     
  •  Sudah tau anda nak campakkan diri anda dan bakal anda di mana, yakni rumah anda berdua. Awal2 mgkn selesa utk menumpang rumah keluarga lelaki. Tapi amatlah sesuai kalau dah dapat cari rumah sewa yang sementara. Ini untuk tujuan mewujudkan suasana yang anda sudah menjadi laki bini, tak boleh berpayungkan rumah parent lagi.
     
  • Bila bab nak beli cincin, hang hantar mak hang pi pilih cincin bersama bakal. Tak ramai lelaki yang appreacite ice and blings (diamonds and golds ) sebab lelaki haram pakai. Better tak perlu ada sekali masa nak beli. Jangan lupa bagitau budget barang kemas anda pada pihak wanita. Lebih budget tambah sendri. Lol~
  • Oh ya, bab cincin juga. Perlu ingat dalam emas putih ada kandungan emas jugak eventhough tak nampak warna emas. Untuk lelaki beli silver, tembaga atau stainless steel. Hahaha…!!
  • Bab baju, tema dan etc etc… erm.. biasanya dalam family anda pasti akan tetiba muncul seorang ‘wedding planner’. Lagi-lagi kalau anda berjaya untuk sekalikan majlis dengan pihak wanita.   Hehe.. Namun begitu, perlu jugak anda intervene jika ada yang tak mengikut citarasa anda, sebab itu adalah majlis anda. Anda demand baju yang tak ketat, anda demand tak mau kena tabur beras or kne renjis. Namun, jika yang tukang bayar majlis anda adalah pihak lain yang ingin tabur beras or renjis anda, maka anda tak empunya suara disitu. Maka simpanlah duit secukupnya supaya tak kena tabur beras macam bagi ayam makan. KuurrKurr.. Hehe..
  • Jika anda ambil Catering, jangan over dalam jumlah tetamu yang bakal datang. Make a detail list of guest. Kalau tak, duit yang anda bayar untuk makanan akhirnya ke longkang dan syaitan yang bertenggek berdekatan sedang bertepuk riang.
  • Saya cukup anti dengan khurafat ‘darah manis’. Segala takdir itu ditangan tuhan. Kalau ada yang kata jangan keluar pi masjid ka, cari halaqah ka sebab darah manis. Buat dek ja ok? Guna alasan darah manis utk tak pi lepak mamak malam2 buta tuh boleh kot. Hahaha..
     
  •  2 bulan lebih kurang, anda sudah boleh mula jaga badan sikit. Yang lelaki for sure tak mau nampak buncit dalam gambar kahwin. Seksa tau nak tarik2 perut setiap kali orang ambil gambar. Dah la masa majlis entah berapa ratus gambar orang amik gambar!
  • Cuba kenali apa itu pencuci muka, dental floss, shampoo rambut, sikat serta minyak wangi. Anda kena start belajar melaram untuk bini anda. Bukan bini anda saje ek?

  • Mandi wap / sauna untuk tanggalkan daki2 yang mungkin anda simpan sejak spm lagi. Berurut jika perlu.
  • 2-3 hari sebelum tarikh akad nikah, elakkan dari makan benda2 yang merepek2 seperti lauk yang hampir2 nak basi. (ini adalah rahsia kenapa nasi kandar sedap, eh? Yeke?)
     
  •  Anda mungkin nak buat bachelors night mcm dalam tv, 2  3 hari sebelum tarikh nikah. Tapi saya cadangkan anda beruzlah (mengasingkan diri) untuk satu hari di masjid atau mana2 tempat untuk anda flash back diri bagaimana anda habiskan diri anda masa bujang dulu. Bangun solat malam seperti solat taubat. Bagi bersih macam bayi masa nk akad nanti insyaAllah

  • Keep calm, and say your akad clearly.
     
  • Pada hari majlis, sesungguhnya ia hari yang paling anda rasa bahagia. Dan juga hari paling streeessss!! The crowd. The Heat. The Attention. The Camera Flash. The Uncomfortable clothes. The feeling want to attend the guest but unable to do it because the title ‘Raja Sehari’. The rush to take wedding photo. And the list goes on. Just keep a cool head and smile to the camera!
  • Jika mampu, asingkan tempat makan lelaki dan perempuan seperti di pantai timur. Lebih manis dipandang orang. Jika di Abu Dhabi, hanya pengantin lelaki sahaja yang boleh masuk rumah yang dijadikan tempat makan wanita.

  • Hand over your phone to someone you trust and able to pick up any calls (and even take pictures of u using ur phone!). Kire anda perlu hire a Personal Assistant to help you on that day. Do charge your HP ya?
  • Layan sungguh2 member-member anda yang sanggup datang jauh², ambil cuti pulak. Lagi2 yang datang masa time akad nikah. Sahabat asli sukar dicari tuh! Greet them and sit with them for at least 5 min. Kira diorg dapat layan vip dari vvip tuh! hehe..
  • Do help the house keeping whenever possible ok? Title raja sehari anda biasanya tamat pada pukul 4 ptg.
     
  •  Kalau masuk bab honeymoon.. terpulang pada masing2. Nak oneshot grand holiday boleh. Nak sikit2 and budget holiday tapi tiap2 bulan boleh. Yang penting, it’s a memorable experience together. *wink*
     
  • Lastly, buckle up,  ladies and gentlemen for the ride of your life where the road is not always smooth and subtle till you dying day~!
Gambo Hiasan
 

 Maka, berakhirlah 3 bahagian nasihat saya kepada rakan-rakan pembaca yang ingin dan bakal mendirikan rumah tangga. Sekadar berkongsi apa yang saya lalui insyaAllah. Mungkin ada tips yang saya terlepas pandang atau tidak sesuai dengan pembaca, mohon kemaafan dipinta (yeah~ ayat raya sudah mari!)


Akhir sekali, Saya doakan kepada mereka yang bakal mendirikan masjid, sepenuh kerahmatan dan keberkatan dari Allah SWT dan semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dari awal dan akhir majlis akad nikah dan perkahwinan anda. Saya berdoa juga yang anda dianugerahkan waris-waris yang membawa kepada generasi ulung umat Islam, yang soleh, yang tidak memutuskan pahala anda, dan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anda berdua, insyaAllah. Ya Allah, perkenankanlah doa hambamu ini..

Ameen..



Tuesday, 21 May 2013

Nasihat kawan bagi member yang nak kahwin - Part 2 (bahagian Mental)

Assalamualaikum wbt


Entri yang terdahulu sudah pun menyentuh bahagian hati. Sememangnya perlu kita niatkan pada hati-hati kita dengan penuh hati-hati. Bukan sebarang niat semestinya. Sememangnya niat adalah permulaan ibadah.


Bahagian kedua ini insyaAllah saya akan sentuh mengenai persediaan mental. More towards mind setting actually. Eh ? Entri dulu kata mind set ni lain. Hoho.. selepas niat, perlu juga kita bersedia dengan minda kita. Of course! Selama ini kita hidup secara individu di bawah payungan Mak Apak atau secara individu di bawah payungan baju hujan sendiri. Selepas mendirikan rumah tangga kita sudah pun hidup berkongsi yakni berdua. Kau kau aku aku dah tak boleh dah, kiter kiter ajeerr! ^^


Sebelum saya membuatkan anda mula menukar tab atau belog-belog yang lebih menarik, biar saya celoteh dulu perbezaan antara lelaki dan perempuan.

huh?

Obvious kot siapa lelaki dan siapa perempuan… Awat perlu tau lagi..? Yang mana masuk tandas lelaki tuh lelaki, yang mana masuk tandas perempuan tuh perempuan. Belum jumpa lagi tandas untuk mereka yang berada di ’tengah-tengah’…


Kalau kita seorang lelaki, adakah kita tahu cara pemikiran seorang wanita? Kalau kita seorang wanita, adakah kita sedar corak pemikiran seorang jejaka?

Ada yang (mungkin) kata ya. Ye la, sebab environment yang kita dibesarkan sedikit sebanyak membolehkan kita membaca pemikiran mereka. Namun kita hanya tahu secara amnya, bukan secara individu. Corak pemikiran ini secara lazimnya membawa kepada personaliti masing-masing. Personaliti setiap manusia macam sebuah rojak penuh dengan macam-macam bahan yang akhirnya membentuk dirinya. Tak pun, seperti satu lukisan abstrak yang menerima perlbagai jenis warna yang dimana akhirnya membentuk satu masterpiece yang tersendiri.





Gambo Hiasan



Baik.. penerimaan ‘orang baru’ dalam hidup kita adakalanya mudah dan adakalanya susah. Saat kita benar-benar menerima seadanya pasangan kita amat sukar kita temui sempadannya sebagaimana berubahnya malam ke siang. Kita tidak tahu di mana sempadan malam di mana sempadan siang. 


Bagi golongan lelaki, biasanya kami mahukan wanita yang sekian-sekian dan sekian-sekian. (masing-masing ada citarasa okkeyy?)

Begitu juga golongan wanita, yang juga empunya citarasa sendiri.

Namun, kita tidak sebenar-benarnya ketahui 100% personaliti dan pemikiran masing-masing sehingga kita hidup serumah walaupun pada zahirnya tampak anggun menawan lagi hensem bergaya.


Bila hang dah kahwin nanti hang rasalah… Tapi inilah permainan risiko yang kita sepatutnya tunggu-tunggu. Kedambaan pada yang sempurna hanya menawarkan hati sendiri. Kekurangan yang kita temui patutnya kita rasa excited kerana ia adalah salah satu sikap dan sifat pasangan kita kahwini itu. Things that made he/she himself/herself. So adalah tidak patut sesuatu kekurangan kecil pada pasangan, boleh menggoyangkan tangga rumah anda. Eh? Menggegarkan rumahtangga. When you found imperfection, you’ll eventually find perfection within! (eh, dah wujud belum peribahasa nii? Kalau belum, saya nak buat trademark. Lol)


Sebab tuh, pentingnya saya tekankan bahagian niat sebelum ini. Niat akan mengambil alih perasaan memberontak dan ‘menyesal’ jika terdapatnya kekurangan yang tidak kita sedari atau sangkakan dalam pasangan kita. Niat kerana Allah akan meredhakan dan men’cool’kan hati jika timbulnya isu-isu ini.


Seperti peribahasa Ikan di laut Asam di Darat dalam periuk bertemu jua; ternyata sudah pun berbeza suasana dan perspektif Pari yang hidup dalam laut berbanding dengan Asam yang duduk di alam tinggi berjuntai di atas pokok.


Namun apabila bersama, wujudlah satu masakan menjilat jari yakni, Ikan pari masak asam pedas. Eh lapar la plak…


Yang ingin saya katakan di sini adalah keupayaan masing-masing dalam membentuk satu sinergi dan kerjasama.



Dengan pengalaman hidup yang tak seberapa ini… Saya ingin kongsi tips bersama anda. Maka apabila kita hendak / ingin berkahwin perlu kita empunya persediaan minda seperti berikut :

-       Sentiasa terbuka untuk sebarang komunikasi.
Bukan bermaksud menggunakan talipon paling canggih dan plan pascabayar paling untung. Tapi sedia memberi nasihat dan komen; secara berhikmah; dan bersedia untuk mendengar sebarang nasihat dan komen dari pasangan kita. Komunikasi ini memang sangat mencabar untuk kita bina kerana ia ada bersangkut paut dengan kepercayaan dan toleransi pasangan kita. Biarlah ia terbina sedikit demi sedikit. Oh ya, elakkan sebarang dzhan yakni sangkaan atau lebih mesra dengan perkataan assumption. Well, saya dalam bidang Oil and Gas ini meletakkan assumption adalah mother of all disaster!


 
Perlu ada sikap untuk mendengar apa jua yang pasangan kita celotehkan.

Kadang-kala dia mahu seseorang untuk dengar apa yang mereka ceritakan. Tapi biasanya kita lelaki, akan sentiasa mengambil seriyus apa yang dicelotehkan walhal perkara itu sekadar luahat harian pasangan anda dan perkara itu sudah lama selesai. Apa yang saya nak cakap kat sini adalah, kita sebagai seorang lelaki perlu lebih byk mendengar. Namun pada masa yang sama, wanita juga perlu memberi ruang mendengar pada suami. Ini dituju khas pada mereka yang berkahwin dengan jejaka-jejaka yang boleh tahan sikap mengomel dan berceloteh. Berbeza tau luahan perasaan dan luahan masalah. Luahan masalah perlukan solusi dan buah padangan pendengar, manakala luahan perasaan hanya memerlukan telinga untuk mendengar dan perasaan memahami apa yang diluahkan itu.



Menerima kekurangan kecil pada pasangan dan cuba untuk menasihatinya.

Siapa yang biasa campak aje baju kotor kat mana celah2 pintu atau dah pakai tuala letak je atas katil, boleh senyum menyengih selama 3 jam. Ataupun siapa yang suka menimbunkan pinggan di sinki atau keluar bilik selalu lupa tutup lampu boleh minum segelen air. Haaa.. inilah antara kekurangan-kekurangan kecil yang mungkin ada pada pasangan kita. Kena pulak kalau kita yang menyirap sepekat air sirap kalau kita tak suka, memang ada yang menarik muka. Well… mungkin pada awal 3 bulan perkahwinan, semuanya indah-indah belaka. Sentiasa ‘Takper Sayang’ atau ‘Its ok honey’. Lepas tuh gerenti ada yang ‘Awat hang tak reti sidai tuala hang?’ atau ‘Makan tak reti nak basuh ke cik abang?’ Benda-benda ini bukan sepatutnya menjadi satu isu yang boleh buat perang dingin yang lama atau bahan ungkitan. Asam garam rumahtangga bak kata orang tua-tua. Tegur dengan berhikmah, kemudian plan of action and solution bersama.  Dalam perkara ini, kedua-dua belah pihak memainkan peranan.



Perlu ingat yang kita sudah hidup berdua dan Fahami apa yang mereka inginkan.

Perkara ini juga agak subtle untuk kita sentuh. Secara am, kita agak apa yang masing-masing perlukan. Tapi inilah yang agak bahaya, kita buat assumptions sahaja. Seorang isteri biasanya mahu rasa diperlukan. Seorang suami biasanya mahu rasa memerlukan. Nampak harmonis, tapi sangat susah dicapai. Kadang kala kita tak faham bila waktunya pasangan kita perlukan masa untuk diri sendiri.
Ada juga yang sentiasa mahukan masa untuk diri sendiri sehingga tiada masa bersama pasangan. Kan dah bertekak (slang selatan untuk bertengkar) tak tentu pasal ? Di era penuh penting diri ini, majoriti antara kita sudah menjadi individualistik tanpa kita sedari. Sikap individualistik ini biasanya akan membawa kepada salah faham. Sebab itu bahagian komunikasi diletakkan bahagian paling atas.


Gambo Hiasan



Untuk penutup entri ini, saya nak bagi tips khas kepada jejaka-jejaka yang bakal kahwin, insyaAllah. Sekadar perkongsian dari pacal yang tak seberapa nih ^^

  • Bersedia untuk menjadi imam, ketua, kawan dan suami kepada pasangan anda. Tanggungjawab beb. Kita sudah mengambil alih posisi ayahnya kan?
  • Bersedia untuk memayung isteri anda dan anak-anak anda sampai mati. Maksudnya, gaji yang anda dapat, kemungkinan besar anda tak merasa langsung untuk diri sendiri. Kut ye pun mungkin sikit je. Tapi takper beb, pahala tuh! Nasib la siapa yang kapel duk payung gila-gila. Hangus tak dapat pahala pong!

  • Being her guide till the end. Jadi juga imam solat pasangan anda bila berkesempatan. Jadi tukang betul bacaan qurannya. Isteri mana yang rasa tak best bila dapat suami yang soleh ? Bacaan sedap tuh bonus ye dik? Bukan semua lelaki empunya suara sedap
  • Help her around. Amatlah sadis jika isteri anda sedang terkontang kanting basuh kain, in the same time goreng ikan, sambil2 dukung anak tapi anda sedang syok layan 9gag.
  • Know her limits, weakness and fear. Anda kan dah jadi Hero paling hensem dalam kehidupan isteri anda? Siapa lagi nak selamatkan dia kan? trololol
  • Tahu bila untuk mengalah dan stop argument. Agak payah sikit sebab kita lelaki nih biasanya empunya ego yang tinggi. Mengalah bukan bermaksud kita sengaja biar di Kawal-Pemaisuri. Tegas dalam kelembutan orang panggil.
  • Jangan terlalu push or pressure. Wanita memang makhluk berahsia, manja dan mengada. Sila empunya sabar yang berkualiti sebab anda pilih dia untuk jadi bini.
  • Stop anything that we do and start listening tentively bila sang isteri menyatakan masalah atau luahan hati. Tak payah la nak buat multitasking sangat, dengar sambil baca email dalam phone.
  • Jadilah sepurfek gentleman yang mungkin walaupun anda tau anda tak gentleman langsung. Sang isteri pasti teruja melihat effort anda untuk jadi gentleman. Lol
  • Know her clothes and shoe size. Her likes and dislikes. Her trusted brand and products. Sebab tuh kena gak follow her shopping bila perlu. Tang fulus tuh hang tanggung, sebab hang kawen ngan dia. Tapi berpada-pada ye dik oi? Kamu tak tumbuh duit di ketiak atau kepala kami. lol
  • Bagi dia attention dan pujian. Kadang kala kita tak sedar apa jenis tudung or baju si isteri kita ada. So pay attention-lah. Kalau dia tiba-tiba tanya ‘cantik tak?’ tuh tanda dia baru beli. Hehehe…
  • Melaram sikit bila keluar dengan isteri. Tahu la kita masa bujang dulu selébét dengan jersi, selipar dan jeans lusuh. Bila dah berbini kena Up-sikit style, supaya isteri sanggup mengaku bini.
  • Surprise her whenever possible. Ini tidak termasuk dengan cara berkelubung putih lalu menyergah isteri di sebalik dinding.  Nanti ada yang naik ambulans nanti.
  • Date your wife whenever possible. Masa beli barang dapur ke. Masa keluar pasar malam ke. Siapa yang dah awal2 kapel mmg tak merasa the total sweetness of dating after kahwin.
  • Let her experience something that she never had. Tak pernah dapat bunga sekuntum? Bagi bunga… Tak pernah nak bot? bawak naik bot kat putrajaya… Tak pernah naik helikopter? Err.. err.. helikopter kechik kat funfair boleh?
  • Experience new things together. Biasanya kalau pi jenjalan cari makan atau melancong dalam negara. Holiday means money. So plan out together-lah?
  • Kalau anda spesis keluang atau kelawar peminum teh mamak, perlu kurangkan dah. Banyak perkara yang memerlukan kudrat lelaki di rumah sebenarnya. Perbuatan anda sikit sebanyak membuatkan isteri anda terkilan dan kecil hati, tambah2 kalau sudah ada anak. (Suami yg jadi Superhero Kebenaran yang keluar menyelamat dunia dikecualikan. Harap faham ye dik?)
  • Kalau mmg gak nak keluar malam, bawak isteri anda sekali. Tapi sebelum pi mamak or burger bakar, pi masjid / surau memana dengar kuliah sesama dan isyak bersama.
  • Jika isteri anda rindukan familynya, balik kampung bersama ke kampungnya. Mungkin pada peringkat awal agak frequent. Tapi insyaAllah, over time sang isteri memahami kekangan waktu kita setiap weekend. Itu penting komunikasi
  • Kalau boleh, bagi dia satu benda yang kita tak boleh buat tapi dia boleh buat. Paling basic is bab masak la. Tapi kalau semua anda boleh, perlu ingat ada satu lagi anda tak boleh... Beranak!  



Gambo Hiasan



Tips-tips
ini sebenarnya evergreen dan sangat-sangat penting bagi mereka yang berkahwin dengan pasangan yang mereka yang tak kenal sangat. Sebab ada perkara-perkara kecil yang lelaki terlepas pandang walhal sang isteri dambakan. Mungkin bila dah lama, anak pun dah 3, 8… cabaran dan dugaan sudah berlainan. Maka tipsnya pun berlainan. Saya tak merasa lagi, so belum layak lagi.Hehe..



Apa yang saya kongsikan disini insyaAllah syariah compliance. Boleh juga rujuk ke blog sahabat kita ni untuk dapatkan hadis-hadis dan ayat quran yang bersangkut-paut mengenai hal ini dan bacaan tambahan.

InsyaAllah, untuk bahagian akhir, saya akan sentuh mengenai Ekonomi dan urusan teknikal.



Semoga bermanfaat untuk semua. Peace~ ^^



Dan segala kebenaran itu hanya diketahuiNya


Simon Malik

Sunday, 19 May 2013

Nasihat kawan bagi member yang nak kahwin (Bahagian Hati)

Assalamualaikum wbt




 Tahniah kerana berjaya ke mari untuk menjentik otak serta jiwa anda!







Entri ini ditulis untuk rakan-rakan di luar sana yang bakal membina masjid lalu beribadat di dalamnya. Eh, bukan masjid Besi Berani atau Masjid Putera. Tapi masjid yang dibina oleh seorang lelaki dan seorang perempuan atas dasar takwa dan keimanan. Pergh! keskemaan disitu!


Saya antara member-member yang agak awal mendirikan masjid ; atau dalam bahasa melayunya, mendirikan rumahtangga. Setelah sekian lama berkahwin, saya terdetik hendak berkongsi sedikit sebanyak tips dan nasihat. Mungkin lebih untuk sang lelaki, tapi saya cuba untuk tidak seksis dalam memberi nasihat ini.Untuk hidangan pembuka selera, saya ceritakan sedikit pengalaman saya sendiri. Pada tahun yang saya berkahwin, saya sedikit pun tidak pernah terlintas untuk berkahwin pada awal tahun tersebut.


..Beeetuuulll..!


Masa itu saya di dalam Masjid UKM ingin menunaikan solat jumaat bersama-sama pelajar2 lain. Ketika itu sudah pun masuk ke Semester 2 pengajian Masters saya. Saya masih ingat lagi ada pengumuman mengenai kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan untuk pelajar dan warga UKM. Semestinya untuk pelajar harga yuran pendaftarannya lebih murah. Teringin juga nak hadiri memandangkan murah. Tapi saya berkata dengan diri saya balik, ‘Ah, bukan kau nak kahwin tahun ini’. Mati terus niat asal saya. Pejam celik, akhir tahun tuh Allah izinkan saya mendirikan rumah tangga.


Magis bukan? HAha.. tiada magis dalam hal ini. Cuma ketentuan ilahi.


Tipulah kalau saya tak minat perempuan. Walaupun pernah dilabel gay sewaktu ketika dahulu, tapi saya lelaki straight okkeeyy?? Saya tak main double standard. Pada masa kejadian di masjid tersebut, saya pada masa yang sama memang terminat dengan seorang gadis ini yang baru saya kenal masa awal pengajian. Tapi masa tuh keazaman utuh untuk menghabiskan pengajian Masters menghalang saya melarikan diri dari tempat pengajian. Eh. Menghalang saya dari meneruskan niat saya untuk approach gadis ini. Ye la, dari duk ganggu keimanan, baik terus approach betul tak?


Maka, saya juga berniat, jika saya tiba-tiba mendapat pekerjaan, pasti akan saya sempurnakan iman ini.


Sebulan lepas tuh, dapat interview kerja yang saya tak pernah pun apply.


tup tup dapat.


Tup tup, terus saya tanya gadis ini (yang sekarang ini menjadi isteriku… ^^), bila boleh jumpa parents?


Alih-alih selesai dah.. alhamdulillah..



 

(Gambar Hiasan)



Maka hendak saya katakan di sini, Never underestimate the power of Niat, bak kata seorang Ustaz yang saya selalu ketemui dulu. Hadis mengenai Niat ini rata-rata menjadi hadis pertama dalam mana-mana kumpulan hadis.  Ternyata ia adalah pintu utama bagi sebarang perkara atau ibadat yang anda hendak buat.


InsyaAllah, niat anda semua untuk berkahwin rata-rata kerana Allah.


Benarkah?


Apakah kamu kata kamu sudah beriman sebelum kamu diuji. Aik? Macam pernah dengar kan? *grin*



Ya tuan-tuan dan puan-puan, encik, abang adik kakak..Dugaan pra-perkahwinan, ketika bersanding, pasca perkahwinan dan pasca-pasca perkahwinan adalah angin lintang yang biasanya datang berhembus tanpa ramal. Siapa yang tak tahan pasti akan melentuk, menyembah bumi akibat akar kesungguhan tercabut. Jika sebab akar atau root cause, or simply Niat, anda tidak seutuh mana, maka siap sedia untuk bergoyang-goyang kiri dan kanan dek taufan bernama masalah rumahtangga!


Eh, awat hang seriyus sangat nih?


Chill... Chill… Saya hendak katakan disini perkahwinan bukan perkara semudah menghirup ABC Pak Seman, atau merestart komputer anda bila hang.. Pernikahan adalah satu ibadah yang indah dilakukan bersama-sama, ibadah yang membina modal awal anda ke syurga dan ibadah yang penuh getir namun best takde tolok bandingnya.


It All goes to Niat, obviously...



Berbeza dengan mindset. Mindset tidak dapat menerima spontaneous matter. Mindset menolak unpredictable event. Mindset berserabut dengan misinterpreted assumptions. Di sini Niat bagaikan satu patung span lembut, yang menerima segala pukulan dan tekanan selagi mana ia bertunjangkan keimanan dan ketakwaan. Maka timbulnya sabar dan positif. Kedua-dua susah nak timbul bila niat ada berbaur material dan duniawi.


Tak caya?


Habis tuh, cuba hang pa explain ngan cheq, apa sebab depa boleh kawin orang yang depa tak betui2 kenai?


For sure korang cakap,


Eh, macam mana kau pasti kau serasi dengan dia? Tak de class you. Kenalah kapel2. Kenal2..

Gilerrlah broo..! Ko tak takut dia ada penyakit gila ke, sawan ke... Tak pun pernah ditebuk ke? Tak nak aku amik risiko macam ko, bro. Warespeksamaluu!!

Aku tengok dia macam panas baran je. Mau-mau kau asyik kena sepak teranjang

You. You tak takut ke asyik kena tinggal sorang aje ? I tengok die selalu keluar malam pergi sitting la. Pergi mengeteh la. Entah2, pergi untuk menggatal.




First of all, kalau korang orang islam yang benar-benar berserah diri pada Allah, maka sangkaan-sangkaan tadi hanyalah tiupan-tiupan kegagalan bagi anda.  Jika berlaku rintangan (seperti contoh di atas) yang mendatang, pasti anda akan redha terlebih dahulu, lalu meneruskan solutionnya bersama.


Ia bagaikan satu risiko di mana anda perjudikan kehidupan anda yang serba stagnant dan provincial semasa bujang. Risiko yang kemudiannya anda berasa puas dengan hasil yang mendatang. Ia berbeza dengan cara anda ingin menikmati kuih karipap tersohor di tempat anda. Habis setiap satu kedai anda cuba. Lalu dinyatakan natijahnya yang sekian2 itu sedap. Atau anda inginkan pakaian yang paling matching dalam hidup anda. Setiap tingkat dan lorong kedai disinggah. Lalu dibelinya sehelai baju yang dicarinya itu.


Habis tuh, apakah penulis bermaksud tangkap muat adalah lebih baik?


Buat rakan-rakan, harap korang jangan konfius dengan buta tuli dengan bijak pandai. Jika bayangan anda adalah, pergi ke satu tempat, dikumpulkan semua teruna/dara yang ada, lalu dipilih satu. Itu buta tuli yang diulit nafsu wahai kawan…Memilih pasangan bukan macam anda ke Bazar Ramadhan mencari juadah berbuka puasa atau mencari kuih tunjuk. Kerana sebelum memilih itu, perlu ditepuk iman anda, mengapa anda hendak berkahwin? Apakah Ikut trend batch kelahiran anda? Jeng jeng jeng…


Proses pemilihan bukan satu lesen penuh untuk anda berkapel. Anda hanya dapat lesen penuh bila sah akad nikah korang. Banyak je cara lain. Cara yang paling mudah adalah mendapat infonya sendiri dari Mak Apaknya, rakan-rakan karibnya atau dari orang yang anda percayai. Ala macam korg tak biasa buat bila korang pi sesuatu tempat. Mesti korang tanya rakan² yang pernah ke situ untuk cari tempat makan best bukan? Tak pun Google. Kan macam cari maklumat tuh? *Senyum*
Tidak saya sangkal kita perlu memilih. Kerana pilihan itu apa yang kita mahu. Yang begini begitu. Yang macam ini macam itu. Namun perlu ingat wahai kawan, tak semua orang sempurna. Nobodispurfek. Maka kekurangan-kekurangan yang muncul kemudian pasti anda redhai dan terima dengan adanya Niat asal yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan. 


Sememangnya selepas itu perlu ada langkah penyelesaian, kalau tak ada yang duk tarik rambut setiap hari. Disamping itu, hati perlu disejuk dengan kedinginan wuduk pemadam amarah. Fikiran itu perlu tenang di alunkan dengan ayat-ayat Allah. Niat yang betul itu biasanya menjadi sauh jiwa dan akal agar tidak hanyut jauh. InsyaAllah mudahlah penyelesaian masalah tersebut.


Dan of course, apabila niat kerana Allah itu, maka pasti akan sentiasa ada pertolongan dari Allah swt. Pertolongan macam mana? Sudah tentu pertolongan yang tidak disangka2!

Bunyi macam senang je kan? "Sahaja aku nikah kerana Allah taala..."     =.=  

Hang penah dengaq Parrot habaq benda sama??



Jadi, perbaharui niat anda yang sudah semestinya baik kepada yang lebih mulia disisi Allah. Di kala ambang perkahwinan ini, jangan lupa juga give and take dengan Allah. Ayat-ayatnya perlu dibaca selalu demi menguatkan jiwa. Solatnya juga perlu tip top as that’s the only time we officially contact Allah. Kerana Ibadah-ibadah ini yang bakal membantu jiwa dan akal anda di kala meharungi perkahwinan. Bahagian jiwa dan akal akan saya postkan entri nya akan datang, insyaAllah…


Bagi yang dah pun berjabat tangan, bergambar sakan, belum lagi terlewat kawan! Masih lagi ada waktu untuk perbaharui niat selagi nyawa belum sampai kerongkong atau mahkamah syariah agung. (saje tmbh agung utk rhyme, lol)


Dan Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya..



p/s : Selamat mendirikan rumah tangga buat para teman yang bakal mendirikan rumah tangga. Bagi yang sudah. Selamat Pengantin baru~! Moga ikatan kamu berdua dirahmati dan diberkati Allah. ^^
 





Simon Malik

Friday, 17 May 2013

A Place of a Beginning and The End

Assalamualaikum wbt



Minggu lepas (pada hari jumaat lebih tepat), saya memilih untuk mengembara kembali ke Penang. Berdua kali ini. Memang seronok.. Tak caya? Nanti dah kahwin cuba la musafir macam musafir. lol.

Tempat ini penuh dengan memori. Ibu bapa saya pernah dating ke Penang masa diorg baru kahwin. Begitu juga dengan ibu bapa isteri saya. (Kebetulan? Saya rasa itu bahasa yang tidak wujud). Maka kali ini, giliran kami pula.Yang lebih best bila kitorang decide untuk naik keretapi Senandung Mutiara yakni keretapi malam ke Penang. Berabis sikit beli tiket yang katil. Tapi apa kah itu nilai wang ringgit jika dibandingkan dengan pengalaman yang diperoleh bersama.. ececece..

Different from France, it is like a domitory!



Pulau Pinang atau Penang bak kata orang Malaysia; merupakan tempat yang sering orang-orang kita kunjungi. Mai makan nasi kandaq ada, mai jalan-jalan gituh pun ada. Saya sengaja pilih Penang kerana Isteri tak pernah jejak kaki ke Penang. Eventhough pergi masa time hari lahir saya, tak salahkan kita memberi juga pada waktu yang sama? hehe..



Sunrise that marks another year on me

Tapi memang ada sebab saya pilih Penang. Isteri tak pernah pergi merupakan salah satu sebab.. Sebab utama adalah untuk memberi satu kata putus dalam jiwa; dimana ada permulaan, pasti ada pengakhiran.. Ya, ia pernah permulaan buat kedua ibu bapa kami. (Dan kini kami pula). Dan disini juga ada pengakhiran.. (Sat, yang akhir ni bab akhir baru cheq cerita)


Ais Kacang Bukit Bendera

Benar kata Saidina Umar al-Khattab ra; Jika kita hendak mengenali seseorang dengan sebenarnya, perlu makan bersama, tidur bersama dan bermusafir bersama. Bukankah sesi perkenalan (Taaruf) itu tidak kenal penghujung?

Pengenalan bersama semestinya membawa kepada kemesraan. Dan kemesraan itu ada memutikkan memori-memori indah yang dikenang bersama. Share makan ais krim.. Kongsi satu payung.. Minum satu cawan.. Eh? Bukan sengkek ek..! hehe..

Bersama.. perkataan yang memerlukan 2 individu bukan satu. Hilang satu maka hilang la bersama..
Memori akan kekal memori. Itupun jika ia kekal di dalam ingatan. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Kekal. Susuk tubuh pasti tua dimamah zaman.


Di sini juga aku sentiasa menerima berita pengakhiran..


Seorang sahabat kelas tambahan yang duduk disebelahku. Tinggal nama dan kenangan sejak 2011.


Seorang teman karib yang kutemu atas takdir tuhan dan rapat semasa Jaulah ke Penang tahun 2012. Namun pergi dulu menemui Allah genap setahun perkenalan..


Semasa kami pulang.. seorang lagi ahli keluarga dijemput Sang Pencipta.


Ya... Penang merupakan tempat penuh dengan pelbagai gimik nasi kandar, char kuey teow dan seribu satu macam makanan dan pengalaman.

Namun bagi saya.. genap 25 tahun, ia tetap merupakan tempat yang penuh dengan peringatan pada jiwa di dalam tubuh sementara ini..


Di mana ada Permulaan, pasti ada Pengakhiran.



Dan segala kebenaran itu hanya diketahuiNya



Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 7 May 2013

Attention! There will be no hot work until further notice. High Flammable gas detected






Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.




 Tahniah kerana berjaya ke mari untuk menjentik otak serta jiwa anda!



Bahaya betul media kan? Apakah mereka ingin meletup bom jangka lebih cepat? Apakah mereka perlu bermain dengan api berdekatan dengan simpanan minyak tanah?


Jujur. Saya rasa sedih dan malu dengan mereka.


Kecewa pun ada. Bila pemimpin yang terlantik dilantik semula mengeluarkan kenyataan menyokong.


Waadduuhh... Bahaya ginih kok main kaum-kaum.


Pertama-tama sekali saya ingin meminta maaf bagi pihak mereka yang mengeluarkan kenyataan yang penuh dengan kebencian dan batu api itu. Mereka ini sebenarnya tidak cukup matang dan perlu diberikan lebih masa untuk menonton Upin dan Ipin atau Boboboi! Eh? ada kaitan ke? Of cause ada! Sebab ada macam-macam 'colour' kat situ!



Faktor wujudnya bahan mudah terbakar

Seperti yang saya pernah sentuh pada post-post sebelum ini, ia berpunca dari kegagalan sistem pendidikan kita yang selama 50 tahun lebih kita kekalkan. 50 tahun bukan? Mereka yang berumur 50 tahun ke atas mengundi di saluran 2 dan ke atas. Mereka inilah hasil daripada sistem pendidikan ini. Penuh dengan rasa curiga dan ketakutan antara bangsa. Saluran 5, 6, 7. Ada yang ada, ada yang tak. Yang tak ada biasanya mereka yang sekolah harian biasa / kebangsaan dan ke Universiti yang bukan se'jenis'.


Nah, mereka ini juga yang mengeluarkan kenyataan putar belit, penuh fitnah dan mengadu domba. Generasi muda dituduh tidak belajar sejarah. Generasi muda/tua dituduh tidak mengenang budi. Bukankah tanggungjawab kerajaan sesebuah negara untuk membantu dan membimbing rakyat ke arah kemajuan dan kesenangan? Namun jika ada kesalahan teknikal atau moral yang kami tegur, janganlah pekakkan telinga dan membutakan mata selepas kenyang makan nasi lemak! So tak salah kan kalau kami nak tukar? Macam beli barang. Tak elok, tukar.


Saya mahu sahaja ulas mengenai bom jangka masa ini. Tapi cerita yang best perlukan kajian lebih lanjut dan isian serta susun kata yang lebih menarik. Save the best for last bak kata orang putih.


Isu ini dianggap begitu sensitif sehingga menjadi taboo untuk disebut. Lagi tak sebut lagi la tak faham. Bila tak faham, mula lah orang-orang yang nak mencari kefahaman mencari maklumat yang sedia ada. Maklumat sedia ada pula berselirat dengan hasutan, tipu daya fakta dan gubahan multimedia. Kena pula dengan jiwa muda yang selalu memberontak dan sedikit anti-establishment. There you go, a mix cocktail of disaster! Di france, ada kawan saya yang menyirap bila saya guna 'race' (Kaum). Dia cakap perkataan itu sendiri sudah merbahaya. Gantikan dengan 'peuple' (Rakyat). Betapa volatilenya isu ini..


Maka ada sedikit nasihat-kawan untuk mengelak dan mengawal sebarang kemungkinan kebakaran terutama bagi mereka yang hidup dalam keadaan yang sentiasa mono-culture dari mereka hisap botol sampai yang mereka menerima slip lulus Universiti.




Before doing hot-work, make sure you have your Permit To Work

---->> Think before you speak. Ulang suara. Berfikir sebelum berkata sesuatu. Terlajak perahu boleh reverse. Terlajak Airbus kena pakai tow-car. Eh. Terlajak kata kena penampar. Mungkin ayat anda boleh menimbulkan rasa tak puas hati dan begitu tajam sehingga mengguris hati-hati yang sensitif diluar sana. Jika mahu sentuh isu-isu ini, perlulah dilakukan dengan penuh berhemah, bersifat keterbukaan dan penuh rasa ingin tahu. Jangan sesekali ada sekelumit niat untuk condamn sesiapa. Demmyuuhh haters!!




Equipped with proper Personal Protective Equipment (PPE)

---->> Sudah semestinya kita perlu banyak membaca dan bertanya pada sumber yang betul. Kita sudah semestinya tahu betapa banyaknya maklumat di Internet. Namun sejauh mana kebenarannya itu. Jangan lupa the good old ways inside library. It maybe one-sided though.. but kita tak rugi apa-apa kalau kita baca. Oh, bertanya juga dengan para cendekiawan universiti. Mereka ada personal email bukan? Tanya sahaja mereka maklumat yang anda ingin tahu. Saya yakin, mereka suka apabila masyarakt tahu yang mereka wujud.



Make sure fire extinguisher ready with a Fire Watch.

---->> Sabar and chill. Memang susah nak minta maaf pada mereka yang begitu beng.... kurang pandai dalam isu-isu ini. Main share je dalam internet. Sumber asal? Apa tuh? Bukan kalau kat facebook maka ia benar? Plis la brother, kamon la. Anda semua orang yang bijak. Jangan biarkan emosi dan sentiment menguasai diri. Anjing hina menyalak takkan dapat runtuhkan bukit yang mulia. Bagaimana pula kalau salakan katakan itu benar? Jika ia benar, maka negara ini empunya masalah dari akar umbi sejak merdeka. Prepare to abandon rig if couldnt stand the heat! lol



And finally..Good Communication with other crew

---->> Tak faham bertanya. Mana hilangnya sifat ingin tahu kita dari kecil? Bertanya. Bukan sangkaan. (Ask. Dont Assume). Komunikasi bukan sekadar duduk minum teh 3 lapis di mamak, atau bersorak apabila team bola menang. Ia perlu lebih lagi. Lebih sehingga mewujudkan kepercayaan (trust) dan kasih sayang (love). Komunikasi juga perlu dilakukan secara berhemah dan penuh sikap keterbukaan dan penerimaan. Keterbukaan bukanlah sampai tergadai prinsip okeh? Apakah untuk nampak join the click and keterbukaan itu, anda perlu tonggang arak? Jika ya, maka mereka adalah racist. Better stay away. Komunikasi lah yang paling susah nak capai..




So Peace Love y'all. Stay chill in this yet-to-calm period. Kita tau ada orang main tipu. Relax lah, the time will come. In the mean time, we do what we do best ok?



Kerja kita apa laggiikk!!



Dan segala kebenaran itu hanya diketahuiNya


Simon 'Adam' Malik

Monday, 6 May 2013

PRU 13 : Sebuah hikmah yang tersirat di sebalik serat penipuan


Assalamualaikum wbt



Tahniah kerana berjaya ke mari untuk menjentik otak serta jiwa anda!



Sungguh! Malaysia sudah berjaya mencipta bakat dalam bidang silap mata. Kejap ada, kejap tak da!


Tarikh hari ini penuh dengan seribu satu emosi. Ada gembira. Ada Sedih. Ada Yang tak puas hati dan ada juga yang rasa 'oh its Monday...' Ia merupakan satu petanda yang baik untuk rakyat Malaysia berbanding dengan emosi kecewa tak dapat cuti hari ini.. lol~


If my memory serves me well, taktik blackout and gone dah wujud dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. I maybe among the youngest saluran voting, but i still remember our past voting days. But the drama, stress and tension were excellent. Bermacam-macam emosi dan perasaan sehingga menyelak perangai, fikrah dan niat masing-masing di hati. Para pengundi di bandar atau pekan, mungkin terasa stress. Pengundi ceruk pendalaman dan kampung? Oh bagaikan keriangan hari raya dan kanak-kanak ribena menjalani event 5 tahun sekali ni!


Tak per la... nak buat macam mana kalau diorang main taktik kotor... Bukan kah kita tahu (biasanya dalam hikayat kanak-kanak) yang mereka yang menggunakan taktik kotor adalah orang-orang yang pengecut untuk kalah? Rileks.. jika kita sedang memperjuangkan kebenaran, kita sudah berada di pihak yang menang sebenarnya! (Senyum sikit pliss?)




Ok, katakan taktik kotor tersebut tidak wujud. Hanya digembar-gemburkan oleh segelintir pihak untuk menampakkan lagi ketidakmatangan mereka. Maka itu menunjukkan yang rakyat yang sendiri memilih mereka. Mudah bukan? Orang yang bersefahaman satu fikrah (mind set/perspektif) sahaja yang akan menyokong antara satu sama lain. Yang racist akan pilih racist, yang tamak akan pilih tamak, yang tak puas hati akan pilih yang tak puas hati.


Seperti yang saya pernah tulis dalam status MukaBuku saya dahulu, mereka yang hidup di kalangan dacing, maka dacing lah mereka. Hidup di kalangan Roket/Bulan/Mata Ikan juga serupa. Bagaimana pula mereka yang hidup bukan di kawasan-kawasan pekat ini? Siapa yang mereka sokong? Ada kita pernah jumpa mereka? duduk kunyah kuih minum teh dengan mereka? Tak ada bukan?


Maka kerja perubahan itu masih panjang, ia sudah pun bermula dan masih berterusan. Untuk menggantikan tiang seri perlu diturunkan dengan cermat tingkap, pintu  siling dan juga jamban.. Begitu juga pemecahan dinding. Jika dilakukan secara semberono, maka kerja-kerja pembaikan itu berlaku dengan kurang elok. Maka perlu sekali lagi melakukan kerja-kerja yang sama.


Dan perubahan yang lebih elok adalah dari kita sendiri. Adakah kita racist walau sekelumit pun? Adakah kita orang yang clean tidak korup dalam sekecil-kecil hal pun? Hey, lets walk the talk first ok?


Mungkin ia terletak pada niat asal anda kenapa yang mengundi?


Tak puas hati dengan kesilapan-kesilapan teknikal?



Marah kerana dimainkan isu sentimen?


Meluat dengan pemerintah yang sudah lama memerintah?


Atau...


Mengundi kerana mahukan a better Malaysia dimana tiada lagi perpecahan kaum, tekanan ekonomi terhadap segelintir pihak, dan pendidikan yang lebih 1st class minded seperti Japan?

Ok... PM kita masih memerlukan satu lagi penggal untuk membentuk apa yang dia cuba bentuk. Dan pada masa yang sama PERLU tunaikan janji-janji yang diberikan. Bukannya kira janji yang tidak berjaya dikotakan oleh pihak lawan.


Secara peribadi.. penggal ini mungkin akan jadi yang terpendek. Dengan hutangnya.. dengan penganggurannya... I've just got a hunch.. Tunggu sahaja masa Generasi muda dan rakyat menghauskan kaki lima.


Kemenangan yang diperoleh secara tidak adil pasti tidak akan lama. Cuma tunggu masa. Dan bila ia jatuh, ia akan jatuh tersembam, muka dulu di atas tar. Opss, ada yang terasa kah?


Well.. dengan syarat kita berubah menjadi apa yang kita perjuangkan dalam diri kita sendiri terlebih dahulu...


Jangan sedih dan kecewa. Perubahan pasti akan datang. Kemenangan lebih tinggi martabatnya jika diharungi dengan pelbagai liku dan susah payah.







Cause God-modes and cheat-codes are only for sissies







Simon 'Adam' Malik

Sunday, 5 May 2013

PRU13 : Hours before result (The irony)

Assalamualaikum wbt


Tahniah kerana berjaya ke mari untuk menjentik otak serta jiwa anda!




DIsaat artikel ini menulis, setiap pusat mengundi sedang giat mengira undian2 rakyat Malaysia dan para Agen Kira (Counting Agent) bertungkus lumus, menegang urat mata dan tengkuk memeriksa setiap kertas undi.  Pemegang prinsip adil dan saksama amat stress sekali di zaman penuh fitnah dan tipu daya.


Artikel ini juga sepatutnya muncul sebelum hari mengundi. Oleh sebab di rumah mertua takde internet, saya terpaksa melewatkan sedikit dan mengubah intipati artikel yang saya ingin sampaikan ini. Tiada internet tidak bermaksud saya perlu tarik muka dengan mertua saya bukan?

Kertas undi yang anda buang tadi (jika anda keluar mengundi), telah menjadi penentu masa depan negara. Bak peribahasa cina, ‘a single grain of rice can tip the balance of a scale’. So one vote, make a huge different for our future. So siapa yang tak keluar mengundi (let me bash you a bit), boleh bakar IC anda dan cari negara lain. You are such a disgrace. Tanggungjawab yang setahun lima kali pun payah…

Bagi yang berjaya untuk keluar mengundi, tahniah! Anda berjaya menunaikan tanggungjawab anda kepada negara yang anda duduk.


Sudah tentu saya menulis artikel ini bukan untuk mengajak para pengundi untuk undi parti itu dan parti ini. Korang dah pun jadi ex-pengundi dan memerlukan PM untuk membubarkan parlimen untuk menjadi pengundi sekali lagi.

Artikel ini ditulis sebagai satu makanan ringan dikala kita menunggu keputusan pilihan raya Emak segala pilihan raya. (Kalau mak ada, bapaknyer yang mana satu plak). GE13 ini telah memberikan satu gambaran yang jelas mengenai The True Malaysians..


GE13 has bring out the true colours each and every one of us.


Ulang suara.


Pilihanraya ketiga belas telah menyelak lalu menyerlahkan perangai sebenar setiap seorang dari kita.



Mari kita lihat pecahan-pecahan pengundi:
·         Undi kerana rasa terima kasih
·         Undi kerana mahu laksanakan tanggunjawab
·         Undi kerana mahukan masa depan yang lebih menguntungkan
·         Undi kerana terlalu menyampah dengan calon lama
·         Undi kerana aku benci lambang itu
·         Undi kerana aku tak dapat apa yang dijanjikan
·         Undi kerana mahu ubah tiang lama ganti dengan tiang seri baru
·         Undi untuk tidak mengundi


Daripada pecahan tersebut, maka itulah dia rakyat Malaysia. Peratusan? Wallahualam.. saya sendiri tak tau.


Bon ben, voila! Itu lah dia rakyat Malaysia.

-          Senang sahaja dipujuk rayu; digula2kan. Turun sana sikit, janji itu sikit. Kena pula dengan hiasan-hiasan masalah lama dan janji lama yang tidak dikotakan, maka termakanlah janji itu. Asal kenyang perut hidup senang itulah yang bagus.. Tak kota janji sikit, marah. Walhal kita tak tau pun hidup dia macam mana..

-           Kalau sebegini, bila-bila masa sahaja negara, maruah dan jati diri dibeli dan diperdagang.

 
-           GE13 juga menunjukkan yang 50 tahun lebih merdeka, kita masih ada lagi rasa racism. Dengar sahaja media membahagikan tempat mengundi berdasarkan peratusan kaum. Apakah ini? Ia sudah seperti melambangkan yang sekian kaum akan memangkah sekian parti!?

 
-           Selain itu, rakyat Malaysia memang kuat complaint. Ada je tak kena. Bila tak kena salahkan seseorang. Tuding sana. Tuding sini. Kesalahan yang mungkin teknikal, bukan disengajakan, ia sudah dihukum, bukan ditegur.

 
-          Berita sensasi sikit, pass kiri dan kanan, atas dan bawah. Syaitan bertepuk tangan melihat ramai anak Adam jatuh dalam perangkap perasaan. Allah… Allah… When the mass lies, it became the truth. Tak kisah la datang dari pihak mana sekali pun… Betapa tak matangnya rakyat Malaysia… Apabila emosi menguasai diri, semuanya prinsip langgar. Habis tanggal semua.

Pasal ink takleh padam boleh padam. Alahai labu.. yang pi basuh direck buat apa.. cuba hang tunggu kering.. Plus, dah potong nama kot masa mengundi, takde chance kot nak undi 2nd time kecuali Poling Agent semua parti berkompromi.. Jari yang banyak sangat kulit mati, memang la tanggal... Tangan saya yang dah selalu kena basuh industrial detergent, tak tanggal² dakwatnyer hah..


Secara peribadi, saya tak percaya langsung dengan mana-mana manifesto dan AkuJanji yang diberikan. Setiap pemberian pasti ada catch. Pasti ada janji yang tidak akan dikotakan; Kerana ia hanya menanam tebu dibibir.. Janji-jani tuh PASTI dicapatikan dengan enak sekali tak kisahlah dengan itu kari lah atau ini kari lah… Rekod tertulis lagi terang-terang kot. DAh 12 kali undi, dah berapa kali janji-janji yang tidak berjaya ditunaikan dari kedua-dua belah pihak?


Susahkan hidup selalu mengharap balasan material?


Dengan keadaan ekonomi sekarang, dan jumlah hutang yang ada sekarang (terpulang pada sapa yang menang), saya yakin mungkin satu ketika cukai pasti akan dinaikkan. Aik??? Rilek la, nak dapat itu free sana free, mana lagi duit mau masuk semua tak mahu bayar cukai, takkan negara nak rely pada para perokok, peminum arak dan tauke club kat Malaysia nih??? (Duti arak, rokok dan hiburan)


25 Tahun hidup.. saya masihkan negara yang ada seperti dibawah..
·         Mengasingkan pendapatan negara kepada dua: satu untuk pendapatan dari sumber yang elok/halal;  satu lagi dari sumber yang tidak halal. I believe this is manageable within a year or two sebab isu akaunting dan saluran saja.
·         Penghapusan sistem pendidikan ‘berjenis’. Benda ni sangat-sangat delicate sebab pasti akan ada yang minta untuk sekolah agama juga dihapuskan. Opppss!! Jangan melenting menyingisng lengan membukak pencak silat. Sekolah je, bukan subjek…. Jeng-jeng-jeng. Saya tak mahu ulas panjang isu nih, tapi yang penting penghapusan ini boleh mematikan bom jangka masa yang ada dalam negara kita. (InsyaAllah saya akan ulas mengenai hal ini)
·         Menaikkan martabat dan melimpah ruahkan bantuan penyelidikan di SEMUA Univerisiti termasuk kuli-kuli yang buat research dan barang-barang keperluan. JANGAN SENTUH LANGSUNG duit² ini untuk hal-hal projek mega kerajaan atau peribadi!
·         Memberi bonus kepada research papers yang dihasilkan walaupun ia tidak membawa kepada peluang perniagaan. (Pure knowledge research)
·         Hilangnya wall of ice di kalangan kita sehingga melahirkan bangsa cina sedih mengenangkan bangsa melayu yang kritkal masalah buang bayi, bangsa melayu yang simpati dan tolong keluarga india yang hadapi masalah gangsterisme dan bangsa india yang menghulurkan tangan kepada bangsa cina yang perniagaannya jatuh lingkup. Oh inilah 1 Malaysia..

Sengaja tak nak pos sebelum election, nak tengok macam mana kedua-dua Gergasi buat manisfesto. Ngehehe..


Arakiannya, sudah berlalu tempoh membuang undi. Anda telah pilih apa yang anda pilih. InsyaAllah, apa yang anda pilih itu diberkati.


Apa jua yang keputusan pada malam ini, biarlah kita terima dengan redha. Sebab saya yakin, sesapa yang menang pada kali ini, pendek umur. Eh! Pendek je kot. Well, bila kita tak nak kita ubah betul tak?
Dan dalam masa 5 tahun, saya yakin tidak banyak yang boleh dicapai. Rumah yang hendak dibaiki tiang serinya, perlu diturunkan atap, tingkap, bata dan pintu.. Masa yang lama tuh... kan?


And to change, it needs a start.




Dan segala kebenaran itu hanya diketahuiNya


Simon 'Adam' Malik