Sunday, 15 September 2013

Layan blues dikala ribut kencang di tengah laut..

Macam apa yang tertulis.. 


layan...










Hidayah
M. Nasir
Lagu dan Lirik oleh M. Nasir
c 1992 Luncai Emas Sdn. Bhd.

Senja memanggil pulang sang pengembara
Menangis ia
Melihat keperihan zaman pencarian
Katanya aku.. sendiri

Perjuangan dulu hanyalah ujian
Hanyalah bayangan
Untuk menghadapi perang yang utama
Hanyalah diriku sendiri

Dan hidayah selama ini
Hanyalah engkau yang kudambakan
Dan semoga sejahteralah
Engkau padaku
Oh! hidayah

Dan tanpamu
Apalah aku
Apalah aku
Tanpa hidayah

Senja memanggil pulang sang pengembara
Menangis ia
Melihat keperihan zaman pencarian
Katanya aku.. yatim 

Tuesday, 3 September 2013

Realiti minyak dari si pencari minyak.

Assalamualaikum wbt










Saya cuba untuk berlaku neutral dengan semua pihak dan saya harap tiada SB antarabangsa yang membaca artikel ini. Lol
20 sen!
Itu lah nilai yang saya ingan bila saya nak pow orang gaji saya setiap hari minggu di Pasar Tani. Tujuan? Nak main game arcade yang masa itu 20 sen sekali main.
Itu lah juga nilai yang kita akan bayar jika hendak ke tandas awam melakukan kerja-kerja panggilan alam. Mungkin sekarang dah naik 50 sen
Dan mulai hari ini, itu lah  nilai yang ditambah pada seliter petrol yang kita bagi minum kenderaan kita hari-hari.
Mengeluh, memaki, menyindir, tarik rambut garu kepala, dan apa jua reaksi kita semalam, kita terpaksa telan bulat-bulat realiti.. Minyak dah RM2.10 seliter..
Kami (saya je sebenarnya) rasa macam pelik jugak awat harga minyak naik (or lebih tepat dikurangkan subsidi).  Kitrog jumpa je kawasan berpotensi. Awat harga boleh tahan lagi? Sebab harga minyak naik lagi sebab dunia diambang perang? Mungkin…



Kajian para otak geliga mengatakan kita di bumi masih lagi cukup minyak untuk 300 tahun lagi. Saya setuju dengan statement ini kerana saya kerja cari minyak. Tapi persoalannya adalah mengapa harga setong minyak boleh sampai 107 USD walhal cukup je lagi. (300 tahun tuh lebih sangat Cik Bedah oii, sampai kiamat rasanya..)


Inilah permainan tokan minyak dunia yang seronok menarik telinga kembang dan hidung mancung negara-negara yang memerlukan minyak.


Logik. Buat apa nak keluarkan minyak banyak2. Lebih baik hadkan selalu agar permintaan sentiasa tinggi dan harga pun tinggi untuk dibeli. Lagipun senang je nak kurangkan pengeluaran minyak.. Tutup je pili petrol kat platform tuh. Kurang dah pengeluaran minyak.. Tapi minyak dalam perut bumi masih ada kan ?


Nak kata tempat explorasi dan tempat empunya banyak minyak berkurangan.. tak betul jugak. Bumi yang Allah cipta ini luas. Rezeki yang Allah simpan dalam perut bumi ni pun cukup untuk manusia hidup dan beramal. Ada je tempat baru nak korek… Artic.. Selat Melaka.. kubur lama.. Eh?


Yang kurang cuma tempat yang senang nak jumpa minyak dan mudah sedut.. Bumi bakal kehabisan minyak adalah spekulasi ekonomi untuk harga petrol sentiasa tinggi.


Tapi bila jumpa, biasalah simpan dulu buat pekasam. Untuk maintain harga pasaran la katakan..Tak pasal-pasal kita dipermainkan oleh para kapitalis dunia… Kita dimomokkan dengan kereta besar dengan kapasiti lebih. Kita dipukaukan dengan barangan berasaskan petroleum seperti plastik, kosmetik. Mana tak nyer permintaan selalu tinggi?


Itulah apa yang ditakuti. Kadar konsomasi (baca : consommation) hidrokarbon ini oleh manusia. Kes ini yang membawa kita kembali ke Malaysia…

Realiti Malaysia

Dua benda yang masyarakat terlepas pandang.

  •   Hutang negara banyak, so negara perlukan kurang duit poket rakyat untuk tanggung hutang. Kalau naik harga minyak, leh lari budget beli kereta Toyota Camry baru.
  •   Kita selesa anggap tiada wujudnya subsidi walhal kita memang hidup sentiasa bersubsidi serta salah guna lagi

Kenaikan 20 sen (atau nikmat 20 sen yang Allah tarik) itu adalah realiti yang perlu dihadapi. Tak kisah lah kita pangkah Dacing atau Roket ke Bulan. Tak kisah siapa menang siapa yang tahu akan kondisi negara pasti tahu akan naik jugak ‘sesuatu’ apa suatu hari nanti. Tapi kalau rakyat tak kisah hidup ‘Biar bankrup asal bergaya..’ nak buat macam mana..


Eh, jangan upah RM1000 dulu! (ke dah jadi RM1100? Hehe) Saya belum habis cakap lagi. Saya tahu yang masalah utama pentadbir sekarang jenis ‘khianat dan pecah amanah;aku kenyang sudah’. Perlu tukar? Tidak perlu… Jika parasit2 itu dihukum, harta diorang kerajaan rampas dan cairkan, dan duit yang bocor itu diurus dengan elok dalam masa 4 tahun nih. Kalau tak boleh pakai, buat apa simpan kalau ada option tukar kan?


Well.. itu kerja ikan-ikan besar yang perlu cari ikan besar jahat yang seronok berenang di lautan dalam. Biarlah mereka dengan sofa baru, cincin baru, kereta baru dann rumah baru. Setiap ketua itu akan diadili dan ditanyakan mengenai amanah mereka di akhirat nanti. Kita yang ikan-ikan kecil nih terpaksa melihat realiti dan adaptasi cara hidup yang lebih sesuai.


Dari kita mengeluh 20 sen naik seliter, ada bagus nya jika kita :


  • Ada 1 kereta dan 2 motor; ramai-ramai pakat beli motor dan pakai. Usah takut disebabkan minoriti kerana bila ramai pakai motor, kereta jadi minoriti!



  • Elak dari travelling tak tentu hala pada waktu peak hours. Google map dan Waze sentiasa update keadaan trafik. Petrol cepat habis bila stuck dalam jem deerr.



  • Amalkan gaya hidup tidak membazir makanan, letrik, dan air. Tengok je la kat majlis buffet, kenduri kahwin atau di medan selera.. Makanan terbazir cukup untuk 5-10 keluarga makan (bahkan lebih !)



  • Ubah selera dari Fish & Chip kepada Nasi tapau air suam.



  • Mula untuk menjaga kewangan dan urus atur kehidupan dengan efektif. Spoiler dan rim cantik bukan boleh buat kenyang pun…



  • Elakkan dari terpukau dan mabuk dengan konsumerisme secara tak tentu hala. Beli keperluan biasa bukan keinginan luar biasa.


Tapi kalau dah sedia berjimat cermat dari dulu itu pun dapat sekadar cukup makan… ? 


err.. err.. er… Duduk kampung kan ? Nanti dapat BRIM kan ? Lalala..
 


Friday, 30 August 2013

Puisi : Kita Merdeka



Kita merdeka
Saat laungan bergema rakyat bersorak
Kita merdeka
Cerita lama rakyat masih berborak
Kita merdeka

Augustus datang lagi
Kibarkan empat warna cantik berseri
Kaset lama diputar kembali
Rakyat melaung kita merdeka
Hanya di tangan jiwa terpenjara

Anak muda hilang jati
Salahkan mak bapa, tuding pada diri
Cinta nafsu agung nasab diputus
Biar cuci tangan asal hilang haus

Tangan di bahu, mata ke atas
Ditanya tak tahu, lulusnya atas kertas
Biar tak pandai asal kulitnya mulus
Asal bergaya biar saku tidak berfulus

Kita merdeka
Pantang kontrak berganda
Usah bersaing asal agungnya ada
Haram hina itu tidak mengapa
Biar kenyang nanti Wa tutup cerita

Kita merdeka
Sepak mula perlu ditonton
Wanita anggun perlu disantun
Konsert gempak hadiri pasti
Jualan mega hutang cerita nanti
Biar Happy, Biar Savvy,
Jiwa merdeka biar tidak mengerti

Kita merdeka
Kotak kaca berkata lagi
Semuanya ok! Semuanya ok!
Masih murah tiket ke KK!
Wayang berbenang tidak serumpun
Adegan ranjang ayuh kita kerumun

Halusinasi, berfantasi
Hidup modern gembira minum Pepsi
Sambil melihat sambil meluat
Saudara sendiri dikunyah Barat
  
Realiti, Mentaliti
Cerita hantu hiburan sensasi
Jumpa bomoh bila mula berdengki
Ops... itu cerita lapuk
Keris terbang cerita atuk
1k melayang musuh terlentok

Kita merdeka
Doa kita panjangkan syukur
Dengar Sparta-kook habis semua tersungkur
Mahukan cepat masanya singkat
Makan anai-anai asal niatnya dapat

Kita merdeka
Semangat laungan para pemuda
Merdeka !
Jiwa singa menjadi rusa
Merdeka !
Tak ubah bagai tong bersuara
Kita merdeka…
Kita merdeka…
Kita merdeka?


Laut China Selatan; 30/8/13
-Puisi ini juga di share di Kapasitor di bawah penulis Penglipur

*Lama tak tulis Rhyme.. karat dah...*

Thursday, 29 August 2013

Bila dah takde baru nak cari

Assalamualaikum wbt






Sikap dan lumrah manusia. Bila dah takde baru tercari-cari. Tipu lah kalau korang tak pernah menghadapi situasi sedemikian yang boleh menyebabkan anda stress tak tentu hala seperti

  • Eh ? lama tak tengok gambar-gambar masa study. Eh mana aku letak album tuh?
  • Lama aku tak jumpa si fulan tuh. Apa jadi kat dia? La.. takde rupanya no tepon die!!
  • Mak.. Mana botol susu adik ? Rindu la ngan botol susu tuh adik tuh. Dah 20 tahun terpisah.

Contoh-contoh ini berlaku pada tahap individu. 
Berlaku. 
Tidak tipu. 
Pada manusia seperti kamu.


Bagaimana pula kehilangan sesuatu yang masyarakat tak amik pot sehingga tetiba takde ?
  • Boleh tahan kurang cerdik ye surat khabar zamn sekarang. Mana pergi penulis2 berkaliber yang ada? Kena tahan penjara ke?
  • Awat la generasi zaman sekarang nih sengal-sengal. Dulu-dulu bijak sahaja. Takde pun masalah gejala sosial nih..
  • Mana plak imam surau nih? Biasanya ada... Kan tak pasal-pasal masing-masing main tolak-tolak TAK NAK jadi imam.
  • Ngerinya zaman sekarang... Main tembak-tembak dah... Tak main lagi dah keris terbang! eh..

Kehilangan sesuatu itu memang pasti akan berlaku pada kita.
Barang kepunyaan
Rakan taulan
Bahkan jiwa dan perasaan

Maka, sedialah ia dengan perasaan bersedia untuk menghadapi kehilangan. Kerana segala yang datang itu dari Allah dan kepadaNya ia akan kembali...

 Tapi aku berani jamin yang korang sungguh2 terlebih dahulu mencari barang yang korang hilang tuh. Kalau boleh sampai nak geledah dunia korang cari bukan?  Ia ia satu yang sangat berharga dahulu dah lebih berharga bila dijumpai.(ekspesiali kalau berkaitan dengan barang yang bini bagi. lol..)

Bila dah korg tak jumpa wujud lah perasaan putus asa dan harapan yang korang ubati dengan perasaan redha atas kehilangan itu.


Perlu kita ingat... ada kehilangan yang boleh kita redhai... dan ada kehilangan yang perlu kita cari bahkan sampai mati.

Iaitu keimanan, kebenaran, dan keamanan.


wallahualam..

Tuesday, 2 July 2013

Tangisan seorang mud logger tersadai

Assalamualaikum wbt


Pernah tengok lelaki kacak menangis? Lelaki selalu disinonimkan dengan un-cry-able being. Oh benarkah? Lelaki nampak j macho tapi sebenarnya ada taman di dalam hatinya. (eewwaahh!!)

Tak kisah anda lelaki atau perempuan; asalkan anda manusia anda sebenarnya perlu menangis. Tidak dapat menangis salah satu tanda kerasnya hati.

Ok, bukan nak suruh korang menangis tatkala anda ditinggalkan awek. Sebab sebelum anda menangis, malaikat bahu kiri tak menang tangan sibuk catat dosa anda dan malaikat kanan menangis tak de kerja amal untuk di catat. (ok, ekzegeret disitu)

Saya sebenarnya patut ke laut semalam, namun tersadai sehingga esok pagi atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Saya dalam rangka untuk menyiapkan jiwa dan mental untuk sekali lagi berpuasa di tengah laut. Jika tahun lepas di perairan Terengganu, pada tahun ini di perairan Sarawak. Ahh.. Dapatkah saya berkesempatan untuk mengejar bonanza pahala yang disediakan Tuhan?

Maka saya nak kongsikan lagu yang berjaya membuatkan mata saya berair (Potong bawang bak kata Inche Gabbana)

-------

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabMu di sini
Masyur rupaMu di mata kalbu ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rinduMu

Segenap nafasku melihat renunganMu
Wangi dan harum Kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabMu
Wajah yang kupuja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanMu

 Hak cipta terpelihara : Luncai Emas Sdn Bhd





Amacam? Gua nanges. Lu nanges?


Thursday, 20 June 2013

Arena Minyak dan Gas : Hieraki (Updated & edited)

Assalamualaikum wbt

Hakuryu- 5



Entri sebelum ini berhenti ketika Client baru sahaja menukar tanda tangan dengan Drilling Contractor. Belum boleh start drilling lagi, sedara... perlu cari man power lagi kerana Drilling Contractor sekadar bagi drill vessel and a few of its crew macam driller etc etc. Selebihnya, client perlu cari lagi. Mereka ini adalah syarikat-syarikat Service Contractors.


Secara tidak langsung di atas rig ada 3 lapis punya teh, eh. Struktur iaitu

  • Client
  • Drilling Operator
  • Service Contractor
 Bagi mengelakkan dari entri ini mendatar dan tawar tanpa garam dan rencah, saya akan senaraikan setiap posisi kerja yang wujud di atas satu rig bagi setiap kategori dari start operation sehingga habis insyaAllah. Cumanya saya akan bunyikannya dalam bahasa melayu dengan translate secara direct.. hehehe..

  • Client :
    • Orang syarikat (Company man)
    • Orang Material (Materials man)
    • Jurutera Korek (Drilling Engineer)
    • Ahli Nujum (Geologist)
  • Drilling Contractor & Manpower
    • Tukang Korek (Driller)
    • Penolong Tukang Korek (Asst Driller)
    • Penolak Alat (Toolpusher)
    • Oh-Ai-Em (OIM)
    • Kapten Tongkang (Barge Capten)
    • Penolong Kapten Tongkang (Asst Bqrge Capten)
    • Pegawai Selamat (Safety Officer)
    • Pegawai Medik (Medical Officer)
    • JuruMekanik (Mechanics)
    • JuruElektrik (Electrician)
    • Jaga Stor (Storekeeper)
    • Operator Kren (Crane Operator)
    • Leher Kasar (Roughnecks)
    • Tangan Lantai (Floorman)
      • Orang Goncang (Shakerman)
      • Orang Pam(Pumpman)
    • Rustabut (Roustabout)
    • Pengimpal (Welder)
    • Pengecat (Painter)
    • Boss Khemah (Camp Boss)
    • Tukang Masak (Cook)
    • Tangan Dewan Makan (Galley Hand)
    • Budak Bilik (Room Boy)

Driller bersama drilling console. Antara yang termoden. Kalau tak moden, takde kerusi

Roughneck sedang nak bukak Bottom Hole Assembly


  • Service Contractors (atau dikenali sebagai 3rd party)
    • Jurutera Laut-selam (sub-sea Eng)
    • Jurutera Kepala Telaga (Wellhead Eng)
    • Penentu Arah Korek(Directional Driller)
    • Em-Dabelyu-Dee (MWD)
    • Jurutera Lumpur (Mud Eng)
    • Peng-log Lumpur (Mud Logger) ----This is me!
    • Jurutera Data (Data Eng)
    • Penangkap Sampel (Sample Catcher)
    • Garis Wayar (Wireline)
    • Krew Bekas (Casing Crew)
    • Tukang Simen (Cementer)
    • Pengawal Pejal (Solid Control)
    • Garis Licin (Slickline)
    • Penyiap Telaga (Well Completion)


Pemandangan Shaker House. Ni consider buruk la..

Fishing Tools. Utk fish-out stuck pipes.

Measure-While-Drilling (MWD) tools.

Antara jenis² mata drill (dipanggil bit) yang ada

  • Spe-sia-lis (diperlukan untuk satu-satu situasi tertentu sahaja.)
    • Pemancing (Fisherman)
    • Tarik-Putar Belakang(Backreamer)
    • Lumpur Bunuh (Kill Mud)
    • Jurutera Tekanan Pora ( Pore Pressure Eng)
    •  
    •  
    •  Ada banyak lagi rasanya

Antara syarikat service contractors yang femes adalah SlamberJer (Schlumberger), CuacaFord (WeatherFord), Scomi, Halliburton. Syarikat-syarikat nih tak tawarkan satu service sahaja, macam-macam diorang offer pada client. Sudah tentu syarikat yang mempunyai perkhidmatan yang pelbagai, orang senang nak pergi cari. Macam Pejabat Pos. Bukan sekadar pos barang. eheh..

(Kes terkecuali adalah Scomi yang offer bahan untuk buat lumpur dan Jurutera Lumpur). 

Itulah dia jumlah yang bekerja di atas kapal korek bernama rig. Biasanya sebuah rig mampu menampung dalam 100 ke 130 orang dalam satu-satu masa. Namun perlu diingat, setiap jawatan yang saya sebut itu perlu sekurang2nya dua orang kerana terdapat 2 shift dalam satu hari. Satu shift adalah 12 jam. Maka sudah termaktub yang operasi kami yang 24 jam 7 hari seminggu..





Maka apabila Client sudah mendapat setiap perkhidmatan yang diperlukan sepanjang operasi, maka boleh lah start gali!


Next, adalah penerangan secara ringkas operasi korek minyak!

p/s : sebarang pertanyaan mengenai posisi kerja, apa tanggungjawab diorang dan sebagainya, boleh bagi dalam bahagian komen ye? Nak cerita, nanti berjela-jela pula entri ni. ^^

Saturday, 15 June 2013

Singing Saturday : Meniti Titian Usang

Assalamualaikum wbt


Setiap kali saya mendengar lagu ini, saya membayangkan diri saya yang mencari kebenaran dan menuju ke arahnya. Namun saya lemah dan jatuh di sebuah titian tua yang penuh perangkap.

Lagu ini bahkan seperti teriakkan kepada teman-teman lain supaya membantu saya yang telah jatuh terjelempok dan sedang berpaut di tepian genting sebuah jurang kegelapan.

Walau nampak situasi bahaya, namun minda saya tidak menafsir keadaan yang sebenarnya. Tautan saya tidaklah kukuh kerana minda saya lalai dan 'senang' dengan situasi saya ketika itu.


Namun harapan saya yang lebih baik dari apa yang dimimpi itu menyebabkan saya berteriak meminta tangan saya disambut kerana saya tidak mahu terlepas jatuh ke dalam jurang dan senasib dengan mereka yang gagal melepasi titian ini..



Err.. bila dah play tengok lirik kat bawah. Lagunya tak sync ngan video. ^^

--------

Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku

Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi

Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku
Apakah dapat ku ke seberang

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang
DIA sedang menunggu
Untuk memimpinku
Di seberang sana
Adanya cahaya


Lirik adalah hak milik terpelihara Luncai Emas Edn Bhd.


------


Wednesday, 12 June 2013

Arena Minyak & Gas : Mari berkenalan dengan si tukang cari!

Assalamualaikum wbt




Antara perspektif pemikiran masyarakt marhein dengan industri minyak dan gas adalah ; para pekerjanya duit berkepok bagai tumbuh di setiap pelipat badan dan platform itu adalah tempat gerudi minyak. Dan apabila disebut bekerja dalam industri ini apabila ditanya apa pekerjaannya, sudah pasti mereka kata ‘ bekerja dengan [nama client ; yang biasanya titik minyak berwarna hijau atau cengkerang kuning]. *peluh*

Industri yang serba kompetitif ini biasanya mempunyai pekerja yang tidak ramai yang suka menulis. Kalau ada pun, diorang busy macam tiadanya hari esok kerana mereka bekerja dengan industri yang sentiasa beroperasi 24 jam sehari selama seminggu tanpa hari minggu mahupun cuti awam. Ini adalah realiti tau para bapak-bapak, ibuk-ibuk yang datang bersanggah ke laman sesawang nih!

Saya telah pun berkecimpung dengan industri ini selama setahun, dan sepanjang setahun itu persepsi duit berkepok atau bekerja sebagai client itu sentiasa saya dapat.Apatah lagi keadaan dan suasana saya bekerja, susah mereka hendak bayangkan. Mana taknya, sudah didoktorin dengan gambar2 megah dan hebat platform sahaja, tukang koreknya dah tak kenal dah. Suasana kehidupan di laut apatah lagi? Terjagakah solat jumaat kami? Halal kah makanan kami? Berjemaahkah solat kami? Ada internetkah kami? Terlindungkah kami dari anasir-anasir lain? Bagi tidak merugikan bakat picisan saya yang boleh tahan suka menulis, apa kata saya perkenalkan sedikti sebagai Realiti Industri Minyak dan Gas? ^^

Alamat nak korek dan Armada

Peta Block Malaysia


Ok, anda semua pernah tengok peta ukur tanah? Paling tidak pun peta Asia tengah yang sempadan yang serba straight line macam dilukis dengan pembaris? Itu lah bentuknya dengan ‘Block’ minyak. Sebagaimana yang kita pelajari dan ketahui, negara kita empunya minyak dalam perut buminya. Alhamdulillah, berkat bumi yang ada rakyatnya yang sentiasa berdoa pada ilahi. Jadi secara amnya, kawasan yang sah ada minyak, dia dibahagikan mengikut blok. Macam ala-ala Daerah yang lebih kurang..


Kemudian setiap block ini ada alamat kecil atau lokasi kawasan. Biasanya diberi nama yang pelik / chumel macam Penyu, Kurma Manis, Tangga Barat, etc etc.. Kiranya kalau sebuah Daerah itu, ada kawasan mukim / taman perumahan la.
Baik, memandangkan negara kita  ni kecil dan untung Tokan Minyaknya selalu diambil oleh [censored] , maka kita tidak empunya armada /tenaga yang cukup untuk membolot semua blok yang kita ada , lalu korek sendiri dan keluarkan sendiri. Maka blok – blok ini disewakan kepada pengeluar minyak lain untuk dieksplotasi minyaknya. Of course sebelum disewakan itu, Tuan Asal Block sudah buat kajian secara am dengan kaedah seismic dan juga drilling untuk mengira potensi dan lokasi minyak dalam blok tersebut. Takkan kita nak jadi bodoh, beli tanah / kawasan yang kata ada emas kat dalam tapi takde bukti kan? Kalau ada, sudah tentu tuan milik tanah tak nak jual in the first place betul tak?
Namun biasanya Tuan Asal Blok buat untung dengan berkongsi keuntungan dengan Pengeluar Minyak yang mengambil risiko untuk menyewa blok tersebut. 80%-20% ke sebagai contoh.. Tapi perlu ingat, segala kos operasi dan segala hapak haruk yang dilalui untuk keluarkan minyak perlu ditanggung oleh Pengeluar Minyak yang menyewa. Bila dah keluar minyak, Tuan Asal Block dapat untung 20% atas angin gituh je. Haa.. tak ke pandai di situ?
Jadi setelah, surat hitam putih ditandatangani, maka Pengeluar Minyak ini menjadi Tuan Baru Block atau Client.
(Saya tak pasti kalau diorg open tender untuk kawasan ke tak, meaning satu blok, ada beberapa Client yang meneroka)
So katakan Client A adalah tuan baru di Block ZXX 678. Di dalamnya ada beberapa kawasan berpotensi yang bernama Payon, Izlude, dan Aldebaran. Maka setiap kawasan empunya kempennya tersendiri (bukan kempen pilihanraya!)  Wujudlah Payon Campaign etc etc.. Dan dalam satu kawasan dipecahkan lagi, timur barat utara selatannya, cetek dalamnya sekali. Hasilnya adalah nama seperti East-Izlude-deep atau EID)
Untuk sedutan maksima satu-satu kawasan (kerana kadang kala telaga mintak dalam tanah dalam bentuk group of patches, maka dinomborkan punya bagi setiap lubang dikorek. Akhirnya nama adalah seperti EID-07 jika ia adalah telaga/lubang ketujuh…


Nama dah beri, maka tinggal korek la kan?


But wait!
Client biasanya hanya tau minyak perlu atas permukaan untuk dieksplotasi. Mereka juga tidak empunya armada tersendiri. Maka Client akan cari Drilling Contractor seperti Seadrill, Ensco, Nabors, UMW, Transocean (just naming fews) untuk drilling team mereka. Biasanya drilling contractor yang akan provide Rig / Kapal korek untuk operasi korek.
Ok, rakan – rakan pembaca, terdapat perbezaan langit dan bumi antara rig dan platform. Platform adalah tempat sedut minyak dan dan bungkus untuk diproses. Rig pula adalah tempat untuk cari dan korek minyak. Ada juga yang jenis Hybrid namun biasanya utk Kempen jangka masa panjang tp nak korek kat satu lokasi sahaja.

Biasanya drilling contractors ini empunya armada mereka tersendri. Nama-nama diorg pun begitu... pergh!! dan rasa macho sekali! Ada yang guna nombor sahaja seperti Ensco. Dan dalam armada tersebut ada pelbagai jenis rig. Biasanya ada 3 jenis dan setiap jenis digunakan bergantung pada kedalaman dasar laut.



Bergantung pada kedalaman dasar laut, setiap rig ada characteristic tersendiri.


Jom kita tengok gambar-gambar rig yang ada untuk gambaran lebih dekat lagi!


Topaz Driller : Rig jenis Jackup; empunya kaki ala tripod untuk stabililty. Rakan armada yang lain seperti Aquamarine Driller. Baru 2 kali merasa Jack-Up rig.



Dhirubai KG2 : Rig jenis Drill Ship. Untuk Deep Water exploration. Saiz gabak untuk tampung logistik sepanjang operasi. Tak merasa lagi naik, tapi dengar citer lebih mencabar fizikal dan keimanan!

West Alliance : Rig jenis Tender Assisted. Ala tongkang je untuk bantu small platform. Biasanya untuk well developement. Yang saya naik dulu adalah Triumph 101.

Songa Eclipse : Submersible type rig. Untuk exploration. Ada balast tank kat bawah untuk apungan. Rakan fleet lain macam Songa Venus yang pernah saya naik dulu. Selalu dpt naik jenis yg ini.
Land Rig : Pernah kerja jenis rig darat masa kat Sarawak tahun lepas. Biasanya kurang popular sikit di Malaysia. hehe


Walaupun dah ada drilling team, tapi sebenarnya masih belum cukup lagi bro..

InsyaAllah, entri-entri yang akan datang (saya tak janji the next one la tapi) saya kan terangkan secara ringkas, siapa yang actually bekerja kat atas rig nih. Secara tak langsung, tugas-tugas dan job position yang wujud di dalam arena korek minyak.


Nantikan..~