Thursday, 13 December 2012

The End


Keciwa. Keciwa dengan diri sendiri.

Melihat kembali imbasan-imbasan silam, aku telah jauh menyimpang. Aku sangat berbeza berbanding dulu.

Aku tak rasa macam diri aku lagi. Mungkin ini ratapan seorang yang bekerja shift malam selama 12 jam sehari berturut² selama sebulan… tapi entah, aku sekarang berperasaan bercampur aduk.

Rindu. Aku rindukan diri aku yang dulu. Aku rindukan perasaan melayang-layang ke sana sini berjumpa generasi baru.

Ke sana ke mari cuba memperbaiki masyarakat, cuba menawarkan penawar hati kepada ummah.

Now what happened to me? Aku bagaikan telah rabun dengan objektif aku. Aku dah tak amik endah apa yang berlaku disekeliling.

Seriyus keciwa.

Aku dambakan apa yang aku dapat 5 tahun dulu pada diriku, namun ujian yang diturunkan pada aku dalam dua tahun nih, aku dah kalah.

Frustrated being left behind.

Frustrated being misunderstood.

Frustrated being misjudged.

Aku cuba juga menggunakan apa yang aku ada utk menampung keinginan aku memperbaiki masyarakat.

Aku empunya byk dakwat, namun mata pena aku rosak dan patah. Dakwat aku biarkan berkeladak dan mendak di dasar.

Pedangku telah tumpul dan berkarat.
Blog ini sudah hilang tujuan dan objektif. Sudah tidak seiring dengan namanya.

Tiada lagi perkongsian ilmiah
Tiada lagi perkongsian cerita
Tiada lagi perkongsian pengalaman
Yang hanya tinggal adalah ego dan alter ego.


This is my lost.





Simon 'Adam' Malik