Tuesday, 28 August 2012

Triumph and GK : The fated story

Assalamualaikum wbt


Bila aku dapat call dari office, masa tuh dalam kereta otw balik dari area² LCCT. Maka bermulalah alkisah, aku merasa berpuasa dan beraya di atas rig.


Ada member cakap, mungkin aku dah biasa tak beraya bersama keluarga. (Ramadhan and berpuasa are not mention in the conversation). Ye, lama dah aku tak beraya sakan. Tahun lepas punya cerita raya, aku boleh drive sensorg balik kampung. Join konvoi ngan family di tengah jalan. hehe..


Secara rohaninya, aku lebih kejar Ramadhan dari beraya. Entah kenapa. Mungkin sebab bonus lipatan pahala berkali ganda agaknya. Ataupun suasana yang penuh mendidik jiwa. Bertadarus. Bersedekah selagi boleh. Bertarawih. Berqiam. Tidak lupa juga mereka yang mengambil peluang utk bermewahan-mewahan dengan makanan. Setahun sekali punya offer buffet la katakan..


The first offer was just a day before Ramadhan. But then, the chopper date was postponed a few days later. Merasa la a few days berpuasa dengan family.


It was stunning each year, to be able to berbuka with mak. The linear-decrease of jamaah was always numerous on the 1st day of Ramadhan during tarawih. 3 days i was able to break fasting with mother before i was off to Terengganu.


Triumph Drilling 101



Kat sana.. Allahu Rabbi.. aku tinggal di atas sebuah kapal yang ada rig attached. Rignya tak bergoyang. Tapi kapalnya berayun kiri kanan, atas bawah, depan belakang. Ngeri jugak situasi melihat kadang kala ada muntah di tepi pintu mahupun di korridor. itu kire tak bernasib baik la nampak, sebab Cleaner atas rig biasanya effisyen.


I was placed with the cook. Nice experience sharing room with them. Asking and sharing their rig experience. Yeah, it was totally different. Me more on the operations, and they more on serving the hungry stomach. To be frank, aku lebih selesa berada bersama di kalangan golongan-golongan sebegini. Mengingatkan diri aku supaya sentiasa bersyukur dan merendah diri. Ye la, bukan ke yang buat kita berbeza adalah takwa?


Cut the long story short. Berterawih di dalam kapal memang empunya pengalaman tersendiri. Mungkin ini agaknya rasa para pendakwah bila mereka berlayar ke negara-negara luar untuk berdakwah. Berbuka puasa? Mungkin ada beza. Di atas rig biasanya makanan dan lauk pauknya pelbagai dan cukup. Dahulu mereka terpaksa catu makanan


Bekerja sebagai kuli cacai tadah sample ketika bulan Ramadhan juga ada cabarannya. Segolongan mungkin berada dibawah air cond, menolak pen, hadir meeting dan sebagainya. Aku duk bawah air cond gak, tapi masa time tunggu sample untuk naik dari bawah pengorek. Alhamdulillah, drilling tidak selalu. Aku cuma merasa satu hari suntuk sahaja mengambil sample, selebihnya lebih banyak menunggu dan membaca Raheeq. Ada jugak naik turun tangga repair itu repair ini dan sebagainya. Biasa la tuh...


Yup, this is my second time finishing Raheeq makhtum.  Actually i decided to just leave my lappy at home during this hitch. Chuck away the source of no-so-time-filling-activity during Ramadhan. And yeah, it works! (peace)


Aku mungkin agak ketinggalan dari segi pengejaran amal masa time bulan ramadhan.
Orang lain boleh berterawih 20, aku hanya boleh buat 8 (seriyus, walaupun takde keje sangat tapi penat). Orang lain boleh habiskan lebih satu juz satu hari, aku (alhamdulillah) satu juz sehari.
Orang lain boleh berqiam ber-berrakaat hampir tiap-tiap malam, aku hanya boleh buat beberapa malam je itu pun 2 4 rakaat je.
Orang lain boleh bersedekah free flow secara unstoppable, aku hny boleh buat secara online itu pun dua tiga kali je. Itu pun ke akaun favourite. Kat laut takde line, so tak dapat tac number..


Hatiku telah diset untuk beraya di laut. Bila lagi? At least selepas 4 hari raya, aku dah boleh merasa Kuih Tat gulung favouriteku itu. Lagipun aku jamin, Triumph punya catering semuanya orang pantai timur, mmg sah la super meriah dengan lauk raya. Galley pun non stop ais krim ngan kek. Oh oh..  Nasib baik perut besarku ini mampu bersabar dari menjadi lubang hitam tanpa dasar. hehehe..

Namun semuanya berubah bila aku mendapat call dari Mak cik coordinator. 'Boleh pi Galveston Key (GK)? Takde orang nk pi nih sebab semuanya nak beraya. Kalau awak pi sana kire awak naik pangkat la. Tapi extend sampai 27. Boleh tak inche simon yang hensem bukan kepalang?' (ayat terakhir adalah tambahan semata-mata)


Halamak, gundah-gulana disitu. Naik pangkat bermaksud great power holds great responsibility. eh. Maksudnya dah takde masa untuk berilek² semasa tidak ada drilling. perlu monitor operasi. Lebih tanggungjawab. Lebih tanggungjawab. Lebih gaji... eh.


Baru nak berangan berdiri dengan penuh keyakinan mengadap lautan membentang luas kat Helipad di pagi raya, meraikan perasaan kemenangan di pagi raya setelah hampir sebulan berpuasa atas rig. (lepas tuh camera dari arah belakang amik gambar)


Maka dengan nada penuh confident lagi penuh perasaan. ' Boleh tapi bagi saya turut darat 3 hari'.



Galveston Key


Allah sebaik-baik perancang. I was suppose to get on GK on Sunday, a week before raya. Masa sampai airport ari ahad tuh pergi checkin chopper, nama takde. telefon ofis kiri kanan, diorg minta standby. Aku cakap nak balik KL arituh gak. Maka dengan penuh bergayanyer aku pergi ke kaunter Airasia utk beli tiket on the spot balik KL. Seriyus aku flat arituh sebab in 6 hours, journey aku adalah KL-KT-KL.


Dari sehari ke sahari tarikh aku naik ke GK tunda sehingga pada hari Khamis, baru aku ke Kuala Terengganu dan esoknya naik chopper ke GK. Merasa juga aku berpuasa di rumah pada minggu terakhir puasa. Lebih terindah pabila dapat berdating bersama Adik Kaya di Bazar Ramadhan di Ganu memburu, kuih puteri mandi, sata, dan kuih² yang susah nak jumpa kat KL. Tak kurang juga berbuka puasa kat rumahnya atas jemputan ibunya. Haha.. takde niat utk menjadi abang iparnya ok? Cuma mengeratkan silaturrahim ajer..


Ya.. ini adalah hadiah yang terbaik dari Allah. Minggu terakhir bersama keluarga di darat. Jumlah jamaah tarawih lesu. tapi yang bestnya adalah menikmati malam-malam yang sunyi lagi privasi dalam bilik. Nikmat betul rasanya. termasuk solat di masjid. Ah.. Humans always take things for granted till it slip away through our fingers..


Masa nak check in chopper kami masuk ke balai berlepas cam biasa kat airport. cuma kali nih penuh dengan orang² yang nak balik raya ke KL. Kami? dengan coverall oren, biru, merah semua boleh pulak berada kat depan sekali. Masa kitorg tengah pakai Shark-life vest ngan head gear, semua orang tengok terkebil-kebil. Rasa cam special squad nak pi perang pun ada. Mesti diorg pikir.. nilah orang² yang tak bernasib baik beraya kat laut. Adeesss...


Sampai je kat GK... Aku terus terasa nak balik. Walaupun orang kata aku dah biasa tak raya dengan family, tapi bila berada tengah laut nih, lain rasanya. Siap berair mata dah masa calling bonda dua malam sebelum raya. Nasib baik phone tuh berada kat area public. Kalau tak, mmg berlaku kejadian amat buruk lagi tidak diingini dan tak sedap dipandang wanita.. (tutup muka malu)


Malam raya berlalu macam tuh je. Takbir takde apa takde.. sok pagi bangun, solat raya pun tak sebab takde. Rig GK penuh dengan warga-warga malaysia timur.. tukang masak pun sama. Ohhh.. pilunya rasa hati. Masa tengahri tuh ada la diorg sediakan lauk pauk special...


tak sama tak sama tak sama tak sama tak sama tak sama tak sama


Mana sama weh kalau masa raya pun keje? At least doktor pun paling busuk on call masa raya kedua. Nih keje kot. Tengah laut plak tuh. Tak pijak darat plak tuh. Tiap-tiap hari ada lagu hindustan plak tuh (supervisor made in india).. Seriyus.. masa tuh mmg rasa nak balik weh. Seb baik ada gak benda² yang elok di dengar dan di hafal dalam laptop nih.. Cool sket hati..


Apa dia? Mana ada yang lebih menenangkan dari ayat quran bro~


Oh ye, tidak terukur sehingga dicabar oleh Allah sendiri. Dipendekkan cerita, aku patut balik pada 29 ogos. namun sehingga pada hari ahad lepas, chopper booking aku tak dapat lari dari ofis sebab diorg beraya sakan. Sekali tuh aku dapat tau yang chopper dah penuh. Mana aku dengan berderau darah lalu membuka pencak silat lagenda dan menalipon terus mak cik coordinator. Aku mahu balik pada 29, tak akan kompromi dengan tarikh selepas itu.


Ya, jika mahukan sesuatu. Kita perlu berusaha. Wang? Rumah? Anak? Bulatan gembira? Iman dan takwa? jodoh? (err..) Kena usaha ye tuan-tuan dan cik puan?


Of cos, apalah sesuatu hajat itu tanpa sebarang 'bayar balik' pada si Maha Pemberi.



Natijahnya, aku berpuasa Nazar hari ini sebab insyaAllah aku dapat balik ke darat pada 29 ogos.. Alhamdulillah..






Simon 'Adam' Malik

2 comments:

Anonymous said...

best gak bro bace pngalaman keje kt ring ni. sbb kebanyakkan org cite psl offshore ni lbh kpd platform..
kalo blh, cite la psl position2 yg ade kt ring n tugas2 dorg. n cara pembayaran gaji dorg..
tq..

Anonymous said...

Perlu usaha untuk balik raya!

Sedih benor tak dapat raya dengan bonda. ^^