Sunday, 1 July 2012

Dua minggu macam air

Assalamualaikum wbt






Dua minggu di darat berlalu macam air. Sesedar sudah berada di tengah laut kembali.
Ramai yang mungkin kecik hati sebab tak bagitau diorg yang aku dah ada kat darat. Err..Inilah aku. Pulang tak menyebut, pergi tidak menyahut. (Wah, Dewan bahasa pasti nak sekeh kepala aku!)

Kepulangan aku ke darat hanya dihebohkan kepada beberapa golongan dan individu sahaja. Al maklum lah, kalau dihebohkan satu kampung,  boleh macam jadi YB yang bakal bertanding dalam pilihanraya!Semua orang nak jumpa. Haha.. sudah pastinya aku bukan calon pilihanraya ye? Dua minggu tuh pendek tau!

Dalam dua minggu ini juga, aku ada spend beberapa lama bersama-sama hadek-hadek mengembara ke pantai timur. Jadi supir dan tukang gambar. Ya lah, walaupun aku dikelilingi lautan sebulan lepas, tapi jiwa rasa kontang macam nak terjun tiruk kat laut! Sekadar menempel sahaja dan bantu mana yang boleh, tapi sedikit sebanyak tercas kembali hati ini untuk menghadapi kekeringan jiwa di tengah laut. Pengisian sungguh menusuk serat jiwa. Rasa macam nak lari sambil tutup muka dengan latar belakang sayu bersama daun-daun lurh! Ok. Over.

Dalam dua minggu itu juga, satu per satu liku kehidupan aku dibuka dan dikupas. Laa.. dah tua rupanya aku. Namun masih banyak perlu aku belajar dan belajar. Terutamanya bila berkaitan dengan hati, jiwa dan perhubungan antara manusia dan masyarakat. Ada yang balas buah tangan macam 30 orang nak makan.. ada bonda hadek yang bagi benda makan sebanyak 6 org nak makan bila nak balik arituh... Ada yang penangan berbisa lagi pahit untuk di makan pun ada. Ahh.. rasa tak nak matang pun ada sebenarnya.. Tapi umur yang kian meningkat ini sebenarnya ada nikmat dan peringatan. Peringatan yang ‘simpanan masa’ kita dikreditkan sedikit demi sedikit sehingga mati..

Dalam dua minggu itu juga, pelbagai keputusan dan sasaran diambil. Mengejar masa yang terhad selagi kaki berpijak atas tanah. Bila dah ke tengah laut, tiada benda lain yang aku boleh buat kecuali bekerja setiap hari di atas sebuah bangunan terapung yang besar cam 2 padang futsal.  Ingat senang ke hidup bila tepon takde network tapi dunia nih semua nak pakai handphone dan tenet? Inche Gabbana terpaksa bertopeng lalu melayangkan flyers di tengah-tengah kota tau kalau tak wujud tenet?! Belum lagi kalau tetiba kempunan benda pelik-pelik seperti sushi dan popiah basah. Haha.. teringat zaman-zaman oversea dulu..

Dalam dua minggu itu semua benda nak kena buat. Bantu bonda buat kerja, beli itu beli ini, survey itu survey ini. Baru merasa gaji sendiri, rasa macam lawa-lawa je baju ngan kasut kat Sogo. Buku-buku kat masjid india ngan jalan TAR.. Jam-jam tangan... Galaxy Note.. UUuuhh.. wahn! wahn! Baju raya? Songkok baru? Itu boleh dibeli next time bila balik dari rig.. Kalau tak nak beli pun boleh, sebab rasanya akan naik rig bila time raya! Raya tetap raya walaupun di tengah hutan belantara, yang penting bagaimana kita menempuh Ramadhan dan cara kita menyambutnya bukan?

Genap dua minggu, aku kembali ke rig yang sama. (Rezeki yang tidak dijangka untuk kembali ke Venus). Kali nih lebih bersedia. Selain  baju paling buruk, seluar paling lusuh, di bawa dalam beg pakaian tak sampai 10kg utk kegunaan sebulan, Majalah JOM! yang telah berjaya dibeli kesemua isu yang ada disaat-saat akhir berada di darat juga diangkut sekali! Maka terselamatlah darah seorang saudara dari ditikam. ahaha..!! (sila biasakan dengan gurauan kasar aku) Bahkan aku mmbawa buku seerah nabi Al Raheeq Al-Makhtum untuk menjadi teman membayar masa yang berjalan tanpa kerja. Nak baca sekali lagi weh buku nih! Paling last aku baca adalah.. 2..3... 5 tahun dulu??

Ya.. kali ini aku naik rig dengan perasaan lebih yakin yang aku tak sekering dulu. Perjalanan aku dimudahkan Allah. Jumaat lepas, aku kembali membelah awan ke Sarawak dan seterusnya menaiki Chopper di lokasi terpencil di tengah laut..




 Simon 'Adam' Malik

p/s : Inche G, jika nama anda pop out kat post wotpog, tuh tanda penulis amat rindukan anda. Ok. sila muntah kaler ungu sekarang.

2 comments:

Inche gabbana said...

Anda hutang borak bantal dgn saya tahu...?? Haih..

Simon 'Adam' Malik said...

mmg.. ntah bila nak bayar..