Monday, 16 July 2012

Hidangan segar ais krim Neapolitan

Assalamualaikum wbt







Setiap orang empunya adventures mereka yang tersendiri. Saban hari bukan? Ke korg jenis yang rasa bosan setiap hari dan anggap setiap korang rasa benda yang sama. Kalau macam tuh sila terjun tingkap dari tingkat dua. Pastikan dah call ambulans terlebih dahulu. wahaha..

Terpulang pada diri kita bukan untuk panggil setiap kejadian yang berlaku atass kita 'significant' atau pun tidak? Macam mana? Tahukah anda bila sampai di Tol, tapi TouchnGO anda tak cukup baki, ia merupakan kejadian yang significant? Atau pun ketika anda tengah lapar giler, anda order nasi lemak ayam tapi mamak bagi anda lemak ayam goreng dengan nasi secoet adalah significant?

Tak setuju jugak? Okeh, tambah 2 lagi tingkat. Kali ini tempah kain kapan dan batu nesan.

Ya.. (bagi mereka yang terpaksa setuju),  dalam masa 24 jam, banyak betul kejadian yang mungkin kita anggap sekadar normal dan rutin walhal sebenarnya tidak. Kejadian dan situasi adalah menjadi penambah rasa kehidupan anda di dunia yang serba singkat ni. Tak kurang dengan itu, anda tanpa sedar belajar mengenai sesuatu bukan? So siapa kata bosan tak tau nak buat apa adalah jenis yang... err.. rasa kejam pulak nak sebut. Ok abaikan. Isi tempat kosong sendiri.

Kes aku adalah salah satu daripadanya. Jika ikut plan asal, aku masih berada di atas Songa. Namun entah macam mana, aku sekarang terkandas di sebuah pekan di Terengganu.

Eh? Kenapa boleh ke sana Inche Simon?

Voila, rentetan babak² yang dipendek dan diringkaskan bagi memudahkan penghadaman. ^^





PMCD Online

2 minggu lepas, hari sabtu, aku kembali ke Songa. Punya semangat nak kerja masa tuh. Kali nih shift jam 6 ptg 6 pagi. Namun baru 2 jam kerja, tetiba semua alarm berbunyi. Kelam kabut panggil Rig Floor.  Mata kuli tak berkedip tengok graf-graf yang ada kat monitor. Tak sampai 5 minit, Unit kitrg yang besar satu kontena tuh penuh dengan bermacam-macam warna baju (warna indicates company yang ada atas rig)., termasuk Ketua Operasi, Ketua rig dan macam-macam ketua lain. Semua duk pandang monitor. To my suprise, semua pegang kalkulator. Peluh dingin jugak aku masa nih sebab, kalau diorg tak control bebetul, mahu meletup tempat nih. (di kala ini background music thriller sedang dimainkan. ahaha)

aku ingat lagi perbualan diorg.

'Eh, mak cik Peah dah start bawa lori satu tan. So boleh la kita setting Nasi Lemak 5 pinggan. Tak gituh?'
'Setuju cakap tuan. Dengan 5 pinggan nasi lemak insyaAllah lori satu tan tak berubah jadi trellar'

(Perbualan sebenar telah diubahsuai secara 100% bagi mengelak pembaca mengalami muntah-muntah yang kronik)

So bila semua tenang, Ketua kuli pandang aku, termasuk juga Ketua Operasi. Diorg cakap kat aku 'Happiest man on the rig'. Aku macam 'Wwak? (What ala-ala british, hehe). No sample to catch! Sebab dengan teknik nih, takde sample yang naik untuk ditangkap! hehe...

ehehe.. berangan nak makan gaji sambil duduk. Kira arituh, banyak juga la chapter yang berjaya di'cover dalam Raheeq. Tidur pun senyum². Tapi bila bangun je esok pagi. Bila lalu kat papan kenyataan. Tengok nama yang bakal balik.

Down.. Isnin dah kena balik..




Emergency Landing

Masa balik ke base hari Isnin hari tuh, ada kelam kabut sikit sebab Sarawak base masa tuh baru je relocate tempat baru. So diorg tak tau yang aku dah turun rig. So aku tak tau whether aku akan ke rig lain atau balik Semenanjung. Nak gak masa tuh naik rig lain. Kelam kabut sini sana, aku dapat tiket balik semenanjung malam tuh jugak.

Well, aku ingatkan just another normal flight back to KL. Of course la rasa normal bila anda dengar

'Tuan-tuan dan puan-puan, kita sekarang berada di paras 13000 kaki dari paras laut. Cuaca diluar sedikit berawan .. bla bla bla.. akan mendarat 10 minit lebih awal di LCCT..'

Ya, mmg rasa normal. Masa tuh dah la agak lapar. Ingatkan dapat nasi lemak. rupernyer sebab booking on the spot tak dapat nasi lemak cam biasa. So aku pun rilek la macam biasa. bila dengar 'Flights crews prepare for landing'

Tapi setelah sekian lama, aku rasa flight ni asyik belok ke kiri je. Tengok bandar-bandar kat bawah tuh rasa seronok gak main teka-teka nama bandar. Ok masa tuh dah malam. Main agak je ok? Tapi aku masih tak boleh lari dari weird feeling.

then,

Tuan-tuan dan puan-puan kita akan mendarat tepat pada waktu asal. Kita sekarang sedang menunggu giliran untuk mendarat dari Menara Kawalan. Giliran pesawat ini adalah yang kelima belas.
tak sampai lima minit,

Tuan-tuan dan puan-puan, kita akan mendarat di Lapangan Terbang Subang. Ini disebabkan Lapangan terbang KLIA ditutup akibat cuaca buruk.  (Lepas tuh serius aku ingat apa diorg cakap sebab dalam otak aku tengah fikir camne nak balik dari subang.)

Bila dah mendarat tuh, captain bagi pengumuman yang kitrg mendarat untuk mengisi minyak sebelum ke LCCT.

Aku merasa 2 rasa yang berbeza secara serentak. Kegumbiraan macam makan kek coklat dan menyirap ketakutan. Takut pasal apa?

Dari pengumuman tadi, aku sedar sebenarnya pesawat kitrg tak cukup minyak diudara untuk tunggu giliran dan arahan dari menara kawalan! Pergh cuak kot. Memang aku respek pada captain kapal untuk tak bagitau perkara sebenar untuk tak create panik among passengers. Dan lagi aku respek pada flight crews yang bersabar dan menahan karenah passenger yang salahkan airasia sebab diorg akan lambat landing. Seriyuss..

Diorg tak tak nyawa diorg (termasuk aku) kat hujung tanduk kot.

Masa flight nak ambil side dan guna waypoint yang sesuai nak landing, memang melompat-lompat pesawat tuh. Nak tau camne rasanya? Pernah lalu jambatan kecik  kat jalan dalam dalam keadaan laju, yang buat perut anda ternaik jap? Ok multiply benda tuh selama 10 minit. Perut naik atas bawah ye?

Tapi kan, bleh plak aku enjoy flight camtuh. Muka penuh kat tingkap flight dan tangan melekat kat kiri kanan. terkesima tengok sayap membelah awan yang penuh dengan hujan. Bila on the way balik ke rumah baru aku teringat. Survival rate kalau kapal terbang terhempas biasanya less dari 5%!

Peluh dingin menitik.


Oh.. Kay Ell!!

Dalam pada aku sibuk nak dapatkan tiket balik semenanjung, ofis contact aku kata aku ada interview naik pangkat. Actually lebih kepada assessment la. Sejuk hati, kalau tak meronta-ronta. Ahaha..Tapi semasa aku kat semenanjung, aku kerap ke KL sebab ke ofis untuk drop paper work and mengalirkan dompet ke kedai-kedai pakaian. wah! Banyak fulus ka sekarang? *telinga tetiba merah*

Eh hello? Kalau anda kenal saya, anda tentu terpegun kerana saya masih pakai pakaian dari form 5 tau?! ( pakaian yang dapat 7 tahun lepas)

Haha.. Tapi tak boleh chelen masa pi kedai kat jalan masjid india. Tak cukup cash pakai kad terus. ehehe.. (Tutup muka)

Ada dua perkara yang perculiar sikit masa aku ke ibu kota kuala lumpur. Satu adalah situasi dapat coklat percuma dan satu lagi menolong orang sesat.




Cerita kecik : Coklat

Masa tuh tengah lapar. Tak sempat makan tengahari. Alasan? Lebih suka kejar masa dari duduk makan. Poyo boleh tak? Arakian maka terjadinya kisah bila saya menapak keluar dari stesen putra masjid utk lompat train, tetiba dihulurkan sampel cekelat. Wah! Cam tau tau je aku tengah lapar. Maka dengan penuh rasa ghairah aku pun membuka wrapping cekelat itu.

Oh..! Sungguh enak bila ia cair dimulut lalu perlahan-lahan masuk le perut yang sedia keroncong.

Tapi tetiba saya rasa macam nak marah pulak! Sepanjang escalator bawah sampai nak tunggu LRT ada je wrapping cekelat percuma tadi bergumbira menyelit di sudut² kaki lima dan anak tangga!

Bila aku pikir balik, stesen pertukaran nih memang digunakan oleh majoriti oleh pekerja-pekerja berkolar kuala lumpur. Awat la sampah secoet nih boleh pula tertiris keluar dari tapak tangan anda yang elok-elok Allah buat. Ada je tong sampah on the way naik, awat hang buta letak mata kat pala lutut? Haih.. sensitip sungguh pasal hal nih. Eventhough hal sampah nih nampak kecik, tapi sebenarnya ia menunjukkan level Ego tahap supergempaktakhengat dalam hati rakyat malaysia. Ego sangat untuk melakukan perkara dengan betul dengan assuming ada orang lain yang boleh tolong buat kan.

Padahal ego la yang membuatkan Maharaja Syaitan Pikor (Pinjam kosa Inche G) mendeclare perang ngan kita.

So How Ego are You?




Cerita kecik 2 : Orang Sesat

Anda pernah tolong orang yang sesat jalan? Macam mana anda tolong? Tunjuk arah mana nak pergi atau jadi tourist guide sampai dia sampai kat destinasi? Percaya tak perasaan bila bantu orang sesat berbeza dengan bagaimana anda tolong diorg?

Haha.. aku tak mau citer kat sini apa yang terjadi tapi secara pendeknya, aunty dan maknyer hendak ke BTS tapi salah naik train.

Well itu perasaan menolong orang sesat jalan. Tapi aku jamin membimbing orang hingga ke destinasi yang sepatutnya juga tidak kurang rasa gumbiranya. Yakni, membimbing orang hingga mereka dapat kegembiraan dan kesenangan abadi di tempat yang serba hijau, serba dapat apa yang kita nak. Dikatakan ia lebih enak dari mendapat segelas air sejuk di kala cuaca panas lagi menghauskan.Eh? Anda paham tak apa yang aku cuba sampaikan nih?

Jika kita rasa seronok tolong orang untuk sampai ke destinasi, maka secara logiknya kita rasa gembira membimbing orang untuk ikut jalan yang benar yang membuatkan mereka mengubah diri mereka kepada seorang yang lebih baik. Bukankah menjadi diri itu lebih baik adalah satu destinasi dalam hijrah diri?

Ahh.. Aku benar-benar rindukan perasaan itu. Perasaan membimbing dan dibimbing.
 
Simon 'Adam' Malik

Sunday, 1 July 2012

Dua minggu macam air

Assalamualaikum wbt






Dua minggu di darat berlalu macam air. Sesedar sudah berada di tengah laut kembali.
Ramai yang mungkin kecik hati sebab tak bagitau diorg yang aku dah ada kat darat. Err..Inilah aku. Pulang tak menyebut, pergi tidak menyahut. (Wah, Dewan bahasa pasti nak sekeh kepala aku!)

Kepulangan aku ke darat hanya dihebohkan kepada beberapa golongan dan individu sahaja. Al maklum lah, kalau dihebohkan satu kampung,  boleh macam jadi YB yang bakal bertanding dalam pilihanraya!Semua orang nak jumpa. Haha.. sudah pastinya aku bukan calon pilihanraya ye? Dua minggu tuh pendek tau!

Dalam dua minggu ini juga, aku ada spend beberapa lama bersama-sama hadek-hadek mengembara ke pantai timur. Jadi supir dan tukang gambar. Ya lah, walaupun aku dikelilingi lautan sebulan lepas, tapi jiwa rasa kontang macam nak terjun tiruk kat laut! Sekadar menempel sahaja dan bantu mana yang boleh, tapi sedikit sebanyak tercas kembali hati ini untuk menghadapi kekeringan jiwa di tengah laut. Pengisian sungguh menusuk serat jiwa. Rasa macam nak lari sambil tutup muka dengan latar belakang sayu bersama daun-daun lurh! Ok. Over.

Dalam dua minggu itu juga, satu per satu liku kehidupan aku dibuka dan dikupas. Laa.. dah tua rupanya aku. Namun masih banyak perlu aku belajar dan belajar. Terutamanya bila berkaitan dengan hati, jiwa dan perhubungan antara manusia dan masyarakat. Ada yang balas buah tangan macam 30 orang nak makan.. ada bonda hadek yang bagi benda makan sebanyak 6 org nak makan bila nak balik arituh... Ada yang penangan berbisa lagi pahit untuk di makan pun ada. Ahh.. rasa tak nak matang pun ada sebenarnya.. Tapi umur yang kian meningkat ini sebenarnya ada nikmat dan peringatan. Peringatan yang ‘simpanan masa’ kita dikreditkan sedikit demi sedikit sehingga mati..

Dalam dua minggu itu juga, pelbagai keputusan dan sasaran diambil. Mengejar masa yang terhad selagi kaki berpijak atas tanah. Bila dah ke tengah laut, tiada benda lain yang aku boleh buat kecuali bekerja setiap hari di atas sebuah bangunan terapung yang besar cam 2 padang futsal.  Ingat senang ke hidup bila tepon takde network tapi dunia nih semua nak pakai handphone dan tenet? Inche Gabbana terpaksa bertopeng lalu melayangkan flyers di tengah-tengah kota tau kalau tak wujud tenet?! Belum lagi kalau tetiba kempunan benda pelik-pelik seperti sushi dan popiah basah. Haha.. teringat zaman-zaman oversea dulu..

Dalam dua minggu itu semua benda nak kena buat. Bantu bonda buat kerja, beli itu beli ini, survey itu survey ini. Baru merasa gaji sendiri, rasa macam lawa-lawa je baju ngan kasut kat Sogo. Buku-buku kat masjid india ngan jalan TAR.. Jam-jam tangan... Galaxy Note.. UUuuhh.. wahn! wahn! Baju raya? Songkok baru? Itu boleh dibeli next time bila balik dari rig.. Kalau tak nak beli pun boleh, sebab rasanya akan naik rig bila time raya! Raya tetap raya walaupun di tengah hutan belantara, yang penting bagaimana kita menempuh Ramadhan dan cara kita menyambutnya bukan?

Genap dua minggu, aku kembali ke rig yang sama. (Rezeki yang tidak dijangka untuk kembali ke Venus). Kali nih lebih bersedia. Selain  baju paling buruk, seluar paling lusuh, di bawa dalam beg pakaian tak sampai 10kg utk kegunaan sebulan, Majalah JOM! yang telah berjaya dibeli kesemua isu yang ada disaat-saat akhir berada di darat juga diangkut sekali! Maka terselamatlah darah seorang saudara dari ditikam. ahaha..!! (sila biasakan dengan gurauan kasar aku) Bahkan aku mmbawa buku seerah nabi Al Raheeq Al-Makhtum untuk menjadi teman membayar masa yang berjalan tanpa kerja. Nak baca sekali lagi weh buku nih! Paling last aku baca adalah.. 2..3... 5 tahun dulu??

Ya.. kali ini aku naik rig dengan perasaan lebih yakin yang aku tak sekering dulu. Perjalanan aku dimudahkan Allah. Jumaat lepas, aku kembali membelah awan ke Sarawak dan seterusnya menaiki Chopper di lokasi terpencil di tengah laut..




 Simon 'Adam' Malik

p/s : Inche G, jika nama anda pop out kat post wotpog, tuh tanda penulis amat rindukan anda. Ok. sila muntah kaler ungu sekarang.