Monday, 11 June 2012

Hikmah disebalik essemen yang menimbun di IPT

Assalamualaikum wbt


Okeh, nih adalah kesinambungan daripada post : Guane ekk study kat Oversea. Kalau post tersebut cerita pasal benda best dan tak best study kat oversea, kali ini aku akan citer plak apa best dan tak best bila study kat dalam negara. Kenapa aku boleh begitu mengangkat bakul sampai boleh menjadi penentu best dan tak best? Boleh rujuk kat post yg aku sebut tadi. hehe.

Setelah aku habis belajar kat luar negara, aku ingatkan dapat la aku merasa gaji awal pada umur 22 tahun. Tun M pun baru nak start blaja medic umur 22. Alih-alih bukan rezeki aku, hampir 2 tahun aku buat macam keje diluar bidang aku. (boleh rujuk kat : Kepada mereka yang ingin tau). dalam 2 tahun tuh, 6 bulan aku keje as RA kat UPM. Then aku sambung masters 6 bulan je kat UKM. So sikit sebanyak lemon, aku merasa gak camne belajar kat IPT tempatan.





Advantage :
  • Anda boleh berada di bawah ketiak mak dan apak anda termasuk gelpren or boipren. Sesapa yang senang homesick, mmg digalakkan untuk study dalam negara je.
  • Anda sebenarnya empunya peluang utk grad lagi cepat berbanding orang yang study oversea. (Apppeee???!!!)  Jika anda tak mmbazir masa, score matrix, atau yang paling untung, buat fast-track (tak tau wujud lagi tak benda nih kat MRSM lagi). Yang pi luar negara tuh, kena IB la.. preparation apekejadah la.; cth terbaik adalah sorg specialist dalam unit kitrg grad dan mula bekerja umur 21.
  • Anda tiada masalah komunikasi dengan student lain dan jugak dengan prof-prof untuk minta lulus or minta hantar esemen lambat.
  • Anda merasa infrastruktur pendidikan 1st class. (tgk IPTA mana yg korg pergi). Bahkan lebih hebat kemudahannya berbanding kat luar negara.
  • Anda dapat merasa peluh dan air tangan mamak hampir setiap hari. So takde la anda terpaksa kempunan selama setahun.
  • Anda takkan rasa kempunan melampau terhadap durian, rambutan, manggis dan pelbagai buah-buahan tempatan yang lazat lagi berkhasiat.
  • Anda takde masalah nak pening kepala pasal kena renew visa, buat surat itu ini. Paling busuk pun adalah medical checkup masa daftar.
  • Lebih byk pilihan utk cari calon laki/bini. So boleh tau betapa rendahnya nilai harga diri anda. (ketawa bahak-bahak) 
  • Anda empunya advantage utk dihire oleh tycoon tempatan dengan mudah. sebab diorg dapat save duit dari sponsor org, cari je graduate tempatan dan contact² diorg kat IPTA





Challenge :

  • Anda menjadi warga yang empunya minda terkongkong akibat kerajaan uganda terlalu banyak fakta diputar belit keadaan yang terlalu selesa.
  • Anda tak merasa pengangkutan awam yang super tepat pada waktunya dan customer servis yang tip top.
  • Anda tak merasa begitu mudahnya nak makan strawberry, blueberry, serta serba satu berry-berry yang ada di pasaran. lom cerita bab high end chocolate lagi. hehe..
  • Anda tak merasa betapa susahnya keadaan seorang muslim sebenar dalam menghadapi arus dunia. So anda tak tau anda nih ikut trend atau benar-benar muslim (gedebush!)
  • Anda empunya masa yang sedikit utk mengexplore kehebatan diri anda dan mengetahui apa berlaku di hujung dunia kerana disibukkan dengan benda benda ngarut seperti  badan silat baldi dan kelab rebana kentang.
  • Anda secara mudahnya menjadi robot-robot yang diprogram untuk dengar perintah dan ikut arus. Sebab anda dalam kelas tak kena paksa utk tny soalan dan lebih selesa utk diam, angguk dan geleng.
  • Anda tak merasa keadaan hidung merah time winter, cuaca panas time summer, atau posing maut time musim luruh utk salam perantauan.
  • Anda tak merasa super high speed internet atau, kemudahan wifi satu negara. So anda gag
  • Anda tak berpeluang utk tambahan side-knowledge dan menjadi warga yang berfikiran global sebab kat tv penuh dengan org joget-joget, nyanyi² dan lawak bengap tak ingat.
  • Anda menjadi warga tak paham sebab anda dihujani dengan sokong la brand yang gempak dari anda betul-betul paham apa yang brand tuh jual. Secara sub-concious, anda dibrainwash dan tidak benar-benar memilih.

Maka demikianlah perkongsian yang serba budget-tepat. haha.. Macam aku cakap dulu, ini apa yang aku rasa dan alami. mungkin aku adili dengan tidak tepat sebab aku hny spend kurang-lebih setahun je kat IPTA dan 4 tahun di oversea. But still, aku rasa pertimbangan aku tak berapa jauh dari kebenaran. (eh? yeke?). So akhir kata,

You decide.

wallahualam


Simon 'Adam' Malik

No comments: