Tuesday, 5 June 2012

Di kala Bulan mengambang tinggi

Assalamualaikum wbt


Aku baru saja masuk shift pukul 12am. Dari cerita rakan shift pagi aku yang berkogsi bilik, satu lagi hari boleh duduk senang balas email dan buat apa yang patut.

Sangkaan meleset.

Lebih kurang pada satu pagi, di kala Ketua Kuli (Data Engineer-DE), sibuk melayan megi cupnya sambil-sambil balas chatting, alarm di satu skrin berbunyi.

Jumlah return mencecah 80% dalam 2 saat.

Tangannya cepat mencapai telefon,

'Rig floor, we've got 80% return!!'

'Standby.. Standby...' - jawab suara kat hujung talian.

Aku baru balik dari inspection jumlah sample yang kembali di Shaker Room. Mataku sebentar tadi berhenti mendongak ke arah Bulan mengambang tinggi. Suasana jadi intense, 4 pasang mata memberi tumpuan penuh pada setiap monitor yang ada.

Kuli (Mud logger - ML), keluar dari unit untuk inspect shaker room. Tak sampai 5 minit dia kembali.

'Overflow!'

Aku sbgi Asst Kuli (Sample Catcher -SC) tunggu apa yang perlu di buat.

Unit menjadi sibuk dengan pergerakan kami keluar masuk walhal tetiba hujan diluar. Hujan di tengah laut agak luar biasa. Tak lebat dan tak lama. Tapi boleh lencun jika sengaja berdiri di bawah.

Kemudian DE mengajak aku untuk follow dia ke Shaker Room, rumah ke dua aku kat Rig.

Sampai² je aku nampak Roughnecks sedang sibuk hendak membersihkan segala saliran yang ada termasuk bahagian utama limpahan masuk dari lubang korek. Saliran tersumbat akibat overflow tadi. Mungkin ada kaitan dengan kejadian stuck drill string semalam.. mungkin. Setiap minit di atas Rig adalah puluhan ribu ringgit duit mengalir keluar.

Dengan suasana panas macam bilik sauna, percikan lumpur di sana sini, bunyi mesin besar kalah generator kat rumah, aku ngan DE mula membetulkan mesin kami yang juga berada di Shaker Room.

Kat dalam bilik ini la, kalau tetiba aliran meluru masuk akibat lubang korek yang tidak terkawal, warga² dalam bilik ini akan free-free dapat face mask lumpur. Jika ada gas beracun or gas mudah terbakar, warga-warga dalam bilik ini la yang free-free hidu terlebih dahulu.

Lom masuk kalau ada Well kick. (Anda bygkan je Gulf of Mexico)

Sambil-sambil buat kerja tadi kepala aku terlintas.



DIRTY JOBS






And i'm coming back for more, definitely.

God,  i just love my job.


Simon 'Adam' Malik

No comments: