Tuesday, 22 May 2012

Nak test kekuatan mental anda? Kerja kat Rig! ^^v

Assalamualaikum wbt


Anda empunya sijil peserta terhebat kat Kem Bunuh dan Bina Minda anjuran mana² pihak?
Anda empunya gelaran Mental Kaw Tak Leh pecah dari rakan²?
Anda boleh tengok orang putus tangan, kepala putus, or at least, tgk video orang beranak?
Anda rasa mental anda kuat?

Guess again..! ^^




Kekuatan mental tak boleh dibina dengan membiarkan otak anda buat push up 100x. Atau pun menghentakkan kepala anda ke dinding sehingga lekuk. Kekuatan mental telah terbina sepanjang hidup anda secara tanpa sedar. Time anda kena maki ngan boss, time anda punya bulatan gembira, hny buat-buat gembira, time anda sedang mengikat perut gara-gara nk kahwen dgn anak Mak Leha. Cuma limitnya berbeza pada individu-individu

Kita rasa kita boleh tahan satu-satu keadaan yang menekan. Ini disebabkan anda tau, secara tanpa-sedar, yang kesulitan itu tak berpanjangan cam bateri eveready dan anda empunya bahan benda yang anda panggil 'penglepas tekanan' (eh, wujud ke vocab nih?)

Cuba bayangkan anda hidup anda tiap-tiap hari tolak tombol keretapi underground especially utk Circle Line? Tak pun tiap-tiap hari anda mengadap muka kawan yang tak berapa nak hensem di sebelah workstation anda. Itu belum lagi yang dia pow anda 2 hengget setiap hari pada pukul 1230tghri.


Boleh bayangkan?

Ok try this.

Bayangkan anda hidup keseorangan ala-ala tom hanks di sebuah pulau yang takde penghuni. Anda tau, yang anda perlu hidupkan api, cari air bersih, dan sebiji bola volley utk dijadikan rakan bercakap. Tapi boleh kah anda hidup sebegitu utk seberapa lama yang anda sendiri tak tau?

Itu la kehidupan di atas rig.

Ok, first of all, ada beza antara Rig and Platform. Platform dalam BM adalah Pelantar, bukan planta yang anda dok sapu kat roti tuh ye? Pelantar nih nak pendek cerita adalah 'one-small-city'. Semua benda ada., dan total crew on board beratus-ratus la. Biasanya Platform nih kekal atas laut, untuk sedut minyak dari beberapa Oil Well yang berdekatan.

Rig nih, (dalam BM aku tak jumpa), macam satu bangunan yang modified yg boleh korek minyak yg jumlah crew dalam seratus orang je. Tugasnyer adalah korek minyak je. So after korek dan jumpa, kitrg blah cari well lain. The challenge is here!

The Challenge bermula apabila :
  • Jika anda jenis hantu internet, hantu gayut tepon lelama, hantu TV, inilah tempatnya untuk anda membebaskan diri anda dari rasukan hantu-hantu tersebut
  • Jika anda kaki shopping, kaki jejalan naik kereta, atau kaki tak suka ikut peraturan, inilah juga tempatnya utk mengurut kaki-kaki tersebt supaya tenang.
  • Dan yang paling best, jika anda seorang yang kaki perempuan atau mempunyai masalah hati dengan perempuan, kat rig la tempat untuk anda mengasingkan diri dari sebarang jantina bernama perempuan (transgender tuh aku tak berani jamin)
Ya, bagi certain orang, di rig lah untuk anda mematikan kutu-kutu anda yang boleh menyebabkan anda berbuih mulut macam kena sawan. Maka disinilah untuk menguji mental anda. (Chop, korg mungkin boleh tahan sehari dua tak tweeter, cuba 28 hari straight? hehe)

Namun, rig juga bahaya untuk certain² orang seperti :

  • Orang yang suka makan
  • Orang yang suka hidup menyendiri
  • Orang yang suka buat benda pelik² seperti nyanyi kuat² dalam bilik air atau lompat dari tempat tinggi.
 Sebabnya, di Galley (atau ruang makan), semua benda adalah free flow. Ais krim, buah, salad, lauk pauk, instant noodle, hang pa sebut ja. Yang suka hidup menyendiri nih, haa.. lagi cepat la diorg nak mental breakdown. Ada byk tempat menyorok terutamanya kat engin room. hehe.. Yang buat benda pelik² adalah jenis yg biasanya tak kekal lama di rig. Either berkubur di laut atau crew-crew sebulat suara nak hantar mamat nih balik darat.



Kalau yang jenis dah biasa dengan alam persekitaran yang ideal secara kronik, seperti ramai pi solat jemaah, cakap benda elok-elok, nampak bersih sopan dan sebagainya, juga tidak dicadangkan pi rig. Bagi yang hardcore mahzab shafie, mmg tak solat jumaat la. tambah² anda tak tau mana satu yang boleh ajak solat. Melain anda empunya hati, mental dan perasaan yang teguh. Kalau yang jenis sepower setitis nila tuh, yg mampu  amatlah dialu-alukan datang sini. (terutamanya untuk jadi Medic kat rig)

Perempuan.... hurm... ada certain rig yang mesra perempuan. Mesra kat sini ok la utk kehidupan perempuan. Kalau tak nasib baik, crew member selalu keneng² bersama tangannya lain macam... paling menakutkan adalah terserempak dengan crew dalam almari bila nak tukar pakaian.. jeng! jeng! jeng! Ye la, kat sini bilik mana leh kunci!


Ada beran? ^^

Bagi yang mana baru je tercebur dalam bidang yang menyebabkan anda bertungku-bertangga kat satu-satu rig, atau yang bakal hidup atas rig atau yang mengambil chelen aku utk kerja atas rig. Here's my friendly advice:


  • Kukuhkan lagi mental anda dengan al quran dan byk mengingati Allah. Tak caya? Sebab anda lebih byk masa untuk mengenali diri anda dan Tuhan anda bila kat rig sebab anda tak boleh nak berfacebook, bertweeter atau melayari internet. Paling tidak pun menjadi orang yg intektual sebab banyak time untuk membaca. InsyaAllah, limit utk anda mental breakdown akan menjadi tinggi.

    Dengan anda mengenali tuhan (tadabbur alam), mendengar kata-kata tuhan (tilawah), bercakap dengan tuhan (solat), Anda tak akan rasa keseorangan.

    Tak caye? Moh keje kat Rig!


Simon 'Adam' Malik

6 comments:

Adi said...

salam Bro, bunyi macam getaway for self-discovery...but beware

" The mind is a dangerous thing "...Yuri

Keep it sane. You're gonna need it.

Adi said...

BTW, Tom Hanks Volleyball Friend goes by the name of Wilson...you might catch a glimpse of Wilson as he was never found since he departed in the movie....

WILSON!!!!

WILSON!!!!

*sorry Adam....bad joke!Tehihiiihi

Anonymous said...

bestnya hidup kat rig.

bleh makan.
bleh menyendiri.
boleyh tgk alam.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Simon 'Adam' Malik said...

@Adi

Hahaha!! insyaAllah bro. bout Wilson, is hard for me to look for him duirng my shift. hehe ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@ anonymous

mmg la best utk beberapa hari. tapi duk sini utk kerja dan cari rezeki yg halal. the way to escae adalah terjun laut. ehehe

doakan yang terbaik.