Saturday, 26 May 2012

Hari-hari dalam hidupku.. di Rig

Assalamualaikum wbt


'Mud Weight out! 12 point twoo! '


Itulah sehari-hari aku dengar dari corong am kat Rig nih. Tukang announce adalah Roughneck (gelaran rig crew untuk kerja-kerja drilling kat rig) yang bertugas di shaker room merangkap Shakerman dan juga Mud man. dalam sejam adalah lebih 4 kali.

Paling tidak pun dia akan jerit


'No return in the shaker!'

Pak cik (or lebih kepada abang) selalu mengusik aku bila aku gi shaker untuk sample catching dan basuh kat situ. Dia siap nak tolong basuhkan sekali. Mungkin dier tgk aku punya Coverall (pakaian keselamatan atas rig) masih nampak brand new, walaupun dah berpuluh² tempek minyak dan lumpur.


Kadang-kadang ada juga yang cuba menyerikan suasana melalui corong am. Biasanya bila pukul 3 pagi, ada suara 'jam 3 pagi nih, minummmm!!' (sila sebut dengan nada sarawak ye?) hahaha. Biasanya shift malam sahaja empunya pemecah kesunyian cam nih.


Itu lah sehari-hari dalam hidup ku kat Rig.


Hari aku bermula pada jam 10 malam. Alaram dari handset berteriak untuk bangunkan aku. Lepas mandi dan solat aku akan ke Galley (Ruand makan) utk mengisi perut (dan juga menjaga perut) demi tenaga untuk bekerja. Kemudian aku balik ke bilik untuk bersiap dengan coverall, helment, safety glass dan ear plug.



Zoomm pi locker room untuk tukar safety boot plak. Kalau terserempak ngan rig crew lain, senyuman akan aku bagi as teguran.

Shift aku bermula dari jam 12mlm-12tghri. Sememangnya kehidupan makhluk nocturnal. Aku akan perlahan² pergi ke Mud Logging Unit (Unit aku berkerja bersaiz sebiji kontena sederhana) untuk menggantikan member aku yang shift pagi.




Jika ada drilling, tugas aku pun bermula. Tangan aku akan disapu dengan cream proctective kerana bahan yang digunakan semasa penggerudian boleh sebabkan ruam bagi mereka yang mempunyai kulit sehalus bayi dan sensitip. ceeewaaahh. Anyways, ia adalah satu procedure yang perlu aku folllow.

Kehidupan kat rig nih semuanya adalah peraturan. Rigid. Turun Naik tangga WAJIB pegang hand railing. Nampak skema bukan? Bagi mereka yang jenis tak skema, anda perlu jadi skema. Bukan apa, ia adalah keselamatan anda. Anda boleh diberi 'Red Card' atau kad halau balik jika nasib anda tidak baik.

Then, dengan interval masa tertentu , aku akan ke shaker room untuk collect sample cutting hasil dari penggerudian. Memang sauna free. Seminggu duk kat rig, jika anda mempunya muka yang tak tahan dengan wap minyak dan environment yang kotor, muka anda akan jadi sama taraf ngan bulan. hehehe..



Kadar dan jenis pengumpulan sample bergantung pada kehendak client. Ada yang nak basah-tak-yah-basuh, ada yang nak basuh-kering... So, aku dengan gaya membasuh kain di dalam sebiji baldi, pun membasuh sample-sample aku. Sample basah terus aku masukkan dalam beg khas.

Kemudian benda ini akan repeat selagi mana shift aku masih lagi drilling.

Sungguh membunuh kreativi bukan? hakhak..

InsyaAllah, posisi menangkap sample nih hanya sementara. doakan aku naik pangkat kepada Mud Logger (ML) di mana aku diberi tanggungjawab untuk monitor drilling operation.  Nampak ada lebih kurang 8 monitor? (1 tak dapat masuk dalam pic)



Crucial gak position nih. Clear Communication tuh penting giler. Lambat bertanya or lambat buat decision boleh menyebabkan telaga minyak tidak dapat dikawal lalu meletup. Kerja saya bahaya? Abih anda naik kereta pi kerja tuh tak de bahaya? hehehe..




Kalau aku takde benda nak buat, aku akan tolong² ML calibrate sensors, alatan-alatan monitoring, pergi bersihkan alat basuhan etc etc.. For sure korg rasa, giler takde life keje macam nih.

Its all about perspective my dear readers. Anda boleh sahaja bekerja di company² di KL, di office serba anggun, atau di hospital yang penuh dengan orang ramai... tapi boleh jadi anda yang takde live bukan? Anda mula bekerja hari isnin sampai jumaat, dari 8-5 ptg (kalau tak buat overtime), weekend anda keluar berronggeng konon nak release tension betul? Lepas tuh ari senin anda mulakan balik kitaran itu. hehe..

At least, aku pergi kerja naik helicopter =p

Kerja aku 28 hari di atas Rig, tanpa bumi yang nyata untuk dipijak. Tanpa weekend untuk keluar release tensin. Tanpa line tepon untuk tepon atau bergayut lelama. Well, bagi certain orang, Rig adalah penjara pulau jerjak!




Alhamdulillah aku masih empunya internet di dalam unit. Bila aku takde keje (ketika operation selain drilling), laptop aku menjadi penghubung aku dengan dunia luar. Internet punya dunia sungguh luas! Macam² benda anda boleh dapat. Bayangkan benda yang delete kat internet tuh sebenarnya tak hilang? Cuma ia berada di satu area yang tidak dapat diaccess je. hehe..

Jadi apakah itu masuk terpenjara? Banyak je buku-buku yang hebat ditulis di dalam penjara. Sebab dalam penjara je yang anda boleh berdebat dengan minda anda, memaksa sel-sel otak anda bekerja keras untuk berfikir. Of course, anda perlu melepasi tahap mampu bercakap dengan minda anda dengan jiwa anda dulu!

 Ketika Subuh, jika diberi peluang oleh Allah, dapatlah berjemaah. If not solo je as atas rig tak tau berapa ramai yang muslim. Solat dalam kontena ye? hehehe..

Yang paling aku seronok adalah aku buat kerja (selain sample catching) bila matahari baru nak naik. Unprecedented access to see the beauty of sunrise in the middle of the sea. Entah berapa kali kita terlepas pandang kehebatan Allah memasukkan siang ke malam kan? Especially bila kita tengah duk menetap gigi mengharung jalan Jammed pepagi di Federal Highway kan? dush~




Bila mmber aku yang shift pagi masuk unit barulah aku pulang ke cabin untuk membersihkan diri. Biasanya aku takkan makan lepas tuh. Lepas membaca kata-kata tuhan dan solat, aku akan tidur (atau cuba tidur) sehingga 30 minit sebelum waktu maghrib.

Aku akan bangun solat asar (tutup muka sebab solat asar dekat² akhir waktu), then aku akan duk tepi tingkap tengok sunset plak. Oh ye, untuk mewujudkan keadaan malam bagi aku yang sudah nocturnal nih, aku menutup tingkap aku dengna aluminium foil. Bukan apa, matahari jatuh, tepat² kat tingkat aku. Dengan lubang besar penumbuk, sambil imbangkan badan dengan goyangan rig yang tak henti-henti sebab ombak, aku melihat kekuasaan Allah memasukkan malam ke dalam siang.

Lepas maghrib?

Aku sambung balik tidur sampai pukul 10! (hehehe)

Seriyuss.. anda rasa mmg takde life bukan? Tapi bukan pada diri aku (buat masa sekarang). Ia adalah masa untk bersendiri. Masa untuk muhasabah diri. Masa untuk menguji diri dan iman dalam kondisi ini. Masa nih juga untuk membaca apa yang perlu. Kerana keadaan telah meng'isolated'kan diri anda dengna dunia yan penuh dengan tipu muslihat itu.

(Aku bukan nak peromot suruh keje kat rig ek?, kalau jadi Medic kat rig aku alu-alu kan!)


After 28 hari kerja? InsyaAllah, Aku cuti sebulan! Ye! Sebulan! Gaji tetap jalan! (sesapa yang office base tapi kena pi offshore, sila jangan jelez. Saya tak jelez dengan gaji anda! ^^)



Hak! hak!


Simon Malik


p/s : aku personally tak nak pompuan kerja atas rig. Dua minggu boleh la as Well site geologist. Keje dalam mud logging unit? errr.. kem salam ek?

8 comments:

nadzwareina said...

tak sia2 ko menunggu lama kan nak kerja.. sekali dapat kerja yg gempak gile! (gempak la bagi aku hehe)

anyway gudluck la dlm pekerjaan ni ye. aku dpt rase ko enjoy keje ko ni. yeke? :D

Simon 'Adam' Malik said...

gempak la kot sebab aik helicopter. hehe

insyaAllah, dah 10 hari nih, aku enjoy la. doakan aku tetap enjoy ^^

Anonymous said...

Salam Adam,

bestnya sharing pasal kerja!

ecece.. siap naik helicopter tuh. Bila nak balik ke tanah?

^^

Simon 'Adam' Malik said...

wasalam

insyaAllah akan pulang ke darat satu hari nnti

Anonymous said...

betul ke cuti sebulan? bukan 2 minggu? :p xtau la kan klau da siap2 preparation nak majlis ehem2

Rahim said...

camne ye nak mintak medic yang dikatakan tu ye..teringin gak nak pi muhasabah diri nie

Nazrul Jamaludin said...

wow bestnye....saya teringin sangat nak kerja atas rig..jadi saya nak tanya macam mana nak apply ye?? jadi helper pon xpe...tapi saya tak ade kelayakan yang setaraf dalam bidang ni..

Adam Md Shah said...
This comment has been removed by the author.