Tuesday, 29 May 2012

Guane ekk Study kat Oversea?


Assalamualaikum wbt


Ok. Aku masih lagi waras dan bukan, aku masih lagi bekerja. Seingat aku sepanjang aku degree dulu selalu je aku post pasal hidup aku kat oversea. Tapi masa aku belajar kat UKM, takde la plak aku post suasana kat Malaysia. Dengan peluang yang Allah bagi dulu, aku merasa study luar negara dan jugak dalam negara. Maka dengan itu saya melantik diri saya sebagai pengadil berkaliber yang paling tepat dalam membezakan suasana belajar. Huahuahua!(Nah tisu, anda baru je muntah hijau)

Mungkin sekadar perkongsian aku dengan hadek-hadek yang senang berpinar mata mengisi borang sponsor belajar dan juga pergi ke interview sini sana. Yang mana pilih matrik, sekarang tengah sibuk preparation nak masuk bulan depan.

6 tahun dulu, aku pun sama dengan korg. Sekarang nih, dulu aku tengah attend BTN sebab aku fly bulan seterusnya lepas aku dapat offer. Gumbira tak tentu hala masa tuh, walhal setahun lps tuh balik cuti dengan muka monyok mencuka.

So sambil-sambil aku menunggu takde drilling operation nih, aku nak kongsi la sket ngan korg Advantage (pro) dan Challenge (Contra) korg pilih untuk ke luar negara. Aku jamin, setiap blogger (kof kof) yang keluar negara untk study, sudah tentu akan bagi feedback yang berlainan. Of course, setiap seorang tuh pergi negara yang berbeza, course yang berbeza dan university yang berbeza. So, kalau korg terbukak post nih dan baca, baca juga ye post dari blogger lain untuk buat comparison. ^^

Sebelum aku tulis benda-benda tuh, biar aku outline dulu latar belakang sikit, sebab advantage dan challenge yang aku bagi nih mmg dipengaruhi oleh background nih. (Allah, malunyer nak citer.. sekarang nih keje kuli je walaupun pernah belajar jauh..)




Aku study kat France, bidang Geology. Kat sana pakai French sahaja, takde English. Tahun pertama aku belajar language dan 3 tahun seterusnya adalah degree year aku. Aku disponsor oleh syarikat minyak tersohor dengan kadar yang paling rendah berbanding orang lain. Selain itu, aku juga adalah first batch yang dihantar untuk  amik geologi di France bahkan Malaysian pertama yang masuk ke Université de Franche Comte, kat Besançon yakni bandar paling hijau kat France. Total 4 tahun kat sana..







Advantage



  • Well depends jugak kat mana korg study, sijil yang korg dapat tuh ada 'mahal' sikit di pasaran la. Mungkin ada advantage sebab fikir, kita study luar negara nih lebih bagus education dia dan jugak silibus. Dont be suprise, tahap kemahalan sijil anda tuh boleh jadi Challenge.
  • Anda boleh start belajar berdikari specially bahagian nak jaga duit. Of coz, anda rasa seperti orang kayabaru bila dapat duit cukai rakyat malaysia elaun dari sponsor, start nak beli itu nak beli ini. Namun sekali lagi, ia boleh jadi Challenge bagi mereka yang lupa diri ^^
  •  For sure korg cam... 'eeeeiiii seronoknyyeeerrr belajar kat luar negara!!' Boleh pi sana, boleh pi situ, boleh pi sini.. Ye, tak boleh disangkal lagi anda boleh pergi ke tempat-tempat femes di Europe, Jepun, US setiap kali cuti.
  • Anda berpeluang untuk lihat negara terchenta kita, dari perspektif orang luar malaysia. Susah nak tahu berapa tebal hutan kalau di sendiri dalam hutan tuh sendiri kan?
  • Anda boleh berposing macam model terulung dan mengupload gambar bebyk tanpa dapat kompliant 'you are showing off'
  • Anda boleh pulang dengan bangga sebab boleh pergi ke Kedai curreny exchange bila balik ke Malaysia tanpa dilabel orang buang tebiat.
  • Anda boleh discover betapa teruknya iman anda setelah anda keluar dari suasana islamik di Malaysia. Ye la, kalau sini nak gak pi Maghrib jemaah. Kat sana ada alasan tak jumpa masjid kan? (dush!)
  • Anda boleh menambah jumlah friend anda sebab jumlah kenalan makin ramai, terutama macam nama ala-ala Torres atau Selena Gomez. (Tau sangat awal² je layan, lepas tuh boh status dalam bm gak)
  • Anda menjadi duta-kecil rakyat malaysia (bahkan seorang muslim) di University anda. So all eyes on you! ^^
  • Anda boleh menjadi seorang yang pemikir yang international atau seorang malaysian yang masih lagi bawah tempurung sebab asyik layan facebook dan game.
  • Anda mungkin jadi seorang yang jauh lebih baik atau jauh lebih teruk dari tarikh anda first time fly.












Challenge



  • Jika anda tercampak ke negara yang tak pernah orang sponsor pi sana, nilai kemahalan sijil anda mungkin semahal sekeping kertas A4 berwarna. Eventho (mungkin) ia diiktiraf oleh JPA, namun adakah ia dikenali oleh syarikat-syarikat kat malaysia? Yang diorg familiar je yang diorg pilih masa skimming CV. So, boleh je anda balik tapi takde kerja (kalau anda tak terikat la) ^^
  •  Anda boleh jadi seorang yang kuat berhutang pada umur yang awal. Even anda mungkin terperangkap dengan Riba dengan Bank-bank konvensional kat sana. Ye la, dengar je boleh negative, nak je negatif beli Aku-Papan Baru, atau Nota Galaksi bukan?
  • Anda perlu manage hidup anda sendiri. Selain study, anda kena settlekan sewa rumah, bil-bil, benda-benda rasmi jika perlu. Nak masak lagi, nak basuh baju lagi, nak kemas rumah lagi. So basically, ada extra beban selain study ye?
  • Kalau anda ada masalah dan kemudiannya anda talipon rumah untuk mengadu, anda pasti akan dapat 'minta la kawan tolong'. So basically, anda mmg kena minta tolong kawan, bukan tepon mak. =p
  • Anda mula menjadi seorang konsumer yang berhati-hati dari segi benda yang anda nak makan. Kalau di Malaysia, anda rembat je tak tengok apa-apa walaupun tarikh expired, kat sana anda duk tenung balang macam nak cari finger print pembunuh sebelah rumah. Mana la tau, ada bercampur arak ke.. babi ke..
  • Anda mula kena familiar dengan kedai daging halal terdekat demi pengambilan protein halalan toyyiban.
  • Solat mmg challenging bagi rakyat malaysia yang dah naik lemak. Selimut empuk di waktu winter, mahupun isyak yang sangat lambat masa summer. Ada je alasan nak tuang.. So, anda tau la anda nih jenis islam kad pengenalan atau islam dalam hati.
  • Anda mula belek-belek kitab fekah yang anda tinggalkan berabuk kat umah, tengok pasal istinjak (tandas dicipta tanpa air), dan juga solat jamak qasar. (nak travelling punya pasal)
  • Nak mix dengan orang tempatan pun satu hal. Orang melayu Malaysia terlalu ikut pada peribahasa masuk kandang kambing. Tak perlu jadi kambing, jadi je seperti diri anda. So kalau ada yang tolak anda sebagai kawan sebab tak join minum or gi club, cari je kawan lain ^^
  • Anda akan ditanya mengenai agama anda. So kalau ada yang jawab 'Saya islam sebab mak apak saya islam', siap sedia ye untuk terima kunjungan tetamu kehormat dari gereja terdekat ye lepas tuh. Kalau korg jawab benda lain, lagi dia suka. So know what to answer dan how to answer bout your faith!
  • Anda mungkin akan menjadi pengguna internet tegar sebab anda rasa anda perlu ada connection dengan orang malaysia setiap hari.
  • Anda perlu blend dan masuk ke dalam masyarakat tanpa menggadai agama, bangsa serta wang ringgit. Duk terkurung dalam bilik adalah tidak sihat untuk mental anda. Benda nih selalu berlaku di tempat yang bukan English-speaking country.
  • Pada tahun pertama pulang ke Malaysia, luggage anda dipenuhi dengan 'buah tangan' dari luar negar untuk famili.
  • Anda mngkin tak join apa-apa persatuan, kadet bersatu dan sebagainya sebab anda rasa tak perlu join benda² utk spm itu. Maka anda miss satu period keseronokan menjadi pemuda yang aktif




Next post, suasana study kat IPT tempatan plak, insyaAllah


Simon 'Adam' Malik

5 comments:

Anonymous said...

Salam Adam,

'tuang' itu apa?

^^"

Simon 'Adam' Malik said...

wasalam

'tuang' kat sini sama maksud dengan ponteng atau sengaja tak nak buat.

Azreen Jaafar said...

mintak izin tuan blog nak share post menarik ni?

moizate said...

seronok gler study kat sane... cabaran pun besar gler hehheh

Adam Md Shah said...
This comment has been removed by the author.