Monday, 21 May 2012

cerita seorg blogger atas rig

Assalamualaikum wbt



Ye, bagi mereka yang tak tau, buat-buat tak tau atau pun yang amik tau, aku sekarang sudah memulakan alam pekerjaan. kerja sebagai seorang mud logger. Gapo dio mud logger nih? Senang dan pendek cerita, keje kuli atas rig. hehehe..

dalam minggu lepas, baru diassign ke sebuah rig buatan Africa selatan, Songa Fleet, call sign, Venus. Haha, gempak tak bunyi? tak segempak Inche Gabbana keluar buat kenyataan rasmi yang dier nak kawen. - which is tak tau bila- (eh!)

Sepatutnya aku kena pike rig lain di Terengganu waters. tapi sehari sebelum flight, Coordinator bagi msg yang bunyi nyer ala² ginih.

Change of plan. Songa Venus. Wednesday and chopper Thursday, ok?

- I'm sure (toot) was sent there.


Compromised. Bit of unexpected situation. Trident 9 is already fine btw.

- Ok, i'll take it

Drop by at the office for papers.






Haaa... gempak tak bunyi nyer? Masih lom gempak lagi berbanding saya dedahkan identity inche gabbana
- which aku takkan buat - ehehehe..

Nak cakap kat sini yang keje aku, depends pada kehendak client dan situasi aku pada ketika itu. kalau aku tak nak, ok je, tapi gaji aku lebih sikit dari RA masa kat UPM la. hehe.. So anything is by coordinator aku kat opis.

So ari rabu aku pun terbang ke kawasan Borneo. dan pada hari esoknya, aku merasa naik helicopter selama sejam nak pi rig. Yup, kerja di rig bukanlah kerja biasa. Anda pergi naik helicopter. Kalau kat KL, anda perlu merempit or mencilok tak bagi signal bila di ibu kota.

Bukan seperti yang aku jangkakan. Ingatkan ada la juga nampak rig lain, or sayup² tanah besar. Sekali mmg laut terbentang luas baeekkk punya. Bot nelayan mmg takde nmpk, apatah lagi kapal dagang. So kat mana aku sebenarnya, wallhualam.. aku sendiri tak tau. (another ciri² kerja aku, aku sendiri tak tau lokasi tepat aku kat mana, hehehe..)

Aku kira², hny dalam 100 riggers je kat sini, termasuk yang handle operation, services for operation (team aku) dan benda² logistik cam tukang cuci baju, or tukang masak.

Kerja kat rig nih adalah kerja yang sangat berisiko. Kat TV mmg takkan selalu keluar. 1 sebab takut malu, 1 lagi mmg ia rahsia yang perlu dijaga. dan satu lagi, takde wartawan nak mai sini korek apa berlaku. ehehe... Banyak je cerita-cerita dari senior, mmg macam kiamat datang la senang cerita.

So bila dah risiko tuh, keselamatan mmg sangat dijaga kat sini. So biasanya tempat² macam nih ada 'Stop Card' yang berfungsi macam amal makruf nahi mungkar. Anda nmpk ada benda yang tak betul dan boleh mmbahayakan keselamatan, anda tulis. Anda nampak orang lain mengamalkan keselamatan dan benda² elok dari segi keselamatan, coorperation, teamwork dan seangkatan dengannya, anda tulis jugak dalam card nih. hehe.. Kalau kita mmg tak yah wujudkan sistem nih, malaikat kiri kanan ada hehehe..

Di rig, boleh jadi syurga, boleh jadi neraka, bergantung pada individu. Bagi aku (buat masa nih), aku masih lagi waras dan masih makan melalui mulut. hehe.. Aku dah nmpk dah, mmber cakap, gelak sensorang. eiiii, seraaaamm..

Memandangkan aku tetgh laut, maka, aku dapat lihat sunrise dan sunset. sunrise bila aku kluar solat subuh time aku bekerja, dan sunset kat tingkap aku bila aaku bangun tidur tggu maghrib. hehehe. Aku shift 12mlm-12tghri, so this is the first time aku menjadi seorang manusia nocturnal. haha.!

Air laut mmg membiru time tghri, nampak ikan² yang lebih besar dari peha aku. (eh? tau ke saiz peha saya? hahaha!!) Oh ye, biasanya time nak maghrib, aku ngendap la kat tingkap nak tengok matahari terbenam. So kekadang biasanya, aku akan nmpk kawanan sardin kena serang ngan kawanan ikan besar. hehe.. seronok gak kat sini. pengubat hati yang lara bila tengok kejadian Allah.

So tugas aku adalah (buat masa nih) adalah 'Catching'. So ada certain² waktu atau kedalaman drilling yang perlu aku pegi ke satu bilik khas utk utk sample catching. Dah catch ke pack mengikut client nak.Bunyi macam mudah tapi, kalau Setiap 1 m kena pi amik cuci dah pack, mmg berpeluh jantan betina keluar. Buat masa nih trainee mud logger. Keje mud logger lain, lebih besar tggjwb. Nnti aku citer kendian. =)

Yang paling aku teruja adalah bila tengok sample, sebab aku dapat 'dengar' apa yang sample ceritakan pasal diri diorg. tapi nak pi catch tuh punya la jerih. But still, aku (buat masa nih) hepi ngan kerja aku. Senior pun boleh tahan mmbantu walaupun ada certain time strict and stress.

Bab makan, jgn citer, freeflow semuanya! Ehehe...

So, itu saje buat masa nih, Aku tak letak gambar utk cover kerahsiaan. hehe.

Simon Malik

3 comments:

Ir Jinggo said...

menarik,, walaupun xfaham sesetengah term.. konfem cuak gile duk tgh2 laut tu,, ho3..

Simon 'Adam' Malik said...

hoho..

buat masa nih lom cuak lagi, sebab lom kena thunderstorm lagi. hehe.. ^^

ada alias said...

Kalau perempuan ada tak yg jadi mud logger ni?