Thursday, 5 April 2012

Menyelak daun baru : the story

Assalamualaikum wbt



aku sendiri tak tau macam mana aku sampai ke titik ini. tapi titik yang aku sedang berada sekarang ini adalah titik-titik perubahan yang aku lalui. Yang allah bagi aku setiap 6 bulan (plus minus)

siapa sangka bulan januari aku berada di dalam kelas belajar soil engineering dan geohazard, namun bulan nih aku baru saja pass training-training ala-ala navy seal, sea survival, Helicopter underwater escape (HUET), self-escape dan benda-benda lain yang approved by SOLAS dan OPITO. ( trust me, aku pun tak tau apa long form diorg)

siapa sangka bertahun-tahun aku berangan nak pi borneo, hajat itu tercapai awal bulan nih

siapa sangka yang aku seronok-seronok belajar masters, expect nak pegang scroll dengan pakai baju jubah, bertukar kepada pekerjaan yang berjumpa dengan pelbagai jenis orang dengan pelbagai jenis background dari pelbagai jenis negara.

siapa sangka yang aku akan ke negara yang panas lagi berpadang pasir selama sebulan untuk training-training yang seterusnya.

siapa sangka yang aku dulu mungkin akan kerja pergi site, buat mapping argue dengan civil engineer, bertukar kepada kerja yang tak perlu thumb print.. meja office pun takde! Hanya standby tunggu call dari coordinator dan decide to take up the job or not. kalau ye, pi HQ amik details and briefing before flew to designated location.

subhanallah siapa sangka..

aku tak tau adakah ini hadiah dari Allah setelah 2 tahun tak empunya apa-apa pekerjaan tetap, atau dugaan dari Allah. Aku tak dapat lagi boleh 100% bersama mereka lagi.

Siapa sangka aku melangkah masuk ke alam pekerjaan lebih awal dari apa yang aku sangkakan tahun lepas.

Siapa sangka yang aku dapat pun keje nih.

Tiada yang kebetulan.

Mungkin 2 tahun dulu adalah ujian untuk memastikan aku benar² sedia untuk masuk ke alam pekerjaan atau tak. Penapisan niat dan hati..

Inilah pekerjaanku sekarang

Alhamdulillah

Doakan aku tsabat di alam ini

Simon 'Adam' Malik

6 comments:

Inche gabbana said...

iAllah akhi, kami akan sentiasa doakan agar nta akan sentiasa bersama dgn gerabak dakwah ni. ;)

walaupun sedih terpaksa berpisah ngn nta *sebak*, IAllah ana sgt yakin percaturan Allah ni yg terbaik.

Moga allah kuatkan hati nta dan permudahkan urusan2 nta bila dah bekerja nnt.

p/s: Yg dah mula rasa rindu nak organise konferens riang ngn nta.. huhuhu..

nadzwareina said...

finally. aku ingat lagi bila aku tulis post masa aku baru2 kerja dulu, ko ada wish gudluck. so skarang turn aku pulak wish benda yang sama la ye?

gudluck adam. semoga brjaya menempuhi apa jua cabaran yg mendatang :) (walaupun aku tak clear apa kerja ko ni sbnrnya hehe)

Simon 'Adam' Malik said...

@ inche gabbana

akhi, mohon sentiasa doakan ana di alam pekerjaan yang penuh dengan pancaroba alam jahiliyyah.

Simon 'Adam' Malik said...

@ raden

mengkaseh. kerja kuli bermain-main dengan lumpur.

Anonymous said...

aku pon ambik BOSIET hari tu.. tp ko lagi hebat adam..hihi..
n all the best!! =)

-azidah md tahir

Pembaca.Setia.yang.dah.tak.berapa.nak.setia. said...

MasyaAllah... siapa sangaka. :)