Saturday, 25 February 2012

Nasib si tenggiling putih dan tuannya



Assalamualaikum wbt

aku empunya seekor tenggiling putih. Sejak tahun 2006. itupun diminta utk dijaga sehingga sekarang. Aku jarang bersama dengannya dahulu ketika kau di perantauan. Takper la, mungkin belum sampai waktunya.

Bila ku pulang ke tanahair, tenggiling cumel ini aku bolot untuk aku sendiri. Hanya aku sahaja yang boleh bersamanya. Sebab tanpa bantuan kudratnya, aku tak dapat pergi kemana-mana. Nak harapkan kenderaan tungganngan yang lain seperti Kogonggokuter, atau Rapidkura, boleh! Tapi diriku sekadar tapak sulaiman di tepian pantai yang buat muka chumel  tak mau keluarkan duit transpot.

Jadi sejak kepulanganku, aku sentiasa bersama tenggiling. Sehingga aku tahu setiap kelebihan dan kekurangannya. Biarpun ia tak mampu berlari laju berbanding PerdanaToman, Sue-llama biru, tapi bila mengambil selekoh, tenggiling jarang mengurangkan kelajuan.

Tenggiling dijaga dengan rapi dari segi prestasi. Luaran, hanya dimandikan hujan. Kadang-kadang je dapat treatment lebih seperti basuhan salji dan wax.

Tapi hari rabu lepas sesuatu yang berlaku. Mungkin salah aku. Aku mungkin terlalu bongkak ketika hujan. dan aku tidak sedar yang pengiraan ultra-tepat momentum dan hukum fizik kurang berfungsi tatkala badan aku menunjukkan simptom-simptom selsema.

Akibatnya kaki kanan depan tenggiling patah lalu pengkau. Pembedahan ringkas yang agak mahal dilakukan. Huu.. belum masuk lagi  harga bantuan kecemasan hingga ke tempat pembedahan. Yang buat ku sedih, ketika dia tidak boleh bergerak di kawasan traffic light, ramai hanya pandang. Mungkin sebab tiada luka luaran. Siapa sedar kakimu telah pengkau dan kau tersekat tak boleh bergerak.

Soknya, aku bawa tenggiling menjalani rawatan followup. Rawatan semalam perlu diganti dengan rawatan yang lebih baik. Sendimu bengkok. Melayang beberapa tiga angka dari dompetku selama dua hari berturut².

Kini kau duduk menunggu aku utk berjuang bersama-sama. Tapi aku (mungkin akibat terlalu terkejut kerana bayaran), terus jatuh demam selsema. Mana taknya berhujan menemani tenggiling semasa dia tersadai plus dengan angka-angka yang melayang. Kronik hingga ke hari ini.

Duhai.. minggu ini merupakan minggu yang penuh dugaan bersama-sama, aku dan si tenggiling putih.


 Simon 'Adam' Malik
P/s : tenggiling putih adalah gelaran manja yang diberikan kepada kereta aku.

No comments: