Friday, 17 February 2012

Jom pecah otak! Siri 9 - Bonanza Blitz! (Jawa Special!!)

Assalamualaikum wbt





YAaaa!!!!! Ia kembali lagi!!

Menyepi pada bulan lepas atas sebab-sebab teknikal, tapi Jom pecah otak kini kembali lagi utk bulan ini!
Utk menghangatkan lagi siri ini, siri bulan ini merupakan siri yang sungguh istimewa lagi lemak berkrim.

BONANZA BLITZ!! di mana peserta perlu jawab multiple teka teki! Maka hadiah pun lumayan!!

Untuk menambahkan rencah, terdpat Dua soalan teka teki yang di tanya dalam bahasa jawa!! wahaha!! (anda tak silap baca, ye, bahasa jawa)

So apakah soalannya?

Sabar².. kasi rilek dulu gear... Syarat² pertandingan ini adalah, anda waras, tidak berdarah biru dan mampu menaip dengan baik.

Untuk menang, anda perlu menjawab ketiga-tiga teka-teki dengan betul. Jika ditanya dalam bahasa jawa, jawapan juga dalam bahasa jawa, ek? hehehe..

So apakah hadiahnyer???


Hadiah lumayan kali ini!! Anda boleh pilih mana² kedai dalam radius 5 km dari tempat duduk meja dirumah anda / di tempat kerja anda, dan saya personally akan belanja anda! (Psst... jangan pilih memahal tahap gaban dah leerr.. hehehe *berpeluh sambil bukak wallet*)


 Kalau anda bekerja di ceruk hutan jin bertendang? ermm... dapat nasi bungkus je kot. Wahaha!!




Siapa cepat dia dapat la ek?




Soalannyeeerrr~~

1. Aku gedi ne sak keraton, paskui aku meneh enteng seko udara tapi karo bantuan satus askar kudonan pun, aku orak mampu gerakke awakku dewe. Opokah aku?.
 
2. Nak dicekel dibuang. Nak ucul, awakku ngerenyam. Opokah aku?

3. Sinar nur menyebabkan saya bergerak, lalu saya pun berubah saiz. Apakah saya?



wahahaha!!! Selamat pecah otak yeerrr??




Simon 'Adam' Malik

p/s : harap² takde orang yang kerja kat KLCC yang dapat jawab betul... tehehehe..

4 comments:

Simon 'Adam' Malik said...

Wat?

Notakers?

Selamat poket aku buat kali kedua wahahah!!

Jelas takde sapa yg reti ngomong jowo dikala zaman inggeris ni

ctsalwa said...

arek, tapi orak keneng jwb pulak yo. wes reti opo kui. =]

nadzwareina said...

Fuh... aku yg terang2 memang dah jawa ni pun tak boleh paham teka teki jawa tu, huhu.

terasa nak pas kat ayah aku suruh beliau translate, hehe.

Simon 'Adam' Malik said...

tinggal less dari seminggu

nampaknya melepas lagi peluang nak menang hadiah ^^