Saturday, 25 February 2012

Nasib si tenggiling putih dan tuannya



Assalamualaikum wbt

aku empunya seekor tenggiling putih. Sejak tahun 2006. itupun diminta utk dijaga sehingga sekarang. Aku jarang bersama dengannya dahulu ketika kau di perantauan. Takper la, mungkin belum sampai waktunya.

Bila ku pulang ke tanahair, tenggiling cumel ini aku bolot untuk aku sendiri. Hanya aku sahaja yang boleh bersamanya. Sebab tanpa bantuan kudratnya, aku tak dapat pergi kemana-mana. Nak harapkan kenderaan tungganngan yang lain seperti Kogonggokuter, atau Rapidkura, boleh! Tapi diriku sekadar tapak sulaiman di tepian pantai yang buat muka chumel  tak mau keluarkan duit transpot.

Jadi sejak kepulanganku, aku sentiasa bersama tenggiling. Sehingga aku tahu setiap kelebihan dan kekurangannya. Biarpun ia tak mampu berlari laju berbanding PerdanaToman, Sue-llama biru, tapi bila mengambil selekoh, tenggiling jarang mengurangkan kelajuan.

Tenggiling dijaga dengan rapi dari segi prestasi. Luaran, hanya dimandikan hujan. Kadang-kadang je dapat treatment lebih seperti basuhan salji dan wax.

Tapi hari rabu lepas sesuatu yang berlaku. Mungkin salah aku. Aku mungkin terlalu bongkak ketika hujan. dan aku tidak sedar yang pengiraan ultra-tepat momentum dan hukum fizik kurang berfungsi tatkala badan aku menunjukkan simptom-simptom selsema.

Akibatnya kaki kanan depan tenggiling patah lalu pengkau. Pembedahan ringkas yang agak mahal dilakukan. Huu.. belum masuk lagi  harga bantuan kecemasan hingga ke tempat pembedahan. Yang buat ku sedih, ketika dia tidak boleh bergerak di kawasan traffic light, ramai hanya pandang. Mungkin sebab tiada luka luaran. Siapa sedar kakimu telah pengkau dan kau tersekat tak boleh bergerak.

Soknya, aku bawa tenggiling menjalani rawatan followup. Rawatan semalam perlu diganti dengan rawatan yang lebih baik. Sendimu bengkok. Melayang beberapa tiga angka dari dompetku selama dua hari berturut².

Kini kau duduk menunggu aku utk berjuang bersama-sama. Tapi aku (mungkin akibat terlalu terkejut kerana bayaran), terus jatuh demam selsema. Mana taknya berhujan menemani tenggiling semasa dia tersadai plus dengan angka-angka yang melayang. Kronik hingga ke hari ini.

Duhai.. minggu ini merupakan minggu yang penuh dugaan bersama-sama, aku dan si tenggiling putih.


 Simon 'Adam' Malik
P/s : tenggiling putih adalah gelaran manja yang diberikan kepada kereta aku.

Monday, 20 February 2012

Mereka tak salah, mereka sekadar melaksanakan sumpah

Assalamualaikum wbt


Syrian army defector speaks to Al Jazeera - Middle East - Al Jazeera English


Nak dekat setahun Syrian Revolution berlangsung, korg aware ke tidak nih? Ye, their upsiring is a month after Eqypt berjaya menggulingkan pemerintah mereka yagn super zalim itu. The uprising was started with some meddling kids yang buat Gravity yang ruh ayatnya berbunyi 'Jatuhlah pemerintah yang zalim!'

Ye, sepanjang setahun ke makan nasi yang dimasak dengan air bersih berlaukkan ayam masak merah menyala yang pasti melelehkan air liur. Kena pulan dengna sirap bandung ice cream soda plak kan?

Diorg?

Menerima bom dan peluru bagai bunga

Oh ye, kalau nak tau lebey kurang apa yang berlaku di Syria sampai la nih, Ada link facebook kat bawah utk korg


Simon 'Adam' Malik

Friday, 17 February 2012

Jom pecah otak! Siri 9 - Bonanza Blitz! (Jawa Special!!)

Assalamualaikum wbt





YAaaa!!!!! Ia kembali lagi!!

Menyepi pada bulan lepas atas sebab-sebab teknikal, tapi Jom pecah otak kini kembali lagi utk bulan ini!
Utk menghangatkan lagi siri ini, siri bulan ini merupakan siri yang sungguh istimewa lagi lemak berkrim.

BONANZA BLITZ!! di mana peserta perlu jawab multiple teka teki! Maka hadiah pun lumayan!!

Untuk menambahkan rencah, terdpat Dua soalan teka teki yang di tanya dalam bahasa jawa!! wahaha!! (anda tak silap baca, ye, bahasa jawa)

So apakah soalannya?

Sabar².. kasi rilek dulu gear... Syarat² pertandingan ini adalah, anda waras, tidak berdarah biru dan mampu menaip dengan baik.

Untuk menang, anda perlu menjawab ketiga-tiga teka-teki dengan betul. Jika ditanya dalam bahasa jawa, jawapan juga dalam bahasa jawa, ek? hehehe..

So apakah hadiahnyer???


Hadiah lumayan kali ini!! Anda boleh pilih mana² kedai dalam radius 5 km dari tempat duduk meja dirumah anda / di tempat kerja anda, dan saya personally akan belanja anda! (Psst... jangan pilih memahal tahap gaban dah leerr.. hehehe *berpeluh sambil bukak wallet*)


 Kalau anda bekerja di ceruk hutan jin bertendang? ermm... dapat nasi bungkus je kot. Wahaha!!




Siapa cepat dia dapat la ek?




Soalannyeeerrr~~

1. Aku gedi ne sak keraton, paskui aku meneh enteng seko udara tapi karo bantuan satus askar kudonan pun, aku orak mampu gerakke awakku dewe. Opokah aku?.
 
2. Nak dicekel dibuang. Nak ucul, awakku ngerenyam. Opokah aku?

3. Sinar nur menyebabkan saya bergerak, lalu saya pun berubah saiz. Apakah saya?



wahahaha!!! Selamat pecah otak yeerrr??




Simon 'Adam' Malik

p/s : harap² takde orang yang kerja kat KLCC yang dapat jawab betul... tehehehe..

Monday, 13 February 2012

A week before the 2nd

Assalamualaikum wbt


Setelah seminggu aku berada di rumah, meluangkan waktu untuk berpolitik dengan Bonda, aku kembali ke daerah Hulu Langat yakni Bangi.

Seminggu lagi akan ku menjadi kembali student master yang belajar pasal batu dan benda-benda yang seangkatan dengannya. Result? dah keluar dah... brapa dapat? Biarlah rahsiaaa~~ oh yeah~!!


Selama aku cuti, banyak masa aku menikmati buku-buku yang aku beli tapi tak baca-baca sampai la nih. Tak kurang juga dengan tertidor dengan posisi yang begitu selesa. Seriyus, rakan-rakan yang kata aku beruntung sebab cuti uni. Ye untung, tapi sebelum kami cuti, muka saya dipenuhi liang-liang stoma yang merah dan rumput-rumput hitam dan kasar.





ugly, i know.. tapi sekarang alhamdulillah 'bersih'










Ada satu weekend tuh, aku buat solo trip ke satu lokasi untuk membuat kajian sampingan aku. Berhasil, alhamdulillah. Bila aku dapat kongsi dengan korg? wallahualam.. aku bagaikan perlu waktu yang lapang dan fokus ala space cop gaban untuk aku tulis short book pasal kajian aku.

Orang kata, benda aku buat nih rugi, sebab tak de hasil sijil or pulangan gaji. Entahlah, mmg masa bulan dec, aku mmg dah rasa nak padam blog dan facebook.  sebab aku tau yang kualiti penulisan aku semakin menurun dan tiada identity dan fokus. Maybe i should stop writing.

Entah la.. bila muhasabah balik.. mungkin niat aku menulis dah tak betul. Aku masih ingat quote satu blogger nih, 'Write to express not impress'.


 To be frank, banyak betul benda yang aku nak share kepada dunia. Macam-macam background dan bidang aku dapat enlightment. In the end, aku rasa it wasn't a sharing, more to trying to impress.

A writer who lost its identity..

damn..


But hey, bila aku pikir balik, ada certain strong points dengan blog yang serba tak power nih. I guest i have to look back and search for it! Orang kata, tak perlu setiap hari update. Just write bila terasa nak tulis and stop hoping for responses.


In the end, its about amal kita yang kita buat, bukan kita buat kerana nakkan hasilnya. Amal kita yang dikira dan dihitung kerana hasil rezekinya itu telah ditetapkan Allah.





dush, sedibik kat muka






Simon 'Adam' Malik

Sunday, 5 February 2012

CaptureColour : The Opening

Assalamualaikum wbt 








alhamdulillah 3x
Hari ini adalah hari perasmian, photoblogku



Kat sini aku kongsikan gambar-gambar terpilih yang aku amik dan edit
Sudi-sudikan lah melawat, kritik dan komen ye?



Simon 'Adam' Malik

p/s : no worries, aku akan still terus menulis.. (^^)v

Wednesday, 1 February 2012

Photo : Malacca Solo Trip













It was just after my 1st semestre Masters examination.
 I decided to just pack my bags and camera and went to Malacca as a tourist