Tuesday, 31 January 2012

Basuh kereta setiap 5000 km milage??

Assalamualaikum wbt



Anda sudah tentu empunya sebuah kenderaan bukan? Perasan angka-angka yang berderet-deret di depan anda (tak pun di sebelah kiri depan anda, depend pada kereta). Hah, itulah angka milage anda bagi yang mana tak tau.

Meter milage aku hit the limit, maka aku pun terpaksa melakukan rutin pergi me'nyervis' kereta yang diberi nama tenggiling putih dari sesetengah kawan aku. Celah mana yang dapat nickname tenggiling tuh pun aku tak tau. Seperti biasa bila aku servis, aku akan minta itu ini utk di'check' dan di'suluh'. Ye la, hanya tuan empunya kereta saje yang kenal kereta sendiri dan bagaimana ia beraksi. Ada betul?

Biasanya murah jer servis, tapi kalau include tukar tayar, ganti itu ganti ini, memang mencecah angka yang agak terketar-ketar nak bayar. Tak pe, kalau tetiba ada masalah tetengah jalan, lagi bawak masalah ye tak?

Ini membuat aku terfikir zaman dulu ketika era unta dan kuda. Camne diorg servis kenderaan diorg? Selain dari ganti ladam, diorg servis apa lagi ek? I wonder.. Yang aku tau, kuda / unta akan diberikan makan (kita isi petrol), mandikan dan sikat.. (kita basuh.. wax..) dan beri kasih sayang... (kita... er.... bagi dia engin treatment?)


Kredit


Bon, nak jadikan cerita lepas aku servis, aku pi basuh kereta. Bila duk tunggu punya tunggu, aku terfikir... Bila paling last aku basuh keta aku nih? Obviously, lebih lama dari awal bulan december... mungkin pada last aku servis kot... oh-em-gee!!!

Ok, biar aku salahkan cuaca malaysia yang tak menentu. Walaupun baru sekali aku pi kibas-kibas carpet kereta sepanjang tempoh tak kebasuhan tuh, aku rasa kereta aku ok kot masa tuh. hehehe..


Lepas basuh.. hammiikkk kaw!


0.0001cm lapisan debu atas bubuh telah menyerap ke dalam serat benang, eh! serat cat (boleh terima ke?) Tenyeh punya tenyeh tak keluar.. redha je la.. nak buat camne.. dah nama pun tenggiling putih.. hehehe..

Maka tuan-tuan, cik akak adik habang, sila basuh kereta anda walaupun hujan. Selain dapat memastikan interior kereta anda tak dipenuhi semak, ular, semut dan lipas, ia juga dapat memastikan kereta anda nampak muda kekal berseri. ahahaha...! Kalau tak anda bakal menghadapi masalah daki yang begitu degil nak tanggal dari kereta anda. (Jika anda jenis zuhud extreme, err... aku no komen)





Begitu juga dengan hati kita, pembersihan berkala lagi berterusan perlu kita lakukan. Kerana hati adalah bekas yang ditayang secara zahir melalui percakapan dan perbuatan seharian kita. Kita insan lemah, sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa yang mengelapkan hati. Dosa-dosa ini bagaikan muncul sebagai titik-titik hitam lalu lama kelamaan ia akan menggelapkan hati. Bila dah gelap, maka susahlah nur iman dan hidayah untuk tembus masuk untuk melembutkan hati.

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir



Pembersihan secara berkala ini membolehkan hati kita insyaAllah bersih dan tidak menghadapi masalah tompok hitam yang susah nak tanggal. InsyaAllah akan tanggal, tapi ia memerlukan amal baik yang berterusan dan tempoh yang lama.

Jika kereta kita boleh upah mat-mat bangla untuk basuh, namun hati kita, hanya kita saja yang upaya untuk basuh. Antara cara yang boleh kita amalkan insyaAllah ialah :

  • Banyak mengingati Allah, mengingati mati dan selalu membaca al quran.
  • Menghadiri majlis-majlis ilmu (kalau anda gi Bulatan Gembira, maka jangan tuang Bulatan Gembira)
  • Bergaul dengan orang-orang soleh dan juga orang-orang yang sedang memperbaiki diri. .. sesungguhnya kita akan saling menegur dan saling menasihati.
  • Tidak putus harapan dengan Allah dan teruskan berdoa agar Sang Pencinta memelihara hati kita.


Sesungguhnya, pintu keampunan Allah itu amat luas.. Sedang tempoh kita di bumi nih makin pendek, maka bersegera dan selalulah pi basuh hati.


wallahualam


Simon 'Adam' Malik

3 comments:

Anonymous said...

Assalamaualaikum.
Sy nak brtnya pasal geologi.
leenazman@gmail.com

Anonymous said...

Assalamaualaikum.
Sy nak brtnya pasal geologi.
leenazman@gmail.com

Simon 'Adam' Malik said...

waalaikumsalam

Anda boleh lihat email anda. thanks