Tuesday, 31 January 2012

Basuh kereta setiap 5000 km milage??

Assalamualaikum wbt



Anda sudah tentu empunya sebuah kenderaan bukan? Perasan angka-angka yang berderet-deret di depan anda (tak pun di sebelah kiri depan anda, depend pada kereta). Hah, itulah angka milage anda bagi yang mana tak tau.

Meter milage aku hit the limit, maka aku pun terpaksa melakukan rutin pergi me'nyervis' kereta yang diberi nama tenggiling putih dari sesetengah kawan aku. Celah mana yang dapat nickname tenggiling tuh pun aku tak tau. Seperti biasa bila aku servis, aku akan minta itu ini utk di'check' dan di'suluh'. Ye la, hanya tuan empunya kereta saje yang kenal kereta sendiri dan bagaimana ia beraksi. Ada betul?

Biasanya murah jer servis, tapi kalau include tukar tayar, ganti itu ganti ini, memang mencecah angka yang agak terketar-ketar nak bayar. Tak pe, kalau tetiba ada masalah tetengah jalan, lagi bawak masalah ye tak?

Ini membuat aku terfikir zaman dulu ketika era unta dan kuda. Camne diorg servis kenderaan diorg? Selain dari ganti ladam, diorg servis apa lagi ek? I wonder.. Yang aku tau, kuda / unta akan diberikan makan (kita isi petrol), mandikan dan sikat.. (kita basuh.. wax..) dan beri kasih sayang... (kita... er.... bagi dia engin treatment?)


Kredit


Bon, nak jadikan cerita lepas aku servis, aku pi basuh kereta. Bila duk tunggu punya tunggu, aku terfikir... Bila paling last aku basuh keta aku nih? Obviously, lebih lama dari awal bulan december... mungkin pada last aku servis kot... oh-em-gee!!!

Ok, biar aku salahkan cuaca malaysia yang tak menentu. Walaupun baru sekali aku pi kibas-kibas carpet kereta sepanjang tempoh tak kebasuhan tuh, aku rasa kereta aku ok kot masa tuh. hehehe..


Lepas basuh.. hammiikkk kaw!


0.0001cm lapisan debu atas bubuh telah menyerap ke dalam serat benang, eh! serat cat (boleh terima ke?) Tenyeh punya tenyeh tak keluar.. redha je la.. nak buat camne.. dah nama pun tenggiling putih.. hehehe..

Maka tuan-tuan, cik akak adik habang, sila basuh kereta anda walaupun hujan. Selain dapat memastikan interior kereta anda tak dipenuhi semak, ular, semut dan lipas, ia juga dapat memastikan kereta anda nampak muda kekal berseri. ahahaha...! Kalau tak anda bakal menghadapi masalah daki yang begitu degil nak tanggal dari kereta anda. (Jika anda jenis zuhud extreme, err... aku no komen)





Begitu juga dengan hati kita, pembersihan berkala lagi berterusan perlu kita lakukan. Kerana hati adalah bekas yang ditayang secara zahir melalui percakapan dan perbuatan seharian kita. Kita insan lemah, sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa yang mengelapkan hati. Dosa-dosa ini bagaikan muncul sebagai titik-titik hitam lalu lama kelamaan ia akan menggelapkan hati. Bila dah gelap, maka susahlah nur iman dan hidayah untuk tembus masuk untuk melembutkan hati.

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir



Pembersihan secara berkala ini membolehkan hati kita insyaAllah bersih dan tidak menghadapi masalah tompok hitam yang susah nak tanggal. InsyaAllah akan tanggal, tapi ia memerlukan amal baik yang berterusan dan tempoh yang lama.

Jika kereta kita boleh upah mat-mat bangla untuk basuh, namun hati kita, hanya kita saja yang upaya untuk basuh. Antara cara yang boleh kita amalkan insyaAllah ialah :

  • Banyak mengingati Allah, mengingati mati dan selalu membaca al quran.
  • Menghadiri majlis-majlis ilmu (kalau anda gi Bulatan Gembira, maka jangan tuang Bulatan Gembira)
  • Bergaul dengan orang-orang soleh dan juga orang-orang yang sedang memperbaiki diri. .. sesungguhnya kita akan saling menegur dan saling menasihati.
  • Tidak putus harapan dengan Allah dan teruskan berdoa agar Sang Pencinta memelihara hati kita.


Sesungguhnya, pintu keampunan Allah itu amat luas.. Sedang tempoh kita di bumi nih makin pendek, maka bersegera dan selalulah pi basuh hati.


wallahualam


Simon 'Adam' Malik

Photo : Putrajaya Bridge


It was after a after-exam dinner at putrajaya. It was late and we went our ways. But I was not heading home
It was the opportunity of taking night photograph at Putrajaya.
There I went to the bridge near the Grand Mosque. A lot of people taking night air here.

This picture gives another perspective of this bridge. I renamed it, The Butterfly Bridge

Location : Putrajaya, Night time

Middle January 2012

Monday, 30 January 2012

Orang-orang khaltulistiwa tak merasa

Assalamualaikum wbt


Kita merasa cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. Kita merasa buah durian yang omputih tengok pun dah mual. Kita merasa banjir tahunan yang aku rasa dah sampai tahap tak kisah dah sebab asyik kena je. Namun ada satu benda yang yang memang kita tak merasa sampai bila-bila


Bukan salji... (boleh carik kat I-City or Mines Wonderland)
Bukan santa claus.. (pun boleh cari di supermarket-supermarket berhampiran anda)


Tapi satu pertunjukkan cahaya yang tidak membingitkan telinga, smoke-free, spectacular and most important tiada penglibatan korupsi pegawai-pegawai kastam!



The Northen Lights


 
 

Yaa.. Tuan-tuan dan puan-puan, adik abang dan akak. Kejadian yang sungguh mengujakan hati ini kita tak dapat tengok sebab kita ditakdirkan lahir di semenanjung dekat-dekat dengan khaltulistiwa.

Secara ringkasnya, kejadian ini berlaku bila partikel² bercas berlanggar secara berjemaah dengan atom-atom di atmosfera ketinggian tinggi.

terimakasihtuhan kerana mencipta medan magnetic bumi dan juga matahari yang sentiasa aktif. Kalau tak, mmg tak merasa langsung nak tengok.

Asalnya, kejadian ini mmg sentiasa berlaku, cuma extent nampak tak nampak je. Kalau nak nampak, teruja lagi ternganga mulut, kena tunggu bila berlakunya solar flare atau ribut matahari (if i translated it correctly). Masa time nih, benda ini sangat-sangat bersinar sehingga kita boleh baca suratkhabar dalam gelap. eh? tak caya? Ok, pi carik tiket murah pi UK ke sweden ke tak pun new zealand, then tunggu smpi solar flare ek? baru caya tak caya cakap aku. hehehe..

ketika solar flare, matahari menyebarkan partikel² bercas dengan banyaknyer ke ruang angkasa. But then dengan adanya atmosfera dan juga medan magnetic yang kire menjadi perisai, partikel² bercas ini dipantul dan dikesamping (aku dah lama tak pakai vocab kesamping) ke angkasa balik.


 "And We have made the heaven a roof, safe and well guarded. Yet they turn away from its signs."
(Qur'an 21:32)



Kalau solar flare tuh meunju ke arah kawasan kutub bumi, lalu terjadilah aurora. Menarik bukan? Sang Pencinta bagi kita macam-macam nikmat malah petunjuk dan kejadian untuk kita ambil pengajaran dan jentik akal kita yang senyap itu.

There is a reason why it colours green / blue / red. Haa.. kalau nak tau, ubati rasa nak tau anda dengan mencarinya di internet. wahaha..


 
 Earth magnetosphere


gmbr aurora dari angkasa. image dari ISS.


seriyus... Kalau dulu saya tulis 'bermalam berberapa hari di kutub' dalam 'Senarai Impian yang hampir pasti tak dapat', maka 'Mengambil gambar aurora' juga telah tersenarai.

Banyzk lagi kejadian tuhan yang pelik-pelik dan unik. Cuma kita je tak nak open ourself and learn..


wallahualam


Simon 'Adam' Malik


p/s : more pics at wired.com

Thursday, 26 January 2012

Photo : Pets of The New Year



These pets aren't bad for New Year's gift

Eventually they bring good fortune! ^^


Chinese New Year Celebration 2012

Mid Valley Megamall

Monday, 23 January 2012

Back on the grid

Assalamualaikum wbt




Guess who's back!!



Hampir sebulan tidak menulis gara-gara penangan exam dan segala macam benda university yang perlu di'top-up' dan di submit. Seriyus.. tak pernah rasa tercabar lagi terhimpit dengan study yang macam terhimpitnya nasi bila nak jadi nasi himpit. Kat France dulu agak tranquille (relax) dan boleh pelan-pelan kayuh nak study exam. Kat sini...?

oh non~ non~ Jauh ayam panggang dari bara api yang membako nye.

Sebagai student peringkat.. (clear throat).. Masters, kitrg memang jelas dan nyata diberi waktu yang kosong yang tidak dipenuhi oleh kelas-kelas penting mahupun mengarut. Tapi ruang kosong itu kitrg terpaksa dipenuhi dengan nak siapkan long assignments yang mana initiatif sendiri amat-amat digalakkan. Mana tak nyer, walaupun hny 4 subjek bertulis yang beratnya mengalahkan lori 1 tan, kitrg perlu add sendiri kemahiran dan skill lain.

Sebagai contoh, kitrg dalam bidang Engineering Geology, (where our job is overshadowed by civil engineers, and entirely invisible from society), kitrg perlu tau pakai AutoCAD, perlu tau mapping sistem pakai software2 GIS dan belajar sepotong dua kemahiran tukang-tukang civil engineers. I'm not complaining here though. Its just geology is the motha-of-all-knowledge where (sadly enough) everybody still ask us, 'kat mana minyak? kat mana emas?'


oh, k-mon la, ok? Geology is more than that.


Entirely, i just love the course that i took. Berkenalan dengan sifat fizikal batu (Rock Engineering), translating a complicated geology structure into a simple understandable info for civies to solve, (Engineering Geology), or playing with gravity calculation, resistivity, seismic waves or even da magnet to know the subsurface condition (Engineering Geophysics).. love the modelling softwares too. Tak lupa jugak membaca journal-journal lama and have the chance to put comments and debates on it when applying to Malaysia Condition. ( the Environment Management System part is not totally.. ermm... how should i put this? terrible)

Not to mention a phrase from my prof ' i'm aspecting a master student answer, not degree.' Cuak tak cuak la kan? Soalan max ada 4, total 100 marks. Oh kecutsnya usus besarku..

Ada lagi 1 lagi sem and voila, insyaAllah i'll got something that any desk lady won't have to open google translate, or converting 20 marks to 4.0 cgpa.




What Grid?


Antara Ustaz yang aku tabik spring

Aku terlepas banyak perkara sewaktu saya tumpu nak study on study and gathering extras information. Sehinggakan Si pisau bin cukur bertanya, 'Encik Simon tak pakai saya ke? Saya dah lama nak cukur muka anda'. Memang lama.. seriyus lama.. orang yang biasa tengok saya pasti akan kata, 'Sejak bila ko berjambang dan bermisai..?' (aku lelaki kot???)

Semalam bila pulang, Kak num yang dah 2 bulan lebih tak nampak muka aku menyambut aku dengan 'Eeeekkkk~~~!!! Kenapa ada misai?? Tak balance pulak tuh...! ( Peluh )

Well, insyaAllah dengan  sebulan cuti nih, aspek penjagaan diri insyaAllah akan dikemaskini. hehehe.. Buku-buku ilmiah yang lain juga sedang menunggu giliran untuk dihabiskan oleh tuannya yang beli tapi tak reti-reti nak baca. Tak lupa juga nak tingkatkan produktiviti amal-amal osem. Sebulan nak recuperé (recover) insyaAllah boleh.

But wait! (Dikala ini muka concern supervisor sambil tersengih keluar secara tiba-tiba)

Aku perlu perli buat mapping, gather sample dan segala tok nenek kajian untuk desertasi!!! dateline bulan Mei! ( lama lagi?? choba hang pakai kasut cheq, muat ka tak muat? Kalo muat, meh switch tempat ngan cheq, sure hang mengagau-ngagau)


Oh cuaks nyer pankreasku ini




Apa yang aku terlepas 2012?




Case 1

Well, awal-awal tahun kita disambut oleh kes pelajar-pelajar yang mempunyai perasaan yang perlu ditunjuk. Kes AUKU nih aku macam nak komen masa dia keluar tapi, Journal dari Romana lebih menarik hati kerana ada nilai markah disebaliknya. hehehe... Respect with their courage and spirit though untuk berarak tengah-tengah manusia lalai duk jerit-jerit, joget-joget happy new year.

But something was out from the place. I lived for 4 years in a country where demonstrations and strikes are their national sport, i cant help noticing something is not right...

Is the UNISEL office operates according European time zone or para penunjuk perasaan jenis yang aktif hanya waktu malam dan tidur waktu siang or rather their skin is delicate to UV light?

Demonstrations is about 'the deliver' not 'to gained 5 seconds airtime on tv', k-mon la guys!


Case 2

Aku masih ingat dengan jelas, ada member la salle komen bila kitrg baca paper. ' She's got the brain but not the looks'. So Mithran, (even you even happen to pass by) what do you think of her now?

Aku rasa kes nih tetiba naik bila kita dikujatkan dengan perkahwinan oh-so-gay student msia kat ireland. Otakku alert mengatakan mesti tetiba ada yg tertanya-tanya, eh, what happen to her la after these years?

Maka tersebutlah alkisah aku menyebut ' damn! ' lalu menggeleng-gelengkan kepala bila terbukak satu link di mukabuku.

Ternyata otak bukan pengawal peribadi dan penetap pendirian. Otak pasti akan mengikut telunjuk hati dan jiwa walau anda empunya otak yang mengalahkan einstein. Sori jika ada yang terasa tapi, adakah  kita mahu negara kita ditadbir oleh generasi yang mudah sekali kena dye orang barat? Awat hang basuh baju tak bahagi ikut warna? Dah tau baju kita tak tahan kena dye baju lain, yang hang pi campoq buat apa? Elok-elok dah corak yang terbaik sekalian alam nih, corak hati omputih jugak hang pi ikut...

Isu ini menjadi buah mulut dalam bilik siswazah (aku panggil bilik guru sbb kecoh with bubbly environment). Maka timbul la isu, heart vs mind, isu kalau hidup berseorangan di luar negara dan isu-isu lain. well what say you?

(wotpog mengambil keputusan utk tidak menayang apa² gambar berkenaan. mari panjatkan doa agak dia kembali ke pangkal jalan)

Well Mithran, i must say that she's got the brain and eventually the looks, but not the heart and faith.



Case 3


Isu paling panas berpeluh jantan betina tak kira usia! DSAI sudah back on the game! Masa nih aku nak tulis something gak but, exam is calling.. hehehe... Aku sokong dia? oh non~ non~ Aku sekadar pemerhati dan sokong sesapa yang berada di atas kebenaran.  Aku tak mao komen mengenai keputusan dari pihak mahkamah. Hanya Allah sahaja yang tau isi hati manusia dan kebenaran sebenar.


Bersalah atau tidak , moga Allah ampuni dosa-dosanya dan keluarganya dan dilindungi dari hentaman fitnah dan kecelakaan. Amin


Cumanya, kes DSAI membuatkan aku flash back dan korek-korek 'the 1998 malaysia crisis'.. kenapa DSAI dipecat in the first place.. how is the malaysia economy during that time, etc etc.. the thing is, aku rasa macam aku bakal melihat satu kaset lama yang bakal diputarkan kembali tahun ini. If a political transformation happened, it may kick off from a not very good position. And of course after that, the our always-bias-media start to point their ugly fingers to what they called culprits for what happen, and a 'sinical thank you' for not voting right.

The european economy tgh tak stabil... US sedang heat with presidential election.. Iran dah ugut nak barricade oil sea supply line.. PRU macam dah nak dekat... and Mek Munah sudah tidak risau filem melayu yang kluar kat wayang akan terlebih kualiti sebab tak payah nak tapis lagi.. (eh ada kaitan ke?)

Apa la yang akan jadi kat Malaysia nih ye?



The Return


Eventhough lepas nih aku bercuti sebulan, tapi kerja tetap kerja walau di mana jua anda berada. Kerana generasi muda patut tak de masa nak duduk buang masa di mamak, dorm member, depan tv apa lagi dicelah-celah ketiak pasangan couple mereka. Aku mungkin tak se'aktif' dulu untuk menulis tapi insyaAllah, biarlah berterusan...


And Happy Chinese New Year to all Malaysian ^^



wallahualam


Simon 'Adam' Malik


p/s : Mr. Aggressive returns to the block.