Thursday, 13 December 2012

The End


Keciwa. Keciwa dengan diri sendiri.

Melihat kembali imbasan-imbasan silam, aku telah jauh menyimpang. Aku sangat berbeza berbanding dulu.

Aku tak rasa macam diri aku lagi. Mungkin ini ratapan seorang yang bekerja shift malam selama 12 jam sehari berturut² selama sebulan… tapi entah, aku sekarang berperasaan bercampur aduk.

Rindu. Aku rindukan diri aku yang dulu. Aku rindukan perasaan melayang-layang ke sana sini berjumpa generasi baru.

Ke sana ke mari cuba memperbaiki masyarakat, cuba menawarkan penawar hati kepada ummah.

Now what happened to me? Aku bagaikan telah rabun dengan objektif aku. Aku dah tak amik endah apa yang berlaku disekeliling.

Seriyus keciwa.

Aku dambakan apa yang aku dapat 5 tahun dulu pada diriku, namun ujian yang diturunkan pada aku dalam dua tahun nih, aku dah kalah.

Frustrated being left behind.

Frustrated being misunderstood.

Frustrated being misjudged.

Aku cuba juga menggunakan apa yang aku ada utk menampung keinginan aku memperbaiki masyarakat.

Aku empunya byk dakwat, namun mata pena aku rosak dan patah. Dakwat aku biarkan berkeladak dan mendak di dasar.

Pedangku telah tumpul dan berkarat.
Blog ini sudah hilang tujuan dan objektif. Sudah tidak seiring dengan namanya.

Tiada lagi perkongsian ilmiah
Tiada lagi perkongsian cerita
Tiada lagi perkongsian pengalaman
Yang hanya tinggal adalah ego dan alter ego.


This is my lost.





Simon 'Adam' Malik

Saturday, 13 October 2012

Photo : KL Bird Park













I took a day trip to wonder off around KL city and I dropped by KL Bird Park.
This is my first time to visit this place again, like after 20 years!
A nice place to visit in early morning.
Do bring some water with you as snacks and drinks here a bit over price...

Thursday, 20 September 2012

the typical me

Assalamualaikum wbt


I dont do shopping. Serriiyyuusss. Pernah sekali my brother cakap, its easy to take u out. U dont do shopping. Dier ckp mcm tuh di tgh2 kota london di oxford street menemani aku berjalan kat sane semasa boxing day. Apparently aku masa tuh rasa rimas dengan ramai giler orang kat sana

What he said was valid. kalau aku ke mana2 shopping centre di tgh kotaraya kl mahupun di kedai2 di celah2 bangunan, ko letak la 90% diskaun, haram toleh pun aku x nk.

Not until recently.

Awat mcm menarik je baju tuh?

Eh lawa la kasut nih.

Canggih plak gadget nih.

Honda ciittyyyyyyy!!!!

kalau dlu aku mampu tidak empunya nafsu tapi sekarang sejak bergaji nih lain jadinya.
Pernah zaman dlu aku pi cari seluar kat jusco. Cari punya cari trjumpa la yg berkenan. Tgk je price tag terus balik umh mcm tak pecaya. Bonda ckp mmg itu harga standard which consider stndard price. aku pun angguk2 bengap.

ye, aku amat jarang sekali pi shopping utk mmenuhkan almari. sebab almari aku dah penuh dengan baju2. baju2 warisan abg (dan akak2) especially tshirt. percaya atau tidak kalau aku ckp yg aku msh lagi pkai baju jasmani sekolah? hehe. hampir 85% pakaian aku berumur 4 tahun ke atas. yup yup. kalau dah baju dan seluar baru beli setahun sehelai. Baju baru yg dibeli thn nih akhirnya guna duit sendri. tapi itu pun bli yg bukan branded agt. brand Siput.. Harimau bintang.. tom biru.. cap Buaya mahupun Unta blum lagi trase nak beli.

Secara jujurnya dari zaman aku belajar di France, aku membuat kira-kira duit keluar masuk dengan menggunakan kaedah prinsip akaun yang kita sepatah haram tak paham masa zaman sekolah menengah. Selain di label kedekut tak bertempat, aku juga dilabel seorang yang menjaga duit dan sanggup bertahan secara terma ekonomi.

Apatah lagi masa zaman aku menganggur dan bekerja tanpa slip gaji..


Ye, setelah aku dapat gaji dan merasa duit gaji, secara fakta yang jelas kadar aku spend macam meningkat dan mata aku sudah mula mahukan itu mahukan ini. Oh, ini la yang dikatakan duit peluh sendiri, biar aku sendiri yang merasa.

Yang buat rasa berpeluh tak bertempat, rasa macam tak cukup je gaji nih..

Bila aku duduk bertapa memikirkan permasalahan yang timbul baru-baru ini, baru aku sedar ia merupakan satu tempoh masa yang pasti akan dihadapi oleh semua orang terutamanya bila dier merasa 'Mampu beli'. Mungkin rakan² masa fly dulu diorg rasa lebih awal kot. Aku nih lamabt sikit nk rasa.. Mungkin sebab ada motivasi lain seperti nak simpan duit nak kawen. (koff!!! koff!!)


Antara situasi yang aku hadapi adalah (berdasarkan kira-kira yang dilakukan dan analisa tahunan),

  •  kedai makan yang aku pergi sudah mula yang berhawa dingin serta empunya cukai-cukai berasingan
  • lebih mudah berhenti di kedai-kedai jam, kasut, baju dan seluar.
  • Mata mula melilau dan membuat siulan phewiiittt bila kereta-kereta idaman nafsu lalu disebelah
  • rasa benda harga rm50 macam murah. (arrgghh malunya disini!!)

Maka apa yang kau nak cakap di sini adalah, semakin kita memanjat tangga usia, semakin berbeza dan lebih tinggi dugaan-dugaan yang dihadapi. Terutama bahagian iman dan mental. Semua orang. tak kira apa jua latar belakang sekalipun.

Mungkin ada diantara kita just go with the flow, terima sahaja perubahan dan adaptasi kepada cabaran-cabaran ini. Ada yang rasa tak boleh! tak boleh! My previous life was already perfect. it is just i'm not on the location dat made it prefect.

Isu berduit, tak berduit, mahukan duit atau rasa tak cukup duit sentiasa terlintas dan berlegar-legar di dalam minda kita.

Isu nak bagi duit, beri duit, amiklah duit, eh naper byk sgt duit aku? plak tersisih bagai duit RM50 di daalam tabung-tabung masjid.

Seperti yang aku hadapi adalah tempoh masa aku merasa aku mampu sebab baru dapat hidup berslip gaji. Mungkin yang baru balik dari oversea, baru kawen, baru dapat anak, baru je kemalangan and perlu bayar duit beribu atau sponsor sudah mula mengeluarkan slip hutang, mereka menghadapi situasi yang berlainan



Yang sudah pasti,

AMAT BERBEZA CABARAN DAN DUGAAN MENGIKUT TANGGA UMUR DAN LATAR BELAKANG.rentikanlah duk rasa 'bestnyer dulu boleh buat tuh boleh buat nih.. awat kat sini tak merasa...'



simon 'adam' malik


p/s : baru merasa handphone canggih

Tuesday, 28 August 2012

Triumph and GK : The fated story

Assalamualaikum wbt


Bila aku dapat call dari office, masa tuh dalam kereta otw balik dari area² LCCT. Maka bermulalah alkisah, aku merasa berpuasa dan beraya di atas rig.


Ada member cakap, mungkin aku dah biasa tak beraya bersama keluarga. (Ramadhan and berpuasa are not mention in the conversation). Ye, lama dah aku tak beraya sakan. Tahun lepas punya cerita raya, aku boleh drive sensorg balik kampung. Join konvoi ngan family di tengah jalan. hehe..


Secara rohaninya, aku lebih kejar Ramadhan dari beraya. Entah kenapa. Mungkin sebab bonus lipatan pahala berkali ganda agaknya. Ataupun suasana yang penuh mendidik jiwa. Bertadarus. Bersedekah selagi boleh. Bertarawih. Berqiam. Tidak lupa juga mereka yang mengambil peluang utk bermewahan-mewahan dengan makanan. Setahun sekali punya offer buffet la katakan..


The first offer was just a day before Ramadhan. But then, the chopper date was postponed a few days later. Merasa la a few days berpuasa dengan family.


It was stunning each year, to be able to berbuka with mak. The linear-decrease of jamaah was always numerous on the 1st day of Ramadhan during tarawih. 3 days i was able to break fasting with mother before i was off to Terengganu.


Triumph Drilling 101



Kat sana.. Allahu Rabbi.. aku tinggal di atas sebuah kapal yang ada rig attached. Rignya tak bergoyang. Tapi kapalnya berayun kiri kanan, atas bawah, depan belakang. Ngeri jugak situasi melihat kadang kala ada muntah di tepi pintu mahupun di korridor. itu kire tak bernasib baik la nampak, sebab Cleaner atas rig biasanya effisyen.


I was placed with the cook. Nice experience sharing room with them. Asking and sharing their rig experience. Yeah, it was totally different. Me more on the operations, and they more on serving the hungry stomach. To be frank, aku lebih selesa berada bersama di kalangan golongan-golongan sebegini. Mengingatkan diri aku supaya sentiasa bersyukur dan merendah diri. Ye la, bukan ke yang buat kita berbeza adalah takwa?


Cut the long story short. Berterawih di dalam kapal memang empunya pengalaman tersendiri. Mungkin ini agaknya rasa para pendakwah bila mereka berlayar ke negara-negara luar untuk berdakwah. Berbuka puasa? Mungkin ada beza. Di atas rig biasanya makanan dan lauk pauknya pelbagai dan cukup. Dahulu mereka terpaksa catu makanan


Bekerja sebagai kuli cacai tadah sample ketika bulan Ramadhan juga ada cabarannya. Segolongan mungkin berada dibawah air cond, menolak pen, hadir meeting dan sebagainya. Aku duk bawah air cond gak, tapi masa time tunggu sample untuk naik dari bawah pengorek. Alhamdulillah, drilling tidak selalu. Aku cuma merasa satu hari suntuk sahaja mengambil sample, selebihnya lebih banyak menunggu dan membaca Raheeq. Ada jugak naik turun tangga repair itu repair ini dan sebagainya. Biasa la tuh...


Yup, this is my second time finishing Raheeq makhtum.  Actually i decided to just leave my lappy at home during this hitch. Chuck away the source of no-so-time-filling-activity during Ramadhan. And yeah, it works! (peace)


Aku mungkin agak ketinggalan dari segi pengejaran amal masa time bulan ramadhan.
Orang lain boleh berterawih 20, aku hanya boleh buat 8 (seriyus, walaupun takde keje sangat tapi penat). Orang lain boleh habiskan lebih satu juz satu hari, aku (alhamdulillah) satu juz sehari.
Orang lain boleh berqiam ber-berrakaat hampir tiap-tiap malam, aku hanya boleh buat beberapa malam je itu pun 2 4 rakaat je.
Orang lain boleh bersedekah free flow secara unstoppable, aku hny boleh buat secara online itu pun dua tiga kali je. Itu pun ke akaun favourite. Kat laut takde line, so tak dapat tac number..


Hatiku telah diset untuk beraya di laut. Bila lagi? At least selepas 4 hari raya, aku dah boleh merasa Kuih Tat gulung favouriteku itu. Lagipun aku jamin, Triumph punya catering semuanya orang pantai timur, mmg sah la super meriah dengan lauk raya. Galley pun non stop ais krim ngan kek. Oh oh..  Nasib baik perut besarku ini mampu bersabar dari menjadi lubang hitam tanpa dasar. hehehe..

Namun semuanya berubah bila aku mendapat call dari Mak cik coordinator. 'Boleh pi Galveston Key (GK)? Takde orang nk pi nih sebab semuanya nak beraya. Kalau awak pi sana kire awak naik pangkat la. Tapi extend sampai 27. Boleh tak inche simon yang hensem bukan kepalang?' (ayat terakhir adalah tambahan semata-mata)


Halamak, gundah-gulana disitu. Naik pangkat bermaksud great power holds great responsibility. eh. Maksudnya dah takde masa untuk berilek² semasa tidak ada drilling. perlu monitor operasi. Lebih tanggungjawab. Lebih tanggungjawab. Lebih gaji... eh.


Baru nak berangan berdiri dengan penuh keyakinan mengadap lautan membentang luas kat Helipad di pagi raya, meraikan perasaan kemenangan di pagi raya setelah hampir sebulan berpuasa atas rig. (lepas tuh camera dari arah belakang amik gambar)


Maka dengan nada penuh confident lagi penuh perasaan. ' Boleh tapi bagi saya turut darat 3 hari'.



Galveston Key


Allah sebaik-baik perancang. I was suppose to get on GK on Sunday, a week before raya. Masa sampai airport ari ahad tuh pergi checkin chopper, nama takde. telefon ofis kiri kanan, diorg minta standby. Aku cakap nak balik KL arituh gak. Maka dengan penuh bergayanyer aku pergi ke kaunter Airasia utk beli tiket on the spot balik KL. Seriyus aku flat arituh sebab in 6 hours, journey aku adalah KL-KT-KL.


Dari sehari ke sahari tarikh aku naik ke GK tunda sehingga pada hari Khamis, baru aku ke Kuala Terengganu dan esoknya naik chopper ke GK. Merasa juga aku berpuasa di rumah pada minggu terakhir puasa. Lebih terindah pabila dapat berdating bersama Adik Kaya di Bazar Ramadhan di Ganu memburu, kuih puteri mandi, sata, dan kuih² yang susah nak jumpa kat KL. Tak kurang juga berbuka puasa kat rumahnya atas jemputan ibunya. Haha.. takde niat utk menjadi abang iparnya ok? Cuma mengeratkan silaturrahim ajer..


Ya.. ini adalah hadiah yang terbaik dari Allah. Minggu terakhir bersama keluarga di darat. Jumlah jamaah tarawih lesu. tapi yang bestnya adalah menikmati malam-malam yang sunyi lagi privasi dalam bilik. Nikmat betul rasanya. termasuk solat di masjid. Ah.. Humans always take things for granted till it slip away through our fingers..


Masa nak check in chopper kami masuk ke balai berlepas cam biasa kat airport. cuma kali nih penuh dengan orang² yang nak balik raya ke KL. Kami? dengan coverall oren, biru, merah semua boleh pulak berada kat depan sekali. Masa kitorg tengah pakai Shark-life vest ngan head gear, semua orang tengok terkebil-kebil. Rasa cam special squad nak pi perang pun ada. Mesti diorg pikir.. nilah orang² yang tak bernasib baik beraya kat laut. Adeesss...


Sampai je kat GK... Aku terus terasa nak balik. Walaupun orang kata aku dah biasa tak raya dengan family, tapi bila berada tengah laut nih, lain rasanya. Siap berair mata dah masa calling bonda dua malam sebelum raya. Nasib baik phone tuh berada kat area public. Kalau tak, mmg berlaku kejadian amat buruk lagi tidak diingini dan tak sedap dipandang wanita.. (tutup muka malu)


Malam raya berlalu macam tuh je. Takbir takde apa takde.. sok pagi bangun, solat raya pun tak sebab takde. Rig GK penuh dengan warga-warga malaysia timur.. tukang masak pun sama. Ohhh.. pilunya rasa hati. Masa tengahri tuh ada la diorg sediakan lauk pauk special...


tak sama tak sama tak sama tak sama tak sama tak sama tak sama


Mana sama weh kalau masa raya pun keje? At least doktor pun paling busuk on call masa raya kedua. Nih keje kot. Tengah laut plak tuh. Tak pijak darat plak tuh. Tiap-tiap hari ada lagu hindustan plak tuh (supervisor made in india).. Seriyus.. masa tuh mmg rasa nak balik weh. Seb baik ada gak benda² yang elok di dengar dan di hafal dalam laptop nih.. Cool sket hati..


Apa dia? Mana ada yang lebih menenangkan dari ayat quran bro~


Oh ye, tidak terukur sehingga dicabar oleh Allah sendiri. Dipendekkan cerita, aku patut balik pada 29 ogos. namun sehingga pada hari ahad lepas, chopper booking aku tak dapat lari dari ofis sebab diorg beraya sakan. Sekali tuh aku dapat tau yang chopper dah penuh. Mana aku dengan berderau darah lalu membuka pencak silat lagenda dan menalipon terus mak cik coordinator. Aku mahu balik pada 29, tak akan kompromi dengan tarikh selepas itu.


Ya, jika mahukan sesuatu. Kita perlu berusaha. Wang? Rumah? Anak? Bulatan gembira? Iman dan takwa? jodoh? (err..) Kena usaha ye tuan-tuan dan cik puan?


Of cos, apalah sesuatu hajat itu tanpa sebarang 'bayar balik' pada si Maha Pemberi.



Natijahnya, aku berpuasa Nazar hari ini sebab insyaAllah aku dapat balik ke darat pada 29 ogos.. Alhamdulillah..






Simon 'Adam' Malik

Sunday, 26 August 2012

Teriak dari tengah laut

Assalamualaikum wbt


Setelah sekian lama tak dapat menghupdet blog atas berada di tengah laut hingga kini dan juga masalah connection internet serta tak de tepon dari dalam unit, harini dapat juga internet dan boleh access ke blogger. (Alhamdulillah, kawan dari company lain sanggup nak kongsikan personal internet diorg ngan kitrg)


Aku nak citer pengalaman posa atas rig.

belum sempat lagi


Aku nak citer beraya atas rig

belum sempat lagi


Aku nak citer perasan nak balik tersangat

belum sempat lagi


Aku nak citer 12 jam keje mengadap 8 PC monitor saban hari

Jawab Tepon, bagi tepon, bagi announcement

belum sempat lagi


Ahh...


Belum tentu aku boleh pulang lagi..






Simon 'Adam' Malik

(Muka tahan sedih)

Monday, 16 July 2012

Hidangan segar ais krim Neapolitan

Assalamualaikum wbt







Setiap orang empunya adventures mereka yang tersendiri. Saban hari bukan? Ke korg jenis yang rasa bosan setiap hari dan anggap setiap korang rasa benda yang sama. Kalau macam tuh sila terjun tingkap dari tingkat dua. Pastikan dah call ambulans terlebih dahulu. wahaha..

Terpulang pada diri kita bukan untuk panggil setiap kejadian yang berlaku atass kita 'significant' atau pun tidak? Macam mana? Tahukah anda bila sampai di Tol, tapi TouchnGO anda tak cukup baki, ia merupakan kejadian yang significant? Atau pun ketika anda tengah lapar giler, anda order nasi lemak ayam tapi mamak bagi anda lemak ayam goreng dengan nasi secoet adalah significant?

Tak setuju jugak? Okeh, tambah 2 lagi tingkat. Kali ini tempah kain kapan dan batu nesan.

Ya.. (bagi mereka yang terpaksa setuju),  dalam masa 24 jam, banyak betul kejadian yang mungkin kita anggap sekadar normal dan rutin walhal sebenarnya tidak. Kejadian dan situasi adalah menjadi penambah rasa kehidupan anda di dunia yang serba singkat ni. Tak kurang dengan itu, anda tanpa sedar belajar mengenai sesuatu bukan? So siapa kata bosan tak tau nak buat apa adalah jenis yang... err.. rasa kejam pulak nak sebut. Ok abaikan. Isi tempat kosong sendiri.

Kes aku adalah salah satu daripadanya. Jika ikut plan asal, aku masih berada di atas Songa. Namun entah macam mana, aku sekarang terkandas di sebuah pekan di Terengganu.

Eh? Kenapa boleh ke sana Inche Simon?

Voila, rentetan babak² yang dipendek dan diringkaskan bagi memudahkan penghadaman. ^^





PMCD Online

2 minggu lepas, hari sabtu, aku kembali ke Songa. Punya semangat nak kerja masa tuh. Kali nih shift jam 6 ptg 6 pagi. Namun baru 2 jam kerja, tetiba semua alarm berbunyi. Kelam kabut panggil Rig Floor.  Mata kuli tak berkedip tengok graf-graf yang ada kat monitor. Tak sampai 5 minit, Unit kitrg yang besar satu kontena tuh penuh dengan bermacam-macam warna baju (warna indicates company yang ada atas rig)., termasuk Ketua Operasi, Ketua rig dan macam-macam ketua lain. Semua duk pandang monitor. To my suprise, semua pegang kalkulator. Peluh dingin jugak aku masa nih sebab, kalau diorg tak control bebetul, mahu meletup tempat nih. (di kala ini background music thriller sedang dimainkan. ahaha)

aku ingat lagi perbualan diorg.

'Eh, mak cik Peah dah start bawa lori satu tan. So boleh la kita setting Nasi Lemak 5 pinggan. Tak gituh?'
'Setuju cakap tuan. Dengan 5 pinggan nasi lemak insyaAllah lori satu tan tak berubah jadi trellar'

(Perbualan sebenar telah diubahsuai secara 100% bagi mengelak pembaca mengalami muntah-muntah yang kronik)

So bila semua tenang, Ketua kuli pandang aku, termasuk juga Ketua Operasi. Diorg cakap kat aku 'Happiest man on the rig'. Aku macam 'Wwak? (What ala-ala british, hehe). No sample to catch! Sebab dengan teknik nih, takde sample yang naik untuk ditangkap! hehe...

ehehe.. berangan nak makan gaji sambil duduk. Kira arituh, banyak juga la chapter yang berjaya di'cover dalam Raheeq. Tidur pun senyum². Tapi bila bangun je esok pagi. Bila lalu kat papan kenyataan. Tengok nama yang bakal balik.

Down.. Isnin dah kena balik..




Emergency Landing

Masa balik ke base hari Isnin hari tuh, ada kelam kabut sikit sebab Sarawak base masa tuh baru je relocate tempat baru. So diorg tak tau yang aku dah turun rig. So aku tak tau whether aku akan ke rig lain atau balik Semenanjung. Nak gak masa tuh naik rig lain. Kelam kabut sini sana, aku dapat tiket balik semenanjung malam tuh jugak.

Well, aku ingatkan just another normal flight back to KL. Of course la rasa normal bila anda dengar

'Tuan-tuan dan puan-puan, kita sekarang berada di paras 13000 kaki dari paras laut. Cuaca diluar sedikit berawan .. bla bla bla.. akan mendarat 10 minit lebih awal di LCCT..'

Ya, mmg rasa normal. Masa tuh dah la agak lapar. Ingatkan dapat nasi lemak. rupernyer sebab booking on the spot tak dapat nasi lemak cam biasa. So aku pun rilek la macam biasa. bila dengar 'Flights crews prepare for landing'

Tapi setelah sekian lama, aku rasa flight ni asyik belok ke kiri je. Tengok bandar-bandar kat bawah tuh rasa seronok gak main teka-teka nama bandar. Ok masa tuh dah malam. Main agak je ok? Tapi aku masih tak boleh lari dari weird feeling.

then,

Tuan-tuan dan puan-puan kita akan mendarat tepat pada waktu asal. Kita sekarang sedang menunggu giliran untuk mendarat dari Menara Kawalan. Giliran pesawat ini adalah yang kelima belas.
tak sampai lima minit,

Tuan-tuan dan puan-puan, kita akan mendarat di Lapangan Terbang Subang. Ini disebabkan Lapangan terbang KLIA ditutup akibat cuaca buruk.  (Lepas tuh serius aku ingat apa diorg cakap sebab dalam otak aku tengah fikir camne nak balik dari subang.)

Bila dah mendarat tuh, captain bagi pengumuman yang kitrg mendarat untuk mengisi minyak sebelum ke LCCT.

Aku merasa 2 rasa yang berbeza secara serentak. Kegumbiraan macam makan kek coklat dan menyirap ketakutan. Takut pasal apa?

Dari pengumuman tadi, aku sedar sebenarnya pesawat kitrg tak cukup minyak diudara untuk tunggu giliran dan arahan dari menara kawalan! Pergh cuak kot. Memang aku respek pada captain kapal untuk tak bagitau perkara sebenar untuk tak create panik among passengers. Dan lagi aku respek pada flight crews yang bersabar dan menahan karenah passenger yang salahkan airasia sebab diorg akan lambat landing. Seriyuss..

Diorg tak tak nyawa diorg (termasuk aku) kat hujung tanduk kot.

Masa flight nak ambil side dan guna waypoint yang sesuai nak landing, memang melompat-lompat pesawat tuh. Nak tau camne rasanya? Pernah lalu jambatan kecik  kat jalan dalam dalam keadaan laju, yang buat perut anda ternaik jap? Ok multiply benda tuh selama 10 minit. Perut naik atas bawah ye?

Tapi kan, bleh plak aku enjoy flight camtuh. Muka penuh kat tingkap flight dan tangan melekat kat kiri kanan. terkesima tengok sayap membelah awan yang penuh dengan hujan. Bila on the way balik ke rumah baru aku teringat. Survival rate kalau kapal terbang terhempas biasanya less dari 5%!

Peluh dingin menitik.


Oh.. Kay Ell!!

Dalam pada aku sibuk nak dapatkan tiket balik semenanjung, ofis contact aku kata aku ada interview naik pangkat. Actually lebih kepada assessment la. Sejuk hati, kalau tak meronta-ronta. Ahaha..Tapi semasa aku kat semenanjung, aku kerap ke KL sebab ke ofis untuk drop paper work and mengalirkan dompet ke kedai-kedai pakaian. wah! Banyak fulus ka sekarang? *telinga tetiba merah*

Eh hello? Kalau anda kenal saya, anda tentu terpegun kerana saya masih pakai pakaian dari form 5 tau?! ( pakaian yang dapat 7 tahun lepas)

Haha.. Tapi tak boleh chelen masa pi kedai kat jalan masjid india. Tak cukup cash pakai kad terus. ehehe.. (Tutup muka)

Ada dua perkara yang perculiar sikit masa aku ke ibu kota kuala lumpur. Satu adalah situasi dapat coklat percuma dan satu lagi menolong orang sesat.




Cerita kecik : Coklat

Masa tuh tengah lapar. Tak sempat makan tengahari. Alasan? Lebih suka kejar masa dari duduk makan. Poyo boleh tak? Arakian maka terjadinya kisah bila saya menapak keluar dari stesen putra masjid utk lompat train, tetiba dihulurkan sampel cekelat. Wah! Cam tau tau je aku tengah lapar. Maka dengan penuh rasa ghairah aku pun membuka wrapping cekelat itu.

Oh..! Sungguh enak bila ia cair dimulut lalu perlahan-lahan masuk le perut yang sedia keroncong.

Tapi tetiba saya rasa macam nak marah pulak! Sepanjang escalator bawah sampai nak tunggu LRT ada je wrapping cekelat percuma tadi bergumbira menyelit di sudut² kaki lima dan anak tangga!

Bila aku pikir balik, stesen pertukaran nih memang digunakan oleh majoriti oleh pekerja-pekerja berkolar kuala lumpur. Awat la sampah secoet nih boleh pula tertiris keluar dari tapak tangan anda yang elok-elok Allah buat. Ada je tong sampah on the way naik, awat hang buta letak mata kat pala lutut? Haih.. sensitip sungguh pasal hal nih. Eventhough hal sampah nih nampak kecik, tapi sebenarnya ia menunjukkan level Ego tahap supergempaktakhengat dalam hati rakyat malaysia. Ego sangat untuk melakukan perkara dengan betul dengan assuming ada orang lain yang boleh tolong buat kan.

Padahal ego la yang membuatkan Maharaja Syaitan Pikor (Pinjam kosa Inche G) mendeclare perang ngan kita.

So How Ego are You?




Cerita kecik 2 : Orang Sesat

Anda pernah tolong orang yang sesat jalan? Macam mana anda tolong? Tunjuk arah mana nak pergi atau jadi tourist guide sampai dia sampai kat destinasi? Percaya tak perasaan bila bantu orang sesat berbeza dengan bagaimana anda tolong diorg?

Haha.. aku tak mau citer kat sini apa yang terjadi tapi secara pendeknya, aunty dan maknyer hendak ke BTS tapi salah naik train.

Well itu perasaan menolong orang sesat jalan. Tapi aku jamin membimbing orang hingga ke destinasi yang sepatutnya juga tidak kurang rasa gumbiranya. Yakni, membimbing orang hingga mereka dapat kegembiraan dan kesenangan abadi di tempat yang serba hijau, serba dapat apa yang kita nak. Dikatakan ia lebih enak dari mendapat segelas air sejuk di kala cuaca panas lagi menghauskan.Eh? Anda paham tak apa yang aku cuba sampaikan nih?

Jika kita rasa seronok tolong orang untuk sampai ke destinasi, maka secara logiknya kita rasa gembira membimbing orang untuk ikut jalan yang benar yang membuatkan mereka mengubah diri mereka kepada seorang yang lebih baik. Bukankah menjadi diri itu lebih baik adalah satu destinasi dalam hijrah diri?

Ahh.. Aku benar-benar rindukan perasaan itu. Perasaan membimbing dan dibimbing.
 
Simon 'Adam' Malik

Sunday, 1 July 2012

Dua minggu macam air

Assalamualaikum wbt






Dua minggu di darat berlalu macam air. Sesedar sudah berada di tengah laut kembali.
Ramai yang mungkin kecik hati sebab tak bagitau diorg yang aku dah ada kat darat. Err..Inilah aku. Pulang tak menyebut, pergi tidak menyahut. (Wah, Dewan bahasa pasti nak sekeh kepala aku!)

Kepulangan aku ke darat hanya dihebohkan kepada beberapa golongan dan individu sahaja. Al maklum lah, kalau dihebohkan satu kampung,  boleh macam jadi YB yang bakal bertanding dalam pilihanraya!Semua orang nak jumpa. Haha.. sudah pastinya aku bukan calon pilihanraya ye? Dua minggu tuh pendek tau!

Dalam dua minggu ini juga, aku ada spend beberapa lama bersama-sama hadek-hadek mengembara ke pantai timur. Jadi supir dan tukang gambar. Ya lah, walaupun aku dikelilingi lautan sebulan lepas, tapi jiwa rasa kontang macam nak terjun tiruk kat laut! Sekadar menempel sahaja dan bantu mana yang boleh, tapi sedikit sebanyak tercas kembali hati ini untuk menghadapi kekeringan jiwa di tengah laut. Pengisian sungguh menusuk serat jiwa. Rasa macam nak lari sambil tutup muka dengan latar belakang sayu bersama daun-daun lurh! Ok. Over.

Dalam dua minggu itu juga, satu per satu liku kehidupan aku dibuka dan dikupas. Laa.. dah tua rupanya aku. Namun masih banyak perlu aku belajar dan belajar. Terutamanya bila berkaitan dengan hati, jiwa dan perhubungan antara manusia dan masyarakat. Ada yang balas buah tangan macam 30 orang nak makan.. ada bonda hadek yang bagi benda makan sebanyak 6 org nak makan bila nak balik arituh... Ada yang penangan berbisa lagi pahit untuk di makan pun ada. Ahh.. rasa tak nak matang pun ada sebenarnya.. Tapi umur yang kian meningkat ini sebenarnya ada nikmat dan peringatan. Peringatan yang ‘simpanan masa’ kita dikreditkan sedikit demi sedikit sehingga mati..

Dalam dua minggu itu juga, pelbagai keputusan dan sasaran diambil. Mengejar masa yang terhad selagi kaki berpijak atas tanah. Bila dah ke tengah laut, tiada benda lain yang aku boleh buat kecuali bekerja setiap hari di atas sebuah bangunan terapung yang besar cam 2 padang futsal.  Ingat senang ke hidup bila tepon takde network tapi dunia nih semua nak pakai handphone dan tenet? Inche Gabbana terpaksa bertopeng lalu melayangkan flyers di tengah-tengah kota tau kalau tak wujud tenet?! Belum lagi kalau tetiba kempunan benda pelik-pelik seperti sushi dan popiah basah. Haha.. teringat zaman-zaman oversea dulu..

Dalam dua minggu itu semua benda nak kena buat. Bantu bonda buat kerja, beli itu beli ini, survey itu survey ini. Baru merasa gaji sendiri, rasa macam lawa-lawa je baju ngan kasut kat Sogo. Buku-buku kat masjid india ngan jalan TAR.. Jam-jam tangan... Galaxy Note.. UUuuhh.. wahn! wahn! Baju raya? Songkok baru? Itu boleh dibeli next time bila balik dari rig.. Kalau tak nak beli pun boleh, sebab rasanya akan naik rig bila time raya! Raya tetap raya walaupun di tengah hutan belantara, yang penting bagaimana kita menempuh Ramadhan dan cara kita menyambutnya bukan?

Genap dua minggu, aku kembali ke rig yang sama. (Rezeki yang tidak dijangka untuk kembali ke Venus). Kali nih lebih bersedia. Selain  baju paling buruk, seluar paling lusuh, di bawa dalam beg pakaian tak sampai 10kg utk kegunaan sebulan, Majalah JOM! yang telah berjaya dibeli kesemua isu yang ada disaat-saat akhir berada di darat juga diangkut sekali! Maka terselamatlah darah seorang saudara dari ditikam. ahaha..!! (sila biasakan dengan gurauan kasar aku) Bahkan aku mmbawa buku seerah nabi Al Raheeq Al-Makhtum untuk menjadi teman membayar masa yang berjalan tanpa kerja. Nak baca sekali lagi weh buku nih! Paling last aku baca adalah.. 2..3... 5 tahun dulu??

Ya.. kali ini aku naik rig dengan perasaan lebih yakin yang aku tak sekering dulu. Perjalanan aku dimudahkan Allah. Jumaat lepas, aku kembali membelah awan ke Sarawak dan seterusnya menaiki Chopper di lokasi terpencil di tengah laut..




 Simon 'Adam' Malik

p/s : Inche G, jika nama anda pop out kat post wotpog, tuh tanda penulis amat rindukan anda. Ok. sila muntah kaler ungu sekarang.

Monday, 11 June 2012

Hikmah disebalik essemen yang menimbun di IPT

Assalamualaikum wbt


Okeh, nih adalah kesinambungan daripada post : Guane ekk study kat Oversea. Kalau post tersebut cerita pasal benda best dan tak best study kat oversea, kali ini aku akan citer plak apa best dan tak best bila study kat dalam negara. Kenapa aku boleh begitu mengangkat bakul sampai boleh menjadi penentu best dan tak best? Boleh rujuk kat post yg aku sebut tadi. hehe.

Setelah aku habis belajar kat luar negara, aku ingatkan dapat la aku merasa gaji awal pada umur 22 tahun. Tun M pun baru nak start blaja medic umur 22. Alih-alih bukan rezeki aku, hampir 2 tahun aku buat macam keje diluar bidang aku. (boleh rujuk kat : Kepada mereka yang ingin tau). dalam 2 tahun tuh, 6 bulan aku keje as RA kat UPM. Then aku sambung masters 6 bulan je kat UKM. So sikit sebanyak lemon, aku merasa gak camne belajar kat IPT tempatan.





Advantage :
  • Anda boleh berada di bawah ketiak mak dan apak anda termasuk gelpren or boipren. Sesapa yang senang homesick, mmg digalakkan untuk study dalam negara je.
  • Anda sebenarnya empunya peluang utk grad lagi cepat berbanding orang yang study oversea. (Apppeee???!!!)  Jika anda tak mmbazir masa, score matrix, atau yang paling untung, buat fast-track (tak tau wujud lagi tak benda nih kat MRSM lagi). Yang pi luar negara tuh, kena IB la.. preparation apekejadah la.; cth terbaik adalah sorg specialist dalam unit kitrg grad dan mula bekerja umur 21.
  • Anda tiada masalah komunikasi dengan student lain dan jugak dengan prof-prof untuk minta lulus or minta hantar esemen lambat.
  • Anda merasa infrastruktur pendidikan 1st class. (tgk IPTA mana yg korg pergi). Bahkan lebih hebat kemudahannya berbanding kat luar negara.
  • Anda dapat merasa peluh dan air tangan mamak hampir setiap hari. So takde la anda terpaksa kempunan selama setahun.
  • Anda takkan rasa kempunan melampau terhadap durian, rambutan, manggis dan pelbagai buah-buahan tempatan yang lazat lagi berkhasiat.
  • Anda takde masalah nak pening kepala pasal kena renew visa, buat surat itu ini. Paling busuk pun adalah medical checkup masa daftar.
  • Lebih byk pilihan utk cari calon laki/bini. So boleh tau betapa rendahnya nilai harga diri anda. (ketawa bahak-bahak) 
  • Anda empunya advantage utk dihire oleh tycoon tempatan dengan mudah. sebab diorg dapat save duit dari sponsor org, cari je graduate tempatan dan contact² diorg kat IPTA





Challenge :

  • Anda menjadi warga yang empunya minda terkongkong akibat kerajaan uganda terlalu banyak fakta diputar belit keadaan yang terlalu selesa.
  • Anda tak merasa pengangkutan awam yang super tepat pada waktunya dan customer servis yang tip top.
  • Anda tak merasa begitu mudahnya nak makan strawberry, blueberry, serta serba satu berry-berry yang ada di pasaran. lom cerita bab high end chocolate lagi. hehe..
  • Anda tak merasa betapa susahnya keadaan seorang muslim sebenar dalam menghadapi arus dunia. So anda tak tau anda nih ikut trend atau benar-benar muslim (gedebush!)
  • Anda empunya masa yang sedikit utk mengexplore kehebatan diri anda dan mengetahui apa berlaku di hujung dunia kerana disibukkan dengan benda benda ngarut seperti  badan silat baldi dan kelab rebana kentang.
  • Anda secara mudahnya menjadi robot-robot yang diprogram untuk dengar perintah dan ikut arus. Sebab anda dalam kelas tak kena paksa utk tny soalan dan lebih selesa utk diam, angguk dan geleng.
  • Anda tak merasa keadaan hidung merah time winter, cuaca panas time summer, atau posing maut time musim luruh utk salam perantauan.
  • Anda tak merasa super high speed internet atau, kemudahan wifi satu negara. So anda gag
  • Anda tak berpeluang utk tambahan side-knowledge dan menjadi warga yang berfikiran global sebab kat tv penuh dengan org joget-joget, nyanyi² dan lawak bengap tak ingat.
  • Anda menjadi warga tak paham sebab anda dihujani dengan sokong la brand yang gempak dari anda betul-betul paham apa yang brand tuh jual. Secara sub-concious, anda dibrainwash dan tidak benar-benar memilih.

Maka demikianlah perkongsian yang serba budget-tepat. haha.. Macam aku cakap dulu, ini apa yang aku rasa dan alami. mungkin aku adili dengan tidak tepat sebab aku hny spend kurang-lebih setahun je kat IPTA dan 4 tahun di oversea. But still, aku rasa pertimbangan aku tak berapa jauh dari kebenaran. (eh? yeke?). So akhir kata,

You decide.

wallahualam


Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 5 June 2012

Di kala Bulan mengambang tinggi

Assalamualaikum wbt


Aku baru saja masuk shift pukul 12am. Dari cerita rakan shift pagi aku yang berkogsi bilik, satu lagi hari boleh duduk senang balas email dan buat apa yang patut.

Sangkaan meleset.

Lebih kurang pada satu pagi, di kala Ketua Kuli (Data Engineer-DE), sibuk melayan megi cupnya sambil-sambil balas chatting, alarm di satu skrin berbunyi.

Jumlah return mencecah 80% dalam 2 saat.

Tangannya cepat mencapai telefon,

'Rig floor, we've got 80% return!!'

'Standby.. Standby...' - jawab suara kat hujung talian.

Aku baru balik dari inspection jumlah sample yang kembali di Shaker Room. Mataku sebentar tadi berhenti mendongak ke arah Bulan mengambang tinggi. Suasana jadi intense, 4 pasang mata memberi tumpuan penuh pada setiap monitor yang ada.

Kuli (Mud logger - ML), keluar dari unit untuk inspect shaker room. Tak sampai 5 minit dia kembali.

'Overflow!'

Aku sbgi Asst Kuli (Sample Catcher -SC) tunggu apa yang perlu di buat.

Unit menjadi sibuk dengan pergerakan kami keluar masuk walhal tetiba hujan diluar. Hujan di tengah laut agak luar biasa. Tak lebat dan tak lama. Tapi boleh lencun jika sengaja berdiri di bawah.

Kemudian DE mengajak aku untuk follow dia ke Shaker Room, rumah ke dua aku kat Rig.

Sampai² je aku nampak Roughnecks sedang sibuk hendak membersihkan segala saliran yang ada termasuk bahagian utama limpahan masuk dari lubang korek. Saliran tersumbat akibat overflow tadi. Mungkin ada kaitan dengan kejadian stuck drill string semalam.. mungkin. Setiap minit di atas Rig adalah puluhan ribu ringgit duit mengalir keluar.

Dengan suasana panas macam bilik sauna, percikan lumpur di sana sini, bunyi mesin besar kalah generator kat rumah, aku ngan DE mula membetulkan mesin kami yang juga berada di Shaker Room.

Kat dalam bilik ini la, kalau tetiba aliran meluru masuk akibat lubang korek yang tidak terkawal, warga² dalam bilik ini akan free-free dapat face mask lumpur. Jika ada gas beracun or gas mudah terbakar, warga-warga dalam bilik ini la yang free-free hidu terlebih dahulu.

Lom masuk kalau ada Well kick. (Anda bygkan je Gulf of Mexico)

Sambil-sambil buat kerja tadi kepala aku terlintas.



DIRTY JOBS






And i'm coming back for more, definitely.

God,  i just love my job.


Simon 'Adam' Malik

Tuesday, 29 May 2012

Guane ekk Study kat Oversea?


Assalamualaikum wbt


Ok. Aku masih lagi waras dan bukan, aku masih lagi bekerja. Seingat aku sepanjang aku degree dulu selalu je aku post pasal hidup aku kat oversea. Tapi masa aku belajar kat UKM, takde la plak aku post suasana kat Malaysia. Dengan peluang yang Allah bagi dulu, aku merasa study luar negara dan jugak dalam negara. Maka dengan itu saya melantik diri saya sebagai pengadil berkaliber yang paling tepat dalam membezakan suasana belajar. Huahuahua!(Nah tisu, anda baru je muntah hijau)

Mungkin sekadar perkongsian aku dengan hadek-hadek yang senang berpinar mata mengisi borang sponsor belajar dan juga pergi ke interview sini sana. Yang mana pilih matrik, sekarang tengah sibuk preparation nak masuk bulan depan.

6 tahun dulu, aku pun sama dengan korg. Sekarang nih, dulu aku tengah attend BTN sebab aku fly bulan seterusnya lepas aku dapat offer. Gumbira tak tentu hala masa tuh, walhal setahun lps tuh balik cuti dengan muka monyok mencuka.

So sambil-sambil aku menunggu takde drilling operation nih, aku nak kongsi la sket ngan korg Advantage (pro) dan Challenge (Contra) korg pilih untuk ke luar negara. Aku jamin, setiap blogger (kof kof) yang keluar negara untk study, sudah tentu akan bagi feedback yang berlainan. Of course, setiap seorang tuh pergi negara yang berbeza, course yang berbeza dan university yang berbeza. So, kalau korg terbukak post nih dan baca, baca juga ye post dari blogger lain untuk buat comparison. ^^

Sebelum aku tulis benda-benda tuh, biar aku outline dulu latar belakang sikit, sebab advantage dan challenge yang aku bagi nih mmg dipengaruhi oleh background nih. (Allah, malunyer nak citer.. sekarang nih keje kuli je walaupun pernah belajar jauh..)




Aku study kat France, bidang Geology. Kat sana pakai French sahaja, takde English. Tahun pertama aku belajar language dan 3 tahun seterusnya adalah degree year aku. Aku disponsor oleh syarikat minyak tersohor dengan kadar yang paling rendah berbanding orang lain. Selain itu, aku juga adalah first batch yang dihantar untuk  amik geologi di France bahkan Malaysian pertama yang masuk ke Université de Franche Comte, kat Besançon yakni bandar paling hijau kat France. Total 4 tahun kat sana..







Advantage



  • Well depends jugak kat mana korg study, sijil yang korg dapat tuh ada 'mahal' sikit di pasaran la. Mungkin ada advantage sebab fikir, kita study luar negara nih lebih bagus education dia dan jugak silibus. Dont be suprise, tahap kemahalan sijil anda tuh boleh jadi Challenge.
  • Anda boleh start belajar berdikari specially bahagian nak jaga duit. Of coz, anda rasa seperti orang kayabaru bila dapat duit cukai rakyat malaysia elaun dari sponsor, start nak beli itu nak beli ini. Namun sekali lagi, ia boleh jadi Challenge bagi mereka yang lupa diri ^^
  •  For sure korg cam... 'eeeeiiii seronoknyyeeerrr belajar kat luar negara!!' Boleh pi sana, boleh pi situ, boleh pi sini.. Ye, tak boleh disangkal lagi anda boleh pergi ke tempat-tempat femes di Europe, Jepun, US setiap kali cuti.
  • Anda berpeluang untuk lihat negara terchenta kita, dari perspektif orang luar malaysia. Susah nak tahu berapa tebal hutan kalau di sendiri dalam hutan tuh sendiri kan?
  • Anda boleh berposing macam model terulung dan mengupload gambar bebyk tanpa dapat kompliant 'you are showing off'
  • Anda boleh pulang dengan bangga sebab boleh pergi ke Kedai curreny exchange bila balik ke Malaysia tanpa dilabel orang buang tebiat.
  • Anda boleh discover betapa teruknya iman anda setelah anda keluar dari suasana islamik di Malaysia. Ye la, kalau sini nak gak pi Maghrib jemaah. Kat sana ada alasan tak jumpa masjid kan? (dush!)
  • Anda boleh menambah jumlah friend anda sebab jumlah kenalan makin ramai, terutama macam nama ala-ala Torres atau Selena Gomez. (Tau sangat awal² je layan, lepas tuh boh status dalam bm gak)
  • Anda menjadi duta-kecil rakyat malaysia (bahkan seorang muslim) di University anda. So all eyes on you! ^^
  • Anda boleh menjadi seorang yang pemikir yang international atau seorang malaysian yang masih lagi bawah tempurung sebab asyik layan facebook dan game.
  • Anda mungkin jadi seorang yang jauh lebih baik atau jauh lebih teruk dari tarikh anda first time fly.












Challenge



  • Jika anda tercampak ke negara yang tak pernah orang sponsor pi sana, nilai kemahalan sijil anda mungkin semahal sekeping kertas A4 berwarna. Eventho (mungkin) ia diiktiraf oleh JPA, namun adakah ia dikenali oleh syarikat-syarikat kat malaysia? Yang diorg familiar je yang diorg pilih masa skimming CV. So, boleh je anda balik tapi takde kerja (kalau anda tak terikat la) ^^
  •  Anda boleh jadi seorang yang kuat berhutang pada umur yang awal. Even anda mungkin terperangkap dengan Riba dengan Bank-bank konvensional kat sana. Ye la, dengar je boleh negative, nak je negatif beli Aku-Papan Baru, atau Nota Galaksi bukan?
  • Anda perlu manage hidup anda sendiri. Selain study, anda kena settlekan sewa rumah, bil-bil, benda-benda rasmi jika perlu. Nak masak lagi, nak basuh baju lagi, nak kemas rumah lagi. So basically, ada extra beban selain study ye?
  • Kalau anda ada masalah dan kemudiannya anda talipon rumah untuk mengadu, anda pasti akan dapat 'minta la kawan tolong'. So basically, anda mmg kena minta tolong kawan, bukan tepon mak. =p
  • Anda mula menjadi seorang konsumer yang berhati-hati dari segi benda yang anda nak makan. Kalau di Malaysia, anda rembat je tak tengok apa-apa walaupun tarikh expired, kat sana anda duk tenung balang macam nak cari finger print pembunuh sebelah rumah. Mana la tau, ada bercampur arak ke.. babi ke..
  • Anda mula kena familiar dengan kedai daging halal terdekat demi pengambilan protein halalan toyyiban.
  • Solat mmg challenging bagi rakyat malaysia yang dah naik lemak. Selimut empuk di waktu winter, mahupun isyak yang sangat lambat masa summer. Ada je alasan nak tuang.. So, anda tau la anda nih jenis islam kad pengenalan atau islam dalam hati.
  • Anda mula belek-belek kitab fekah yang anda tinggalkan berabuk kat umah, tengok pasal istinjak (tandas dicipta tanpa air), dan juga solat jamak qasar. (nak travelling punya pasal)
  • Nak mix dengan orang tempatan pun satu hal. Orang melayu Malaysia terlalu ikut pada peribahasa masuk kandang kambing. Tak perlu jadi kambing, jadi je seperti diri anda. So kalau ada yang tolak anda sebagai kawan sebab tak join minum or gi club, cari je kawan lain ^^
  • Anda akan ditanya mengenai agama anda. So kalau ada yang jawab 'Saya islam sebab mak apak saya islam', siap sedia ye untuk terima kunjungan tetamu kehormat dari gereja terdekat ye lepas tuh. Kalau korg jawab benda lain, lagi dia suka. So know what to answer dan how to answer bout your faith!
  • Anda mungkin akan menjadi pengguna internet tegar sebab anda rasa anda perlu ada connection dengan orang malaysia setiap hari.
  • Anda perlu blend dan masuk ke dalam masyarakat tanpa menggadai agama, bangsa serta wang ringgit. Duk terkurung dalam bilik adalah tidak sihat untuk mental anda. Benda nih selalu berlaku di tempat yang bukan English-speaking country.
  • Pada tahun pertama pulang ke Malaysia, luggage anda dipenuhi dengan 'buah tangan' dari luar negar untuk famili.
  • Anda mngkin tak join apa-apa persatuan, kadet bersatu dan sebagainya sebab anda rasa tak perlu join benda² utk spm itu. Maka anda miss satu period keseronokan menjadi pemuda yang aktif




Next post, suasana study kat IPT tempatan plak, insyaAllah


Simon 'Adam' Malik